COVER STORY

NURLIN ISMAIL – The World Needs Strong Women

Saya tidak ingat bagaimana saya ‘landed’ di rumah wanita ini, oh ya teman saya Dr Mai mahu berjumpa saya di alamat ini. Masuk ke kawasan banglo-banglo mewah, tetera alamat diberi, dan pintu terbuka luas. Saya diarah menuruni anak tangga, perjalanan saya ke tingkat paling bawah memperlihatkan saya kepada ruang makan yang cantik dan kemudian ruang tamu yang membuat hati berkata, “Ini bukan hiasan biasa-biasa kita lihat di rumah mak-mak Datin. Bagi saya tuan rumah punya citarasa unik dan ada unsur avante garde. Turun tangga lagi sehinggalah ke bahagian paling bawah. Saya terus mengambil tempat duduk kerana hanya satu kerusi sahaja yang kosong. Menoleh ke kiri kanan, antara yang saya ingat saya kenal ialah Dr. Mai Sargeant, Toh Puan Nora dan Kem Saleh. Tetamu yang lain rata-rata muda belaka, kagum sekali pada usia muda ini seperti sudah lama mereka mengikuti kelas agama dipimpin oleh Ustaz Yusof Arbain. 

“Terima kasih kerana sudi datang kak, “ sapa tuan rumah Nurlin Ismail, dan seperti sudah kenal lama, selepas itu walaupun perjalanan dari USJ ke Hartamas agak jauh, saya senang merempuh kesesakan jalan kerana mahu turut menuntut ilmu agama bersama Lin  dan rakan-rakannya yang lain. Sungguh banyak sekali yang saya pelajari dua kali seminggu di kediaman wanita jelita bernama Nurlin Ismail. Terima kasih. 

Dan setelah beberapa tahun mengenalinya, majalahWM berpeluang menemuramahnya. Jujur saya katakan saya amat kagum dengan usahanya mendekatkan diri dan rakan-rakannya menuntut ilmu agama, sayugia, tidak ramai di kalangan orang berada sanggup membuka ruang rumahnya sebagai tempat menuntut ilmu; tiga empat kali seminggu sebenarnya, tidak cukup itu tetamu berkesempatan berjemaah tiba masuk waktu solat dengan surau khas disediakan, juga tidak pulang lapar dan dahaga, aneka makanan dihidangkan selepas kuliah.

Nurlin Ismail, ibu kepada empat anak, Allya Marissa, 21, pelajar di Taylor’s University jurusan psychology tahun pertama, Nicq Miqkael, 19,  pelajar di Manchester University jurusan economics, Carliff Danial, 17,  Taylor College, A level dan Nur Mikayla, 13, Pine Hills International School tahun tujuh.

Ikuti temuramah khas saya dengan Nurlin Ismail yang juga Pengasas Nur Islam Academy (NIA).

Saya begitu tertarik dengan apa yang Lin lakukan, menubuhkan Nur Islam Academy, bagaimana ia bermula dan sehingga satu ketika sebelum PKP mengadakan majlis agama tiga empat kali seminggu di kediaman.  Tentang bagaimana daripada kelas-kelas ilmu ini Nurlin sendiri berjaya membawa kawan-kawan lagi dekat dengan pelbagai ilmu akhirat.

Kun faya kun. Bila Allah berkehendak maka terjadilah ia. Alhamdulilah Allah tidak izinkan saya berterusan dengan sport king of the games ini. Kekadang kemewahan boleh melalaikan individual sekiranya kita hanyut dengan tipu daya dunia. Ini hakikat yang perlu kita akui untuk bangkit menjadi hamba Allah yang tawaduk. Harus pandai mengimbangi dunia dan akhirat yang pada mulanya saya dikaburi dengan kemewahan dunia. Bermula daripada insiden suatu petang di mana saya sudah berada di atas kuda di hujung padang @ROYAL POLO CLUB di Ampang untuk latihan polo. Sayub terdengar suara azan asar. Terdetik di fikiran suara azan sudah berkumandang memanggil untuk sujud kepada Sang PenciptaNYA, jadi kenapa saya tidak sujud bersolat tanda bersyukur kepadaNya. 

DIA yang telah memberi segala nikmat kemewahan kepada saya. Pada mulanya saya anggap itu hanyalah sebagai lintasan perasaan saja. Esoknya bila terdengar azan sekali lagi terdetik di hati saya lagi kenapa susah sangat nak solat? Sehinggalah ke beberapa hari, hati ini berasa seperti disentuh dan bila terdengar suara azan dan terus rasa bersalah sebab mengabaikan solat fardhu. Terdetik di hati ini bahawa Allah sebenarnya mahu saya kembali kepadanya.

 

DIA yang telah memberi segala nikmat kemewahan kepada saya. Pada mulanya saya anggap itu hanyalah sebagai lintasan perasaan saja. Esoknya bila terdengar azan sekali lagi terdetik di hati saya lagi kenapa susah sangat nak solat? Sehinggalah ke beberapa hari, hati ini berasa seperti disentuh dan bila terdengar suara azan dan terus rasa bersalah sebab mengabaikan solat fardhu. Terdetik di hati ini bahawa Allah sebenarnya mahu saya kembali kepadanya.

Seminggu selepas itu saya mulai solat tetapi masih lompang lima waktunya. Saya masih ambil mudah bab solat. Hari berganti hari, dan bulan berganti bulan tetap hati ini berasa kosong. Semacam ada sesuatu yang ‘missing’ dalam hidup ini walaupun hidup dalam kemewahan. Polo sport diteruskan juga dan saya semakin aktif sehingga saya diberi peluang untuk bermain polo bersama salah seorang pemain wanita yang terhandal di dunia Ms Sunny Hales. Yang sekarang sudah tiada kerana menghidap kanser buah dada tahap 4. Satu penghormatan yang tinggi buat saya bila diberi peluang untuk bermain satu team dengan pemain terhebat dunia dalam perlawanan ladies tournament di Pattaya Thailand.

Satu petang di Pattaya sewaktu kami semua bersedia untuk latihan saya sempat melaksanakan solat asar di tepi pondok ditemani oleh doktor haiwan kelab itu yang bernama dr Santi. Berbangsa Argentina beliau sangat mengagumi Islam dan memberi kerjasama kepada saya dan membawa saya ke pondok supaya saya mengerjakan solat asar. Selepas solat kami memulakan latihan. Ditakdirkan Allah ketika di dalam latihan kaki kuda, saya mengalami kekejangan dan kuda itu terjatuh, saya terhumban ke hadapan. Mata saya berpinar dan pitam seketika. Sedar-sedar saya dikejutkan oleh suara dr Santi yang menyuruh saya bangun untuk ‘stay awake’ dan secara spontan mengatakan, “Lin you are strong person because you just meet your God.Adrenaline rush terus berlinangan air mata kesal bila saya sedari yang kafir pun pandai memuji illahi. Ni kan kita yang lahir sebagai Muslim. Mengapa sangat liat untuk sujud kepadanya? Kemudian ambulan pun sampai dan saya dikejarkan ke hospital Pattaya. Ini lah, asbab daripada kecederaan teruk saya di Pattaya dan dari situ saya terpaksa berehat selama enam bulan atas nasihat pakar dan ini memberi saya ruang belajar agama dan berdakwah.

Selama tempoh enam bulan berehat itu saya pergi mencari ilmu di masjid-masjid bagi mendalami ilmu agama, untuk saya mengkaji apa itu Islam sebenarnya melalui kuliah tadabur dan rahsia Al Quran. Bila sudah fahami isi Al Quran saya pun menutup aurat sepenuhnya alhamdulillah. Bila kita faham kenapa Allah hendak setiap wanita baligh untuk menutup aurat, jadi kita tidak teragak-agak melaksanakan perintah Allah. Allah wants to preserve women

Dari situ timbul kesedaran untuk saya berusaha supaya anak-anak saya pun belajar Al Quran dan memahami Islam. Saya membawa ustaz datang mengajar anak-anak saya ilmu tauhid, bacaan Al Quran dan sirah Nabawiyah setiap Sabtu dan saya juga terlibat sama untuk belajar bersama mereka. Dan dari sinilah bermulanya kuliah-kuliah agama untuk anak-anak saya dan kemudian saya sediakan platform untuk kuliah dewasa dan kawan-kawan rapat saya untuk datang belajar bersama saya di rumah saya sehingga menjadi bualan kenalan saya untuk mengajak kawan-kawan yang lain sama-sama belajar agama. 

Dari sini lah tercetus nya NUR ISLAM ACADEMY (NIA) Sehingga kuliah mendapat sambutan yang amat luar biasa daripada kawan-kawan yang ingin mencari ilmu agama . Dan kuliah menjadi aktif dan saya pelbagaikan topiknya. 

Setiap kali jam 4:30 petang saya akan teringat dan terimbas kembali waktu sebegini lah saya akan berada di padang untuk latihan polo. Dengan izin Allah jua Dia gantikan latihan polo saya dengan kuliah-kuliah agama teman-teman syurga.  Masyaallah, itulah kehebatan Allah dan rancangannya yang terbaik. Bila kita kembali menapak berjalan kepada Allah dan Allah akan berlari-lari kepada kita untuk memberi taufik dan hidayah dan juga petunjuk . Begitulah rahmat dan pengasihnya Allah kepada kita kiranya kita kembali taat kepadanya . Kemudian saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu agama dengan lebih serius dan berhenti sementara untuk bermain polo dan bersukan kuda .

Ya, seperti Lin cakap untuk ke akhirat kita di dunia persinggahan dan ia amat penting bagi kehidupan di persinggahan ini, please elaborate: 

Dunia untuk diuruskan sebelum ke akhirat. Di sini perlu ada kebijaksanaan, check and balance. Iman dan taqwa perlu konsisten. How to get the consistency? Ilmu jawapannya . Belajar ilmu tadabbur Al Quran untuk faham mengenai Islam dan tujuan Allah mencipta kita dan hala tuju. Sudah berapa lama kerja kerja amal ini dilakukan? Semenjak 2015, syukur alhamdulillah. Dan sekarang NIA teruskan dengan kelas-kelas secara online, berapa ramai yang mengikuti? Syukur alhamdulillah sambutan yang menggalakan. Kelas-kelas yang diadakan lebih bertumpu kepada apa? 1) Kuliah hadis yang sahih 2) Perjalanan hidup empat khalifah 3) Science of Al Quran 4) Zikir-zikir Rasulullah SAW yang sudah diajar 5) Sirah Nabawiyah. Dan kriteria yang penting bila memilih ustaz? Sebab kita sedia maklum silap berguru mungkin menimbulkan kesilapan akidah. Era zaman sekarang semua claim ustaz mereka saja yang betul dan ada juga yang mengatakan ajaran mereka saja yang betu. Jadi pilihan yang bijak, saya memilih untuk jalan terbaik bagi pemilihan ustaz ialah ustaz itu perlu berikan sumber dalil dan status hadisnya setiap kali dia mengajar. Point ini lah yang terbaik dan selamat untuk kita yang mahu belajar agama supaya tidak tersasar dan ikuti sunnah. 

Alhamdulillah NIA sudah bertapak selama lapan tahun sejak 2015. Daripada kuliah fizikal hingga lah ke kuliah online. Alhamdulillah selain NIA punya tenaga pengajar yang tetap, diizinkan Allah juga NIA dapat peluang menimba ilmu daripada ustaz yang hebat ilmu agamanya. Untuk segmen ustaz jemputan seperti Sahibus Samahah mufti Perlis Dato Dr Maza, ustaz dari seberang seperti Dr Khalid Basalamah, Ustaz Noor Derus dari Singapura. NIA memberi peluang kuliah agama untuk kanak-kanak dan remaja. NIA juga pernah menganjurkan kuliah fizikal solat cara Rasulullah dan acara berbuka puasa setiap Ramadan.

Does the breakup make life harder for you?  Adakah ia membuat anda sebagai wanita lebih kuat lagi berani, tinggi yakin diri dan bijak mengawal emosi. Dan waktu sama tidak menyekat diri terus berkarya?

Qadarullah it’s been four years since I’ve been on my own. Nothing comes easy when you become a single mum. Rancangan Allah yang terbaik yang Dia merancang untuk saya mendapat kecederaan yang teruk di Pattaya supaya saya pencen daripada sukan polo. Ia untuk saya kembali mencari ilmu Allah dan faham apa erti redho selepas bersabar. Sabar saja tidak mencukupi maka harus didatangi dengan redho.  Allah gantikan sukan polo dengan kuliah agama di taman-taman syurga sebagai persediaan saya menghadapi perpisahan yang perit ini. 

Dan dengan ketentuanNya dan Dia Yang Maha Mengetahui. Kiranya perpisahan yang terjadi ini saya hidup tanpa ilmu agama maka meranalah hidup saya meratapi hiba dan akan terumbang ambing dengan kesedihan sewaktu berpisah. Qadarullah, saya menjadi kuat dan bersedia sewaktu perpisahan asbab kecederaan saya di Pattaya untuk persiapan ujian yang getir rupanya. Alhamdulillah saya juga tidak gentar dengan kehilangan status dan anak-anak. Seperti di dalam surah al Khafi 18:46 ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِينَةُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَاۖ وَٱلۡبَٰقِيَٰتُ ٱلصَّٰلِحَٰتُ خَيۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابٗا وَخَيۡرٌ أَمَلٗا Harta benda dan anak-pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. 

Apa yang Lin belajar daripada hidup dulu dan dan kini?

Daripada kuliah-kuliah yang NIA hostkan sememangnya saya consistently belajar segala ilmu yang boleh. Daripada kuliah Tadabur Ustaz Muein misalnya saya lebih banyak belajar apa erti sabar kemudian redho. Kemungkinan saya tidak akan sekuat ini kiranya jiwa saya kosong dan sepi. Dan tidak akan faham apa itu ujian dan dugaan Allah. Sujud syukur pada pertubuhan NIA ini.

Dan bagaimana Lin boleh bantu pada mereka yang di luar sana yang barangkali kerana permasalahan hidup menjadi murung misalnya?
Pertama cinta Allah dengan ikhlas kemudian  cinta diri sendiri. Kemudian barulah cinta pada anak-anak dan keluarga .Sekiranya berasa murung, hiba dan sepi keutamaan adalah untuk mendengar balik kuliah-kuliah agama dan bandingkan ujian anda dengan ujian yang Allah beri kepada Sayyidina Maryam A.S sebagai contoh, atau sesiapa yang Allah uji dengan ujian yang lebih dahsyat daripada kita. Dan percaya pada surah ini,  Surah Ash Syarh 94 ayat 5 فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا Maka sesungguhnya bersama kesukaran ada kemudahan. Surah al Baqarah 2:286 لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَاۚ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا ٱكۡتَسَبَتۡۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَآ إِن نَّسِينَآ أَوۡ أَخۡطَأۡنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَآ إِصۡرٗا كَمَا حَمَلۡتَهُۥ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِنَاۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِۦۖ وَٱعۡفُ عَنَّا وَٱغۡفِرۡ لَنَا وَٱرۡحَمۡنَآۚ أَنتَ مَوۡلَىٰنَا فَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡكَٰفِرِينَ Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang telah dia usahakan dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang telah dia lakukan. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan ke atas kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan ke atas orang yang terdahulu sebelum kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. Tolong pegang kuat-kuat pda ayat-ayat ini. 

Ya wanita perlu kuat dalam apa juga keadaan. Jika tidak kuat  menambahkan lagi kesukaran hidup, jadi apa yang seharusnya dilakukan? Dan kuat yang macam mana, dan kalau hidup sendirian, untuk menepis suara-suara sumbang orang yang cemburu dan suka melihat kesusahan orang?

Kita para wanita kembali balik pada sejarah kehidupan Sayyidina Maryam A.S, bagaimana beliau mengharungi hidupnya berseorangan dan mengasingkan diri untuk lebih tawadhu pada Allah SWT. Kita juga diberi akal fikiran untuk kita berfikir cara terbaik  Hiburkan hati kita sendiri selain dekatkan diri pada Allah. Pergi balik ke teori’ Love ‘Yourself’.’ Contoh sekarang saya kembali aktif sukan berkuda dengan melakukan aktiviti ‘outride’ iaitu menunggang kuda di dalam ladang kelapa sawit, hutan, sungai dan di tepi pantai untuk ketenangan jiwa. Ini satu terapi yang sangat menenangkan jiwa. Untuk yang kurang mampu bersukan sebegini boleh saja bercucuk tanam, glamping atau apa saja ikut kecenderungan masing-masing . Bila musibah terjadi, di situ kita tahu mana kawan dan lawan. Maka kecilkan skop untuk bersama sahabat yang ada kualiti . Bangkit balik daripada sejarah yang pahit dan bina hidup baru. Untuk bukti kepada kawan sekeliling you are worth as a single mum and looking forward for everyday life.

Yes, the world needs strong women.

Lin menghantar mengambil anak dari sekolah di Sunway kemudian perlu balik ke rumah, kemudian ke Ulu Yam untuk tugasan. Ia mengambil masa yang banyak ke sana ke mari, perjalanan berpuluh-puluh batu sehari, tak penat ke?

Raising my little girl is a contribution to make me strong. Struggling with the position of I am the father and mother menguatkan lagi emosi saya. Untuk yakinkan diri terima seadanya qadarallah daripada Allah. Dan jika boleh jangan bermusuh dengan bekas pasangan anda. Sekiranya perpisahan terjadi, tidak semestinya kita perlu bermusuh malah ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.Tidak perlu kita fokus pada titik hitam pasangan masing-masing. Untuk majukan diri, let bygone be bygone.  Benda ini amatlah merugikan diri sendiri dengan berdendam walau ada terdetik. Saya amalkan zikir-zikir supaya Allah lindungi kita daripada keluh kesah, kegelisahan, kesedihan, lemah, malas dan juga penindasan manusia. 

About your horse/a stable that you buat?

Ya saya kini amat sibuk dengan projek ‘riding club’ dan chalet saya. Kuda dengan saya ibarat tak dapat dipisahkan. Nikmat kurniaan Allah kepada saya. My riding club will be giving opportunities pada yang teringin merasa apa itu sukan POLO. Kami akan adakan polo klinik  InshaAllah dan pelbagai aktiviti seperti ‘jungle survival clinic’. Tazkirah dan qiam dalam suasana hening di dalam hutan. Bila kita renungi alam semula jadi maka dengan semula jadilah kita akan hargai nikmat kebesaran Allah SWT yang mencipta alam semesta. Saya berasa seolah-olah menyiapkan diri pada tanah yang mana asal usul kita dan akan dikembalikan di dalam tanah jua. Dan Allah lorongkan saya pada kehidupan di dalam hutan yang mana saya sedang usahakan projek riding club dan chalet ini, dan untuk aktifkan sukan-sukan sunnah. Seperti ummahatul mukminin kita yang selalu berkuda juga . 

Mengenai fesyen, memberi saya peluang to go thru your walk in closet, saya terpakau dengan cara Lin menyusun dan apa yang ada di dalamnya?

Why do women need to dress up and be beautiful? Your favorite style?

Love your HERMES collection, especially the accessories. Ada kata bila berhijab gaya terbatas?

Yes I love fashion and chunky accessories. Hermes is significant to my hobby and my favourite brand. Simpan dan hargai apa yang ada dan tak perlu menambah-menambah pada koleksi. Kesilapan pada pembaziran yang lalu diambil ikhtibar. Jangan kita sempitkan fikiran kita sekiranya kita bertudung kita akan out of fashion. Itu semua bisikan syaitan yang tidak mahu kita menutup aurat dan menurut perintah Allah. Hendak berfesyen dan dalam keadaan hijab sebenarnya merupakan satu cabaran buat kaum hawa. Pertamanya untuk lawan nafsu berfesyen berlebih-lebihan dan kedua untuk patuh syariah. Itu semua perlu dijaga. Lawan juga perasaan kita bila kita bertudung dan rasa akan kelihatan seperti aunty-aunty. Ianya sama sekali tidak benar.

Ada juga wanita-wanita di luar sana yang tidak berhijab dan kelihatan seperti aunty-aunty.Yang penting dahulukan apa Allah perintah dan struggle yang kita kena go thru untuk berhijab. Allah akan balas jua. Begitu juga bila saya kembali aktif sukan berkuda, saya perlu kreatif untuk padankan busana yang sesuai bersukan dalam keadaan berhijab . 

Why do women need to dress up and be beautiful?

Untuk boost up our confidence level dan untuk dihormati .Bila kita merasa cantik dan well groomed sedikit sebanyak boleh mengubah mood kita. Dan ia juga melambangkan imej kualiti kita. 

You blend your interior with colours and lots of objects yet it looks so elegant and timeless, and you transform space into something truly extraordinary. Tell us more about this?

Pada 1993 saya mengambil diploma dalam bidang hiasan dalaman. Kemudian saya berkhidmat dengan Malaysia Airlines selama 15 tahun. That brought me lots of ideas for the interior during my travelling as a cabin crew. Dan juga sewaktu aktif berpolo pada setiap tahun di bulan Disember saya akan pergi latihan polo ke Pilar Argentina selama lima minggu, jadi dari sini ilham datang. Saya suka menghasilkan hiasan dalaman mengikut citarasa kolonial, British Safari Design dan American classic. ID hasil ilham daripada banyak  melancong ke benua Amerika Latin. Alhamdulillah dengan bakat yang Allah kurniakan saya dapat berkarya. Benar rekaan yang rata-rata  jarang masyarakat kita dapat terima. Pada saya British Safari punyai designer yang tersendiri dan timeless.

Gambar Syarief Nurlette
Hiasan tudung/photo editing/solekan Rossa Talib menggunakan alat solek Note, Turki
Pengarah Seni Wirda Adnan

Related posts

Julia Farhana Marin Bercakap Tentang Cinta dan Perkahwinan, Media Sosial dan ‘Me Time’nya

adminwm

Perkahwinan Termahal, Termewah Di Dunia Putera Abdul Mateen dan Dayang  Anisha Rosnah

adminwm

Selamat Pengantin Baru IMTIAZ & ELISA

admin

Leave a Comment