EYE ME

Cinta ‘Khas Untuk Anak Menantu’

 

‘My son is my heart and everything.

If my son is happy, then I am happy.’

Tarikh  3.2. 2018 hari yang sungguh bahagia bagi aku sebagai ibu. Melihat anakku bersanding di singahsana yang indah. Melihat anakku, sungguh kacak dia, dalam persalinan yang dibuat khas oleh temanku, pakar dalam pembikinan pakaian lelaki, tidak lain tidak bukan Bon Zainal. Terima kasih Bon kerana aku tidak pernah melihat anakku sekacak di hari persandingannya itu.

Anakku diapit oleh permaisuri di hatinya. Gadis jelita yang berjaya mencuri hatinya. Tidak pernah aku melihat anakku segembira mana, hanya setelah bertemu dengan dia, dia yang bernama Janna.  Wajahnya sentiasa berseri. Ya, tidak sekadar tinggi lampai dan cantik tetapi Jannanya kaya budi bahasa, bijak lagi berdikari dan yang paling membuat mummy dan daddy Tisham jatuh hati dan ingin disatukan segera untuk dijadikan menantu, sudah tentu kerana tinggi ilmu agamanya. Yang inilah perkara yang paling utama dalam sesebuah rumahtangga.

‘Bila Allah menginginkan dua hati untuk bersatu, Dia akan menggerakkaan keduanya, bukan hanya satu. Dan ketika Allah mencintaimu, Dia akan menempatkan cintamu di hati seseorang yang cintanya memang layak untuk dimiliki’.

Mummy percaya Janna juga dapat memberi suami Janna tunjuk ajar dan mengajaknya supaya sama-sama ke Jannah.

Janna,

As our son grew to manhood, we prayed one day he will find

Someone to share his life with, who was gentle, sweet and kind

Seorang yang dia boleh berkongsi, mengenai harapan dan kerisauan, seorang yang membuat dia ketawa bersama, dalam perjalanan kehidupan kini dan seterusnya.

Seorang yang jujur, dari mula bertemu sehingga ke akhirnya

Seorang yang boleh dipercayai, menjaga setiap rahsia dia yang ada

So when you came together

Our dream, for him, came true

And soon we knew it wasn’t

Before we love you too.

 

Janna,

When my son made you his wife

Instead of taking him from me,

You’ve become all a daughter should be

Janna, you’re a precious flower, handpicked by our son

To always be accepted and love as a member of our family.

 

Tisham,

‘I hold you in your happiness within my heart each and every day. I am so proud of you and so thankful to the years that have given me so much to be thankful for. If I were given a chance to be everything I wanted to become, there’s nothing I would rather be… than your parent. And there is no one I would rather have as my son.

Anakku yang sering mummy marahi jika membuat salah, mummy tegur malah mummy pukul jika biadap dan kurang ajar.  It’s okay of you to feel that I am always wrong. There will come a day, when you realise how all my wrongs made everything right for you.

Ibumu ini akan terus menyayangi mu tidak kiralah berapa usia kamu kini. Akan mummy pegang tanganmu seperti mana mummy membelai kamu sewaktu dilahirkan. Mana bisa mummy lupa tarikh 2.2.1992, jam satu tengahari. Setelah lebih 10 jam mengerang sakit, sebaik tangisanmu didengari sakit itu hilang serta merta. Mummy  tidak akan lupa hari yang istimewa itu,  ya sehingga ibumu  ini memejamkan mata, dia akan ingat tarikh itu. Kamu lahir ke dunia untuk dirai dan dicintai, sebagai tanda cinta mummy kepada daddy.

Tisham,

Dulu kamu sendiri, dan kini sudah punya isteri

No more pulang lewat kopi-kopi hingga dinihari

Jangan lupa tanggungjawab sebagai suami

Isteri jangan dikasari, disakiti jauh sekali dianinayai

Isteri untuk dilayani dan disayangi

Isteri untuk kamu bersama berkongsi dua hati

 

Tisham dan Janna

What counts in making a happy marriage is not so much how compatible you are but how you deal with incompatibility; Leo Tolstoy. Dan yang ini penting buat kamu berdua, ‘to keep your marriage brimming, with love in the loving cup, whenever you’re wrong, admit it; whenever you’re right, shut up!

Sesungguhnya perkahwinan yang bahagia, sehingga keduanya menutup mata, perlu jatuh cinta sebanyak kalinya dengan orang yang sama.

Ingat, Cinta datang daripada Allah. Orang yang kau cinta pun diciptakan atas kuasa Allah, maka jagalah hubungan kamu dengan Allah agar Dia menjaga cintamu dan orang yang kau cintai.

Kata cinta muncul sebanyak 90 kali dalam al Quran. Namun menariknya tidak ada satupun yang mendefinasikan kata cinta itu sendiri, melainkan membahaskan tentang peranan pertama daripada perasan cinta itu, iaitu komitmen.  Ya Islam hanya berbicara tentang komitmen. Jika kamu benar-benar mencintai sesuatu atau seseorang maka kamu harus berkomitmen. Jika tidak maka pengakuan akan cinta sejati hanya sekadar di mulut sahaja – Shaaykh Yasir Fazaga.

Tisham dan Janna,

Mummy sedar kini jarak yang sering memisahkan kamu berdua, seorang tinggal di Selatan dan seorang di ibu kota. Tetapi bukankah menanti itu adalah satu keputusan terindah ketika jarak memisahkan? Long distance relationships are hard, yes I know, but they are also incredible. If you can love, trust, respect and support each other, itulah yang sebenarnya dikatakan keagungan cinta. Sesungguhnya, kejauhan tidak memisahkan dua insan yang benar-benar cinta. Sebaliknya, ‘Absence sharpens love, presence strengthen it. Tidakkah kejauhan memberikan kamu alasan untuk lebih mencintai. Dan apabila dua hati menjadi satu, no distance is too far, no time too long and no other love can break them apart. Jarak bukan menghukummu tetapi jarak menjaga dirimu, berdua.

Tisham,

Segunung tingginya cinta kamu kepada isteri, kamu masih punya ibu dan ayah… dan ya di sini juga wajib dilambakkan cinta itu. Lantaran pandai-pandailah kamu mengerumudikan cinta supaya di sana sayang, di sini senang. Dan Janna juga punya ibu, tiada bapa (yang sudah pergi buat selama-lamanya) kini kamu menjadi ketua kepada keluarga mereka, bijaklah menangani semua situasi agar setiap hati dijaga rapi  dan tiada yang berkecil hati.

Kepada Janna,

Your sweetness touches our heart, whenever we think of family, we realise you’re a special part.

Welcome to the family again,

Ya, upp lupa yang ini penting,

Behind every successful person, stands a very successful mother in law. And behind every successful man is a proud wife, and a surprise mother in law, (tidak ingat quote daripada siapa,ha ha.)

Mummy berhenti di sini kerana tengah berkumandang Karisma Cinta nyanyian Broery Marantika dan Dewi Yull

Cinta…

kini kau datang jua

melanda dua insan

dirimu… diriku

 

cinta… sungguh indah ceritamu

dunia terasa hampa

bila kau tiada

 

hati-hati cinta

juga bisa membawa duka…

batas lingkaran yang selalu

bisa membawa suka…

 

demi dikau

yang kusayang

demi kasih

yang kudambakan selalu

sayang…

 

tiada seindah kasih sayang

cinta suci lagu syahdu merdu

 

tiada seindah karismanya

pabila kau tahu cinta itu suci

Related posts

Rindu Serindunya ke Baitullah Al Haram

Wirda Adnan

Yang Pasti Syawal Tidak Seronok Lagi

Wirda Adnan

Insan Yang Bergelar Bapa

Wirda Adnan

Leave a Comment