DESPERADO

Isteri Curang, Diceraikan Suami Di Hadapan Anak-Anak

Seperti yang diceritakan oleh seorang adik ipar kepada majalahwm.com

Aku payah hendak percaya kepada orang waima adik beradik sendiri, dan lebih-lebih lagi yang bukan darah daging. Mesti kamu ingat aku ini perasaan akulah perfect, oh tidak, aku pun langsung bukan sempurna orangnya tetapi aku diberikan oleh Yang Maha Esa satu instinct yang mana aku seperti dapat melihat ke dalam hati seseorang. Pernah aku berkawan dengan seseorang lelaki. Bila kawan-kawan tahu aku bersamanya mereka kata aku untung. Dia ada segalanya; anak orang kaya, kacak, pandai, alim oh apa lagi yang kau mahu Essa,” tanya kawan. Kalau kamu tak mahu, okay ini calon sesuai untuk 

aku,” balas si teman.

Dan satu hari, bila kami berpisah, kerana aku sudah nampak the other side of him, aku beritahu pada Sally yang kami berpisah. “Sebab you tak pandai hargai kasih sayangnya, you hendak orang ikut cara you, siapa yang sanggup?” Well, it’s all  over with me, you ngoratlah,” aku beri greenlight. Hemm Sally dengan pantas jawab terima kasih… kerana katanya dia memang suka Karim tapi tak mahu rampas daripada kawannya… okay nanti aku ceritakan hal itu di keluaran Desperado yang akan-akan datang (tak tahu bila). Kerana bulan ini aku janji nak bawa kisah isteri curang, diceraikan suaminya di hadapan anak-anak, dan suaminya itu adalah abang aku sendiri.

Kisah bini abang aku

Ceritanya panjang tapi biarlah aku ringkaskan. Masa abang aku hendak kahwin dulu, semua orang happy gila termasuk mak dan abah sebab bila abang bawa balik dia ke rumah, mak aku suka sangat melayan. Mana tidaknya, dia datang dengan pelbagai hadiah. Tahulah orang tua, bila diberi hadiah kasih bertambah. Begitu juga abah, dia sekali dapat hadiah. Seisi rumah riuh bila abang sesekali balik dengan kekasihnya. Tapi entah mengapa aku rasa perempuan itu banyak berlakon, suka bodek mak aku. Aku menyampah dengan sembangnya tapi mak selalu puji. 

Pernah aku sound abang aku, adalah sesuatu yang kurang senang tapi tahu abang kata apa, “Awak tu dengki sebab dia cantik kan?” What? Aku dengki? Helo, sorry, dalam kamus aku, aku tidak berdengki dengan orang. Dan bagi aku, aku seorang yang high confidence level so tak pernah rasa kurang daripada dia. Okay dia ada bisnes, so what? Dia gaji lima atau enam angka, apa aku kisah? Dia nak beli mak ayah dan adik adik lain kasih sayang dengan beri hadiah, itu pun aku tak kisah tapi aku rasa dia tu banyak berlakon.

Abang aku ini seorang jurutera dan selalu di pelantar. Duit pun banyak ditambah isteri ada bisnes sendiri. Rumah mereka agam. Ada dua pembantu, dua pemandu dan tukang kebun, waktu sama dia sendiri pun ada pembantu khas, yang jaga ehwalnya. Entahlah baik dia mahupun pembantu khasnya aku tidak berapa suka, tapi aku tahu mereka geng habis, mungkin sebagai pembantu dia pandai layan kehendak kakak ipar aku yang cerewet. Tapi tak ramai percaya dia cerewet sebab dia pandai cover up, atau gaji pembantu pribadinya tinggi, so ikutlah cakap dia.  

Pada abang aku bininya angle.  Tiga anak tapi kalau orang tengok macam anak dara, dan mereka macam couple sedang honeymoon. “And my brother is so proud of her. Tidak salah suami bangga dengan kejayaan isteri tapi kalau cuma di depan sahaja macam mana”

Aku ada kawan, tidaklah baik sangat tetapi bila kami berjumpa, banyak sangat ceritanya. Dan satu hari dia singgah di rumah ibu, ternampak gambar kahwin abang aku. Terkejut dia, aku nampak mukanya merah padam. “Apa yang kamu nampak?”  “Tak ada apa.” Tapi aku tahu di dalam hatinya berkata sesuatu. Satu hari dia tanya aku, “Abang awak masih dengan isterinya?” Satu soalan yang pelik bagi seorang yang tiada kena mengena dengan keluarga aku. 

“Abang yang mana?” Aku buat macam tidak tahu, walaupun aku dapat rasanya maksudnya abang aku yang bini kaya bergaya. “Wife dia cantik kan, berapa orang anak?” Tiba-tiba dia tukar subjek. “Anak tiga, eh by the way apa yang you minat sangat dengan abang dan isterinya itu. “Abang you kerja apa?” Dan aku beritahu kerjanya, selalu di pelantar dan kadang lama, masuk sebulan dua tiada di rumah. “So isterinya handle semuanya?” “Yalah apa nak kisah, ramai pembantu, rumahnya penuh dengan pembantu-pembantu.”

Cerita berakhir di situ, tetapi aku rasa macam ada sesuatu yang disembungikan. 

Aku tahu kak ipar aku memang tidak pernah ada di rumah pun. Anak-anak private school. Aku rasa dia tidak beberapa melayan sangat anak-anaknya tu, busy dengan bisnesnya. Lagipun anak-anak saudara aku pun banyak aktiviti, dan salah seorang pemandu ada semua time table mereka. Jadi dia yang kelolakan. Orangnya pun muda dan bukan sekadar pemandu yang tidak tahu apa, tapi ada diploma dan pendek kata, pada mereka itulah ‘ayah’ mereka. Ke sana ke mari, hari sekolah, hari tak sekolah memang dia sentiasa ada.

Barangkali juga kerana suami tiada rumah dan anak-anak ‘dibereskan’ pembantu alias pemandu, dan dia punya banyak masa, atau kerana memang tidak sayang anak kot, hari minggu pun akak iparku keluar. Budak-budak kalau nak keluar, mereka ada pembantu melayan kehendak mereka.

Cerita kawan aku tidak berhenti dengan dia yang semacam berminat sangat mengetahui tentang keluarga abang aku terutama isteri abang aku. Dan satu hari aku ajak dia makan, dan aku pegang tangannya kuat-kuat. “Aku rasa tidak sedap, ngapa you macam berminat sangat hendak tahu tentang abang dan kak ipar aku? Cer berterus terang, ini kau sibuk tanya aku abang aku cuti ke, aku pun tidak tahu. Bukan aku tinggal dengan mereka, dan kalau abang tiada, bukan akak iparku jenguk mak mertuanya.”

“Kalau dia betul kak ipar kau, aku kesian abang kau? “Mengapa pula?” “Sebabnya dia ni girl friend my cousin?” 

“Biar betul?” kata aku. “Girl friend yang macam mana? Kadang-kadang kita jumpa lelaki dan perempuan di cafe atau berdua minum kita tidak boleh come to a conclusion,” aku pula menasihatinya. 

Well kalau aku kata, aku jumpa mereka selalu berdua-duaan, holiday lagi bersama, kau nak cakap, business partner?  Kalau sepupu aku itu beritahu pada kami dan kawan-kawannya dia ada girlfriend, janda, dan akan kahwin tidak lama lagi, kau hendak kata apa?”

“Dia mengaku dia janda?” “Itu yang aku tahulah. Janda kaya, anak tiga laki tinggalkan.” Lagi?. “Lakinya tidak bertanggungjawab, cerai pun sebab menghabiskan duit bini…” antara lain yang diceritakan.

Apa perasaan anda bila mendengar cerita kawan yang walaupun ringkas tapi seperti

menikam jantung hati. Tapi aku tidak boleh percaya semua cakapnya. Kan aku ada beritahu dia pun baru akhir-akhir ini baik dengan aku, aku tidak pun tahu banyak latar belakangnya, aku mesti berhati-hati untuk sebarang tindakan.

Begitu pun aku tidak boleh diamkan semua ceritanya. Ini adalah masalah keluarga aku, abang aku. Kalau ceritanya betul tak kan hendak diam sahaja. Tetapi andai aku melulu dengan tindakan aku, bagaimana kalau cerita itu tidak benar? Aku yang menjadi perosak rumahtangga mereka, aku yang akan dibenci keluarga dan sampai kiamat abang aku tidak maafkan aku.

Aku mesti mendapatkan semua bukti sebelum memberitahu kepada keluarga. Boleh juga dengan kawan aku untuk bersama-sama menyelamatkan dua pihak. Pihak sepupunya juga yang kena tipu hidup-hidup dan abang aku yang begitu percayakan dan mengagungkan isterinya. Tetapi kenapa bini abang aku itu berkelakuan begitu sedangkan abang aku dan mak abah dan ipar-ipar lain pun sayang dia? Soalan yang aku sendiri tidak boleh jawab. Dia kan orang baik dan alim. Pakai tudung dan cakap pun lembut, cantik, kaya dan seperti kata emak aku, orangnya pemurah. “Tak seperti kayak-kakak ipar lain yang kedekut dan tak pandai ambil hati orang tua.”

Akhirnya aku dan kawan mengambil keputusan untuk bekerjasama. Dia yakin sangat kakak ipar aku curang dan sepupunya juga tidak tahu kedudukan yang sebenar. Atau sepupunya juga tahu kedudukan tapi mengambil kesempatan kerana kakak ipar aku kaya, dan dia (sepupu) sekadar dijadikan teman kala sunyi atau alat untuk memuaskan nafsu semata. Lagipun apa yang sepupunya boleh offer?  Gajinya pun tidak besar. Cuma dia muda dan nak banding dengan abang aku, tentulah sepupu teman menang dari segi rupa dan bergaya. Lagipun sepupu kawan sportsman, jaga badan. Dan kami percaya itu yang membuat kakak ipar suka dia. Tetapi perempuan juga kan bangga kalau lakinya kaya. Namun mana perempuan suka kalau dia yang menanggung lakinya?

Bila abang aku cuti, nampaklah mukanya di rumah, dan abang akan bawa dia jumpa mak dan abah dan dia pun seperti selalulah masih pandai ambil hati mertua dan anak-anak saudara yang lain. Bila abang aku balik ke pelantar, anak-anak pun terbiar… dua bulan abang tiada, dua bulan lah dia dengan aktiviti ‘busy’ nya. Katanya pada mak, “Masa abang kat pelantar masa itu saya buat banyak duit, dan kerja lebih masa sebab bila abang cuti, saya juga kena cuti…” begitulah ceritanya. Tetapi dengan abang, ceritanya berbeza, dia perlu menguruskan semua kerja, dan komplain semua dia yang kena buat dan gunakan alasan penat dan kalau dia terpaksa keluar dan balik lambat dia kata pada abang aku, “now your turn to take care of the children1 pun nak rehat.” jangan nak lepas semua tanggungjawab pada I aje,” Dia jadikan alasan untuk keluar berpacaran.

Sudah beberapa kali aku dan teman terserempak dia dengan seseorang, tapi kami harus pandai. Nak jadi pengintip bukan senang, tetapi ada satu masalah. Dua kali kami berjumpa dia di kelab tetapi ‘kekasih’nya bukan sepupu teman. Wow bukan main perangai pun macam anak dara, adoi… mana pergi tudungnya? Aku tak pandai nak describe tapi aku pula menggeletar tengok perangainya. Dan sekali lagi bila kami mengekor pergerakan dia, betul dia dengan sepupu teman. Jadi conclusion kami, dia ni pasang ramai, bukan seorang saja.

Okay dipendekkan ceritalah… setelah beberapa bukti telah dikumpul, aku terpaksa melakukan sesuatu. Aku tidak boleh berdiam diri dan tidaklah pula aku mahu memberitahu seluruh ahli keluarga, sebab abang aku akan malu besar bini yang dipuja, disanjung itu buruk perangai. Memang aku tidak mampu berdepan dengan abang aku sendiri. Perkara begini tidak semudah itu diselesaikan. Lagipun aku tahu abang aku tidak akan percaya sepatah pun cakap aku dan aku takut pipi aku juga yang herut ditampar dan kaki aku patah diterjangnya.

Kami ada banyak gambar kecurangannya. Gambarnya berpelukan, gambarnya check-in hotel dengan seseorang dan sebagainya. Terpaksalah teman membuat semua kerja ini dan aku behind the scene. Oh ya, sepupu teman juga perlu diselamatkan, dia juga bermain kayu tiga dengan sepupu. Dalam pada dia berjanji untuk berkahwin, dan dengan pelbagai alasan untuk menangguhkan perkahwinan, al maklum dia bini orang kan, dia juga ada secret affair dengan seorang lagi pemuda. So untuk si sepupu tugas aku pula menyalurkan maklumat. Baru fair kan?

Abang aku sudah dilengkapi dengan banyak bukti, dan abang aku tidak boleh lari dari kenyataan. Segalanya bukan lakonan, ternyata bininya curang. 

Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh juga

Abang mengambil cuti tanpa diketahui oleh sang isteri. Sudah tiga hari sang isteri tidak pulang ke rumah, abang tidak menghubungi dan begitulah sebaliknya. Malah dia pulang ke rumah pun tanpa memberitahu anak-anak and quietly duduk di biliknya… dan seperti biasa anak dengan aktiviti mereka dilayani oleh si pemandu. Pembantu rumah sibuk dengan kerja mereka. Biliknya yang dikunci pasti tidak siapa yang mengetahui dia di dalam. Kalau di pelantar dia boleh hidup dengan makanan-makanan kering dan dalam tin, dia tiada masalah untuk hidup yang begitu.  Melalui cctv dia melihat apa aktiviti di rumahnya.

Dan ‘the final day’, dia pun tidak mampu lagi berdiam dalam bilik… rindunya pada anak-anak Tuhan sahaja yang tahu. Okay at last, hari minggu dia muncul di ruang tamu… menjerit-jerit anak kerana gembira. “Mummy mana?” Semua diam. “Mummy tak bagitahu dia pergi mana?” Diam, tidak siapa menjawab. Dia memanggil pemandu anak-anaknya, kerana pemandu seorang lagi pasti bersama sang isteri. “Ke mana ‘kawan’ awak bawa Mem…” Sang pemandu tidak mengetahui. “Betul abang, saya sibuk dengan mereka dan jarang pun nampak abang Deraman.”

“Okaylah. “Apa pula aku hendak membabitkan dia,” katanya di dalam hati. Dan anak-anak pun menarik tangannya, “Daddy let go out…” Dan dia tahu di mana dia mahu membawa mereka kali lagi. “Okay pack your bag, we are going for a short trip…” “Abang Ali boleh gi sama,” tanya Niema, anak sulungnya. “Dia berfikir, dibawa atau tidak, tapi dia malas sangat hendak memandu, perjalanan ke tempat peranginan itu jauh juga tapi kalau Ali ikut serta sudah ada orang luar yang barangkali akan tahu kisahnya nanti. Akhirnya dia berfikir, “Tanyalah abang Ali, dia hendak ikut atau tidak, up to him.”

Dalam perjalanan banyak juga yang dia terlepas bertanya anak-anak. Lagipun dia sudah sebulat hati berkata, “Apa hendak disorot-sorotkan perkara yang sebenar. Dia hanya mengharapkan tiada perkara seburuknya berlaku, walaupun dia sudah dibekalkan dengan pelbagai maklumat. 

Daripada Ali juga dia diberitahu, memang Ali lah yang mengurus segalanya, dan dia melihat mereka manja dengannya. “Betullah, Ali seolah ibu dan bapa kepada anak-anaknya. Bapa yang memang tiada masa dengan anak-anak dan ibu yang juga sibuk dengan aktivitinya. Dia boleh memaafkan kalau kesibukan isteri kerana bisnesnya tetapi kalau sibuk dengan jantan, dia tidak akan memaafkannya. Kata orang kalau dia masih menerima isterinya yang sah curang, itu namanya dia nusyuz.

Apakah pengertian Nusyuz? Beberapa kali dia membaca pernyataan itu melalui cariannya di internet?

“Seorang isteri dikira nusyuz apabila dia ingkar atau menderhakai suaminya. 

Contohnya. *Isteri mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. *Membenarkan lelaki ajnabi memasuki rumah tanpa izin. *Meninggalkan rumah tanpa izin suami tanpa alasan yang munasabah. *Tidak memenuhi tanggungjawab sebagai isteri tanpa sebab yang munasabah.” Itu antara lain yang bermain-main di kepalanya.

Sesampai di sebuah tempat peranginan mewah, masih di dalam kereta…”Eh rupanya daddy nak bawa kita jumpa mummy?” Itu kereta kita kan? Terperanjat…dan tak tahu nak cakap apa, si daddy menjawab,  “yes, surprise…” dan ketiganya bertepuk tangan. Mummy tak bagitahu pun pada kita dia holiday di sini,” kata Nabil yang bongsu. “Mummy suka jalan-jalan tak bawa kita.” Si ayah menahan antara sebak dan marah. “Sampai hati kamu, cis!” dia menyumpah.

Kita ambil dua bilik… akak dan Nita with daddy  dan Nabil dengan abang,” kata si bapa. “Correction daddy, akak dan Nita dan Nabil dengan abang Ali? Sebab mummy dah ada bilik? Si kakak yang bersuara. “Yes…” you’re right.” 

Setelah check-in, “Mana mummy ni?” Nabil bertanya. “She is busy with her conference, nanti kita jumpa lah?”

Nabil sibuk hendak ke kolam renang…”Kan dah malam sayang, let’s take a good rest, kalau lapar order aje from the room, dan dia memberitahu Ali untuk pesan sebab dia perasaan Ali tidak berselera masa mereka berhenti makan. Seperti Ali dapat membaca segalanya, dan dia lebih diam waktu memandu. Dia teringat kata Nita, “Daddy, kalau daddy tak ada, abang Ali pandai lawak, today he is so quiet.”

How long will we be here?” Neima bertanya ayahnya. “A week, school holiday kan?” “Bestnya thank you daddy.” 

Where’s mom…?” Nita tidak berhenti bertanya dan kehairanan bila daddynya tidur bersama mereka -( two double bed.)” Let’s sleep, daddy tired sangat, esok kita cari mummy, she is not answering.

Hari esoknya aktiviti mereka penuh, anak-anak pun dah lupa akan ibu mereka. Bila malam? Daddy where’s the surprise? Nabil bertanya.

Hari ketiga, free and easy today. Boleh ride basikal dan sebagainya…’ “Akak nak swimminglah,” kata Niema.

Dari kejauhan Niema nampak seseorangnya, “Look like mom,” Niema memberitahu daddynya. At last, you’re here,” katanya di dalam hati… enjoy sungguh, dan tayang body lagi macam mat saleh.” Tuhan sahaja yang tahu api yang menyala di benaknya sebaik dia ternampak bininya berbaringan di kerusi malas… as they walk nearer, ketiga-tiga anaknya terkejut melihat seseorang mendatangi ibu mereka, dan mencium pipinya. “Daddy who is with mum?” Nabil menjerit…”

Kecuh di tepian kolam. Sang suami tidak dapat menahan amarahnya. Dia cuba dan mencuba to be cool tapi dimalukan depan anak-anak, dia tidak dapat lagi menahan. “Oh at last di sini kamu,” dia bersuara. Dia cuba sebelum ini mendapatkan maklumat bilik sang isteri… tapi security tight.

Dan di hadapan isteri serta disaksikan tiga anak, dan lelaki itu, Ali juga, sang suami tidak mahu bercerita panjang. Semua bukti sebelum ini mengesahkan kecurangan sang isteri dan termasuk yang satu ini, betul-betul terjadi di depan matanya dan anak-anak. Lantas terus menjatuhkan talaknya. “Kita jumpa di mahkamah,” katanya kemudian.  Sang isteri terkedu.. 
Tentu you all nak tahu, siapa lelaki dengan bekas kakak ipar aku kan? Sepupu teman lega, sebab pada hari itu bekas bini abang aku bersama kekasih gelapnya yang lain… 

Related posts

Datuk Benarkan Isteri Diraba, Dicumbu, Di…

admin

Apa Masalah Dato’ Sri Kalau Saya Menjanda?

admin

Diari Seorang Pencabul, Pendusta dan Pemusnah

admin

Leave a Comment