kesihatan

Menyantuni Kesihatan, Memelihara kehidupan di Nara Clinic

Dalam perjalanan menuju usia yang semakin matang, kesihatan bukan sekadar tentang berapa lama seseorang mampu hidup, tetapi bagaimana kehidupan itu dapat dinikmati dengan tubuh yang berfungsi baik, minda yang sejahtera dan keyakinan diri yang terpelihara.

Inilah yang mendasari konsep longevity atau jangka hayat, yang semakin mendapat perhatian dalam dunia penjagaan kesihatan moden. Lebih daripada sekadar memanjangkan usia, pendekatan ini turut menitikberatkan healthspan iaitu tempoh kehidupan yang dilalui dalam keadaan sihat, aktif dan berupaya menjalani rutin harian dengan baik.

Di Nara Clinic, Bangsar, pemahaman terhadap kesihatan dibawa melangkaui apa yang terlihat pada luaran. Ditubuhkan pada 2010, klinik ini menggabungkan perubatan integratif dan estetik dalam pendekatan penjagaan yang mengambil kira keperluan, latar kesihatan serta gaya hidup setiap individu.

Menerajui pendekatan ini ialah Dr Nadzri Mokhtar, pengamal perubatan yang percaya bahawa penjagaan kesihatan perlu dilihat secara menyeluruh. Kesihatan dalaman dan penampilan luaran bukanlah dua perkara yang terpisah, sebaliknya saling melengkapi dalam usaha meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup.

Kesihatan Menyeluruh, Bukan Sekadar Penampilan

Bagi Dr Nadzri, penjagaan diri yang baik bermula dengan memahami tubuh sendiri. Setiap individu mempunyai latar kesihatan, keperluan dan matlamat yang berbeza. Justeru, pendekatan yang sesuai untuk seseorang tidak semestinya memberikan hasil yang sama kepada individu lain.

Latar belakang perubatannya bermula di Trinity College Dublin, Ireland, tempat beliau menamatkan pengajian perubatan pada 1999. Beliau berdaftar penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia sejak 2000 dan turut memiliki kelayakan Diplomate daripada American Academy of Aesthetic Medicine.

Dengan pengalaman dalam bidang perubatan integratif dan estetik, Dr Nadzri membawa perspektif yang menghubungkan penjagaan kesihatan dengan kesejahteraan serta keyakinan diri.

Di Nara Clinic, rangkaian perkhidmatan merangkumi konsultasi pemakanan, pengurusan berat badan, penjagaan hormon berdasarkan indikasi klinikal serta rawatan estetik wajah dan tubuh. Pendekatan ini memberi ruang kepada pesakit untuk membincangkan pelbagai keperluan kesihatan dan penampilan dalam satu pelan penjagaan yang disesuaikan.

Namun, usaha mencapai penuaan yang sihat tidak bergantung pada rawatan semata-mata. Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal, tidur yang mencukupi dan pengurusan tekanan kekal sebagai asas penting dalam menjaga kesejahteraan jangka panjang.

Memahami Keperluan Sebelum Memilih Rawatan

Dalam penjagaan yang bersifat peribadi, langkah pertama bukanlah memilih teknologi atau prosedur, tetapi memahami keadaan individu yang mendapatkan rawatan.

Di Nara Clinic, proses penjagaan bermula dengan pengambilan sejarah perubatan, konsultasi dan pemeriksaan. Faktor seperti corak pemakanan, kualiti tidur, aktiviti fizikal serta tekanan harian turut diambil kira bagi memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang keadaan pesakit.

Ujian tambahan boleh dipertimbangkan mengikut keperluan klinikal, sebelum pilihan penjagaan dibincangkan bersama pesakit.

Melalui proses ini, matlamat rawatan dapat dikenal pasti dengan lebih jelas. Pesakit juga berpeluang memahami kesesuaian sesuatu prosedur, manfaat yang boleh dijangkakan, risiko serta keperluan susulan sebelum membuat keputusan.

Antara teknologi yang ditawarkan di Nara Clinic ialah EXOMIND, EMSELLA, HydraFacial dan EMFACE. Setiap rawatan mempunyai fungsi tersendiri, merangkumi aspek kesejahteraan mental, sokongan otot lantai pelvis, hidrasi kulit dan penjagaan estetik wajah.

Teknologi ini bukan penyelesaian seragam untuk semua orang. Sebaliknya, pemilihannya bergantung pada keadaan kesihatan, kebimbangan dan matlamat penjagaan setiap pesakit.

Teknologi untuk Keperluan yang Berbeza

Dalam aspek kesejahteraan mental, EXOMIND menggunakan teknologi rangsangan magnet transkranial bukan invasif yang menyasarkan kawasan otak berkaitan pengawalan mood. Di Nara Clinic, rawatan ini ditawarkan sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan mental, termasuk bagi individu yang mengalami gejala kemurungan. Penilaian perubatan diperlukan untuk menentukan kesesuaian rawatan dan mempertimbangkan pilihan lain yang berkaitan.

Sementara itu, EMSELLA memberi perhatian kepada kesihatan lantai pelvis, khususnya bagi individu yang mengalami kebocoran air kencing. Dikenali sebagai kerusi Kegel, teknologi ini menggunakan rangsangan elektromagnet untuk mencetuskan kontraksi otot lantai pelvis. Rawatan dilakukan dalam posisi duduk dengan pakaian lengkap dan boleh dipertimbangkan oleh wanita serta lelaki yang sesuai.

Masalah kebocoran air kencing, sama ada ketika batuk, bersin atau melakukan aktiviti fizikal, boleh menjejaskan keselesaan dan keyakinan diri. Justeru, penilaian terhadap punca gejala penting bagi menentukan pendekatan penjagaan yang bersesuaian, termasuk kemungkinan latihan otot lantai pelvis yang dipantau.

Bagi penjagaan kulit pula, HydraFacial menggabungkan proses pembersihan, pengelupasan lembut, pengekstrakan kekotoran daripada pori dan hidrasi. Rawatan ini memberi tumpuan kepada masalah seperti kulit kusam, kekeringan, pori tersumbat dan tekstur kulit yang kurang sekata.

Pemilihan serum serta tahap sedutan dan pengelupasan boleh disesuaikan dengan keadaan dan sensitiviti kulit. Bagi pesakit yang sesuai, rawatan ini boleh menjadi sebahagian daripada rutin penjagaan kulit untuk membantu kulit kelihatan lebih segar dan terasa lebih halus.

Melengkapkan rangkaian tersebut ialah EMFACE, rawatan estetik wajah yang menggabungkan teknologi radiofrekuensi dengan HIFES untuk merangsang penghasilan kolagen dan mengaktifkan otot wajah. Ia boleh dipertimbangkan bagi kebimbangan seperti kedutan dahi, kulit yang mula kendur dan pengurangan tona wajah.

Sebagai rawatan peremajaan estetik bukan invasif, kesesuaian EMFACE, pelan sesi dan jangkaan hasil perlu dibincangkan berdasarkan penilaian individu.

Walaupun menggunakan teknologi yang berbeza, keempat-empat rawatan ini membawa satu prinsip yang sama: keperluan setiap individu perlu difahami sebelum sesuatu rawatan dipilih.

Nara Clinic terletak di Aras 2, Menara BRDB, Bangsar. Untuk maklumat lanjut mengenai konsultasi dan perkhidmatan, layari www.clinicnara.com.

Related posts

Adab Makan & Makanan Sunnah Saranan Rasulullah SAW

adminwm

Bersenam Sambil Beramal Untuk Persatuan Kanser: KanWork Anjur Walkathon Amal KanWork 5

adminwm

Membawa Warisan Ke Pentas Dunia Menerusi Khazanah Alam Nusantara

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment