DESPERADO

AYAH ANGKAT PARANG, MAK MENGAMUK TAK RESTU. RUPANYA ADA KISAH HITAM 

Gambar sekadar hiasan
Gambar sekadar hiasan

Sebulan lagi adik saya Rosnah akan melangsungkan perkahwinannya.  Mama abah bukan main sekali beria-ia sungguh, dengan jemputan pun mencecah hampir seribu. Bukan main gembira menyambut menantu. Enam bulan lalu adik bertunang dengan teman sepengajian. Orang biasa aje maksud saya bukanlah tunangannya daripada orang kayangan. Lulusan pun degree biasa dan kerja pun biasa-biasa. Kalau disebut tentang rupa dan bentuk tubuh pun biasa juga. Bukanlah kacak macam Prince Mateen. 

Tiga tahun lalu adik lelaki saya Rahim berkahwin, buat kenduri besar menyambut menantu. Nampak mama sayang sangat menantunya, saya tidak kisah tetapi saya terfikir juga, untung mereka langsung tiada masalah bila hendak berkahwin. Bila Rahim beritahu mama dan abah untuk pergi merisik, keduanya dengan senang hati tanpa banyak soal, terus terima Linda. Tidak pun bertanya banyak siapa Linda, latar belakang keluarganya dan sebagainya. Begitu juga Rosnah, tunangnya bertunggu tangga di rumah kami, mama dan abah tidak pernah cakap apa. Malah abah happy bercerita kepada jiran tertangga bahawa dia akan mendapat menantu dan akan bertambahlah cucu di rumahnya.

Sebagai anak sulung dan kini sudah berusia 38 tahun, mama mahupun abah tidak pernah bertanya mengapa saya tidak berkahwin, sedangkan satu demi satu adik-adik sudah berkahwin, malah adik bungsu saya yang baru berumur 21 tahun pun sudah punya kekasih dan rasanya tidak lama lagi akan berkahwin.

Mama abah tidak sudi pun tengok muka teman lelaki

Saya teringat peristiwa kali pertama saya membawa pulang teman lelaki balik ke rumah. Isa memang teringin sangat berkenalan dengan ibu bapa saya. Entah lebih 10 kali dia memujuk akhirnya, pada satu hari, selepas kuliah saya mengajak Isa mengikut saya pulang. Kami merancang berkahwin sebaik tamat PTD dan bekerja. Isa kata kalau pun belum bekerja dia tidak kisah kerana family Isa tiada hal jika dia mahu kahwin. Mereka yang akan menanggung segalanya. Isa dua beradik, kakaknya sudah pun berkahwin dan mummynya kata dia juga mahu Isa kahwin cepat. Mummy Isa sakit, takut dia pergi dulu tidak sempat menerima menantu. Itu sebab kalau kami mahu berkahwin bila-bila pun mummy dan daddy nya tidak kisah. Saya memang suka keluarga Isa, very down to earth.

Satu hari bersama Isa, tanpa memberitahu mama abah, konon hendak surprise, kehadiran Isa langsung tidak dilayan. Abah terus masuk bilik, tanpa bersalam dan mama tidak pun mempersilakan Isa duduk, terus mengajak saya ke dapur. “Tu siapa?” “Isa, kawan kakak.” “Belajar tak habis sudah hendak berboyfriend-boyfriend. Mama tak suka okay, abah kamu pun tak suka.”  “Mama bukan esok kami nak kahwin. Lepas dapat kerja kami kahwinlah. Lagipun tidak sampai dua bulan lagi tamat.”

Cukup, mama tidak mahu dengar. I say no and no, don’t talk about marriage until mama kata boleh. Abah muncul. ‘Jangan kamu jadi anak derhaka. Pandai-pandai nak ajar aku dan mama kamu. Kamu nak aku angkat parang pada budak berhingus tu.  Sedar diri sikit.”

“Tapi dia pegawai PTD pa, dia anak orang baik-baik, dan orang ka..” Belum sempat habis cakap. ”Stop I am not interested to know his background. We saya no, no.” 

Dipendekkan cerita, akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak lagi berkawan dengan Isa. Saya menangis memberitahu Isa yang mama dan abah tidak suka saya berkawan dengannya. Atas alasan apa, saya pun tidak tahu. Isa pun hairan, belum kenal sudah tidak suka. “Entah Is, Lia pun hairan, mama dan abah sepertinya tidak suka Lia kahwin.” 

Isa melepaskan saya. Diikutkan hati saya mahu mengikut dia pergi, dan mengajaknya berkahwin biar tanpa restu tetapi kata Isa, keluarganya orang beradat, dan mereka pasti tidak mahu keadaan saya kahwin tidak berwali. Saya sendiri menemui keluarganya. Rasa malu memberitahu ibu Isa, mama abah tidak restu hubungan Lia dengan Isa. Mummy dia pun hairan, tapi katanya tak apa. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Dan setahun selepas itu Isa berkahwin.

Saya tidak seceria seperti sebelumnya. Kawan-kawan pejabat bertanya kenapa? Ada bertanya sama ada saya baru putus tunang atau sebagainya. Dan saya tiada jawapan. 

Saya kira daripada empat beradik saya yang paling cantik. Putih tinggi banyak mirip papa tetapi mata ikut mama, sedangkan adik-adik lain sedikit gelap ikut kulit mama, dan papa mata sepet malah saya yang paling cemerlang dalam keluarga. Apakah kerana terlalu sayangkan saya mama abah tidak mahu melepaskan saya. Selepas Isa ada dua lagi yang ingin menyunting saya. Bukannya hendak mendengar dan menjemput datang ke rumah, mama menolak setiap kali saya mahu bercerita tentang lelaki. 

Ketakutan menjadi anak dara tua semakin dirasakan. Saya memang sukakan anak. Bila Rahim berkunjung bawa baby saya lah yang melayan. Rahim selalu mengusik, akak ni kenapa tak kahwin. Sampai bila hendak fikir hal Isa, dia dah kahwin akak. Akak carilah penggantinya. (Semua ingat saya merajuk tidak mahu kahwin kerana ditinggalkan Isa.)

Bila diusik adik-adik muka mama dan abah ketat, dan mama selalu tukar subjek. Pernah sekali bila adik bungsu Kila berkata, “akak Kila pun dah nak kahwin, akak kahwin dulu okay, tidak mahu lah akak selalu langkah bendul.”

Hari itu tidak seperti selalu yang diam bila diusik, tak tahu angin apa yang masuk dalam badan, saya terus menjawab, “Tanyalah mama dan abah, mengapa mereka macam tidak suka akak kahwin? Bila akak sebut nak ajak kawan datang rumah nak kenalkan dengan mama abah, muka mama berubah.  Mama kata dia sibuk lah, inilah, itulah, tanyalah kenapa?” Semua diam, Kila tengok muka mama. Rahim lantas tanya mama betul ke, tapi mama tidak jawab, lalu masuk bilik. Pelik.

Saya membeli sebuah rumah malas lagi tinggal dengan ibu bapa. Tiba masa saya rasa elok tidak lagi menyusahkan mereka. Mama melarang tapi saya berkeras untuk pindah. “Habis siapa nak teman akak. Di rumah kan ramai orang. Nantilah, akak cari siapa-siapa yang sudi kahwin dengan akak,” sebenarnya berlawak tetapi mama, tak tahu apa dalam kepalanya terus melenting. ”Kurang ajar kamu, sudah pandai  melawan.” “Apa melawannya, salah kah Lia hendak kahwin, mengapa mama dan abah fobia sangat fasal Lia kahwin sedang adik-adik okay aje. Saya bukan hendak kahwin dengan penagih, bukan budak kerani, kerana akak pun pegawai tinggi. Apa masalah mama ni? Mama ingat tak, ada dua datang meminang, tapi apa mama jawab, tuan badan sahaja yang suka, tapi kami mak ayah belum tentu restu. Cukup mama, akak pun dah give up.”

Mama diam, dan saya pun sejak di rumah sendiri, rasa seronok untuk membuat dekorasi rumah. Banyak juga wang dibelanjakan untuk mencantikkan rumah, ya guna pakar hiasan lagi. Saya lupa hal kahwin dan tiada siapa pun bertanya lagi bila hendak kahwin, dan lebih relaks bila tidak mahu fikir sangat tentang persoalan, mengapa mama dan abah lebih senang tengok saya bersendirian begini daripada berkahwin.

Rahsia Mama Abah Terbongkar

Mama ada kakak di kampung tetapi seingat kami kami balik kampung pun dua sekali. Mama macam lupa dia asal dari kampung dan tidak pernah menjenguk lagi semenjak atuk dan opah meninggal dunia. Maknanya mama tidak jumpa akak dia sendiri berpuluh tahun. Tidak pernah bercerita, jauh sekali menjemput makcik Bibah datang ke Kuala Lumpur.

Jemu, satu hari minggu saya start kereta, tanpa tahu ke mana hendak pergi. Masa itu terbayang hidup di kampung. Why not aku balik kampong. “Nak ajak mama dan abah ke?  Oh tak payah kata hati. Nak ajak Kila, Ros, ah tak payah, biar aku seorang sahaja. 

Masuk beberapa helai baju di beg, “tengoklah kalau best, I stay longer kalau tak best, baliklah.” Orang bujang memang tidak mengharapkan siapa-siapa menemani, sakit ke sendiri pergi hospital, pergi kenduri pun sendiri, tengok wayang sendiri dan pendek kata semua sendiri, so apa masalah memandu sendiri ke Kedah, no hal lah. Hari ini ada waze, dan tidak susah. Carilah nanti rumah atuk. 

Mak cik memang tinggal di situ. Suami mak cik pun sudah meninggal. Memang mama ada sebut rumah atuk dibolot oleh akak sulungnya, dan kata mama, itu sebab dia malas balik. Sebab sepatutnya rumah itu dibahagi dua, dia dan akaknya tapi akaknya claim atuk bagi padanya sahaja. “Mak cik kamu tu memang jenis tak malu, bolok semua harta atuk.  Antara ingat tak ingat, mama memang marah pada akaknya.

Saya sampai senja, dan berhentilah cuma di satu tempat untuk mendapat kepastian di mana rumah atuk. Dan sewaktu sampai mak cik tengah menyapu daun-daun di halaman rumah.  Buah rambutan kemerah-merahan di pokok macam tiada siapa menghiraukan ia berbuah. Manggis juga berjuntaian… bestnya.  Mak cik ingat-ingat lupa dan setelah diberitahu siapa saya, dia terus memeluk.  “Allahu Akbar, mimpi apa aku hari ini. “Mama abah, adik-adik kirim salam,” sengaja menipu sunat walhal tidak seorang pun tahu saya balik kampung. “Jom naik ke rumah. Senja dah. Di atas ada setalam rambutan, manggis dan langsat. Jom  kita magrib sama sama kemudian makan. Ada gulai pucuk ubi dan ikan tamban masin. Kalau tidak suka makcik goreng telur. Kamu mesti lapar. Saya dah nampak rambutan sudah cukup happy.”

Malam itu dua beranak ini berceritalah pelbagai hal, dan sebelum saya tidur, ternampak di dinding gambar atuk dan tuk mak, mak cik, mama dan pakcik Jamil. Sedih lepas tok mak meninggal tiga beradik tidak berbaik.

Pagi saya bangun, makcik sudah siap dengan nasi lemak, sambal ikan bilis dan telur. “Sedapnya,” ngapa lain sangat rasa nasi lemak orang kampung dengan nasi lemak kota?” Rupanya kata mak cik sebab mereka bubuh lebih santan.

Sembang punya sembang, saya ceritalah pada mak cik yang mama dan abah macam tidak suka Lia kahwin. Tak tahulah lah mak cik, hairan juga, adik-adik nak kahwin mama abah happy. Ada dapat jemputan kahwin Rosnah nanti?” Mak cik diam.  “Siapalah mak cik ni orang kampung, masakan dia hendak jemput.” Makanya mama tidak  jemput mak cik kahwin Rahim juga. Pelik lah mama ni, akak sendiri pun dia tidak jemput?

“Mama abah memang pelik. Senang-senang tolak orang yang datang meminang, jumpa dengan kawan Lia pun tidak mahu. Mama abah lebih suka Lia jadi anak dara tua.”

Mak cik diam,  kemudian bertanya, “Kamu tidak pernah tanya mengapa dia tak suka kamu kahwin?”  “Mama dan abah cuma diam. Malah sebut hal kahwin pun sudah tarik muka, marah… entah Lia pun malas dah. Orang kata tak dapat restu mak ayah tak baik, hidup tak bahagia.”

Mak cik diam. Dia tukar subjek lain. “Bila Lia nak balik KL, duduk lah sini lama sikit, kita gi kait buah kuining, buah-buahan di belakang rumah ni tiada siapa yang nak pun. Anak mak cik jarang pun balik, masing-masing dengan hal sendiri. Fatimah ada ajak tinggal dengan mereka tapi mak cik lagi suka tinggal di kampung.”

Pagi lagi selepas sarapan, kami pergi bawa galah untuk kait rambutan pokok lain yang agak jauh, juga mencari kalau-kalau ada kuining. Saya tidak pernah makan tapi tahu lah rasanya macam mana. “Orang kata  kuining buat sambal bubuh juga belacan  sedap.”

“Semalam Lia berhenti kat satu rumah, besar rumahnya sebab di situ nampak beberapa orang, senang nak tanya. Lia tanya pakcik kat rumah atuk dan sebutkan nama atuk nama mak cik. Pak cik terus tanya, “Awak anak siapa?” Lia kata, anak Mustafa bin Mat Din. Orang tu macam terkejut. “Oh oh… cik terus jalan dalam dua km, sampai selekoh beluk kiri, rumah dicat biru.” Mak cik mesti kenal mereka kan?”

Mak cik tersentak. “Lagi dia kata apa?” “Tak kata apa, tetapi renungannya tajam. “

“Lia biarlah makcik berterus terang dengan Lia. Nama orang itu Masri. Masri dengan Mustafa (abah kamu), adik beradik angkat. Mustafa anak Cina, dibela oleh keluarga itu. Maksudnya pak cik Lia lah juga, mengapa Lia tidak pernah tahu. Abah pun orang kampung sama? What a small world?” 

“Susah mak cik nak cerita tapi Lia hadam perlahan-perlahan ya. Mak cik rasa sebelum mak cik meninggal elok mak cik cerita hal sebenarnya. Pak cik Masri masa bersekolah lagi berkenan dengan mak cik. Kami ditunangkan sebaik Masri tamat kursus perguruan. Dalam pada itu mama kamu pula suka dia, sampai Masri putus tunang dengan mak cik sebab jatuh cinta dengan mama Lia dan mereka pun merancang kahwin. Dalam masa sama mama kamu berjumpa pula dengan Mustafa di satu majlis, mohon kepada keluarga untuk membatalkan majlis perkahwinan kerana kerana hendak kahwin dengan Mustafa. Tentulah satu keluarga membantah. Dalam pada itu tanpa segan silu mama kamu beritahu atuk kamu yang dia sudah mengandung anak Mustafa. Bertempek orang tua tu, satu pelempang kena ke muka mama kamu.  Mahu tak mahu mereka dinikahkan. Majlis akad nikah ringkas sahaja konon tiada masa kerana mereka akan berangkat ke luar negara, Mustafa posting di luar negara.

“Lia anak luar nikah lah. Kerana itu mereka cepat-cepat ke luar negara.” “Kamu lahir di di London kan?” 

Mengalir air mata ini, okay baru saya faham. Sebab abah tidak boleh walikan Lia. Abah dan mama malu nak bercakap benar. Malu kepada kawan-kawan, adik-adik, nanti ditanya mengapa tidak walikan anak, apa mereka nak jawab kan mak cik? Tetapi tak malu pada Allah.”

“Mama sudah lah rampas tunang mak cik kemudian tinggalkan, dan kahwin dengan abang abah sendiri. Biarpun anak angkat consider macam adik kandung kan makcik? Dan itu sebab mama tidak suka mak cik, dia yang buat salah, dia pula nak marah, dia takut rahsianya terbongkar?

“Lia mak cik dah lama maafkan mama kamu. “Mak cik berkahwin dengan siapa selepas itu?” “Keluarga sebelah suami mak cik, ayah Fatimah dan Zamri tidak pernah suka mak cik. Orang dulu-dulu kalau sudah bertunang pun mereka sudah anggap tak sesuai dijadikan menantu. Mereka kata sudah ditebuk walhal mak cik dengan arwah pak cik pegang tangan pun tidak, sebelum kahwin.”

Pak cik Masri berkahwin kah? Kahwin sesama cikgu tapi dia sebenarnya kata orang kampung dia tak boleh lupakan mama Lia. Kahwin sekejap kemudian bercerai dan tidak pernah kahwin selepas itu. Mereka tidak dikurniakan anak. 

“Selepas mama kamu kahwin dengan abah kamu, Mustafa pun tidak pernah balik kampung dan putus hubungan, samalah mama kamu. Balik masa atuk dan tuk mak meninggal, orang sudah meniggal baru nak jengok,  Tok Ma kamu selalu sebut nama mama kamu, selalu menangis, sampai mak cik minta lupakan mereka. “Kalau dia anak mak dia balik, kalau dia tak balik bermakna dia bukan anak mak?

Saya tinggal di kampung untuk  beberapa hari, seronok ke bendang, tengok orang kampung tanam padi, malam-malam duduk beranda menghadap sawah pada dan pokok-pokok rambutan dan manggis yang sedang ranum. Ketenangan suasana kampung tidak dapat dibayangkan. Mak cik saya nak tanya satu, betulkah rumah ini sepatutnya mama ada hak tapi mama kata mak cik ambil semua dan sebab itu dia tak mahu balik.

“Rumah ini daripada wasiat atuk kamu diberikan kepada mak cik dan mama kamu dapat tanah di seberang Perai. Pak cik Rahim ada tanah lain. Semua tertulis dalam wasiat. Tetapi sebelum mereka ke luar negara dia jual, alasan mungkin nak terus menetap di sana, tiada orang jaga. Wallahualam.”   

Saya pulang ke Kuala Lumpur, antara sedih dan lega. Lega kerana saya tahu batas pergualan saya kini dengan ahli keluarga sendiri dan jika ada jodoh saya mahu kahwin. Dan kali ini saya tidak mahu tanya untuk mendapatkan restu mereka. Saya fikir, saya mahu kahwin senyap-senyap, mungkin cara ini lebih menyukakan mama dan abah. Tak apa mereka nak tuduh saya anak derhaka kerana kahwin lari. Biarlah mereka jual nama buruk saya. Biarlah mereka cerita anak yang tak kenang jasa ibu bapa. Saya terima apa juga tuduhan dan kata nista tapi saya percaya itu yang mereka mahu sebenarnya. Supaya abah lepas daripada tidak mewalikan saya, supaya tidak malu pada adik-adik dan kawan-kawan mereka.

Related posts

Mak Tutup Mata, Tahu Aku Diperkosa

admin

Demi Cinta Serah Diri Pada Bomoh

admin

Jual Birkin Jual Ferrari Tapi Jangan Ingat Aku Bankrupt

admin

Leave a Comment