GAYA HIDUPKisah Artist

Big Stage Untold Stories

Para peminat SYOK podcast boleh menikmati ‘Big Stage Untold Stories’, siri podcast baharu menampilkan cerita belakang tabir dari peserta-peserta ‘Big Stage 2022’, program realiti pencarian bakat baharu, yang boleh distrim sekarang menerusi aplikasi dan laman web SYOK.

‘Big Stage Untold Stories’, mengetengahkan konsep temu bual bersama hos Hakimi As’ari dan Elin, merungkai cerita-cerita yang belum pernah diketahui dan diceritakan sendiri oleh 11 peserta ‘Big Stage 2022’ termasuk Sofiaa Marieylla, Tuah Adzmi, Yasmin Aziz, Ajoi Zainal, Danial Chuer, Aishah Retno, Tegar Septian, Lia Aziz, Megat Rahim, Elica Paujin dan Syafiq Abdillah.

Siri podcast ini merangkumi 11 episod yang diterjemahkan mengikut latar belakang para peserta ‘Big Stage 2022’. Setiap episod dihasilkan dengan memberi ruang kepada mereka untuk memberi pencerahan tentang pertanyaan yang membelenggu, serta perjalanan mereka dalam merebut gelaran juara ‘Big Stage 2022’.

Episod pertama dan kedua telah disediakan dan peminat SYOK podcast boleh mula strim sekarang. Peminat juga boleh menantikan episod berikutnya pada setiap Jumaat, bermula 10 pagi menerusi aplikasi dan laman web SYOK. Sinopsis episod pertama dan kedua seperti di bawah:

Episod 1: Big Stage Untold Stories bersama Sofiaa Marieylla

Merungkai kisah perjalanan Sofiaa yang ingin bergelar penyanyi menerusi program

realiti Big Stage 2022. Sofiaa yang terkenal dengan gelaran ‘Jerung Merah ni bohhh!’

meluahkan kisah pahit dan manis ketika mengharungi cabaran dalam pertandingan dan cara yang dilakukan untuk menempatkan nama dalam industri hiburan tanah air.

Episod 2: Big Stage Untold Stories bersama Tuah Adzmi Tuah menceritakan pengalamannya di pentas Big Stage dan berkongsi segala pengajaran yang diperoleh daripada tenaga pengajar yang tanpa henti memberi ilmu dan dorongan kepadanya. Tuah juga menceritakan kisah disebalik penglibatan dirinya dalam dunia seni hiburan.

Related posts

Experience the Best of Malaysian Ramadan Cuisine: Marriott Bonvoy Chefs Unveil Their Signature Dishes

adminwm

1 BILION LAZCOINS UNTUK DIREBUT PADA 11.11 LAZADA

adminwm

OPPO, Phei Yong and MK K0Clique

admin

Leave a Comment