GAYA HIDUPSIHAT

Keistimewaan Daging Kambing

Daging kambing merupakan daging yang diperoleh daripada kambing bela jinak (Capra aegagrus hircus)

Sejak dari 2010 daging kambing dimakan oleh lebih daripada 10% populasi dunia, iaitu 6% daripada penggunaan daging merah sedunia. Ia merupakan makanan ruji di Afrika, Asia dan Amerika Selatan/Tengah, dan juga makanan istimewa dalam masakan Eropah.

Kambing merupakan salah satu haiwan yang dikurbankan dalam Hari Raya Idul Adha. Daging kambing juga merupakan jenis daging merah yang paling banyak dimakan di dunia.

Berawal daripada makanan pokok di Timur Tengah, Afrika Utara dan Karibia, daging kambing kemudian menjadi amat popular hingga ke Amerika dan Eropah. Namun, beberapa orang menghindari daging kambing kerana mitos yang beredar.

Disebutkan bahwa mengambil daging kambing berbahaya untuk kesihatan, seperti meningkatkan kolesterol. Mungkin itu bisa saja terjadi jika dimakan terlalu banyak dan dimasak dengan cara yang salah.

Nabi Muhammad SAW pun sangat menyukai makan daging kambing. Bahkan beliau juga seorang penggembala kambing. Rasulullah SAW mengatakan bahawa ada keberkahan di dalam daging kambing.

Nabi Muhammad SAW Penggembala Kambing

Keberkahan dalam daging kambing pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadits yang berbunyi, “Peliharalah (manfaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah,” (HR Ahmad).

Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

Tidaklah seorang Nabi diutus melainkan ia menggembala kambing. Para sahabat bertanya, ‘Apakah engkau juga?’. Beliau menjawab, ‘iya, dahulu aku menggembala kambing penduduk Makkah dengan upah beberapa qirath’,” (HR. Al Bukhari, no. 2262).

Lima Keberkahan Daging Kambing dalam Islam 

Daging kambing merupakan salah satu makanan kesukaan Rasulullah SAW. Bahagian kambing yang disukai Nabi Muhammad SAW adalah bahagian lengan.

Abu Hurairah r.a. berkata, “Suatu ketika dihidangkan ke hadapan Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam semangkuk bubur dan daging. Maka beliau mengambil bahagian lengan (daripada daging tersebut),”.

“Dan bahagian itulah yang paling disenangi oleh Nabi Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam,” (HR. Muslim)

Namun, bukan berarti Nabi Muhammad SAW tidak menyukai bahagian lain daripada daging kambing. Dhuba’ah binti Zubair menceritakan bahawa Ia pernah menyembelih seekor kambing.

Ketika utusan Rasulullah SAW menemuinya, yang tersisa daripada daging kambing itu hanya lehernya, sehingga Ia malu jika harus menghadiahkan kepada beliau. Utusan Nabi Muhammad SAW kemudian menceritakan itu kepada beliau. Lalu beliau bersabda: “Kembalilah kepadanya dan katakan ‘Hantarkan saja leher tersebut, kerana itu adalah penunjuk kambing, Lebih dekat kepada kebaikan dan paling jauh daripada penyakit,” (HR Bukhori Muslim dan Ahmad).

Fakta

Tiga auns (85 gram) bahagian daging kambing yang dimasak mengandungi

  • Calories: 122
  • Protein: 23 grams
  • Fat: 2.6 grams
  • Saturated fat: 0.8 grams
  • Carbs: 0 grams
  • Sugar: 0 grams
  • Fibre: 0 grams
  • Riboflavin: 30% of the Daily Value (DV)
  • Iron: 18% of the DV
  • Vitamin B12: 17% of the DV
  • Zinc: 30% of the DV
  • Potassium: 10% of the DV

Daging kambing juga tinggi protein untuk tumbersaran serta memperbaiki tisu dan otot-otot yang lemah).

Related posts

vivo V21 dan V21e

admin

Focus Point Signature di Pavilion

admin

SEJARAH SPAGHETTI, SEDAP DAN TINGGI KHASIAT

adminwm

Leave a Comment