“Kecantikan yang sebenarnya bukanlah cantik mukanya, tapi cantik fikirannya, cantik hatinya dan cantik jiwanya.” – Merry Riana
Pelakon terkenal, berasal dari Itali, Sophia Loren, pernah mendapat julukan wanita tercantik di dunia. Namun apabila ditanya apa itu cantik, katanya, ”Kecantikan adalah bagaimana perasaanmu di dalam, dan itu tercermin di matamu. Kecantikan itu bukan sesuatu yang fisik,” sambungnya. “It is the caring that she lovingly gives the passion that she shows. The beauty of a woman grows with the passing years.”
Bila didesak lagi, menamakan individu yang dirasakan paling cantik, “I love Rita Hayworth. Her beauty, her sassiness, her class and those legs Mama mia!”
Sungguh, cantik bukan sebatas fisik, tetapi energi yang dikeluarkan dan dirasakan sekelilingnya. Mencintai diri sendiri misalnya serta menerima segala kekurangan dan kelebihan yang ada dalam diri, ia juga salah satu pengertian cantik. Bila diri berdamai dengan kekurangan yang dimiliki dan fokus memanfaatkan kelebihan yang ada, ia akan membuat hidup lebih bermakna. Apa pun warna kulit, gaya rambut, dan bentuk tubuhmu, saatnya kamu mencintai dirimu sendiri dan serlahkan energi positif yang dimiliki untuk sekitar, sayugia kamu memaknai cantik versi dirimu sendiri.
MajalahWM membariskan wanita-wanita cantik tanah air
Maka, apabila MajalahWM diminta membaris wanita-wanita cantik di Malaysia, kacau juga jiwa, kerana terlalu ramai, memang tidak terbilang. Namun pengalaman bekerja memberi saya ruang di sini untuk melayan permintaan pembaca. Berpuluh tahun bekerja dengan beberapa majalah daripada Jelita, Wanita, EH! GLAM,GLAM LELAKI, WW dan kini MajalahWM, setiap bulan wajib seorang menjadi penghias kulit. Dan untuk memilih siapa yang layak pada setiap bulan (bagi memudahkan kami menyediakan tema, dan hiasan perlu disesuaikan dengan temanya). Teringat satu peristiwa membimbing Majalah Wanita, saya mendapat panggilan daripada Chef Wan, “Wirda, perempuan ini (menyebut nama selebriti) hey dia ni tidak layak jadi cover majalah you.”
Suaranya keras, tegas. “But why Wan, dia kan cantik?” “Ya, mukanya bolehlah, tapi… dengan jelas Chef yang terkenal lantang bersuara, “Budi pekertinya tak cantik, ya dia buruk perangai blah-blah-blah.. Lain kali nak jadikan seseorang itu cover pastikan terutama majalah Wanita, si wanita mestilah punya kriteria yang demikian… paling penting perangai dia mesti baik untuk dijadikan contoh. Dan panjang leternya. Terkedu dibuatnya.
Sejujurnya saya tidak beberapa kenal dia, tapi saya akui muka lawa, bentuk badan menawan, berlakon first class. Hendak dijadikan cerita tidak lama selepas itu, kami diminta menghantar majalah keluaran dia sebagai hiasan kulit ke kediamannya. Waktu sama dia juga menjemput beberapa orang wartawan ke rumahnya. Pengalaman di situ membuat saya dan Mahani pulang dengan rasa teramat kecewa. Sungguh, apa yang dikatakan Chef Wan tepat sekali. Apa pun biarlah hanya saya dan Mahani sahaja menyimpan rahsia mengapa kami amat kesal dengan pilihan kami. Betul peribadinya amat tidak molek.
Sekadar cantik wajah, itu sahaja yang dia ada.
Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Pengalaman satu lagi apabila saya ketandusan idea, bertanya kepada jurusolek siapa selayaknya menjadi hiasan kulit majalah WW? “Kalau you nak ‘hot’ kan majalah you, dan lepas itu ramai orang kenal?” Termakan kata-katanya (juga seorang selebriti) maka saya mengundangnya menjadi penghias majalah. Tahu apa terjadi selepas itu, memang banyak panggilan diterima dan juga surat layang. Adoi betullah dia hot, tetapi rata-rata menyuarakan dia ini tidak layak jadi cover majalah sebab dia penyondol, merosakkan rumah tangga orang, dan sebagainya, dan so berani mendedahkan identiti suaminya (masa itu lah) kini satu Malaysia pun tahu. Menambah geram saya bilamana dia memaksa malah mengugut seorang editor memberhentikan cetakan kerana wajah hiasan kulit majalah tersebut adalah madunya hanya sebulan selepas majalah kami keluar. Saya pula dimusuhi editor kerana dikatakan memberi nombor peribadi editor. Tujuan si perempuan ini, dia mahu satu Malaysia tahu dialah seorang sahaja isteri dan yang lain telah diceraikan… walhal sang suami simpan tiga lagi bini dan dia adalah yang keempat. Satu pengajaran. Siasat latar belakang sebelum mengangkat martabat seseorang, yalah kalau sudah menjadi cover pastinya martabatnya tinggi dan berjuta membacanya.
Dan kisah ketiga ini, mengenai seorang Datin muda. Waktu penggambaran kami menemukan dua Datin (pilihan Editor saya, keduanya saya hanya kenal hari penggambaran), muka dua-dua memang cantik, tetapi saya terperasan yang seorang ini seolah cuba ‘berlawan’ yang dia lagi cantik, lagi kaya barangkali. Bahasa badannya saya boleh baca dan yang menyebabkan saya rasa dia ‘huduh’ (betul perangainya saya sudah tidak berkenan dari hari itu lagi, boleh dia teragak-agak menyebut nama kampung halamannya, konon malu asal usul dia orang kampung. Dia hanya mahu dikenali sebagai isteri kepada suaminya seorang datuk, ahli perniagaan berjaya, dan suami anak kepada seorang ahli politik terkenal waktu itu. Selain isi temuramahnya yang amat membosan, boleh tu, kurang seminggu selepas hari penggambaran saya dan editor makan malam di sebuah hotel, dan kebetulan dia dan suami duduk di meja sebelah. Langsung kami tidak disapa, seolah dia tidak kenal siapa kami. “Sombong sungguh, macam mana you boleh pilih, berapa lama you kenal dia?” tanya saya pada editor dan saya amat terkejut bilamana diberitahu mereka berkawan sejak sekolah rendah dan menengah tapi setelah jadi Datin perangai semacam” Saya dan si Datin sombong ini selalu pula terserempak kerana dua kakak iparnya kawan baik saya, dan belum sekali dia melemparkan senyuman. Memang saya tidak boleh brain, dan kalau dengan editor pun dia sombong apa lagi dengan orang lain.
“For attractive lips, speak words of kindness.
For lovely eyes, seek out the good in people.
For a slim figure, share your food with the hungry.
For beautiful hair, let a child run his fingers through it once a day.
For poise, walk with the knowledge you’ll never walk alone.
Dan inilah insan-insan yang MajalahWMM namakan
Ya, siapakah antara jutaan wanita-wanita di Malaysia yang cantik menjadi pilihan majalahWM? (Ditegaskan di sini, pilihan MAJALAH WM). Mungkin tidak semua menyetujui tetapi pilihan adalah melalui pengamatan dan mengenali mereka secara peribadi juga pengalaman bekerjasama dengan mereka.
Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj
Di tangga teratas dan kedua kebetulan memiliki nama sama yaitu AZIZAH. Dua wanita Malaysia yang amat disanjung tinggi. Pertamanya ialah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Al Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al Haj yang wajah dan susuk tubuhnya tidak dipertikaikan lagi, kejelitaan amat terserlah, betul Tuanku tidak dimamah usia. Penampilan amat menyenangkan dan disenangi rakyat jelata. Saya bertuah diperkanan menghadap menemuramah (walaupun sudah terlalu lama pengalaman ini tapi syukur Tuanku masih ingat saya, pernah menghubungi saya secara peribadi, bercerita hal semasa, dan pernah pada satu majlis, Tuanku berhenti bertanya khabar, malah sempat bersembang seketika. Saya terharu tetapi bukan sahaja saya, ramai editor mengakui Tuanku seorang yang disenangi.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Isteri kepada Perdana Menteri ke 10 Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail. Belum ada seorang pun saya dengar mengatakan kak Wan (panggilan mesra), dari dahulu hingga kini very down to earth. Ke kediamannya beberapa kali Kak Wan yang juga ahli politik melayan tetamunya bersahaja dan bersederhana. Kecantikan semulajadi terserlah pada usianya 70 tahun. Senyumnya mengundang rasa senang semua orang. Kata-kata bijaknya membuat orang menyanjungnya tinggi, kesabarannya Allah sahaja yang tahu. Tidak pernah dia menunjukan kemarahan. Dan tidak ada secuil pun kesombongan pada dirinya.
“Happiness and confidence are the prettiest things you can wear,” Taylor Swift
Datin Norma Norell
Sebagai teman rapat kepada Datin Norma Norell ( Founder / Managing / Director at Norma Norell (M) Sdn Bhd) , saya pasti antara wanita tercantik, cantik di luar dan di dalam. Pada usianya lewat 60-an lihat tubuh badannya, dia selamanya slim, dan wajahnya yang langsung tidak ada kedut. Kerana padanya senaman itu amat penting untuk kesihatan. Setiap hari mesti dihabiskan sedikit masa di gimnasium. Makanan yang berkhasiat (langsung tidak menyentuh daging daripada binatang berkaki empat mahupun ayam ), dan lebih kepada makanan laut. Ya Datin Norma Norell percaya penampilan yang segar, cergas dan yakin adalah tunggak utama untuk cantik.
Dan itu pun katanya tidak cukup seandainya diri tidak prihatin terhadap insan-insan yang kurang bernasib nasib baik. Kalau orang lain meraikan harijadi di tempat mewah, menjemput kawan-kawan glamor, orang kaya, tetapi Norell lebih suka menghabiskan hari bahagianya di rumah anak-anak yatim yang diadakan setiap tahun. Selain itu menyediakan beberapa bantuan khas kepada rumah-rumah kebajikan yang lain, bukan sahaja di dalam negeri tetapi di luar negara.
Toh Puan Seri Hidayah dan Dato Sri Rozita Ramelan
Menamakan seorang dua lagi, saya amat terkesan dengan sumbangan individu ini yang banyak berbakti kepada masyarakat terutama sewaktu covid melanda negara dan banjir yang menjadikan ramai keluarga hilang tempat berteduh dan juga pekerjaan. Sudahlah sentiasa dilihat segar jelita, bijak memilih padanan pakaian sesuai majlis.
Toh Puan Seri Hidayah
pemilik jenama Hidaya International juga isteri kepada YAM Tengku Badrulzaman Ibni Al Mahmud Sultan Mahmud. Seorang lagi Dato Sri Rozita Ramelan, CEO Kabinet Privee dan Rasa Rosc pantas sekali turun padang untuk membantu rakyat jelata. Ramai kagum dengan sifat pemurah mereka, dengan pelbagai badan amal yang mereka sertai mendapat manfaat daripada usaha dan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
LAr. Juita Wan Hashim
Pengasas dan Pengarah Urusan Verona Design Sdn. Bhd adalah penerima pelbagai anugerah daripada Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) dan International Federation of Landscapes Architects Malaysia (IFLA). Cantik wajah dan sesuai dengan latar belakang kecintaannya kepada alam semulajadi membuatnya tegar untuk memimpin masyarakat supaya sayangkan kehijauan. Tekannya, “Cantikkan alam ini. Saya menolak apa juga ancaman yang boleh merosakkan industri hijau. Wajib ada usaha peringkat global bagi mengatasi masalah alam, iklim global dan impak negatif kepada persekitaran. Bayangkan, kita keluar bersolek, berdandan dan berpakaian cantik, tapi dipaksa masuk ke ruang yang kotor lagi busuk.”
Datin Saadiah Abd. Rashad
MajalahWM ke Negeri di Bawah Bayu, Sabah. Bertemu Datin Saadiah Rashad di sebuah majlis menyambut ulang tahun ke 15 jenama fesyen JKHAN. Dari jauh saya nampak wanita jelita masuk ke dewan, dress labuh yang dipakai malam itu cantik sekali, dan dia terus duduk di meja kami. Memperkenalkan diri sebagai Saadiah, ya Allah persis wajah seniwati Saadiah, ibu kepada Ogy Ahmad Daud.
Seorang ahli perniagaan Datin Saadiah bukan sahaja jelita tetapi jiwanya terlalu dekat dengan insan-insan yang memerlukan perlindungan. Banyak masa lapangnya dihabiskan untuk menjejaki rumah-rumah orang tua, dan rumah kebajikan-kebajikan lain menyerahkan bantuan wang ringgit, makanan dan sebagainya. “Saya percaya lebih lebih kita memberi lagi banyak yang masuk.” WM membawa dia ke studio, wajar dia menjadi pilihan kami kerana cantik di luar dan suci di dalam.
Dato Emma Ibrahim
Dari Sabah ke Sarawak, di sana seorang insan ini jelas banyak menyumbang bakti kepada anak bangsanay dan bukan sahaja di negeri kelahiran tetapi di Semanjong juga. Saya hadir di sebuah majlis untuk mengumpul dana anak kurang upaya. Dua meja ditajanya walaupun dia tidak berkesempatan hadir, tetapi sedekahnya menambah dana. Dan ini cuma satu sumbangan kecil kerana beliau banyak sekali memberi. Wajah jelita dan hati gembira bila dapat berkongsi rezeki terutama pada yang amat memerlukan.
Namun tidak lengkap tanpa dimasukkan wanita-wanita daripada kalangan selebriti. Setiap tahun pelbagai portal dan majalah dalam dan luar negara membariskan artis-artis yang paling cantik di dunia dan di Malaysia juga tidak ketinggalan. Seperti yang saya katakan individu yang kami kenal daripada pengalaman bekerja dengan mereka, yang wajah memang menjadi pilihan media, betul bekerja dengan mereka menyenangkan. Apa yang saya maksudkan tidak menyusahkan krew dengan perangai yang menjelekkan.
Saya teringat membuat satu cover dengan seorang artis yang namanya harum satu negara. Allahukabar dari mula dia masuk ke studio sehinggalah dia pulang, letihnya kami melayan kerenahnya. Dan tiba masa di hadapan kamera pun masih berdegil, tidak mahu ikut arahan penata gaya, dan jurugambar. Sebelum beraksi di depan kamera menolak pakaian-pakaian yang disediakan, walaupun telah dipesetujui designer yang dia hanya mahu bekerjasama. Jawapannya mana nak cantik kalau kening yang dibuat dipadam, solekan yang cantik diubah sana sini kerana katanya itu bukan dia dan rambut yang sudah siap didandan pun hendak dibetulkan. Ya Allah letihnya dan pengakhir cerita dia marah kerana covernya tidak cantik seperti yang diharapkan. Habis kamu yang hendak macam itu, salah siapa?
Setakat saya bekerja individu inilah yang paling menyusahkan dan kemudian kami semua serek tidak mengambilnya lagi. Itu belum masuk bagaimana staf berhari-hari mengadapnya untuk menyedapkan ceritanya, yang banyak kisahnya adalah rekaan sematanya.
Ya untuk menamakan berapa artist/selebriti Malaysia yang cantik, dan seronok bila bekerjasama dengan mereka, dan punya ramai pengikut malah telah mengubah konsep cantik wanita, terutama cantik mengikut syariat Islam dengan menutup aurat. Asbab mereka berhijab maka begitu ramai anak-anak muda yang turut berhijab. Kerana cantik dalam Islam, pada tubuh yang tidak mendedahkan, dan dengan komitmen mereka menyantuni masyarakat, berkongsi rezeki yang semuanya datangnya daripada Allah subhanawataala.
Nur Neelofa
Nur Neelofa, kerja amal bersama ahli keluarganya memang sudah lama dijalankan. Pertubuhan Kasih Neelofa (kasihneelofa.org) banyak sekali menghulurkan bantuan, penutup 2022 umpamanya mereka ke Pantai timur (Rantau Panjang, Pasir Mas dan sekitar Besut, Terengganu, ini tidak termasuk rumah-rumah anak yatim dan asnaf sekitar Selangor dan Wilayah yang selalu mendapat perhatiannya.
Datin Vivy Yusuf
Datin Vivy Yusuf pernah menggunakan platform Fashion Valet untuk mengumpul dana kerja amal yang dilakukan sehingga ke luar negara. Antara yang dilakukan ketika Covid 19 melanda membantu petugas hospital yang kekurangan pakaian perlindungan diri (PPE), ia membuah hasil kerana berjaya meraih RM100,000 dalam masa kurang 24 jam. Kalau sekadar muka cantik dan hendak mencantikkan sahaja orang dengan membeli produk-produk keluarannya tidak cukup untuk diiktiraf. Kerana jiwa Vivy juga senang bila melihat orang lain gembira
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Mana mungkin saya tinggalkan nama ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa berjiwa rakyat, malah suami isteri terkenal ini tanggal Ogos 2010 menyerahkan sebuah masjid bernilai dua juta untuk kegunaan Kampung Permatang Pasir, Kedah. Ia tempat kelahiran Datuk Khalid Jiwa dibina hasil sumbangan Yayasan Nurjiwa yang diwujudkan mereka berdua. Sudah pasti banyak lagi sumbangan mereka, wajah cantik dan hati mulia.
Fazura
Ramai mengakui akan kejelitaannya malah selepas bertudung peminatnya turut menutup aurat. Tudung dijual dengan harga amat berpatutan, membolehkan lebih ramai sedia berhijab, dan dia turut mendapat pahala daripada usaha murninya. Dalam waktu meningkatkan perniagaannya. Sama cantik sama padan Fazura bersama suaminya Fattah diberitakan rajin membuat kerja amal serta menyumbang dana di rumah-rumah tahfidz dan asnaf.
Deborah Priya Henry
Seorang lagi yang perlu kami memberi julukan sebagai wanita cantik ialah Deborah Priya Henry, Ratu Cantik Malaysia Universe 2011 ini terus menyumbang tenaga dan usahakan bagi membantu rakyat miskin dan rumah-rumah amal bukan Islam yang memerlukan dana bagi menyambung hidup.
Ziana Zain
Tidak dilupakan kepada penyanyi terkenal Ziana Zain yang sejak berkecimpung dalam dunia hiburan lewat 90-an lagi sudah banyak menyumbang untuk membantu menghidupkan rumah-rumah tahfidz yang banyaknya dibuat secara sendirian tanpa memerlukan wartawan untuk melaporkan kerja amalnya atau media sosial bagi mewar warkan apa yang telah dilakukan. Bersedekah secara bersembunyi, itulah yang terbaik.
Dan apa amat menariknya, kepada nama-nama yang disebut ini, lihatlah penampilan mereka sentiasa disenangi. Ziana misalnya pada usianya yang ke 55 tahun, masih mengekalkan kecantikan bentuk badan serta menjaga wajahnya .
True, a thing of beauty is a joy forever: Its loveliness increases; it will never pass into nothingness.