Khas Perkahwinan

CINTA ANUGERAH TERINDAH

“I never felt love this deep until I fell for you. Before I knew it, I found myself so in love with you that I can never dream of being apart from you any longer.”

Kisah mereka bermula di usia 16 tahun apabila diperkenalkan oleh salah seorang teman baik Muhammad Aqil, kini, 25. Hubungan atas talian ini dijalani bertahun kerana Aqil ketika itu sedang menuntut di CapeTown, South Africa manakala Nur Liyana Qistina, 25, pula berada di Malaysia. Jarak jauh di antara mereka tidak menjadi penghalang dalam hubungan kerana awalnya mereka adalah dua sahabat yang menyenangi satu sama lain, periang dan sering usik mengusik.  Perbezaan zon waktu menjadikan mereka jarang dapat berbual melalui telefon, waktu tidur di sana, waktu siang di sini, cuma sesekali melayan cerita melalui media sosial. Dan apabila pulang bercuti, walaupun jarak rumah Qistana di Shah Alam dan Aqil di Kelang, hanya lah cuma 10 minit, namun tidaklah pula mereka kerap dapat berjumpa.

Di Capetown, Aqil mengambil ijazah dalam bidang Pengajian Islam selama enam tahun, sementara Qistina pula menyambung pengajian dalam bidang fesyen (diploma in Fashion Design). Usai pengajian, Aqil tidak pun mempersiapkan dirinya untuk bekerja dalam bidang yang ditekuninya, kerana padanya ilmu itu sekadar memperlengkapkan dirinya sebagai insan mulia di sisiNya, mempersiapkan dirinya sebagai ketua keluarga; suami dan ayah kepada anak-anaknya nanti, untuk membimbing mereka kepada kehidupan terbaik di dunia dan sesungguhnya untuk bekalan di akhirat kelak. Juga untuk berkongsi ilmu kepada sanak saudara dan rakan taulan. 

Sebaliknya Aqil mengejar cita cita untuk menjadi seorang juruterbang. Kini dia baru sahaja dianugerahkan lesen sebagai juruterbang daripada HM Aerospace Langkawi. Serupa Qistina, ilmu fesyen yang dipelajarinya itu adalah untuk memenuhi minatnya terhadap fesyen dan dikongsikan pengetahuan itu dalam kehidupan hariannya. Sesungguhnya terlihat ilmu itu dipraktikkan dalam penataan fesyen sewaktu majlis perkahwinan ini. Kelihatan ibu, kedua kakak serta abang Qistina segak berdiri bersama pasangan pengantin yang kacak dan lawa. Sebagai profession tetapnya pula, Qistana memilih untuk bersama ibunya menjadi perunding Zakat.

Jika aku bukan jalanmu

Ku berhenti mengharapkanmu

Jika aku memang tercipta untukmu

Ku’kan memilikimu

Jika aku memang tercipta untukmu

Ku’kan memilikimu

Jodoh pasti bertemu

Sungguh kalau sudah jodoh ia tidak akan ke mana. Mendapat restu kedua keluarga, kisah pertemuan dua keluarga ini bermula di Mekah. Ramadan 2017, ibu Qistina pergi ke tanah suci Mekah untuk menjalani ibadah umrah. Kebetulan mama, papa Aqil berserta adik nya Nuha juga di sana. Secara berjenaka Qistana mengusik ibunya, Suzlina, mencari keluarga Aqil. “Biar betul Qistina, berjuta manusia di sini, tak mungkin bertemu.” Tetapi Allah melorongkan dua ibu ini bertemu di Masjidil Haram. Di waktu itulah baru mereka tahu hubungan kedua anak mereka. 

Dan cinta pun tersenyum

Tidak akan ada lelaki lain menggantikan kau

What do you love about each other?

Aqil  

“It sounds typical but yeah I love everything about her even all the flaws… but if I can name one thing that I love most about her is how much love she puts out for me, how much she cares for me.” 

Qistina (Yana) 

 “What I love about Aqil is, he is such a sweet and affectionate person. He has shown me that I am very important, and there is a reason why I’m here. He made me feel on top of the world and is so lucky to have me. He always tries to please everyone to the best capability he can.”

Apa yang anda berdua suka lakukan bersama?

“Kami sama-sama suka sukan lasak, dan gemar keluar mencari tempat-tempat makan yang sedap. Dan lebih daripada segalanya kami senang jika dapat melakukan apa juga aktiviti bersama.”

“Tapi ya tentang makan pula, selera kami agak berbeza, contoh Aqil suka tauhu tapi Yana suka tempe. Aqil only eats the meat of the chicken but Yana is obsessed with chicken skin. Yana likes kacang in her cendol and Aqil just loves the cendol to be plain. Jadi dia menghabis makanan yang Yana tak suka, dan Yana menghabis makanan yang dia tidak suka. Cantik kan begitu, tidak membazir.”

“Mengenai hobi, kami mempunyai hobi yang agak sama, dulu-dulu kami akan mencari ruang selesa di mana kami akan memerah otak ini untuk menyelesaikan mainan puzzle & escape.”

What do both of you hope for in the future?

“To always be happy and loving each other no matter how hard or easy our lives are.”

The idea about “The Right One” bukanlah sesuatu yang pasti .. untuk kami,  we love each other by giving our best version towards each other .

Sometimes there are bad days but we want to always remember our promises towards each other and try to be ‘the better person’

Bercerita tentang majlis yang baru sahaja selesai berlansung, Aqil dan Yana sangat teruja berkongsi tentang tema perkahwinan mereka.

Everything was perfect!! Semua impian of a dreamy wedding bermula daripada konsep  “suci as white” nikah event mewakili kesucian hati yang bertaut hingga lah ke majlis resepsi penuh dengan warna memancarkan suasana celebration of joy and happiness

The butterflies in the dais represent love and being soulmates while the doves represent everlasting romance. Doa kami semoga cinta kasih sayang dan bahagia ini kekal selamanya.

Ke mana anda berdua mahu berpergian selepas ini? 

“Untuk masa terdekat selepas majlis perkahwinan berakhir, kami mahu mengerjakan umrah, memohon berkat dan keampunanNya agar rumahtangga yang dibina ini berakhir di Jannah Firdaus. InsyaAllah.” 

Describe your partner in one word

Aqil –  incomparable 

Yana – One of a kind man

Dan Tuhan tidak pernah keliru memberikan anugerah cinta kepada hambaNya, kerana sebuah cinta yang datang itu pasti ada makna dan alasannya.

Sedikit titipan daripada ibu pengantin: SUZLINA KUSNEN

Perkahwinan itu impian indah tetapi realitinya ia harus disulami dengan kasih sayang, kesabaran, toleransi, kejujuran, komunikasi, kesetiaan, kepercayaan dan penghargaan.

Jadikan agama sebagai paksi dalam setiap keputusan dan tindakan. Rujuk lah dan dapatkan nasihat apabila berdepan dengan konflik— bersabar dan bertenang selalu-jaga tutur kata agar tidak menuturkan bingkisan suara yang mencoret hati.

Ingatlah untuk sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan kekuatan ikatan, kebijaksanaan akal dan keberkahan dan rahmatNya agar ikatan cinta kalian kekal utuh hingga ke jannah.

Perancangan Perkahwinan @rynsavenuegroup
Dekorasi@rynsavenuegroup
Emcee@fixzchulan
Band@ojkustik
Venue@lakepointclub/ kediaman pengantin
Solekan@fazz700
Pakaian@dplkl
Hijabstylist@nrezlia
Pengantin Lelaki stylist@byfardnm

Related posts

Dato’ Emma Ibrahim –  JJ is a caring person, loving, and very romantic.

adminwm

FIVE EXCITING WEDDING TRENDS SHAPING THE MALAYSIAN WEDDING INDUSTRY

adminwm

5 Most Expensive Wedding

adminwm

Leave a Comment