CANTIK

SERUM TERBARU YANG MENINGKATKAN KESERIAN, MENARIK PERHATIAN DIRAJA

Piala Seri Endon 2025 bukan sahaja meraikan keindahan seni batik Malaysia, malah turut mencatat detik bersejarah diraja apabila Duli Yang Maha Mulia Raja (DYMM) Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim menerima kotak hadiah eksklusif ‘NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow’ yang direka khas, bersempena tahun kelima berturut-turut NIVEA sebagai rakan penjagaan kulit rasmi acara ini.

Dr. Christopher Vierhaus, Country Manager of Beiersdorf Malaysia & Singapore, presenting the exclusive NIVEA LUMINOUS 630 Skin Glow vanity box to Her Royal Highness Raja Permaisuri of Perak, Tuanku Zara Salim, at Piala Seri Endon 2025.

Disampaikan oleh Dr. Christopher Vierhaus, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura, kotak hadiah eksklusif ‘NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow’ itu menampilkan cermin imbas wajah inovatif dalam kotak aksesori khas yang dihiasi motif batik biru. Hadiah tersebut melambangkan kebanggaan budaya sambil mempersembahkan inovasi penjagaan kulit terbaik NIVEA, LUMINOUS630 Skin Glow Serum, serum untuk keserian kulit yang baru-baru ini tular dalam dunia kecantikan, digemari selebriti global dan tempatan, dan kini turut menarik perhatian diraja. Seperti yang dijangkakan, cermin imbas wajah itu mendedahkan apa yang telah lama kita kagumi iaitu kulit DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim yang berseri, sihat dan anggun, menyerlahkan kecantikan semula jadi Baginda.

Her Royal Highness experienced the face-scanning mirror, which highlighted her naturally glowing skin, and received NIVEA’s best brightening skincare innovation, the LUMINOUS 630 Skin Glow Serum.

“Selama lebih 100 tahun, NIVEA sebagai jenama yang dipercayai dan sentiasa memacu inovasi dalam sains penjagaan kulit. LUMINOUS630 Skin Glow Serum adalah penemuan terbaharu kami, memberikan hasil yang ketara hanya dalam tiga hari serta meningkatkan keyakinan pengguna untuk memiliki kulit yang berseri. Teksturnya yang ringan berasaskan air menyerap dengan cepat, sesuai dipakai di bawah solekan, malah meningkatkan keserian kulit dengan segera, menjadikannya langkah persediaan kulit pilihan ramai,” kata Dr. Vierhaus.

Diperkaya dengan Thiamidol yang dipatenkan, terbukti 60 kali lebih berkuasa berbanding Vitamin C, LUMINOUS630 Skin Glow Serum turut dirumus dengan Niacinamide untuk memperhalusi liang pori dan Aloe Vera untuk untuk melembap serta menenangkan kulit, menawarkan manfaat segera dan berpanjangan. Apabila digabungkan dengan NIVEA LUMINOUS Liquid Refiner, gabungan ini terbukti secara klinikal memberikan 4X Glow Effect, membantu pengguna mendapatkan kulit yang lebih licin, cerah dan berseri.

The exclusive NIVEA LUMINOUS 630 Skin Glow Vanity Box, adorned with batik motifs, symbolises a tribute to Malaysia’s artistry while showcasing NIVEA’s modern skincare science.

Dr. Vierhaus menambah, “Penglibatan NIVEA di Piala Seri Endon bukan sekadar penajaan; ia mencerminkan sokongan padu kami dalam meraikan budaya dan warisan Malaysia. Bagi kami, ia tentang meraikan detik istimewa yang menyatukan kita semua daripada memperkasakan individu agar tampil yakin berseri, hinggalah detik penghormatan diraja ini. Dengan mengangkat seni batik Malaysia dan bekerjasama bersama Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), kami menzahirkan nilai teras kami iaitu CARE, meraikan detik yang bermakna ini dalam membantu orang ramai menjadi versi diri terbaik mereka, dan membawa perubahan positif kepada masyarakat. Inilah cara kami meluaskan peranan sebagai peneraju global penjagaan kulit untuk turut menjadi rakan budaya yang bermakna.”

Her Royal Highness Raja Permaisuri of Perak, Tuanku Zara Salim, arriving at Piala Seri Endon 2025 and viewing the batik artistry on display.

Selama lima tahun berturut-turut, NIVEA dengan bangganya menjadi rakan penjagaan kulit rasmi Piala Seri Endon, bekerjasama rapat dengan PENYAYANG. Kolaborasi jangka panjang ini bukan sahaja menzahirkan penghormatan NIVEA terhadap warisan budaya Malaysia, malah selari dengan misinya CARE beyond skin untuk mengangkat seni, meraikan warisan, dan menghargai komuniti.

Peminat kecantikan kini boleh mendapatkan NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum yang sama seperti dipersembahkan kepada DYMM Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, kini tersedia di rangkaian cawangan Watsons seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/mynivea atau nivea.com.my

Related posts

Pengalaman Indah Bersama Apskin

admin

TREN KECANTIKAN 2026 – DI MANA KECANTIKAN BERMULA SEMULA

Wirda Adnan

Cartier dan Seleksi Pewanginya

admin

Leave a Comment