CANTIKGAYA HIDUP

 Cantik Di Mata Dunia 

“Beauty begins the moment you decide to be yourself.” — Coco Chanel 

Sejak dahulu, kecantikan wanita sentiasa menjadi sesuatu yang dipuja manusia. Dari zaman kerajaan Mesir Purba sehingga era moden hari ini, dunia tidak pernah berhenti mencipta definisi tentang wanita yang dianggap sempurna. 

Pada zaman Cleopatra, kecantikan dikaitkan dengan aura kemewahan, mata yang dihias kohl hitam, kulit yang dijaga dengan susu dan minyak wangi, serta kebijaksanaan seorang wanita mempengaruhi dunia di sekelilingnya. Cleopatra sendiri bukan sekadar dikenang kerana rupa parasnya, tetapi kerana karisma dan kecerdasannya yang mampu membuat pemimpin besar dunia tunduk kepada pengaruhnya. 

Di Eropah pula, suatu ketika dahulu wanita bertubuh lebih berisi dianggap lambang kemewahan dan kesuburan. Pada era Victoria, kulit terlalu putih menjadi simbol kelas bangsawan kerana ia menunjukkan seseorang tidak bekerja di bawah panas matahari. Masuk ke era Hollywood, dunia mula mengagungkan bentuk badan langsing dan wajah sempurna seperti yang dibawa ikon-ikon filem terkenal. 

Dan hari ini, media sosial mengambil alih semuanya 

Dunia moden membina satu gambaran bahawa wanita cantik harus memiliki kulit sempurna, tubuh ideal, rambut teratur dan kehidupan yang sentiasa terlihat indah di hadapan kamera. Ramai wanita akhirnya hidup dalam tekanan untuk menjadi “sempurna” sehingga terlupa bahawa standard dunia sendiri sentiasa berubah. 

“Hari ini manusia memuja sesuatu wajah, esok dunia mencari wajah yang lain.” 

Hakikatnya, kecantikan fizikal memang mempunyai kuasa. Wajah yang menarik sering menjadi perkara pertama yang membuka perhatian manusia. Mata tertarik kepada sesuatu yang indah sebelum hati sempat mengenal siapa di sebalik kecantikan itu. 

Sebab itu ramai wanita percaya kecantikan terletak pada: hidung yang mancung, mata yang memukau, bibir yang sempurna, tubuh yang menggiurkan dan kulit tanpa cela. 

Namun sejarah juga menunjukkan bahawa kecantikan luaran sahaja tidak pernah benar-benar cukup. 

“Keindahan seorang wanita tidak terletak pada pakaian yang dipakai, bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya. Keindahan wanita terlihat dari matanya, kerana di situlah pintu hatinya berada.” Khalil Gibran 

Ramai wanita cantik akhirnya dilupakan dunia kerana kecantikannya hanya tinggal pada rupa. Dan ramai pula wanita yang tidak dianggap terlalu sempurna wajahnya terus hidup dalam sejarah kerana aura dan jiwanya terlalu besar untuk dilupakan. 

“Wajah mampu menarik perhatian, tetapi jiwa menentukan sama ada seseorang akan terus dikenang.” Disebab itu dalam pertandingan seperti Miss Universe dan Miss World sendiri, kecantikan hari ini tidak lagi sekadar dinilai melalui rupa paras semata-mata. 

Sejarah Ratu Dunia Ratu Universe 

Pada awal sejarah pertandingan ratu cantik, wanita sering dipilih berdasarkan kecantikan fizikal dan penampilan pentas. Tetapi dunia berubah. Kini seorang ratu cantik perlu mempunyai intelektual, keyakinan, komunikasi dan nilai kemanusiaan. 

Miss World membawa slogan terkenal Beauty With A Purpose — kecantikan yang disertai tujuan dan kemanusiaan. Seorang wanita bukan sekadar cantik dipandang, tetapi mampu membawa perubahan kepada masyarakat. 

Miss Universe pula sering memilih wanita yang mempunyai kehadiran luar biasa — wanita yang bukan sahaja cantik ketika diam, tetapi mampu memimpin ketika bercakap. 

Dan menariknya, aura seperti itu tidak lahir daripada wajah semata-mata. 

Ia lahir daripada pengalaman hidup, keyakinan diri, cara seorang wanita menghormati dirinya dan bagaimana dia memperlakukan orang lain. 

Ada wanita yang cantiknya memukau mata selama beberapa minit. Ada wanita yang cantiknya tinggal dalam hati manusia selama bertahun-tahun. Kerana kecantikan yang sebenar sering mempunyai jiwa di belakangnya. 

“Elegance is when the inside is as beautiful as the outside.” kata Coco Chanel. 

Related posts

Terokai Tradisi SPA dan Penyembuhan yang Abadi di Pamukkale

adminwm

Raikan Musim Perayaan Hujung Tahun Penuh Glamor dan Memori di Hilton Petaling Jaya

Afiza Kamarulzaman

Puisi buat Apak Di Hari Akhir Mu

adminwm

Leave a Comment