EYE ME

Cerita di Wad Kecemasan

“Bersyukurlah ketika jiwa dan raga kita mendapatkan kesihatan, ikhlas dan bersabarlah ketika diri kita mendapat cubaan.”

Jam di telefon menunjukkan 4.30 pagi. Biasanya waktu begini saya di atas sejadah, mohon rahmat dan keampunannya, mohon diberikan sebaik-baiknya kesihatan, dan mohon kepadanya agar ditetapkan iman kami seisi keluarga. Biar anak menantu dan cucu hidup dalam kebahagiaan dan cinta yang berpanjangan. Mohon dilimpahkan rezeki halal agar kehidupan menjadi lebih bermakna. Mohon ditempatkan di FirdausNya. Dan di bulan yang mulia ini, ditambah lagi dengan bacaan-bacaan dari Al Quran sebagai pendinding hidup, dan pembuka jalan ke syurga, ayat-ayat suci menghidupkan hati yang mati, membersihkan jiwa yang renyuk, dan badan yang lemah tidak bermaya, ayat-ayat suci daripada kalam Allah SWT menghidupkan roh dan jasad, membangunkan semangat untuk mengejar akhirat. Dan sejak suami disahkan kanser tiga tahun lalu, waktu yang seadanya itu tidak lekang memohon kesembuhan untuknya.

Namun di saat rencana ini saya ukir, kami tiga beranak di bilik menunggu wad kecemasan, HKL. Suami terpaksa dibawa ke sini kerana keadaan kesihatannya bertambah serius setelah menjalani pembedahan. Resah menunggu, saya cari ruang untuk ‘pen’ sesuatu.

Inilah cerita saya untuk pagi yang suram, bertarikh 6.4.2023
Pada hari pertama Ramadan suami menjalani pembedahan. Selama 10 hari di hospital dan tiba masa untuk pulang ke rumah. Tetapi cuma sempat tiga hari dan dia dikejarkan semula ke hospital. Saat, yang paling menyayat hati melihatnya mengerang sakit yang amat, sebab saya tahu dia kuat menahan sakit. Kami hanya mampu berdoa.

“Turn to Allah and you will find His Mercy heal every aching part of your heart and soul. Allah will guide you, He will bring clarity to your eyes, make soft your heart and make firm your soul. Allah Azzawajal is your source of strength, Allah SWT is your solution to every hardship and problem. Rely on Allah with true tawakkul and let Him alone guide your ways.”


Saya memerhati jam, sudah hampir subuh. Bersahur? Hanya ada sebotol air, tak apa lah, lagipun mana bisa makan dalam keadaan kecemasan begini. Mencari bilik air. Rupanya bilik air pun dalam keadaan ‘kecemasan’, sudah lah ruangnya gelap dan begitu usang, banjir pula, namun diredah juga kerana terpaksa, waktu sama azan subuh sudah kedengaran.


Tapi di mana suraunya? Di tingkat 4 bangunan Lobi Utama. Saya mohon kebenaran masuk. “Surau tutup, gelap?” pengawal di situ tegas memberitahu. “Puan ini bukan waktu melawat dan tidak boleh masuk ke dalam pun.” Saya terkidu. ”Tetapi saya mahu menunaikan solat subuh?” Puan boleh pergi ke masjid?” “Di mana.” “Carilah sendiri.” “Atau di belakang bangunan ni?” Boleh solat di situ?” (dalam hati berfikir, belakang mana, bangunan hospital ini besar… astaghfirullah).


Sakit hati melihat pengawal keselamatan di situ berhati kering, Apakah kami terpaksa berjalan ke tempat letak kereta dan keluar dari kawasan hospital mencari masjid untuk bersolat? Macam tidak masuk akal, mengapa tidak dibenarkan kami masuk ke surau hospital, mengapa surau mesti ditutup? Saya melihat ruang menunggu yang sebenarnya saya rasa agak baru, dan amat luas. Terfikir sekali, mengapa tidak dibuat satu ruang kecil untuk sesiapa yang mahu bersolat (waktu kecemasan) di situ, sementara menunggu orang yang sakit dirawat. Kadang perkara yang penting begini seperti dilupa oleh pihak tertentu.


Pastinya dalam keadaan suami yang tenat, inilah waktunya untuk kita menyerahkan ketentuannya kepada Allah, dan saya tidak sanggup membenarkan diri tidak bersolat pula. Maka berlapik kain tudung, di celah kerusi, bersolat . Lagipun hari pun sudah kian cerah. Dan mengarah dua anak meletakkan kertas lapik kepala sebagai tempat sujud. Apapun orang lelaki senang, kita perempuan sikit sukar. Hendak solat tempat awam begini entah, saya tidak biasa begini.


Bukanlah saya hendak bercerita yang saya ini alim sangat, tidak, tetapi saya rasa pihak pengurusan perlu memikirkan juga hal-hal seperti menyediakan ruang tertentu untuk keperluan beribadat. Betul ada surau di tingkat empat tapi hai..ditutup dan untuk masuk mesti tunggu waktu melawat (hari bekerja pintu hanya dibuka pada 4.30 petang) atau perlu ada pas khas melawat. Saya sedih melihat ramai pak cik mak cik, akak abang membenarkan subuh terlepas.


Pagi hampir pergi, matahari kian terik tetapi tiada khabar berita sang suami. Menyuruh anak meninjau ke dalam, dia sempat meloloskan diri, awal katanya di zon merah, tetapi tiada, dan sudah dicari merata katanya tidak berjumpa daddynya. Balik ke ruang menunggu, terlelap di situ. Si adik pula meneruskan usaha mencari, tidak ketemu juga, balik ke kerusi dan nampak nyenyak kerana semalaman tidak tidur. Kemudian saya berjaya meloloskan, kembali ke zon merah dan petugas mohon ke kaunter, dari satu kaunter ke satu kaunter, satu ada namanya tercatat tapi tidak tahu di mana dibawa pesakit.
Untuk kali pertamanya saya melihat keadaan di dalam wad kecemasan. Allahu Akbar, air mata tidak tertahan laju mengalir, pelbagai keadaan dan penderitaan pesakit, Ya Rahman Ya Rahim, Ya Allah kurangkan derita mereka… kasihannya.


Saya tidak putus asa, dari satu katil ke satu katil saya jengok.


“Sabar mummy, doktor janji akan hubungi..” Tetapi melihat kesibukan mereka saya tidak boleh berkata apa, bukan hospital dia seorang saja pesakitnya, dalam kesibukan masakan teringat menghubungi kita bang, lagipun kita bukan vvip yang ada keistimewaan.”

Azan zohor, berkemandang, kami termenung sambil menungu khabar daripada doktor. Si abang pergi mencari lagi, “Let me go again, ma,” Kali ini dia bernasib baik kerana bertanya kepada doktor yang kebetulan turut merawat bapanya, kedudukan bilik itu pula memang agak jauh dari wad kecemasan yang kami telah redah.


Mendapat kebenaran saya diajak mengikutnya, dan pakar baru keluar merawat Hisham. “
Pesakit perlu menjalani pembedahan sekali lagi, daripada ct scan kelihatan ada ketirisan berlaku, (Anastomotic leak, Leak of luminal contents from surgical join.) Ini yang saya difahamkan. Sejam lagi akan masuk ke bilik bedah, puan semua boleh pulang dulu, it will take sometime, maybe another five hours. One of you can come tonight. Namun katanya, pembedahan kali ini berisiko dan complicated.
Tiga tahun lalu tepat pada hari kawalan PKP diperketatkan, Hisham menjalani pembedahan (Colorectal Surgery, stage 3 kanser usus.) Dan selepas 12 kali rawatan kimoterapi dia disahkan bebas kanser, alhamdulillah syukur kepada Allah yang memberinya ‘nyawa’ semula. Betapa gembiranya dia mendapat berita untuk menjalani pembedahan kerana disahkan bebas kanser dan pembedahan dilakukan untuk dia bebas menggunakan bag stoma. He was looking forward to be operated, yalah sapa sanggup ke sana sini membawa najis di dalam bag luar perut. Dua kali tertangguh, sekali pertukaran tarikh dan kemudian dijangkiti covid. Dan seminggu sebelum tarikh pembedahan, dia tidak beberapa sihat, demam dan langsung hilang selera. Dia cukup takut kalau-kalau akibat daripada kesihatannya, sekali lagi tertangguh waktu pembedahan. Dan terpaksa menunggu kepada satu tarikh lagi, itu yang dia tidak mahu.
Rencana berhenti di sini, dan kami pulang menunggu berita seterusnya.


Jam empat petang, mendapat berita Hisham tidak jadi dibedah. Pakar mencari alternatif lain kerana pembedahan ketiga ini seperti dikhabarkan akan berisiko tinggi dan agak complicated.


Hari ini 11 April, sudah enam hari Hisham ditempatkan di HDU (High Dependency Unit) dan masih di situ, dalam pengawasan amat rapi, dan dia dalam keadaan yang amat tidak bermaya. Belum dapat dipastikan tindakan pakar seterusnya sama ada menjalani semula pembedahan tetapi seandainya rawatan khas dibuat sekarang tidak bertindak baik untuk badannya, satu keputusan lain akan dimaklumkan kepada ahli keluarga. Ya kami hanya menunggu Mr Mohan (colorectal surgeon) untuk membuat keputusan.
Apa pun dikesempatan ini, dan dengan rendah hati saya sebagai isteri ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh kaki tangan di dua wad, 12 (10 hari terdahulu) dan wad 13 (HDU Unit), wadnya yang cukup selesa, no complaint at all) yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Semua mereka, alhamdulillah melayan pesakit sebaiknya. Dan saya boleh katakan, saya terlalu kagum dengan para surgeon dan doktor-doktor juga jururawat-jurawat dan petugas lainnya. Kita selalu diberikan cerita negatif kaki tangan hospital kerajaan yang sombong dan ada sampai kata kurang ajar, tetapi pengalaman pertama tiga tahun lalu sehingga ke harinya, terlalu ‘manis’ untuk dikatakan terhadap mereka. Here I am, saying thank you for the way you cared for my husband with compassion. You make sure that he is comfortable, really appreciated your warm, heartedness, terima kasih doktor dan jururawat.


“Ya Allah, kuyakin bahwa takdirMu lebih baik dari semua yang aku inginkan, beri aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah dariMu. Ya Allah, jika sakit ini adalah sebahagian daripada nikmat yang Engkau berikan kepadanya, aku berharap dia ikhlas menerimanya.”


Dan aku yakin Allah punya rencana lain yang lebih baik dan agar dia dan kami anak beranak semakin dekat padaMu ya Rabbi. With HIM we lay our trust. Aaminn, Ya Rabb, Kami redha.


Di hari ke 10 terakhir Ramadan 2023 ini, saya juga mendoakan kalian yang sakit juga dikembalikan kesihatan sepenuhnya. Ya 10 malam terakhir (Lailatul Qadar) penuh barakah, marilah kita doakan seluruh ahli keluarga kita dan rakan taulan hidup dalam sihat walafiat.


Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ;afwan a’fu‘anni. Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Engkau menyukai maaf, maka maafkan kami.”

Related posts

KISAH DAN TAULADAN

Wirda Adnan

Al Kisah Tentang Ibu…

Wirda Adnan

Demi Sebuah Tas Berjenama…

Wirda Adnan

Leave a Comment