
Pertunangan yang sebenarnya tidaklah mengejutkan, tetapi menggemparkan apabila tarikh yang dipilih diumumkan secara tiba-tiba dan dalam waktu yang suntuk. Namun, inilah yang dikatakan apabila takdir sudah ditentukan dan Allah, maka jalan itu dipermudahkan dan segala yang dirancang terjadilah ia.


Pasangan paling popular pada ketika ini iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan selebriti, Bella Astillah telah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac pada ketika orang kita masih sakan berhari Raya. Majlis yang diadakan secara sederhana dengan dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja itu berlangsung di Locarasa Restaurant & Patisserie, Bamboo Hills Taman Bukit Bambu.



Sorotan Utama Majlis
- Pasangan ini mengumumkan berita pertunangan mereka pada jam 10 pagi hari yang sama menerusi akaun media sosial rasmi masing-masing, sekali gus mencuri perhatian peminat serta orang ramai.
- Majlis pertunangan berlangsung dalam suasana sederhana namun penuh bermakna, diraikan secara tertutup bersama keluarga terdekat.
- YB Syed Saddiq turut hadir di penghujung majlis bagi memeriahkan acara.
- Upacara menyarung cincin menjadi simbol rasmi kepada ikatan pertunangan pasangan ini.
- Kedua-dua keluarga berkumpul bagi meraikan penyatuan dua keluarga, di samping berbincang mengenai tempoh pertunangan dan upacara perkahwinan.
- Hantaran daripada YB Syed Saddiq kepada Bella Astillah bukan sahaja merangkumi sebentuk cincin, malah turut disertakan simpanan SSPN untuk kedua-dua anaknya, Ayden dan Ara, sebagai simbol kasih-sayang serta keprihatinan beliau terhadap masa depan mereka.
- Majlis ini bertemakan softyellow, menambahkan elemen kelembutan dan keindahan pada keseluruhan suasana.
- Busana pertunangan Bella direka khas oleh Altelia Amani, menampilkan sentuhan elegan dan sofistikated yang menyerlahkan keanggunan serta personaliti Bella pada hari istimewanya.
