FESYEN

COACH CHERRY HADIR DI MALAYSIA

Storm Reid Membawa Aura Baharu Haruman Coach

Coach membawa semangat ceria New York City ke Malaysia menerusi pelancaran Coach Cherry, Parfum baharu untuk wanita yang meraikan keyakinan, kreativiti dan ekspresi diri.

Dibintangi oleh pelakon dan penerbit pemenang Emmy Award, Storm Reid, kempen terbaharu ini menggambarkan jiwa wanita moden yang berani meneroka setiap sisi dirinya dengan penuh keyakinan.

Terinspirasi daripada ikon Cherry charm Coach, haruman ini menggabungkan pesona retro dengan sentuhan kontemporari. Dicipta oleh perfumer Natalie Cetto dan Nadège Le Garlantezec dari Givaudan House, Coach Cherry bermula dengan nota ceri hitam dan mandarin yang segar, berkembang kepada bunga jasmine sambac, magnolia dan rose, sebelum meninggalkan jejak sensual melalui patchouli, tonka dan Ambrofix.

Botolnya hadir dalam rona merah yang memikat, dihiasi logo ikonik Horse and Carriage, cherry charm emas serta rekaan yang mencerminkan warisan kraftangan Coach.

Bagi meraikan pelancarannya, Coach Cherry Pop-Up Experience berlangsung dari 17 hingga 26 Julai di Concourse, KLCC, menawarkan pengalaman haruman interaktif serta aktiviti menarik untuk pengunjung.

Coach Pure Platinum Untuk Lelaki Moden

Melengkapkan koleksi ini ialah Coach Pure Platinum, haruman baharu lelaki yang membawa inspirasi daripada tenaga bandar New York.

Dibintangi oleh Omar Apollo, Coach Global Ambassador, haruman ini mencerminkan lelaki moden yang yakin, autentik dan berani mengekspresikan dirinya.

Dengan gabungan lavender, mandarin, apple, rum absolute, orange flower, moss, ambrox dan cedarwood, Coach Pure Platinum hadir dengan karakter maskulin yang sofistikated serta tahan lama.

Harga bermula daripada RM300.

Related posts

PEACE FOR ALL Charity T-shirt Project

adminwm

UNIQLO Celebrates Opening of New Roadside Store in Seremban 2

adminwm

THE ART OF BEING A GENTLEMAN Lebih Daripada Sekadar Sut Mahal dan Kasut Berkilat

Wirda Adnan

Leave a Comment