COVER STORY

JANNA SYAQIRA -”I WANT MY CHILDREN TO KNOW ALLAH FIRST, EVERYTHING ELSE WILL FOLLOW”

Play Village byOpen Playhouse dibuka awal pagi itu, membenarkan seorang ahli mereka menggunakan ruang untuk shooting. Sebaik sampai ke muka pintu, Esra dan Eeman berlari laju menuju ke ruangan permainan, sebelum masuk ke dalam, tanggal kasut, susun di rak dan terus ke trampoline yang besar, meloncat gembira seolah tempat itu mereka yang punya. (abang mereka di sekolah, jika tidak dialah yang mengawal adik-adiknya.) Janna, ibu mereka duduk di kerusi sambil menyerahkan muka kepada jurusolek, tetapi matanya sentiasa liar memerhati dua anak bermain. “Beginilah, kadang kalau banyak kerja dan rasa tidak sempat melayan mereka, Janna bawa sini, let them play and I do my work… “ ceritanya memulakan kisah bulan Mei, Meraikan Ibu. 

“Ada wanita yang hidupnya tampak teratur dari luar—tersusun, stabil, dan seolah-olah lengkap. Namun di dalamnya, ada perjalanan yang jauh lebih sunyi, lebih jujur, dan lebih berani daripada apa yang mampu dilihat mata,” sambungnya. 

Di usia 34 tahun, Janna Syaqira Hisham berdiri sebagai seorang isteri kepada Ihtisham Hisham, dan ibu kepada tiga cahaya mata—Sheraaz Hisham, 7, Esra Ayesha,3, dan si kecil Eeman Edrina, 1.6 bulan. Namun, di sebalik gelaran itu, dia seorang wanita yang masih mencari, membentuk, dan mengenali dirinya… dengan penuh kesedaran. 

“I’m still figuring myself out… but in a good way.” 

Dan mungkin, di situlah keindahan sebenar seorang wanita moden—bukan pada kepastian, tetapi pada keberanian untuk terus berkembang. 

Beliau adalah refleksi kepada satu warisan yang lebih dalam—warisan seorang ibu bernama Suzlina. 

Daripada Seorang Ibu, Lahir Sebuah Kekuatan 

Kisah Janna tidak bermula dengan dirinya. 
Ia bermula dengan kehilangan. 

Apabila ayahnya pergi secara tiba-tiba pada usia yang terlalu muda, 46 tahun, dunia seorang anak berubah. Namun yang lebih mengesankan… adalah bagaimana dunia seorang ibu dibina semula. 

Suzlina—seorang isteri yang menghadapi kehilangan insan tersayang, kalau selalu terlalu bergantung kepada suami, tiba-tiba kesenangan itu lenyap sekelip mata. Tiga tahun dunianya padam. Tersedar dan jelas sungguh menyedihkan, dia bangkit bukan hanya untuk bertahan, tetapi demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada empat anaknya, Janna yang paling sulung. Janna yang baru tamat pengajian di Australia, belum sempat berdiri megah di pentas menerima ijazah, dan di malam yang paling menggembirakan, memberitahu akan keputusannya dan keinginannya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Di malam bapanya berkata ya, dengan syarat menjaga diri di negara orang. Di malam dia melelapkan matanya penuh syukur diberiNya keputusan cemerlang dan semua syarat diterima dengan baik. 

Janna melanjutkan ceritanya seolah tidak mahu melepaskan kisah demikian.. “Janna ketika itu sedang menjalani internship semasa summer break di Melbourne, Australia. Hari-harinya sibuk seperti biasa—mengejar pengalaman, membina masa depan. 

Namun, malam sebelum segalanya berubah… 
Ada sesuatu yang berbeza. 

Abah, seorang yang dikenali dengan sifat pendiam dan tidak banyak berkata-kata, menghantar mesej yang panjang kepada Janna. Sesuatu yang jarang sekali berlaku. 

Mereka berbual tentang kehidupan. Tentang parenting. Tentang masa lalu. 

Dan dalam mesej itu… 
Abah minta maaf. Meminta maaf kerana merasakan dirinya tidak menjadi seorang ayah yang cukup baik. 

Janna membaca mesej itu dengan hati yang sebak. Air mata jatuh tanpa sedar. Kerana hakikatnya… bagi Janna, abah adalah seorang ayah yang sangat baik. Cuma mungkin… tidak pernah pandai meluahkannya. 

Malam itu juga, abah sempat berpesan— 
Untuk Janna banyak belajar daripada mama. 

Tentang cara bergaul, tentang komunikasi, tentang memahami manusia. 
Pesan yang pada waktu itu… terasa biasa. 

Namun rupa-rupanya… itulah pesan terakhir. Keesokan harinya, Janna menjalani hari seperti biasa. Keluar membeli barang keperluan di Melbourne.

Sehinggalah satu panggilan daripada mama masuk. 
Nada mama tenang, tetapi cukup untuk membuatkan hati Janna berasa pelik. 

Mama meminta Janna pulang ke Malaysia segera. 
Katanya… opah tidak sihat. 

Janna tidak terlalu mengesyaki apa-apa. 
Dalam fikirannya, mungkin sekadar sakit tua. 

Namun, tidak lama selepas itu… 
Seorang sahabat baiknya di Malaysia menghantar mesej—sekadar bertanya khabar. 

Satu perasaan aneh mula menjalar. 
Janna cuba menghubungi mama. 

Kemudian abah. 
Tiada jawapan. 

Dan dalam beberapa saat yang terasa terlalu panjang… 
Satu mesej masuk daripada adiknya. 

Abah… telah pergi.  

Janna terduduk. 

Dunia yang tadi masih berjalan seperti biasa… 
Terus berhenti. 

Dan saat itu, Janna baru sedar— 
Mesej panjang malam semalam… Bukan sekadar perbualan biasa. Ia adalah… perpisahan. 

Kasih seorang ibu

Kisah Suzlina ibunya, beliau bukan sekadar membesarkan empat anak, beliau memikul amanah yang lebih luas—menjaga kedua-dua belah orang tua, dan anak-anak saudara yang turut kehilangan arah akibat perpisahan ibu bapa. 

Untuk seketika, derita itu nyata. 
Namun beliau memilih untuk tidak tinggal di dalamnya. 

‘Seorang ibu mungkin rebah dalam diam,
tetapi bangunnya… adalah demi semua orang di sekelilingnya.’ Dan dari situlah Janna belajar satu perkara yang tidak pernah dia lupakan— 

Wanita harus kuat. 
Wanita harus berdikari. 

Bukan untuk melawan lelaki. 
Tetapi untuk menghadapi kehidupan. 

“Being independent is not about not needing a man… it’s about being prepared when life tests you.” 

Ibu yang Membentuk, Bukan Sekadar Membesarkan 

Sebagai ibu kepada seorang anak lelaki dan dua anak perempuan, pendekatan Janna bukan sekadar praktikal—ia berakar pada nilai. 

Untuk Sheraaz, beliau menanam tanggungjawab dan adab. 
Untuk Esra dan Eeman, membina keyakinan dan harga diri. 

Namun asasnya tetap satu: Agama. 

“I want my children to know Allah first… everything else willm follow.”

 Iman Sebagai Teras Kehidupan 

Dalam membesarkan mereka, Janna tidak sekadar merancang masa depan dunia mereka—tetapi memastikan arah akhirat mereka jelas. 

Sheraaz dihantar ke sekolah swasta yang menyeimbangkan pendidikan akademik dan asas agama yang kukuh—dari jam 8 pagi hingga 4 petang, lengkap dengan struktur yang membina disiplin dan nilai. 

Namun pendidikan tidak berhenti di bilik darjah. 
Ada kelas public speaking untuk membina keyakinan. 

Ada aktiviti sukan untuk kekuatan fizikal dan mental.
Ada kelas matematik dan kelas bahasa untuk meluaskan penggunakan kedua bahasa. 

Dan ada ‘children’s club’—di mana anak-anak belajar memasak, membakar, dan memahami tanggungjawab kecil sebagai persediaan menjadi manusia dewasa. 

Mendidik anak bukan sekadar membina kejayaan, 
tetapi membentuk jiwa yang tahu arah pulang. 

Solat Bersama: Tempat Segala Kembali 

Dalam rumah tangga mereka, ada satu amalan yang sentiasa 
diusahakan—walaupun tidak sempurna. Solat bersama.

Di situlah mereka kembali—bukan hanya sebagai suami isteri, tetapi sebagai hamba. 

“If you want to correct me… ajak I solat first.” 

Selepas solat, kata menjadi lebih lembut. Hati menjadi lebih terbuka. 
Dan dari situlah perkahwinan mereka berdiri—atas dasar sakinah, mawaddah, rahmah. 

‘Cinta mungkin berubah nadanya, 

tetapi rahmah… itulah yang membuatkan kita tetap memilih, walaupun tidak mudah.’ 

Cinta, Perkahwinan dan Pilihan untuk Tetap Tinggal 

Di sebalik peranan sebagai ibu, Janna tidak pernah lupa bahawa beliau adalah seorang isteri. Dan perkahwinan, bagi beliau, bukan tentang kesempurnaan. Ia tentang memilih—berulang kali. 

“Marriage is not 50-50 all the time… sometimes it’s 70-30, sometimes 30-70.” 

Ada hari dia memberi lebih. Ada hari suaminya mengambil alih.Yang penting—mereka tidak berhenti memilih satu sama lain. 

Dan di antara kesibukan itu, mereka mencipta ruang kecil untuk kembali menjadi “kami”—bukan sekadar “ibu dan ayah”. 

Date night mingguan. 
Perbualan tanpa gangguan. 
Dan sesekali… percutian berdua. 

Ketenangan. Kasih sayang. Dan belas yang memaafkan. 

“Love is not always loud… but rahmah is what keeps it alive.” Beliau percaya bahawa tanpa asas itu, arah hidup mudah hilang. Janna tidak mahu anak-anaknya sekadar “menjadi seseorang”— tetapi menjadi manusia yang tahu siapa diri mereka. Dalam mendidik anak-anak, Janna tidak memilih antara kawalan atau kebebasan. Beliau memilih keseimbangan. “I guide them, not control them.” 

Kebebasan tanpa panduan, katanya, hanya akan mengelirukan. Tetapi panduan yang disampaikan dengan kasih sayang… akan memberi arah yang jelas.

Dan di situlah kekuatan seorang ibu—bukan pada ketegasan semata, tetapi pada kesabaran yang konsisten. 

Antara Stabiliti dan Makna 

Dengan latar belakang dalam bidang kewangan dari universiti di Australia, Janna pernah berada dalam kehidupan yang ‘selamat’—pendapatan tetap, kerjaya jelas, dan struktur yang terjamin. Namun, sesuatu di dalam dirinya perlahan-lahan berbicara. 

Bukan dengan suara lantang, tetapi cukup untuk mengubah arah hidup. “Everything looked okay from the outside… but inside, I wanted more.” 

Keputusan untuk meninggalkan pekerjaan tetap bukanlah satu detik dramatik. Ia adalah himpunan rasa—sunyi, berulang, dan akhirnya tidak boleh diabaikan. 

Beliau tidak meninggalkan kerjaya… beliau meninggalkan versi hidup yang tidak lagi selari dengan jiwanya. Kini, definisi ‘security’ tidak lagi terikat pada angka. “Now, security = skills, adaptability, and knowing I can rebuild anytime.” 

Wanita yang Tidak Lagi Mengukur Kejayaan Dengan Angka 

Jika dahulu kejayaan diukur melalui kenaikan gaji dan posisi, hari ini, Janna melihatnya dengan perspektif yang jauh lebih dalam. 

Kejayaan adalah keseimbangan. 
Kejayaan adalah ketenangan. 
Kejayaan adalah hadir—sepenuhnya—untuk keluarga, tanpa kehilangan diri sendiri. 

Beliau kini menyeimbangkan dua dunia: kewangan yang membumi, dan content creation yang memberi ruang ekspresi. 

“Passion is the starting point… but structure is what makes it sustainable.” 

Ini bukan fasa sementara. Ini adalah permulaan kepada identiti baru — kerjaya yang dibina dengan sengaja, selari dengan kehidupan sebagai seorang ibu. 

Di Sebalik Kekuatan, Ada Pengorbanan yang Tidak Kelihatan Apa yang jarang diperkatakan tentang motherhood? 

Mental load. Fikiran yang tidak pernah benar-benar berhenti. Perancangan, kebimbangan, tanggungjawab—semuanya berjalan serentak, walaupun tubuh kelihatan sedang berehat. 

“Even when you look like you’re resting… your mind is still running.” Dan pengorbanan itu seringkali sunyi. Masa untuk diri sendiri. Tenaga.

Kadang-kadang… sebahagian daripada identiti lama. Namun bagi Janna, motherhood bukan sekadar mengorbankan — ia membentuk. 

Wanita, Tubuh dan Disiplin 

Selepas kelahiran anak ketiga, berat badan Janna mencecah 76kg. Namun setahun kemudian, beliau membuat keputusan untuk kembali menjaga diri — bukan kerana tekanan luar, tetapi keinginan untuk merasa baik tentang diri sendiri. Kini di 57kg, perjalanan itu bukan tentang diet ekstrem, tetapi konsistensi. “It’s about balance… not perfection.” 

Beliau masih menikmati kehidupan—termasuk secawan Chagee  sekali-sekala — kerana baginya, cinta pada diri bukan bermakna menerima segalanya tanpa usaha. Bila terasa sudah terlebih makan, bersama teman-teman wanitanya ke gelangang pickleball. It’s excellent for women, full body workout and helps tone my arm, legs, and core, and especially beneficial for bone health, helping manage bone density loss. And for mental well being and stress relief at the same time, is social connection.” Nampak Janna senang bercerita tentang sukan ini, “they build confidence and resilience too. Ia adalah usaha untuk menjadi versi diri yang lebih baik.” 

Tentang Wang, Cinta dan Ketahanan 

Janna tidak menafikan kepentingan wang. Namun hari ini, beliau melihatnya sebagai alat—bukan matlamat. 

“Money gives you options… but it’s not everything.” 

Apa yang lebih penting adalah hubungan — seseorang yang berada di sisi, bukan hanya ketika senang, tetapi ketika segalanya terasa berat. 

Pengalaman kehilangan ayah pada usia muda mengajar beliau tentang ketidakpastian hidup. Dan kekuatan ibunya yang membesarkan empat anak menjadi inspirasi tentang pentingnya berdikari. 

“Being independent is not about not needing my husband… it’s about being prepared.” 

Seorang Ibu di Dunia Moden 

Bagi Janna, menjadi ibu hari ini adalah tentang keseimbangan yang halus—antara hadir untuk anak-anak, dan tidak kehilangan diri sebagai seorang wanita. Ia adalah tentang membimbing, bukan sekadar menyediakan. 

Tentang membentuk, bukan sekadar menjaga. 

Dan akhirnya…“How you carry yourself as a mother… is what your children will learn

from the most.” 

Kejayaan yang Tidak Lagi Berbunyi Keras 

Hari ini, kejayaan bagi Janna tidak lagi diukur melalui gaji atau jawatan. 

Kejayaan adalah— 

apabila dia dapat menghantar anaknya ke sekolah dengan tenang, apabila dia masih punya tenaga untuk memeluk anak-anaknya di hujung hari, dan sesekali memasak dan menghidangkan makanan kesukaan suami, dan apabila dia masih mengenali siapa dirinya… di sebalik semua peranan itu. 

“Success now is balance… peace… and still growing as a person.” 

Beliau kini menyeimbangkan dua dunia—kewangan yang memberi struktur, dan content creation yang memberi suara. 

Kerana bagi Janna, passion sahaja tidak cukup. 

“Passion is the starting point… but structure is what makes it 

sustainable.” 

Wanita Harus Berdiri, Walaupun Bersama 

Pengalaman melihat ibunya membesarkan keluarga sendirian meninggalkan satu prinsip yang tidak pernah berubah— Wanita harus mampu berdiri. 

Bukan kerana dia akan sentiasa sendiri. 

Tetapi kerana hidup… tidak pernah menjanjikan apa-apa. 

“We never really know how long we’ll have each other.” 

Namun dalam ketidaktentuan itu, Janna tetap memilih untuk mencintai, untuk membina, dan untuk berjalan bersama suaminya. 

Kerana kekuatan sebenar bukan pada berdiri sendirian— 

tetapi pada kemampuan untuk berdiri, walaupun jika suatu hari nanti terpaksa. Nota Buat Semua Ibu 

Menjadi ibu di dunia moden bukan sekadar tentang memberi. 

Ia tentang membimbing. Tentang membentuk. Tentang menjadi contoh—tanpa perlu berkata terlalu banyak. 

“How you carry yourself as a mother… is what your children will learn from the most.” 

Dan untuk wanita yang masih mencari keseimbangan—

                     “You don’t have to figure everything out all at once.” 

Ada musim untuk memberi. 

Ada musim untuk membina semula diri. 

Dan ada musim untuk sekadar bertahan. 

Namun dalam setiap musim itu — seorang ibu tetap berdiri. 

Kerana seorang ibu tidak pernah benar-benar berhenti menjadi kuat. Walaupun dalam diam, dia sedang membina dunia untuk semua orang yang dicintainya. 

Rezeki: Yang Datang Bersama Amanah 

Dalam kehidupan hari ini, Janna melihat rezeki bukan sebagai milikan, tetapi sebagai amanah yang perlu dikongsi. 

“Allah mengurniakan kami rezeki yang luas… dan rezeki itu perlu dikongsi.” 

Bersama ibu dan adik-beradiknya, mereka menubuhkan Pertubuhan Qaseh Amani, antara tujuannya menyalurkan bantuan kepada asnaf dan anak-anak yatim. Untuk Adiladha ini Qaseh Amani akan mengadakan majlis korban di Rumah Pertubuhan Anak-Anak Yatim Hajjah Kamariah,Tanam Medan, Petaling Jaya, kerjasama dengan WM HEART dan Cantum. 

Kerana bagi keluarga ini, memberi tidak pernah mengurangkan. 

“Charity does not decrease wealth… it brings barakah into what remains.” “Spend, O son of Adam… and I shall spend on you.” 

Dan mungkin di situlah rahsia sebenar kekayaan— 

apabila tangan kita tidak pernah tertutup. 

Kredit 
Gambar:  Muna Filtheframe Photographer @_filltheframe / @nuwairin
Solekan: Priasakti Anpparasan, Skin Set by Sakti (-skinsetbysakti)
Pakaian:  Koleksi Esra Eeman 
Tulisan/ Penyelaras dan Pengarah Seni: Wirda Adnan 
Terima kasih kepada Play Village by Open Playhouse

Related posts

Dr. Noor Hisham & Ustaz Ebit Lew

admin

Melissa Sargeant Young, Beautiful, Successful

admin

Fariz Jamaluddin

Wirda Adnan

Leave a Comment