FESYEN

Gaya yang Mengangkat, Bukan Menenggelamkan**

“Jangan biarkan fesyen memakai anda—anda yang harus menghidupkan fesyen itu.”

Kecantikan tidak pernah berdiri sendiri. Wajah yang cantik bersolek rapi masih tidak berupaya memancarkan sepenuhnya kejelitaan seandainya anda tidak berpakaian sesuai majlis. Benar ia perlu hadir bersama pilihan—dan dalam dunia fesyen, pilihan itu bernama gaya.

Ada wanita yang melangkah masuk ke sebuah ruang, dan tanpa perlu berbicara, auranya sudah cukup untuk membuat semua mata berpaling kepadanya. Bukan kerana pakaiannya paling mahal, bukan kerana tas tangannya yang dicemburui, dan kasut kristal yang memancarkan hingga ke siling, tetapi kerana dia hadir tepat pada dirinya, tepat pada waktunya, dan tepat pada suasana.

Sungguh, ada yang memilih helaian paling indah—label mewah, potongan terkini, warna yang memikat—namun apabila disarungkan, sesuatu terasa janggal. Seolah-olah kecantikan itu hilang di tengah jalan. Di sinilah kita belajar satu hakikat halus: fesyen bukan tentang apa yang kita pakai, tetapi bagaimana kita memahami apa yang kita pakai.

Gaya yang benar tidak menjerit. Ia berbisik dengan yakin.

Wanita yang bergaya tahu bahawa setiap majlis mempunyai bahasanya sendiri. Busana ke majlis makan malam bukanlah busana ke siang hari, bukan busana ke majlis agama. Kadang saya pun pelik, hadir majlis tadarus Al Quran, kelas agama bersama ustaz, masyaAllah bagai hendak ke majlis kenduri kahwin di Raja. Kilau labuci menangkap mata ustaz. Matanya silau dan hilang fokus seketika.  Gaun berkilau yang mempesona di dewan gala boleh menjadi terlalu “keras” untuk sebuah majlis santai. Dan kesilapan ini—walaupun tidak disengajakan—boleh mengubah keseluruhan persepsi.

Lebih mendalam lagi, gaya juga adalah tentang kejujuran kepada diri. Tidak semua trend dicipta untuk semua orang. Ada potongan yang mengangkat bentuk tubuh, ada juga yang menenggelamkannya. Ada warna yang menyerlahkan seri wajah, dan ada yang memudarkan cahaya itu.

Gaya adalah seni memilih—dan kebijaksanaan menentukan keseluruhan kecantikan anda. “Cantik itu bukan pada apa yang dipakai, tetapi pada kebijaksanaan memilih apa yang sesuai.”

“Fesyen boleh dibeli, tetapi gaya lahir daripada jiwa yang mengenal dirinya.”

Gaya yang indah bukan tentang menarik perhatian semata-mata. Ia tentang meninggalkan kesan—yang halus, yang berkelas, dan yang tidak mudah dilupakan.

Mengapa Ada Yang Tampak Hebat, dan Ada Yang ‘Turun Nilai’?

Perbezaannya bukan pada harga, tetapi pada keserasian.

Seorang fashionista yang tampak fabulous biasanya memahami tiga perkara:

  1. Struktur tubuhnya – tahu apa yang perlu ditonjolkan, apa yang perlu dilembutkan.
  2. Kesesuaian majlis – tidak over, tidak under.
  3. Kesederhanaan yang strategik – tahu bila untuk berhenti.

Sebaliknya, yang ‘downgrade’ sering terperangkap dalam:

  • Memakai trend tanpa memahami kesesuaian
  • Terlalu sarat (aksesori, warna, tekstur bertindih)
  • Salah membaca suasana majlis
Tip Gaya Cantik yang Sebenar

1. Fahami “Dress Code Tidak Bertulis”
Setiap majlis ada nadanya. Jika ragu, underdressed slightly better than overdressed dramatically—kerana elegan itu sering dekat dengan kesederhanaan.

2. Pilih Satu ‘Hero Piece’
Jika busana sudah statement, biarkan aksesori minimal. Jika aksesori bold, pakaian perlu tenang. Jangan semuanya mahu “bersuara”.

3. Warna Adalah Bahasa
Neutral memberi elegan. Warna terang memberi tenaga. Tetapi gabungan yang salah boleh mencipta kekeliruan visual.

4. Fit Adalah Segalanya
Pakaian mahal tetapi tidak fit akan sentiasa kelihatan murah. Sebaliknya, pakaian sederhana yang fit boleh tampak eksklusif.

5. Kurang Itu Selalu Lebih
Gaya yang matang tahu berhenti sebelum “terlalu banyak”.

“Dalam dunia gaya, yang berlebihan sering menenggelamkan yang indah.”

Related posts

Sekitar The 78th Annual Venice International Film Festival

Jantra Naqiah

 Hikayat Ariani Karya Seindah Busana

Afiza Kamarulzaman

Bernard & Masrina Ada Chemistry

admin

Leave a Comment