EYE ME

I’m Annoyed By Fake Designer Bags And…

True glory takes root, and even spreads; all false pretenses, like flowers, fall to the ground; nor can any counterfeit last long

Teman bercerita, saat dia melihat hampir semua kawan-kawannya (yang bertahun-tahun tidak berjumpa), pada majlis reunion, dia terpaksa mengepit tas tangannya ketat di bawah ketiaknya. Kenapa? Kerana rata-rata menayangkan tas tangan berjenama, sedangkan yang dia kepit bukan pun Bonia atau Sembonia tetapi langsung tidak berjenama harga kurang R100. 

Saat itu dia teringat, berbanding mereka, dia yang mendapat keputusan peperiksaan paling baik, belajar di universiti paling berprestij dan jawatannya lebih tinggi. Tetapi kerana banyaknya tanggungan, hal melawa diketepikan kerana adik-adiknya  memerlukan bantuan kewangannya.  

“Hebatlah kawan-kawan kita kan, every one of them in designer handbag,” teman menyuaranya kehampaannya.  “Mostly using fake lah Lia. I felt so sorry for them. So jangan rasa terancam dan tak ada apa yang nak dimalukan malah aku bangga dengan awak, bila kita tidak punya dan jauh sekali tidak mampu cukup apa yang ada.”

Asli atau tiruan, apa pilihan anda? Terpulang tetapi bagi saya yang sudah berpuluh-puluh tahun dalam industri fesyen, alangkah tidak kena dan jahilnya saya jikalau apa yang saya sebarkan tidak dipraktikkan. Teringat anak buah yang baru masuk kerja. Kala hadir pada majlis joint venture kami, di dadanya disandang tas LV tiruan. Saya tidak mahu Datin-Datin sosek di belakang, budak GLAM pakai tas fake. Saya terpaksa memberitahu, kita orang majalah sebaik mungkin elak secara total apa juga barangan tiruan; kasut, tangan, pakaian, jam dan lebih-lebih lagi alat solek dan pewangi, ditakuti memudaratkan si pemakai kerana seperti kita tahu barang tiruan tidak mengikut akta kesihatan dan untuk bahan kecantikan tiada pengesahan KKM umpamanya. Kita mesti  faham dan raikan kepakaran pertukangan tangan, idea dan kreativiti, ketekunan dan sejarah. 

Saya berpengalaman ke berapa kilang jenama mewah luar negara termasuk kilang pembuatan jam tangan mewah. Bila dilihat dengan mata kepala sendiri kita faham mengapa barangan asli harganya jauh sangat tinggi nilai daripada yang tiruan kerana hasil kerjanya terlalu halus, rumit lagi amat berseni. Haruslah kita titip sikit maruah kepada diri sendiri bagi memartabatkan usaha sebegitu. 

Seorang teman lelaki misalnya selalu tayang jam mewahnya, dan mahu dikenali sebagai seorang yang ada kelas; beg Birkin, jam Vacheron Constantin, Roger Dubuis, Cartier, tetapi pada yang dapat membezakan antara tiruan dan asli hilang hormat kepadanya. Kamu canang dan bangga ada ini itu, tetapi semua palsu, dan orang mempersoalkan keperibadian diri kamu, apakah yang dicakap itu selalu benar atau palsu juga. 

Ada lagi teman, dia suka bertukar tas tangan kala bepergian dan kadang saya sangsi tas itu asli atau apa dan akhirnya dapat jawapan daripada sang suaminya sendiri, kerana pada satu hari rumahnya dimasuki pencuri maka beberapa jam tangan dan tas lesap. Suami relaks saja, “well she is collecting fake bags and watches, so nothing to worry.” Serupa juga pada seorang isteri orang besar, yang suami mewakili Malaysia ke negara-negara Commonwealth satu ketika dulu. Isteri tayang pelbagai beg tapi semua beli di Korea. Sedihkan, kamu ada duit, pilih yang asli, satu atau dua cukup, dan pakailah sampai mati kalau kamu rasa beli ori membazir duit. Atau kalau takut membazir jangan beli apa-apapun.

Saya ditanya, “Adakah produk tiruan adalah mutu yang terburuk?

Ya, semestinya kerana sebesar mana pun counterfeiters cuba untuk mendapatkan tahap mutu produk asli, mereka gagal mencapainya. Memang ada bermacam tahap mutu tiruan akan tetapi ia dikeluarkan daripada material murahan, ia hanya dibuat supaya ia ‘look and feel of the originals.’ Itu saja.

Teringat saya bersama seorang selebriti dalam satu shooting di luar negara.. Sungguh gayanya hebat, dan dari rambut ke kaki berjenama, tetapi dia sendiri akui, “my Fendi clutch is fake,  kak saya tidak mahu belanja ribu-ribu untuk satu bag sayang duit. 

“Kadang dalam dunia fesyen ini orang memandang rendah bila kita hadir so ordinary, tapi bila bawa designer bag, you are one class above. Dan seperti teman-teman reunion tadi barangkali juga mereka berfikiran sama, bergaya untuk merasakan diri ada kelas, berkemampuan dan bergaya”. 

Ada satu cerita yang amat menyedihkan. Seorang bekas isteri Perdana Menteri dihadiahkan sebuah tas tangan berjenama. Pembantunya diminta membawa ke kedai kerana rosak, zip rasanya. “Puan beli di mana?” “Ini hadiah untuk isteri PM, saya PA nya.” “Boleh saya beritahu sesuatu, tas ini fake puan?” “Tetapi yang menghadiahkan, seorang isteri vip.” 

Mengapa saya sedih, kerana si pemberi hadiah tidak ikhlas, kamu beri pada insan yang disanjung, and you cheated her, and how dare you? Whoever you are, shame on you.” 

Begitu juga bila satu ketika dulu heboh diperkatakan pada satu majlis perkahwinan bekas Perdana Menteri, hadiah untuk tetamu vvip adalah Birkin, Hermes. Saya tanya sendiri pada seorang tetamu yang hadir dan yang dapat hadiah tersebut, betul kah dia menerima Birkin tiruan. Dia mengangguk ya, “tapi I okay aje no problem dan I rasa to be invited for the wedding is good enough. Balik I passed it to my maid.” katanya.

Soalan saya mengapa sampai hendak hadiahkan beg Birkin, dan fake? Sama ada kamu beri yang asli atau berilah apa sahaja malah sebiji telur ayam pun sudah cukup membuat tetamu gembira, but with the fake Birkin, banyak tanda soal. 

Counterfeit charm is worse than none at all. Dan sila ambil perhatian, Stop giving people fake designers as gifts. It is not a must that you present fake luxury stuff as a gift, I appreciate the RM20 ringgit rather than a fake which may cost RM500.

Sering dulu-dulu saya hadir di majlis pelbagai jenama. Ada kalangan teman, yang kalau hadir jenama A mesti guna beg A, tapi bagi saya cara itu tidak perlu dan tidak digalakkan. Pertama saya misalnya tidak dibayar oleh jenama demikian untuk hadir dan mesti pakai A. Kadang ada yang sanggup menyewa mahu pun membeli dan yang kurang mampu itulah mereka pilih tiruan.

Apa pun ceritanya jangan sesekali memandang rendah kepada mereka yang pakai fake, ada kerana tidak mampu tetapi suka sangat dengan logo dan design, dan ada tidak kenal dan tahu bahawa beg yang disandang itu adalah tiruan kepada jenama besar lagi mewah.

Terkenang lagi satu peristiwa (kisah lama tetapi melekat di hati), satu hari saya menerima surat dan di dalamnya sekeping keratan majalah yang dicarek dengan membuat kurungan tanda Merah pada satu tas tangan – “can’t you see this is fake stuff.”

Kerana saya mendiamkan diri, dia menghantar lagi dengan mengoyak sekali lagi mukasurat berkenaan, waktu sama satu lagi dikirim kepada bos saya. “Kalau dia sebagai editor buta untuk memastikan produk itu asli atau tiruan, she should be kicked out from the editor post.” Wow sampai macam ini marahnya.

Mari saya khabar apa cerita sebenarnya, satu hal semua beg di majalah itu adalah milik selebriti terkenal dari Indonesia dan saya sendiri diberi peluang memilih dan membuka almarinya. Saya pasti ia saya keluar dustbag daripada jenama popular. Selebriti ini keluarganya antara yang terkaya di Indonesia. Rumah mereka dipenuhi dengan lukisan-lukisan original malah ada yang berjutaan ringgit. Si bapa punya koleksi keris yang disimpan dalam sebuah bilik khas yang besarnya sebuah rumah saya. Kayanya keluarga ini sehingga mampu memelihara seekor harimau putih. Melihat deretan kereta dan ramainya penjaga keselamatan di kawasan rumahnya kami tahu dia ini billionaire.

Some people are real

Some people are good.

Some people are fake and some people are real good at being fake Dan kamu hendak mempersoalkan ketulenannya begnya?. Gambar pula diambil pada jam 9 malam, menggunakan minimal cahaya lampu. Soalnya, yang kamu marah sangat sehingga minta orang atasan mengambil tindakan kepada saya kerana kebodohan saya tidak mengenal asli dan tiruan mengapa? Setiap orang ada citarasa sendiri, dan kalau dia nak pakai yang tiruan itu pilihannya, siapa kita untuk memarahi atau memalukan seseorang di khalayak kerana sandang fake beg. “Style is a deeply personal expression of who you are and every time you dress, you are asserting a part of yourself,” kata Nina Garcia.

Kamu bertuah kerana mampu, tetapi ada juga orang tak mampu, jadi jangan merendahkan sesiapa pun, sedarkah kamu sendiri telah menjatuhkan maruah diri dengan bersikap kurang ajar. 

Cukup kita didik orang ramai dengan fakta-fakta betul supaya tidak keliru dan mengingatkan mereka. Dikatakan orang yang berbelanja untuk produk tiruan, also tend to cheat more. Ingatlah dengan kita membeli barang tiruan kita sebenarnya menggalakkan industri murah, underpaid illegal labour and possesses potential health risk, apakah kamu sanggup?. Andai keluarga kamu allergi untuk sesuatu fabrik atau produk kosmetik apakah kamu masih bebelanja lagi pada benda-benda ini? Nasihat saya “if you can’t afford the real thing, then buy from brands you can afford according to your budget.”

Kata mutiara daripada Miuccia Prada, “what you wear is how you present yourself to the world /especially today when human contact is so quick.” 

Dan kata terakhir saya, “I’m annoyed by fake designer bags as much as I’m annoyed by fake people.”

Related posts

Wirda – Time For New Beginnings

Wirda Adnan

Membina Istana Cinta

Wirda Adnan

Ibumu, Ibumu, Ibumu. Kemudian Ayahmu

Wirda Adnan

Leave a Comment