GAYA HIDUPSIHAT

Coklat Tidak Menggemukkan

Coklat hasil olahan biji koko (Theobroma cacao) yang dipanggang dan dikisar menjadi serbuk, pes atau cecair berperisa. Ia boleh dinikmati terus atau diterapkan dalam bentuk masakan lain. Makanan ini dihasilkan orang Olmec sepanjang pantai Teluk Selatan Mexico yang menanam pokok koko dan membuat coklat seawal abad ke-19 SM.

Coklat makanan paling popular di dunia diberikan sebagai hadiah atau pemberian pada hari-hari istimewa khasnya Hari Kekasih. Dengan bentuk, corak dan rasa yang unik, coklat sering digunakan sebagai tanda terima kasih, simpati atau prihatin sehinggalah juga kepada pernyataan cinta. Awalnya coklat tidak bermula sebagai makanan (kecil), tetapi minuman dengan rasa yang istimewa.

Di awal abad ke-17, coklat menjadi minuman penyegar yang digemari di istana Sepanyol. Sepanjang abad itu, coklat tersebar antara kaum bangsawan Eropah, kemudian melalui proses yang adil yang membuatkan harganya menjadi murah dan pada penghujung abad itu, menjadi minuman yang dinikmati oleh kelas pertengahan seperti pedagang. Kira-kira 100 tahun selepas kedatangan koko ke Eropah, coklat amat terkenal di London hingga didirikan “rumah coklat” untuk menyimpan bahan persediaan dan penyediaan coklat (diilhamkan daripada rumah kopi). Rumah coklat pertama dibuka pada 1657.

Semua coklat Eropah diambil sebagai minuman hinggalah pada 1847 apabila mula wujudnya coklat pejal. Orang Eropah membuang hampir semua rempah-rempah asal yang ditambahkan oleh orang Meso-Amerika, tetapi mengekalkan vanila. Mereka juga menggantikan ramuan lain dengan banyak untuk menyesuaikan coklat mengikut selera mereka sendiri; bermula daripada resepi khusus yang memerlukan ambergris, zat warna keunguan berlilin yang diambil dari usus ikan paus, hinggalah kepada bahan lebih umum seperti kayu manis atau cengkih. Namun, yang paling kerap ditambahkan ialah gula. Sebenarnya, coklat Meso-Amerika tidak dibuat manis.

Coklat Eropah pada awalnya disediakan dengan cara yang sama dengan yang digunakan suku Maya dan Aztek. Malah hingga kini, kaedah yang digunakan Meso-Amerika kuno masih dipertahankan dalam mesin industri. Biji koko masih diperam, dikeringkan, dipanggang dan digiling. Namun, beberapa teknik lebih rumit turut ditambah. Serbuk coklat diemulsikan dengan kalium atau natrium karbonat agar lebih mudah bercampur dengan air (‘dutched’, kaedah pengemulsian ditemui orang Belanda), lemaknya dikurangkan dengan membuang banyak lemak koko (defatted), digiling sebagai cairan dalam bekas khusus (conched), atau dicampur dengan susu sehingga menjadi coklat susu.

Coklat Tidak Menggemukkan

Rasa coklat masih sukar diertikan. Dalam buku Emperors of Chocolate, Joel Glenn Brenner menggambarkan rahsia terkini tentang rasanya. Rasa coklat dibentuk daripada campuran 1,200 jenis zat, tanpa satu rasa yang utama. Malah, sebahagian daripada zat itu pun rasanya sangat tidak sedap sekiranya dimakan sendirian. Disebabkan itu, sehingga sekarang masih tiada coklat tiruan.

Antara zat penghasil rasa coklat yang ada ialah lemak. Takat lebur lemak koko ini hanya sedikit di bawah suhu normal tubuh manusia. Jika sepotong coklat dimakan, lemak itu cair di dalam mulut. Cairnya lemak koko menimbulkan rasa lembut di mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh kerana bukan daripada jenis yang menggemukkan tubuh.

Walaupun tidak dapat digantikan, pemalsuan koko sering dilakukan. Koko ialah bahan yang mahal, apatah lagi dibandingkan dengan gula atau minyak nabati. Maka, tidak hairanlah sekiranya dapur biasa terpaksa memilih kedua-dua bahan ini untuk menggantikan koko. Disebabkan itu, tidak banyak coklat dipasarkan sebagai coklat.

Lemak koko sering digantikan dengan minyak yang lebih murah seperti lesitin atau minyak kelapa sawit. Selain harga, dengan menggunakan kedua-dua bahan ini, pelapisan coklat menjadi lebih mudah. Berbanding koko pejal, komponen tidak berlemak pada biji yang digiling juga cenderung berada pada paras yang rendah. Dalam buku coklat, misalnya, sekitar 20% gula-gula itu diisi coklat.

Coklat premium pula biasanya mengandungi sekitar 50-70% coklat padat. Disebabkan coklat mengandungi lebih gula dan mungkin juga sedikit minyak nabati, coklat pekat ini mengandungi lebih sedikit kalori daripada produk coklat pada umumnya.

Khasiat Coklat Gelap

Coklat gelap ataupun dark chocolate mengandungi banyak nutrien yang boleh memberi kebaikan kepada kesihatan. Ianya diperbuat daripada biji pokok koko antara agen antioksidan terbaik yang terdapat dalam muka bumi ini.

Kajian menunjukkan bahawa coklat gelap boleh meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan anda. Ianya juga dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Melancarkan Pengaliran Darah

Coklat gelap mempunyai bahan yang dinamakan sebagai flavanol. Bahan ini boleh memberi rangsangan kepada endothelium, iaitu lapisan arteri untuk menghasilkan nitrik oksida (NO) (Salah satu fungsi NO adalah untuk menghantar signal kepada arteri untuk bekerja dengan rileks dengan melenturkan lapisan pembuluh darah. Apabila hal ini terjadi, peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Dengan meningkatnya aliran darah, tekanan darah akan menurun secara signifikan. Banyak dapatan kajian lain menunjukkan bahawa koko dan coklat gelap boleh meningkatkan pengaliran darah dan merendahkan tekanan darah. Coklat gelap dalam melancarkan pengaliran darah dan menormalkan tekanan darah penting sekali.

Meningkatkan Prestasi Otak

Sumber: Pixabay.com

Coklat gelap juga boleh meningkatkan prestasi otak. Terdapat satu kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang sukarelawan. Berdasarkan kajian tersebut, didapati bahawa dengan mengambil koko yang mempunyai sumber flavanol yang tinggi selama lima hari berturut-turut, pengaliran darah ke otak akan meningkat. Koko juga akan dapat meningkatkan fungsi kognitif dalam kalangan warga emas yang mempunyai kecacatan mental. Ianya dapat meningkatkan kepetahan bertutur. Sebab itulah Coco OCOC menggunakan coklat gelap sebagai bahan utama dalam penghasilan setiap paket OCOC. Sukatannya pula bersesuaian dengan keperluan otak.

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap memperbaiki aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

Flavanol yang terdapat dalam coklat gelap bukan sahaja mampu melancarkan pengaliran darah, tetapi ianya juga dapat menjadikan platelet darah kurang melekit. Jadi, pengumpulan darah dapat dielakkan, dan ini juga dapat menghalang strok.

Tambahan pula, koko mempunyai bahan perangsang seperti kopi dan juga theobromine yang menjadi kunci utama sebab ianya boleh meningkatkan fungsi jantung dalam jangka masa yang singkat.

Sumber Antioksida Luar Biasa

Sumber: Pixabay.com

Coklat gelap kaya dengan bahan organik aktif yang bertindak sebagai sumber antioksida. Antaranya termasuk lah polifenol, flavanol dan catechin. Terdapat satu dapatan kajian yang menunjukkan koko dan coklat gelap mempunyai aktiviti antioksidan yang lebih tinggi berbanding pelbagai jenis buah yang diuji, termasuk beri biru dan juga beri acai.

Antioksidan boleh membantu untuk membebaskan badan anda daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel. Radikal bebas yang terdapat dalam badan inilah yang menjadi penyebab kanser. Ianya juga memberi kesan kepada proses penuaan.

Percaya atau tidak, dengan mengamalkan coklat gelap, selain terlindung daripada pelbagai jenis kanser, ia juga mampu membuat kulit wajah anda menjadi awet muda!

Bantu Mengurangkan Berat Badan

Terdapat satu kajian yang dilakukan di Itali pada 2005 mendapati bahawa coklat dapat meningkatkan sensitiviti dan seterusnya mengurangkan risiko diabetes. Sensitiviti ini akan mengawal kadar gula dalam darah menjadi paras normal.

Coklat gelap sendiri memiliki kadar glidemik yang rendah sehingga tidak akan menyebabkan peningkatan gula darah.

Satu lagi kajian yang dijalankan pada 2009 yang diterbitkan dalam “Southern Medical Journal” telah mengkaji kesan coklat gelap terhadap 28 sukarelawan yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.

Kajian ini mendapati bahawa polyphenol yang terdapat dalam coklat gelap mempunyai fungsi dalam mengawal tahap kolesterol. Selain itu, pengambilan coklat gelap yang kaya dengan polyphenol ini  selama tiga minggu juga boleh meningkatkan tahap kolesterol baik dan mengurangkan kolestrol jahat sehingga sembilan peratus.

Wanita berkulit cantik

Melindungi dan Mencantikan Kulit

Bahan bioaktif yang terdapat dalam coklat gelap juga sebenarnya amat baik untuk kulit anda. Flavanol mempunyai fungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh merosakkan kulit. Selain meningkatkan pengaliran darah ke kulit, ketumpatan kulit dan kadar hidrasi dalam badan juga akan meningkat.

Dengan mengamalkan pengambilan coklat gelap yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko, kedutan di kulit juga akan dapat dihilangkan.

Tak hanya itu, dengan mengurangkan hormon stres, coklat dapat meningkatkan mood gembira, lantas  menghalang kerosakan kolagen. Kolagen adalah protein yang akan mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit anda.

Meningkatkan Daya Penglihatan

Manfaat flavanol dalam melancarkan pengaliran darah dalam tubuh sememangnya dapat meningkatkan pelbagai fungsi lain dalam tubuh. Ini termasuklah bahagian mata. Hal ini terjadi apabila  bekalan darah ke retina berjalan lancar dan tidak mempunyai apa-apa halangan.

Terdapat satu kajian yang dijalankan ke atas 30 sukarelawan dewasa.  Mereka dikehendaki mengambil coklat dan tahap penglihatan mereka diperiksa selepas dua jam. Kajian mendapati bahawa coklat gelap mempunyai lebih banyak kebaikan daripada coklat putih.

Peserta yang mengambil coklat gelap mempunyai sedikit peningkatan terhadap daya penglihatan mereka berdasarkan ujian penglihatan yang dijalankan ke atas mereka berbanding peserta yang mengambil coklat putih.

Meskipun terdapat pelbagai manfaat coklat gelap, anda tidak semestinya membeli coklat secara pukal dan mengambilnya setiap masa. Ia masih mempunyai kalori yang boleh menyebabkan anda mudah makan secara berlebihan.

Jika anda ingin mendapatkan manfaat sebenar tanpa kalori, anda boleh cuba mengamalkan pengambilan air koko panas tanpa gula ataupun krimer. Anda juga mesti mengambil langkah berjaga-jaga dalam memilih produk yang berkualiti di pasaran.

Banyak coklat yang terdapat di pasaraya dan tempat lain yang dijual biasanya tidak sihat. Pilih produk berkualiti yang mempunyai sekurang-kurangnya 70 peratus kandungan koko. Coklat gelap biasanya memang mempunyai kandungan gula, tapi kuantitinya lebih sedikit. Semakin gelap coklat, semakin kurang kandungan gula yang terdapat di dalamnya. Semoga bermanfaat dan Selamat Mencuba!

Rujukan: sumber National Library of Medicine dan Wikipedia

Related posts

Kerana Orang Kaya Dari Arab dan Isu Seksual, Jenama Fesyen Perkenalkan Koleksi Modest

admin

Resepi Nasi Kabsah (ayam/daging/kambing)

admin

DJI Osmo Action 4 Merakam Pengembaraan Jelas Dan Menakjubkan

adminwm

Leave a Comment