DESPERADO

Jual Birkin Jual Ferrari Tapi Jangan Ingat Aku Bankrupt

Usia perkenalan kami sudah lebih 20 tahun. Tidaklah setiap hari bertelefon, tidak juga seminggu sekali. Kadang-kadang berbulan saya tidak mendengar suaranya dan kekadang belum sempat bertanya khabar, terpaksa mohon maaf sama ada tengah mesyuarat atau memandu. Saya bila memandu kalau tiada penting sangat, tidak mahu berbual di telefon, bahaya.

Betullah kata pepatah, jauh di mata jauh di hati, bila saya kehilangan telefon, semua nombor pun hilang dan kawan-kawan juga turut hilang. Kerana kesibukan kita pun tidak terfikir pun untuk mencari kawan-kawan yang ‘hilang’ dan dalam pada itu berjumpa kawan baru.

Di sana juga rupanya hilang telefon, ya sama-sama tidak punya masa untuk mendapatkan nombor, yang demikian perhubungan pun terputus.

Namun dunia ini sebenarnya amat kecil… teman di London memberitahu dia akan hadir di majlis perkahwinan anak, kebetulan dia akan berada di Malaysia waktu itu dan rsvp untuk dia dan suami. Dan dua jam sebelum majlis, “My hubby ada hal penting di immigration, boleh I bawa kawan. Dia ini I baru kenal masa di Heathrow, dan kebetulan menginap di hotel sama. This morning masa breakfast, dia ajak lunch dengannya dan I beritahu I nak gi wedding. I beritahu anak you kahwin, dia punyalah excited dan nak ikut I. Dia kata Wirda Adnan mesti halalkan apa yang I makan… “

Begitulah saya dan Nadia bertemu semula, kami berpelukan lama, dan berjanji menghafal nombor telefon masing-masing atau menulisnya di banyak diari supaya bila telefon hilang masih boleh dicari nombor itu.

Teringat zaman saya bekerja di majalah itu. Barangkali silap saya juga, macamkan tiada cerita yang lebih penting setiap bulan, membanggakan jenama ini jenama itu. Yang tidak kenal tas tas tangan jenama H jenama C jenama L dan V dan G atau F, tiba-tiba rasa tidak dalam kelasnya kalau tidak memiliki jenama-jenama ini, ada yang kerana hendak sangat disedari dan dikenali dan dihormati, terpaksa berhutang puitang untuk membelinya atau meminjamnya untuk ke majlis-majlis tertentu. Anak-anak muda sampai yang ada hilang pertimbangan. Tak kisah jadi isteri ke dua ketiga asal suami kaya dan boleh belikan dia tas tangan C atau G atau kalau nak lebih dipandang tinggi yang berjenama H. Begitulah senarionya.

Nadia, di kala ada yang perasan merekalah yang paling bergaya dan paling berada. Dia senyum aje kerana di wardrobenya jenama apa yang dia tidak ada, sebut yang kulit apa, alligator, crocodile… dia ada semua. Dan sebenarnya dia paling hairan, mengapa si polan si polan itu kena jinjing C atau G, V, Y atau S atau L… pada majlis jenama tersebut. “Kita bukan dibayar oleh mereka untuk menggayakan produk mereka, jadi jangan pakai jenamanya ke majlisnya kecuali dibayar.” Ya. ada yang sampai bergolok bergadai demi sebuah tas tangan untuk hadir ke majli-majlis tersebut. Dan dia lagi hairan ada terpaksa ke ‘pre-love‘ untuk membeli dan kemudian jual semula disebabkan ketidak cukupan wang tetapi sebab hendak menayang juga, hendak ‘be in that circle of friends’ yang tidak punya jenama-jenama tersebut terpaksalah buat segalanya supaya dia diterima dalam circle mereka, dan agar tidak diperli mahupun dipinggir.

Sehingga katanya dia letih dengan sikap ramai, especially Datin-Datin ini yang tidak habis-habis topik perbualan mengenai beg tangan dan kasut. Macam katanya hanya dua itu sahaja yang penting dalam hidup.

Siapa Nadia? Opahnya dulu pun sudah miliki Chanel dan emaknya pun penuh almari dengan pelbagai beg berjenama sampaikan dia tidak hairan langsung. Berkahwin dengan orang berada, dan si suami melonggoknya dengan aneka barangan berjenama termasuk jam, jewelry. Bercerai dan kahwin kali kedua dia juga ditemukan dengan suami yang memang suka me’lavish’ isteri dengan kemewahan. Kali pertama ke rumahnya saya juga terkejut monyet melihat barisan kereta mewah di halaman rumahnya. Terpulang moodnya, tetapi kadang-kadang saya pun terkejut, dia boleh se-simplesimplenya untuk ke sesuatu majlis. Dan waktu itu katanya dia kenal lah siapa sebenarnya yang betul-betul hendak berkawan dengannya kerana dia someone atau sebaliknya.

Pernah katanya dia sengaja ke pertunjukan fesyen dan menjinjing beg yang dia dapat percuma semasa membeli belah di sebuah pasaraya. Katanya dia sedar ada di kalangan mereka yang konon mengaku kawan melihatnya atas bawah dan ada perli… “Kan you ada C… dah dihantar semula ke second hand shop untuk dijual? Ada yang tidak segan-segan bertanya, “Kalau you nanti tidak ada duit, juallah pada I, kita kena tolong kawan-kawan yang susah.” Dan katanya ada juga yang memang kenal dia dan tahu siapa dia, dan selalu juga mengendeng beg-begnya, “Nanti kalau you hendak jual murah-murah, jangan lupa cari I, I nak beli.”

Masa berlalu, keperluan hidup katanya berbeza malah keinginan untuk melaram pun kian menurun. Tempat yang satu ketika dia suka juga pergi sudah tidak lagi meransang dia untuk singgah. Cerita-cerita menunjuk yang mereka ada beg tangan terbaru, atau edisi terhad katanya dia rasa nak muntah bila topik itu di dalam chat groupnya. Sungguh ia langsung tidak menarik lagi minatnya. Rumah enam bilik yang dimilikinya yang sebelum ini di rasa kecil kini terasa terlalu besar untuk dia dan suami tinggal, lagipun anak tunggal lelakinya memilih untuk tinggal di kondonya sendiri. Kolam renangnya sebulan sekalipun dia tidak sempat menjengok malah penuh berisi dengan daun-daun yang berterbangan daripada kawasan rumahnya yang sebenarnya kurang berjaga. Dan kasut serta tas tasnya dirasakan dia tidak memerlunya lagi lebih-lebih lagi kegiatan sosialnya kian terhad bilamana suaminya tidak berapa sihat, dan sudah berubah menjadi orang masjid. Bilamana gaya hidup sudah bertukar lebih kepada mengingati hari selepas mati, hal dunia perlahan-lahan mula diketepikan.

I sedar selama ini banyaknya dosa yang I lakukan. You boleh bayangkan beg beg tangan yang sendat di almari yang dipakai sekali setahun, ada yang langsung jadi penunggu di almari. Ada yang digunakan untuk menayang, walaupun I rasa I elakkan untuk rasa megah kerana sekalipun hanya dalam hati menyebutnya tetapi Allah mengetahuinya. Selalu juga hati mengutuk ngutuk orang yang memperli dan mengatakan dia berhutang untuk bergaya.  Kadang-kadang timbul riak dan ingin nak menayang kepada mereka apa yang dia ada… semua itu bisikan syaitan dan perbuatan keji, Allah benci.

Dia mula memikirkan untuk hidup yang lebih bersederhana. Untuk apa pun Ferrari dan Porche di halaman rumah kalau tidak berpakai. Kami tidak perlu sampai enam kereta. Tiga memadai, dan dia tahu yang mana dia perlu simpan dan yang mana kena let go. Perkara in sudah difikir semasak-masaknya… untuk dia memulakan kehidupan yang lebih diredai agama. Pembaziran adalah dilaknati Allah. Menunjuk-nunjuk juga dibenci Allah dan dia juga mahu ‘memberikan’ pada orang yang pernah berangan-angan membelinya dahulu.

Dengan menjual apa yang patut katanya dia dan suami tidak lagi dibeban dengan wang yang mengalir pada tempat yang tidak sepatutnya. Tahu tak roadtax dan insurans kereta sahaja beribu-ribu pada hal kereta pun tidak berpakai sangat. Ke mana hendak dibawa Ferrarinya kalau kebelakangan ini asyik ke hospital? Dan tidak mahu pula dia ke masjid bawa Ferrari, tidak mahu dikatakan riak. Begita juga untuk menjaga barangan berjenamanya pun, dia perlu membayar upah mengilap, mengeluar dan memasuknya semula ke dalam almari. Untuk itu juga katanya bilik khas kasut dan tas tanganya sentiasa berhawa dingin bagi mempastikaan beg dan kasut-kasutnya di dalam keadaan elok. Baru dia sedar semua itu adalah pembaziran. Kadang-kadang sehingga tiga empat bulan di luar negara tetapi penghawa dingin berpasang dan untuk itu bil lektriknya setiap bulan mencapai ribu ringgit juga.

Satu persatu yang dirasakan tidak memberi banyak manfaat mahu dilepaskan. Untuk apa pun dia menyimpan tas tangan Birkin banyak, katanya jangan tidak dia hanya perlu satu yang besar dan satu yang kecil misalnya, dan jika dijual dia boleh mendapat puluh ribu juga. Bolehlah dia menambah sedekahnya. Malah dia gembira bilamana sesetengah yang dimilik seperti jam dan emas berlian malah beg tangan masa dibelinya pun jauh lebih murah daripada harga second hand sekarang.

Kawan-kawan dihubungi untuk memberitahu khabar yang dia ingat amat menyeronokkan mereka, kerana ramai dulu yang memintanya memberitahunya andai dia tidak berkenan lagi. Seorang dua excited tetapi masih curiga dan bertanya, “You ada money problem ke? You dengan hubby hendak bercerai ke?” Seperti dia tidak percaya sebab dia mahu menjual beg-begnya dan put on sales akan kereta mewahnya, orang mula memperkatakan tentang kehidupannya yang sudah melarat. Ada yang membawa cerita yang bukan-bukan.

Lebih sedih kawan dan saudara sendiri merasakan apa yang terjadi kepadanya kerana balasan Tuhan. Pelbagai tohmahan dilemparkan dan bila suaminya sudah banyak menghabiskan masa di tikar sembahyang, ada pula mengatakan, sudah terlambat bertaubat. Kata Nadia dia sungguh tidak faham dengan jenis orang yang sengaja menaburkan fitnah dan suka melihat orang susah daripada senang.

Nadia baru faham sekarang ramai yang mahu berkawan masa senang dan bila susah, kalau boleh tidak mahu ada apa-apa hubungan lagi. “Sebenar I tidak susah pun… cuma nak minimize my lifestyle,” katanya. You tahu sebab ada seorang perempuan mengaku dia wartawan hendak menemuramah I, dia kata bagaimana I ini sanggup menipu kawan-kawan, menjual beg fake dengan harga original. I kata, perempuan whoever you’re I am not interested to be interviewed dan I kata, wartawan yang kenal tidak kurang ajar macam you, dan I tahu you bukan wartawan.”

“Entah macam-macam perangai manusia I jumpa tetapi yang pastinya… I dapat mengenal siapa kawan siapa lawan. Ada pula hendak hutang bayar bulan-bulan sampai dua tiga tahun… aduh ramainya manusia yang pelik-pelik. Kalau yang hendak berhutang itu orang yang betul-betul tidak berduit, boleh juga faham tetapi yang jenis suka tayang harta. Dan menawarkan macamkan membeli di pasar Chow Kit.

Ada juga tidak senang pula dengan perubahannya. “Bila kami memberikan masa ke masjid dan kegiatan keagamaan, ada juga tidak berapa senang. Mereka takut bila tiada duit nanti boleh menyusahkan mereka. Aduh… bila I tidak lagi ke majlis fesyen misalnya, ada suara sumbang mengatakan memangpun dia tidak mendapat jemputan lagi kerana dah tak relevant.”

Yang lebih membuat Nadia terharu ada juga yang tidak mahu lagi dia di dalam group. I lagi suka tetapi memikirkan ada yang mengatakan, I ni tengah on the lookout for a new husband membuat I tidak boleh maafkan siapa yang mengatakan. Orang ingat suami sudah bankrupt dan I pun nak belah dan tengah teropong lelaki-lelaki kaya, tidak kiralah suami orang atau duda, dan tidak go for teruna sebab tidak berduit. Aduh, kotor sangat pemikiran mereka. ”Ada juga kawan yang sudah tidak mahu melayan panggilan kerana takut, I nanti akan ambil laki mereka.” Aduh dunia ini apa sudah jadi…?

Jujur kata Nadia, dia lebih suka tinggal di London dan menjalani hidup yang sederhana. Di sana orang tidak kisah siapa kita sebaliknya di sini ramai memilih bulu. Ramai takut sangat hilang status kalau berkawan dengan orang yang tiada apa-apa.

Sekarang kata Nadia dia faham kenapa ramai masih berpaut kepada apa sahaja perbuatan yang mereka rasa boleh hidup mewah. Bukankah money is king?”  Dia boleh bayangkan mereka yang betul-betul susah, akan dihina dikeji. Dan dengan keadaan orang Malaysia yang very materialistic rasuah akan terus berluasa, dan katanya, barulah dia tahu mengapa ramai yang tidak lagi bercakap jujur, tidak amanah, tidak takut rasuah dan menipu kiri kanan dan tidak rasa bersalah kerana tidak berani menghadapi hidup susah dan tidak cukup senang tetapi mesti dalam circle of friends yang sama-sama happening.

Related posts

Sanggup Menyeksa Anak Sendiri Kerana Takut Suami Kahwin Lagi

admin

Dua Kali Menjanda Dengan Orang Sama

admin

Diari Seorang Pencabul, Pendusta dan Pemusnah

admin

Leave a Comment