GAYA HIDUPSIHAT

Pentingnya Evening Primrose Oil (EPO) Kepada Wanita

Evening primrose (atau dalam bahasa Latinnya Oenothera biennis) adalah tumbuhan yang unik, ia juga dikenali sebagai ‘evening star’. Tumbuhan ini terdapat di kawasan iklim sederhana di Amerika Utara dan Eropah juga di negara yang mempunyai iklim yang sama. Evening primrose oil (EPO) dihasilkan daripada biji benih tumbuhan yang unik ini.

Evening primrose oil lazimnya digunakan dalam pemakanan tambahan dan kosmetik. Bahan aktif yang terdapat dalam evening primrose oil adalah asid lemak omega-6, asid gamma-linolenik dan asid linoleik (asid lemak perlu). Asid lemak ini penting dalam badan bagi tujuan tumbesaran dan perkembangan.

Kegunaan

Menyebut Evening Primrose ia sebenarnya ‘teman baik’ wanita. Bermulanya kedatangan haid atau sindrom prahaid, dengan pengambilan Evening Primrose ia dapat melegakan sakit yang dideritai seperti sakit pada payudara akibat perubahan hormon sewaktu haid. Atau bagi wanita menopaus, ramai akan mengalami apa yang seperti ‘hot flushes’ dan kekejangan otot. Pengambilannya sudah pasti memberikan impak kepada tubuh. 

Evening primrose oil juga digunakan bagi anda yang mengalami masalah kulit seperti ekzema. Apa itu eksema? Ia adalah keadaan di mana kulit mengalami keradangan, rasa gatal-gatal yang membuat diri amat tidak selesa, dan kebanyakan pula mendapati kulit menjadi bersisik akibat alergi atau iritasi lain. Evening primrose oil dapat membantu melembabkan dan melembutkan kulit apabila ia disapukan pada kulit. Ia juga mendapat pilihan dalam keadaan keradangan seperti artritis reumatoid. EPO mengandungi asid gamma linolenik lalu bertindak menghalang penghasilan bahan kimia yang menyerupai hormon dalam darah yang dinamakan prostaglandin.

Pada pesakit yang mengalami gangguan psikiatrik (schizophrenia) serta pesakit yang menerima ubat epilepsi, Evening primrose oil mungkin mempunyai potensi untuk menyebabkan epilepsi ‘temporal lobe’ (Newall,1966)

Kesan Sampingan

Adakah kesan sampingan apabila anda mengambilnya? Kebiasaannya tidak ada kesan samping dan diterima baik oleh kebanyakan orang. Jika ada pun antaranya ialah gangguan gastrointestinal seperti cirit-birit, kembung perut, loya dan sakit kepala. Jika anda mengalami keadaan ini segera berjumpa doktor.

Bolehkah wanita hamil mengambil EPO? Jawapannya, sewaktu dalam tempuh kehamilan. sebaiknya hanya mengambil vitamin-vitamin yang diberikan oleh pakar sakit puan anda. Tidak perlu ‘over excited’ dengan penambahan yang lain.  

Faktor Lain Yang Perlu Anda Ketahui

Antikoagulansi (Ubat yang digunakan untuk mencegah pembekuan darah) Pengambilan evening primrose oil dan antikoagulasi bersama-sama mungkin boleh meningkatkan risiko pendarahan. Elakkan pengambilan evening primrose oil bersama-sama antikoagulasi. Sekiranya diperlukan pengambilan bersama-sama antikoagulasi, tanda-tanda serta simptom pendarahan perlu diawasi. Dapatkan nasihat profesional daripada doktor atau ahli farmasi.

Antikonvulsi (Ubat yang digunakan untuk mengawal (mencegah) atau menghentikan epilepsi atau sawan) Pengambilan evening primrose oil dan antikonvulsi bersama-sama mungkin boleh mengurangkan efikasi atau keberkesanan antikonvulsi. Oleh yang demikian, kombinasi ini perlu dielakkan atau hanya digunakan dengan berhati-hati.

Agen antiplatelet (Ubat yang digunakan untuk mencegah penggumpalan platelet dalam darah)Pengambilan evening primrose oil dan antiplatelet bersama-sama mungkin boleh meningkatkan risiko pendarahan. Elakkan pengambilan evening primrose oil bersama antiplatelet. Sekiranya diperlukan pengambilan bersama-sama antiplatelet, tanda-tanda serta simptom pendarahan perlu diawasi. Dapatkan nasihat professional daripada doktor atau ahli Farmasi.

Phenothiazine Pengambilan bersama evening primrose oil dan phenothiazine dalam rawatan pesakit skizofrenia meningkatkan risiko berlaku epilepsi atau sawan. Oleh yang demikian, elakkan pengambilan evening primrose oil bersama-sama phenothiazines.

Huraian Secara ringkas Mengenai Evening Primrose

Kebaikan EPO pada kulit

1. Membantu mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.

Diabetic Neuropathy

2.Diabetic Neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan simptom gangguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.

3.Melegakan Simptom Prahaid (Premenstrual Syndrome)

Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrome PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara

4. Osteoporosis

Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

5. Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol

Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attack) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.

INFO TAMBAHAN YANG WAJIB ANDA TAHU TERHADAP EPO :

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok.

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.

Cara Pengambilan EPO

2 Biji setiap pagi selepas makan.Info kesihatansupplimentummizarradotcom

Related posts

FEBRUARI, CINTA, MEDIA SOSIAL & …..

admin

DJI Osmo Action 4 Merakam Pengembaraan Jelas Dan Menakjubkan

adminwm

Acara Minum Petang Anya Hindmarch Sempena Meraikan Hari Persahabatan

admin

Leave a Comment