“Kita tak boleh hanya duduk sekadar mengecam atau menyampaikan bantahan kita, tetapi mesti ada langkah lebih mantap, tegas, dan membawa seluruh dunia Islam, setidak-tidaknya dalam konteks Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk sama menyatakan pendirian.”
“Dalam pertemuan yang saya hadiri bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman; Presiden (Turkiye), Recep Tayyip Erdogan, dan Presiden Abdel Fattah al-Sisi, saya menyaksikan bagaimana harapan pemimpin ini melihat Malaysia yang dapat memainkan peranan sangat penting dalam istilah ‘connecting the dots’. Malaysia kekal bersolidariti dengan Palestin.” Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim.
“Kenapa kita terus-terusan untuk melihat situasi (peperangan) ini terus berlaku? Atas alasan apa kita menyaksikan nyawa yang tidak berdosa hilang tanpa belas dan kasihan. Sama-sama kita berdoa supaya keamanan berpihak pada saudara seagama kita di sana (Gaza). Sekadar peringatan, orang Islam adalah saudara seagama kita. Apa yang terjadi di Palestin, kita kena rasakannya seolah-olah ia terjadi kepada kita sendiri. Kalau kita lihat gambar dan video dan kita rasa geram, marah sedih, itu tandanya ada iman dalam hati kita. Kita tidak dituntut sertai perang di sana tapi kita boleh gunakan media sosial untuk melancarkan perang saraf dan kita guna medium ini dengan bijak.” Neelofa
“Apa yang kita mahukan ialah keamanan dan kesejahteraan untuk Palestin. Saya harap rakyat Malaysia dapat sama-sama tadah tangan, berdoa, buat solat hajat dan baca Qunut Nazilah. Inilah perantaraan kita dengan Allah.” Haris Ismail.
Sekali lagi majalahwm mendedikasikan isu khasnya kepada Palestin. Peduli Palestin. Hentikan penderitaan dan kezaliman di bumi anbiya Palestin. Kita wajib terus bersuara, wajib terus menentang kekejaman Zionis ini, wajib bersatu dalam usaha menegakkan keadilan, menentang pembunuhan yang berpanjangan. Demi maruah agama juga kemanusiaan. Thousands of children and minors killed and missing under the rubble amid relentless Israeli bombardment.
Semenjak 7 Oktober lebih 6,600 kenak-kanak Palestin dibunuh dan daripada kajian yang dijalankan oleh Pusat Biro Statistik Palestin mendapati anggaran 52,450 kanak-kanak dan orang awam dilaporkan mengalami stres sementara 13,000 mengalami depresi.
Gaza Strip: World’s deadliest place for children. Tiga minggu di Gaza memperlihatkan kematian kanak-kanak melebihi tiga tahun kematian kanak-kanak di seluruh dunia dengan lima kanak-kanak mati setiap satu jam dalam konflik Israel ini. Dinyatakan separuh daripada 2.3 juta rakyat adalah kanak-kanak, dan angka yang terbunuh dalam masa tiga minggu ini melebihi purata global kanak-kanak yang mati sepanjang tiga tahun. Ringkasnya lebih 40% daripada 7,028 Palestin yang mati dalam konflik sejak 7 Oktober ini adalah kanak-kanak. Ini data yang dikeluarkan oleh WHO ( World Health Organization.)
Sementara laporan setebal 212 muka daripada Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza menyebut daripada Oktober 7 dan Oktober 26 mendapati 2,913 daripada 7,028 adalah kanak-kanak. Dalam serangan Israel ini, seramai 133 bayi bawah usia setahun dan 444 adalah kanak-kanak berusia bawah tiga tahun telah mati. Dalam serangan udara 171 kanak-kanak di bawah tiga tahun, sementara 1,527 murid sekolah rendah (4-13) dan pelajar menengah (14-17) adalah seramai 523 yang terbunuh. Sementara yang cedera daripada 18,482 sejak Oktober adalah kanak-kanak. Dianggarkan 50,000 wanita mengandung di Gaza dan dengan 14 hospital serta 45 klinik ditutup, kebanyakannya melahirkan anak sama ada di tempat perlindungan, ada di rumah dan yang lainnya di jalanan mahupun d dalam timbunan bangunan runtuh. UNICEF menyebut, “Gaza is turning into a graveyard for children.” The smell of death — the stench and the smell of death — is everywhere.
Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kezaliman yang bermaharajalela
Kita gempur hingga ke hujungnya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau diancam senjata
Kerana Allah kita mara
Hentikan penderitaan dan juga kezaliman
Kembalikanlah keamanan di bumi anbiya’
Berdoa kepada Ilahi agar Palestin akan merdeka
Kekal sentosa selamanya
Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara
Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Nazrey Johani & Frizdan Fizarahman
Sesungguhnya tangisan Gaza menyuburkan semangat jihad Islam. Umat Islam yang berhimpun beramai-ramai di kebanyakan kota dunia dan himpunan Freedom For Palestine anjuran Viva Palastina Malaysia dan MYCARE di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur mengharukan tetapi tindakan yang amat dipuji. Nyawa di Palestin tidak ubah seperti di hujung tanduk. Dunia harus membuka mata, tanpa mengira bangsa dan agama. Umat Islam khususnya mesti bangun berjihad, benar kita tidak mampu berada di tanah Palestin secara terbuka namun tidak menjadi halangan menyatakan solidariti kepada mereka. Salah satu jihad di jalan Allah adalah dengan mengingkari mereka yang menentang agamaNya mereka yang memusuhi Allah serta RasulNya.
Jadikan media sosial sebagai medan untuk kita menyebarkan informasi dan kesedaran kepada orang sekeliling tentang isu yang melanda di Gaza. Atau jika tidak mampu memuat naik sendiri bahan di media sosial, kita paling tidak boleh berkongsi informasi yang diyakini sahid. Mengapa lalai dan tidak cakna akan perjuangan saudara seislam di sana? Mereka bukan sahaja mempertahankan tanah air mereka sendiri bahkan turut berjuang mempertahankan Masjid al-Aqsa yang pernah menjadi kiblat pertama umat Islam. Masjid ini yang terletak di Baitul Maqdis (kini dikenali sebagai Jerusalem oleh negara Barat) merupakan ibu negara sebenar bagi Palestin.
Apa yang berlaku di Gaza juga sepatutnya menginsafi diri sendiri serta bersyukur akan nikmat kehidupan kita selama ini. Justeru lakukan walau sekecil apa jua usaha membantu insan yang memerlukan. Hasilnya pasti diterima di akhirat kelak. Dan satu lagi, sudahkah anda mengisi tabung untuk rakyat Palestin?
Majalahwm, Peduli Palestin. Namamu dalam doa kami, Ya Allah, peliharalah saudara-saudara kami di Palestin daripada segala bentuk kezaliman. Kurniakanlah mereka kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi segala ujian ini. Lindungilah mereka dengan rahmatMU yang melimpah-ruah.