GAYA HIDUPhiasan

Kesenian Islam Yang Menakjubkan di Komplek Nasyrul Quran

KOMPLEKS Nasyrul Quran terletak di Presint 14, Putrajaya.

Tersergam sebuah bangunan indah berwarna putih, terlalu cantik exteriornya, lain daripada bangunan-bangunan di Putrajaya khasnya dan di Malaysia amnya.  Inilah Kompleks Nasyrul Quran (Jawi: کومڤليک‌‌س نشر القرآن)  sebuah pusat percetakan al-Quran yang beroperasi di Malaysia. Ia adalah pusat percetakan al-Quran yang kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd. Nasyrul Quran diilhamkan daripada perkataan Arab bermaksud ‘Penyebaran Al Quran’. Di sini terletaknya Akademi Nasyrul Quran, pusat ilmu dan kegiatan dakwah yang berteraskan AlQuran. Juga pusat pengajian Islam dan bahasa Arab.

Terletak di Presint 14, Wilayah Persekutuan Putrajaya, kompleks  menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dan 30 peratus daripadanya akan diwakafkan di negara-negara Islam yang kurang berkemampuan dan negara yang mempunyai penduduk minoriti Islam. 

Kompek ini mempunyai galeri pameran, ruang untuk aktiviti pembelajaran dan kursus-kursus, bilik-bilik mesyuarat, surau utama, galeri, pejabat-pejabat pentadbiran dan pengurusan, kafeteria, ruang galeri bagi anda melihat tempat percetakan al Quran. 

Melangkah masuk, masyaAllah, tanpa disedari airmata mengalir. Terkesima, sungguh menakjubkan perhiasan di dalamnya. Tetiba saya merasa amat tenang, kerana dikelilingi oleh kalam-kalam Allah. Hiasan dinding yang  mengkagumkan, dengan pelbagai bentuk rupa dan warna. Tulisan khat ayat-ayat suci dan keunikan kaligrafi yang dipaparkan pada dinding-dinding bangunan. Ukiran ayat-ayat suci pada mozek yang sudah sedia cantik berwarna warni, masyaAllah sejuk sekali mata memandang. Gaya kesenian Islam terserlah melalui kualiti teknik yang menakjubkan serta digunakan untuk menghasilkan pelbagai bentuk karya seni.Tidak cukup itu barisan frame-frame cantik yang terkandung doa daripada hadis .‘Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu petunjuk dan kebenaran’ – riwayat Muslim. 

Naik ke tingkat satu, diperkenalkan terlebih dahulu dengan anakanda kepada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu, Puan Norashikin Datuk Dr. Abdul Latif yang juga Pengarah Komunikasi Korporat Nasyrul Al Quran milik Yayasan Restu. Sambil membasahi tekak dengan teh tarik yang dipesan dari kafe Nasyrul Quran, ya, anda tidak akan lapar kerana kafe ini menyedia aneka makanan daripada pagi hingga ke petang. Mee goreng dan karipapnya sedap sekali. Pertemuan kami diadakan kerana Puan Norashikin ada berita dan ‘hadiah’ paling berharga mahu disampaikan kepada kami daripada MajalahWM.

Kami dibawa melihat lagi di sekitar kawasan, yang di setiap sudut juga ada rak dan almari tersusun naskah-naskah al Al Quran pelbagai saiz dan warna kulit. Peti-peti kaca berisi manuskrip kalam Allah yang setengah  tidak ternilai harganya. 

Sudah tentu kehadiran kami tidak lengkap tanpa menjenguk kilang percetakan Al Quran kedua terbesar di dunia ini. Dari satu sudut di bahagian atas ditunjuk tapak kilang yang luas dan teratur. Inilah kali pertama saya melihat sebuah kilang percetakan yang cantik berhawa dingin dengan mesin percetakan moden, pastinya juga kerana pengeluarannya mesti pantas. Masakan tidak kerana sejuta naskah dicetak setiap tahun bersama lain-lain percetakan yakni pelbagai jenis buku berlandaskan Islam serta risalah dan manuskrip.

Tiba masa yang ditunggu, Puan Norashikin membawa kami ke tempat khas yakni TV RESTU. Sebuah bilik dengan kelengkapan untuk siaran tv.  Dan tiada hadiah paling bermakna lagi menggembirakan apabila dikhabarkan oleh Puan Norashikin  bahawa Yayasan Restu merestui kolaborasi bersama MajalahWM untuk projek Podcast Borak WM ‘heart to heart’. Air mata sekali mengalir mengingatkan betapa cita-cita saya dan rakan untuk mengadakan Podcast dikabul Allah Subhanawataala. Waktu sama dapat berkelobarasi dengan Yayasan Restu dalam usahasama menjayakan Projek Wakaf Al Quran ke seluruh dunia, sebagai saham akhirat kami semua.

Related posts

VE Hotel & Residence Pilihan Tepat

admin

Neelofa Berniqab

admin

Focus Point Signature di Pavilion

admin

Leave a Comment