FESYEN

FESYEN TEGAR TIDAK BERKUBUR

Pencinta trend dan masyarakat fesyen masih lagi menyalahkan kesuraman dunia fesyen kini pada pandemik dan kesan psikologi, ideologi juga konspirasi yang ditimbulkan. Yes, blame it on the pandemic!

How long was that? It’s been almost four years  sejak era dunia fesyen itu mula merudum. Apakah patut kita menyalahkan dan meletakkan ketenatan ini atas nama pandemik semata-mata?

Yang pasti dan menariknya, some people have moved on and some are still sulking about their fate. Ramai pereka sudahpun beredar kembali ke dalam rada dan mula melihat cahaya di hujung terowong. Sementara yang lain mula gigih membangunkan semula empayar jenama masing-masing.

Pada sesetengah mereka, too bad, kerana kamu masih menyalahkan hukum alam itu. Kamu dihantui bayang-bayang sendiri dan dibelenggu rasa bimbang yang tidak berkesudahan lalu tidak berani menyahut apa jua cabaran? Yang nyata, ramai yang masih terkesan oleh keadaan ekonomi dan isu modal selepas mereka gagal bertahan ketika pandemik.

Bagi pereka yang terus bekerja keras untuk keluar daripada kemelut dan kekangan persekitaran pra-Covid ini, syabas kerana menjadi hero yang terus berjuang mempertahankan industri.Ramai yang telah membuat ‘come back’ dengan pelbagai idea dan mula yakin tindakan mereka berbaloi dan in relevance to the current scenario and the industry.

Di arena antarabangsa, ia juga telah dibuktikan melalui usaha pereka tersohor dunia seperti Balenciaga dan Dries Van Noten misalnya termasuk jenama lama seperti Dior, Chanel, YSL, Gucci dan Prada yang tidak pernah jemu mencuba ‘making a come back with a bang!’

Mereka juga masih menghasilkan rekaan eksperimental sementara label seperti Valentino, Givenchy dan Balmain yang masih percaya pada idea cliche ‘recycle’ dengan menggunakan jargon metrics dalam rekaan masing-masing. Mengapa tidak? Von Furstenberg sejak muncul hingga hari ini gaya wrap dress beliau dan kaca mata hitam besar tidak pernah sekalipun diketepikan daripada setiap musim Fashion Week runways. A proven recycle sells.

Masih ada pereka yang meyakini futuristic element atau mungkin ia berlaku sesuatu yang berlaku secara bawah sedar dan amat simbolik dengan impian pereka yang masih berpegang pada masa depan dengan penuh harapan? Bukan sekadar untuk melonjakkan rekaan dan mencetus nostalgia di pentas peragaan musim bunga/panas 2024 semata-mata.

Malah jika diperhatikan jenama mewah dan gah lama yang disebutkan tadi mula merangkak semula. Apa yang pasti jenama kasut low dan mid-range seperti Steve Madden, Nine West, Aldo dan seangkatannya menjadi semakin menyerlah kerana mereka dapat menghasilkan ‘rekaan impian’ pada harga yang masuk akal.

 Yang pasti jenama fesyen mid-range ini dapat memuaskan hati peminatnya yang masih muda dan ghairah. Menarik dan mesti dibanggakan, ramai juga pereka tempatan yang mengikut jejak sama dan terus berjuang dengan idea baru serta berani membuat eksperimen. Menjadi atau tidak hasilnya, itu persoalan kedua.

Bagaimana pula anda sebagai peminat trend atau setidak-tidaknya sebagai pengguna? Setiap orang ada alasan dan kekangan yang tersendiri dalam hal ini. For some, fashion has become irrelevant and no purpose.

Malang dan amat dikesali, ramai pereka yang menyepi kerana bukan mereka tidak berani tetapi dibebani hutang lama serta kekangan modal setelah mereka gulung tikar.

KESAN ISU PALESTIN, PERANG DAN EKONOMI TERHADAP DUNIA FEATEN

Ibarat kata pepatah sekali ombak melanda, sekali pasir berubah. Begitulah juga dengan fesyen yang sangat terkesan dengan persekitarannya.

Setuju atau tidak, isu Palestin telah menarik perhatian ramai termasuk para pengeluar dan pereka sendiri. Ramai tidak melepaskan peluang menyuntik elemen yang dicetuskan Palestin. 

Related posts

Love, Bonito Meraikan Ulang Tahun ke-13 dengan kolaborasi bersama KANOE

adminwm

Baju Aidilfitri

admin

Serena Williams Dilarang Memakai Baju Wakanda Di Kejohanan Tenis

admin

Leave a Comment