Menghadiri pertunjukan fesyen, sering yang pertama difikirkan ialah baju. Nak pakai apa? Maka ramai yang terpaksa membeli mahupun menempah pakaian baru. Ada berhabisan, hanya untuk ke satu pertunjukan fesyen. Kenapa? Kerana mahu dilihat sehabis bergaya. Tidak mahu dikatakan salah tempat, tidak mahu dilabel tidak fashionable, tidak trendy dan sebagainya. Ada yang mengatakan, kena pakai bajunya, beg keluarannya, kasut jenamanya.
Teringat saya pada seseorang, dia mahu meminjam tas tangan saya kerana mahu hadir ke majlis pertunjukan satu jenama terkenal. Saya ketawa mendengar alasannya. “Tak perlu pakai bajunya, begnya.” “Nanti saya ditertawakan,” jawabnya. Gosh sampai begitu dia merasakan. Kalau saya sengaja saya tidak mahu mempamerkan jenama berkenaan kerana saya bukan duta jenamanya mahupun dibayar untuk menggenakan jenamanya. Saya lebih suka pakai apa sahaja yang ada, tetapi berpadalah, janganlah tayang sebesar-besar logo jenama lain, namanya tidak hormat majlis. Untuk itu elok pilih yang tidak sarat logo, kalau ada pun kecil sahaja, tetapi penampilan kamu jelas elegan sesuai dengan majlisnya.
Apa yang harus kita pakai, terutama tercatat kod berpakaian ‘dress to impress? Dahulu cara konservatif ramai memilih dark suit, lighter suit, dress with dark jacket, and mixed colour skirt and blazer. Secara tidak langsung menampilkan imej professional. Kasut juga perlu jenis konservatif; low to medium heels are best.
Zaman berubah, ‘dressing for fashion week should be fun’ dan praktikal sesuai dengan peredaran masa. Jangan hadir sampai melangkah masuk ke venuenya, anda terhincut dan sesak nafas, sebab terlalu ketat dan tidak boleh bernafas. Elak juga sampai kamu dilihat seperti badut cuma kerana tertulis dress to impress. Be yourself, ya relak, lagipun berpergian pun untuk berseronok-seronok dan melihat hasil kreativiti sang pereka, atau mahu memberikan sokongan kepadanya kerana dia teman dan dia designer kesukaan anda.
Sebagai editor saya sendiri misalnya terpaksa berlari ke beberapa pertunjukan, menghadiri designer presentations, kadang dinner dan after party. Mesti ingat, keselesaan paling diutamakan. Mungkin menolak tumit tinggi kerana tidak mahu esok lusanya saya tidak boleh berjalan lagi kerana luka. Dan kerana saya tidak beberapa fancy layers (dulu-dulu ye, sebab bentuk badan kecil molek, then.) Ya warna bold juga boleh mencipta statement, saya senang melayan diri untuk lebih menyerlah. Memakai sarung kaki yang mengerlip, ya menutup kaki tetapi masih nak tunjuk kaki yang bentuknya cantik, ha ha.
Kini cita rasa sudah berubah, menutup aurat pastinya, tetapi bukanlah jubah atau yang meleret sampai dipijak-pijak kain yang menjela itu. Dan saya tidak faham, kenapa untuk ke majlis fesyen kamu mengenakan gaun meleret sebatu, dan biasanya suasana di dalamnya agak gelap jalan pun tak berapa nampak, dengan venue pun dibuat cuma sementara, adoi memang kamu mencari nahas.
Apa pun minggu fesyen adalah minggu untuk bergaya dan berinspirasi, dan ini juga peluang bereksperimen. Korek almari anda, mungkin ada baju vintage yang masih muat. Mesti ramai tertarik melihat anda dengan Escada atau Jean Louis Scherrer vintage misalnya. Hah ini yang selalu saya cari, kalau muat saya senang menyarungkan dan senang padanan jaket mewah, tidak kisahlah yang warnanya terang benderang atau ada taburan labuci tapi saya padankan dengan jeans. Semua boleh sebenarnya.Satu lagi yang menarik bagi saya ialah bold print, print on prints on prints. Kalau bijak mengolahnya, anda boleh nampak hebat dan trendy sekali. Dan fikir outside the box, yang kamu tidak selalu bergaya begitu, tetapi kerana hari itu adalah hari istimewa dan mahukan kelainan.
Tapi tolonglah ingat, anda hadir ke pertunjukan fesyen bukan majlis kahwin. Saya memang tidak boleh hadam melihat ada datang macam pengantin. Biarlah sang pereka petang itu mempersembahkan pakaian-pakaian pengantinnya, baju untuk pengiring pengantin dan sebagainya tetapi kamu bukannya pengantin. Mengapa hadir seolah kamu mahu naik pelamin? Atau berpakaian macam hendak hadir ke kenduri kahwin. Cukup, kamu simpan look itu untuk majlis kenduri kamu atau anak kamu.
Saya sempat melemparkan soalan kepada kawan-kawan mengenai hal fesyen. Dengar apa kata mereka tentang lima soalan ini.
- Apa yang patut anda pakai (lelaki dan wanita) ke majlis fesyen terutama kala menghadiri Minggu Fesyen?
- 2. Pada pandangan anda apa yang dikatakan fashionable?
- Pakaian yang paling trending sekarang?
- Apa yang dimaksudkan dengan style trend?
- Peranan sosial media dalam dunia fesyen. How big is the impact on the fashion industry?
Dato’ Shake
Keterampilan Dato’ Shake selalu mengikut kesesuaian tempat, majlis dan di mana beliau berada. Jelas pada usianya yang ke 74, Shake, masih segak dan bergaya, bijak memilih pakaian.Tinggal di Paris, kota fesyen, pasti sekelilingnya sentiasa hidup dengan bahang fesyen-fesyen terkini. Sementelah pula Shake kerap menerima jemputan untuk ke majlis-majlis seni, nah apa jawabnya kepada lima soalan di atas.
- Don’t just follow fashion, create it – memakai sesuatu hanya kerana ia dirasakan bergaya tidak akan membantu anda jika ia tidak sesuai dengan personaliti atau gaya anda. Fashion should reflect who you are; otherwise you risk looking out of place.
- Fesyen dilahirkan di jalanan, bukan hanya di landasan. Gaya sebenarnya muncul daripada kehidupan seharian, di mana orang ramai secara kreatif mengeksprasikan diri mereka di luar batasan koleksi pereka. Itu lah true style image.
- Trendy clothing should be comfortable and expressive. Potongan yang paling bergaya ialah yang membuat kamu berasa yakin sambil mencerminkan gaya semasa.
- Fashion is about personalization. True trendiness comes from how you adapt and personalise trends to fit your unique style.
- Media sosial telah meningkatkan keterlihatan fesyen, I mean fashion’s visibility, often to the point of absurdity, betul amat tidak masuk akal. Ramai Influencer mempromosikan trend yang mungkin kekurangan bahan, menjadikan fesyen lebih kepada cermin mata daripada bergaya. Walaupun sesetengah menggunakan media sosial untuk mempamerkan kreativiti tulen, yang lain menyumbang kepada budaya kedangkalan (a culture of of superficiality).
Jimmy Ong
Empunya syarikat perhubungannya sendiri yang banyak mengendalikan fesyen dan kecantikan. Gayanya, sentiasa trendy, dan stail rambutnya selalu berubah rupa sesuai gaya dan majlis dihadiri.
- Minggu fesyen penuh dengan kelainan, keindahan dan keunikan. “Street stylers zeroed in on statement pieces, from bold + fancy style”. Ini membuat anda nampak ceria lagi menyenangkan.
- Pada pandangan saya yang dikatakan fashionable ialah – Deconstruction continues to be trendy.
- This season is denim – jeans, in particular. Inilah yang paling trending.
- Style trend is irrational clothing, sophisticated, but not pretentious.
- How big is the impact of social media on the fashion industry? Fashion has become more accessible, allowing for a greater diversity of voices and styles to be seen and heard. Sadly in Malaysia we still need to put more effort or take advantage of it.
Bon Zainal
Pereka fesyen dan pemilik Bon Fashion Legacy Sdn Bhd
Bukan calang-calang pelanggannya daripada Raja-Raja dan kaum kerabat di raja, menteri, CEO, ketua organisasi dan orang kayangan yang lainnya. Mengapa memilih Bon Zainal? Kerana setiap satu yang dihasilkan cukup terperinci dan sempurna, sehinggalah dia mendapat gelaran Malaysia’s King of Menswear.
- Ada pelbagai jenis pertunjukan fesyen sebenarnya. Bermacam-macam pertunjukan dengan jenama-jenamanya, dan venuenya, dan tetamu-tetamunya. Maka anda perlu tahu jenis jemputannya. Yang berprestij haruslah menyesuaikan dengan suasananya pula. Dress appropriately, and be fashionable, sesuai dengan cita rasa. Terutama bagi yang duduk di baris hadapan, anda terdedah dengan puluhan kamera dan video yang memancarkan matanya ke arah anda. Terdedah dengan khalayak, pasti tidak sedap mata memandang jika gaya tidak selari dengan majlisnya. Tiada satu ‘rule’ tetapi sendiri perlu tahu gaya apakah memenuhi permintaan jemputan.
- Baju yang dikatakan fashionable? Kalau tanya saya, bagaimana ‘to dress fashionable, first please pay attention to shape. Find a good tailor, know your measurements dan pastikan juga mengenai accessorising.
- Pakaian paling trending kini. Trend berputar dan subjektif. Contoh kini pakaian-pakaian berwarna cerah, bold colour lagi menyerlah, yang potongannya longgar, juga yang banyak layer. Dan Boho is back.
- What is a fashion style trend? Style trend berbeza dengan fesyen, fesyen sentiasa berubah tetapi ‘a fashion trend signifies a specific look or expression that is spread across a specific time and place.’ Setiap individu ada gaya sendiri, di sini anda perlukan soul searching yakni mencari stail sendiri kemudian diolah dengan gaya tersendiri.
- Sosial media memberi informasi percuma kepada orang ramai. Mereka bijak dari segi mengarangkan sesuatu, maka perlulah mengguna akal fikiran bila hendak menyatakannya. Malaysia negara majmuk, tapis dan jujur dalam memperkatakan atau memperlakukannya.
Tentang pakaian yang Islam seharusnya menutup aurat sedikit sekurang-kurang. Kerana impaknya mungkin elok dan mungkin tidak. Sebagai pengguna harus bijak supaya apa jua yang kita buat mestilah ada nilai yang baik dan memberi inspirasi kepada ramai.
Ashley Wong
Dulunya Ashley terkenal sebagai Ashley_kapas, pereka terkenal ini tidak pernah mengenai jemu dan penat untuk melahirkan aneka rekaan dan gaya yang lari daripada kebiasaan. Seronoknya kemudian jenama lain turut melayani ilhamnya ini dalam koleksi mereka.
- Pakaian mesti selesa. Pada pendapat saya jika anda menghadiri pertunjukan fesyen, pakailah pakaian yang selesa tetapi dengan stail yang tersendiri. Untuk lelaki boleh cuba pakai oversize shirt dan padankan dengan straight cut pant tapi itu pun boleh dibega-begakan menjadi stail tersendiri yang unik. Penting ia mesti disesuaikan dengan personaliti tersendiri. Untuk perempuan pula anda boleh look chic, fun, glamorous and even sexy, janji nampak unik. Kini orang lebih suka dan beralih kepada quiet luxury yakni size kecil tanpa logo.
- Baju yang boleh dikatakan fashionable sekarang adalah jenis oversize. Shirt, jaket dan jacket dress. Shirt atau jaket berlengan ‘extreme’ panjang. Saya hidangkan koleksi saya ini pada KLFW 24 baru-baru ini dan ramai sekali menyukainya. Fashionable can be simple tetapi nampak mahal dan selesa dipakai. Dan penting si pemakai berasa yakin kala menyarungkannya.
- Pakaian yang paling trendy sekarang adalah seperti berikut; Bahu yang besar, lengan yang panjang, corak juga memainkan peranan,yang penting (current print). Pelik tapi wearable.
- Style trend ada pelbagai ragam cara. Bentuk dari segi cutting atau potongan baju terbaru, dan pada waktu atau masa yang tertentu seperti juga stail rambut. Dan dari segi fabriknya (teknologi terbaru). Style trend ini boleh terjadi dari satu masa ke masa.
- Peranan sosial media sudah tentu membawa impak yang cukup kuat; dari segi informasi apa yang terbaru dan promosi terkini. Juga boleh membawa sesuatu atau satu stail itu sehingga viral. Untuk mendapatkan populariti para pereka dan influencer boleh menggunakan platform ini sebagai showcase apa yang terbaru. Dan juga boleh membawa sesuatu jenama itu ke taraf antarabangsa.