Apabila Allah hadirkan cinta, sebenarnya Allah sertakan juga dengan ujian dan dugaan. Dan hanya dengan kepercayaan, kejujuran dan kesetiaan yang mampu mempertahankannya.
Empat tahun bercinta tetapi perkahwinan bertahan cuma empat bulan. Inilah yang terjadi kepada teman rapat. “I dah bercerai dengan Azman,” katanya. “Why?” Inai masih di jari. Saya pula yang sedih. Saya ingatkan mereka akan selamanya bersama. Perfect match. Azman tinggi kacak, berkulit sawo matang, seorang yang amat artistik. Sebuah potret wajah Ann yang dilukis seolah hidup bukan sahaja Ann yang jatuh cinta melihat potret dirinya tetapi kawan-kawan juga. Dan kami tidak hairan Ann yang cantik, mata bundar, bulu mata lentik dan bibir bagai bibir Angelina Jolie, pada kami mereka adalah pasangan yang disebut dalam peribahasa, bagai pinang dibelah dua, yakni sama cantik sama padan.
“Tiada kerasian. Mungkin kami hanya sesuai sebagai teman sahaja.” jawab Ann. Hati berat untuk bertanya kepada Azman tetapi saat dia menghubungi memberitahu, dia mahu membawa diri jauh di perantauan, di ruang berlepas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, saya dapat simpulkan kata hatinya seperti lagu ini,
“I did not see the love that was coming’ I simply let it go In the heavy quiet silence I live only on memories. I who never wanted to take my freedom, Today I see it turning, a little against me.
” Sedih.
“Apapun yang menjadi takdirmu, akan mencari jalannya menemukanmu.” Ali bin Abi Thalib.
Betul, seperti juga kisah Fattah dan Fazura, saya percaya ramai yang bersedih mendengarkan mereka akan bercerai/atau sudah pun bercerai kerana saya sendiri tidak pasti. Mengapa Fazura dikatakan bertekad untuk bercerai? Dan mengapa Fattah dikatakan tidak mahu melepaskan dia? Wallahualam. Pelbagai cerita yang dinaikkan di sosial media, tidak tahu yang mana benar dan yang mana rekaan semata. Saya tidak faham mengapa ada yang cuba mereka-reka. Mengarang cerita untuk kesedapan netizen di luar sana. Biar mereka yang menyelesaikan masalah rumah tangga sendiri. Kerana mereka yang akan menghadapinya. Jangan jadi batu api dalam hal rumahtangga orang. Malah sebagai kawan baik sekalipun awas bila mahu menasihati. Pengalaman mengajar saya untuk kunci mulut sekalipun usaha saya sebenarnya atas permintaan teman ini.
“I deserve the best, I am beautiful, I believe in me, I am enough,” antara kata-kata teman dan minta saya khabarkan kepada suaminya
Kami ketika itu berada di kota London. Bila kita sudah sebilik banyak yang dikongsikan, cerita-cerita yang menjadi rahsia teman selama ini diluahkan. “Lebih 20 tahun berkahwin, kehidupan seharian kami bukan seperti pasangan suami isteri. Lepas tutup kedai dia balik ke rumahnya dan I balik ke rumah I. Bila dia rasa dia ingin berasmara dia datang ke rumah lewat malam dan pulang keesokan hari. Pelik bukan, kerana dia tidak punya isteri lain. Setiap malam bantal ini basah, menangis mengenangkan nasib diri. Tetapi I sudah bernekad, I deserve the best.”
Ya, saya diminta mengkhabarkan kepada sang suami. “No no no… tolong I tak mahu masuk campur urusan rumahtangga you,” jawab saya. “Tolong, please! for friendship’s sake.” dia merayu.
Dan bila saya disoal oleh sang suami mengapa isterinya berkelakuan tidak seperti selalu dan berkeras bertanya saya apa yang sebenarnya terjadi di kota London kala kami bercuti itu (adalah beberapa peristiwa terjadi ketika di sana), saya didesak dan terus didesak oleh si suami, akhir saya terpaksa buka mulut, “she want a way out, tolong, sedangkan you pun kata you tidak happy bersama dia, mengapa you masih mahu bersama lagi? Bukankah elok masing-masing cari jalan keluar.”
Cukup saya kesal menjadi orang perantara. Kerana selepas itu saya dituduh, malah dicemuh kerana menjadi penyebab mereka berpisah. Di akhir cerita, mereka berbalik semula dan saya dimusuhi oleh sang suami. Isteri dihalang berbaik dengan saya.
Seperti cerita seorang teman, selamanya my good friend ini ada sahaja complaint tentang suaminya. “Syah andainya you nampak atau dengar my hubby main kayu tiga, please tell me okay. I respect myself, I honour my life, I tidak perlu pun duit dia untuk hidup, selama ini pun I yang banyak menanggung. I tak mahu waste time dengan suami macam itu.”
And guess what? Si Syah di depan matanya terserempak dengan suami teman bersama kekasihnya, yang dalam keadaan yang mencurigakan. Atas rasa kasihan kepada si teman, dia pun mencari masa terbaik untuk mengkhabarkan. Ayat-ayat disusun rapi kerana temannya editor terkenal, dan suami juga orang kenal. Allahu Akbar, dan tahu apa yang terjadi selepas itu? Mereka tidak lagi menjadi teman baik. Syah sedar sejak hari itu seolah terputuslah hubungan mereka berdua, orang di sana memilih jalan bercakap jika perlu sahaja. No more mengopi, no more celebrating birthday, ya no more getaway just the two of them. Dan yang membuat dia pilu bila si teman kata, “kalau you tidak cerita pada I, pasti I tidak bergaduh dengannya. You tahukan I sayang dia.” Temannya itu yang satu ketika menentang poligami sekerasnya, kata Syah dia pula yang menasihati perempuan untuk menerima poligami. Wallahuaklam.
Pengajaran daripada cerita saya, rumah tangga orang jangan masuk campur, sekalipun diminta masuk campur kerana kadang kerana kecewa membuat keputusan melulu atau kerana ego atau malu atau atas sebab perceraian hidup semakin susah, sang penasihat pula yang dituduh jahat. Mereka berbaik semula sebaliknya kamu dicop cuba merosakkan rumahtangga orang.
Question, what to do if your wife wants a divorce and you want to reconcile?
Ditanya saya, jawapannya usahakan terapi perkahwinan, beri peluang kedua pihak menyatakan suara hati, dan ambil masa untuk menghadamkan permintaannya dan permintaan kamu. Remain respectful, remain confident, remain busy, remain available, ya pastikan dalam waktu yang diberikan itu kamu luangkan masa untuk bercakap atau menjawab panggilannya mengenai perkahwinan kamu itu. Jangan diam membisu, jangan mengamuk, ya, jangan dan jangan bercerita pada dunia.
Tidak berjaya, jumpa pakar konselor perkahwinan yang bertauliah, kerana khidmat nasihat itu penting, jumpa peguam syariah sama ada mahu berpisah atau tidak khidmat mereka amat diperlukan. Ingat juga always protect your legal rights, kerana setiap yang kamu buat atau cakap boleh digunakan dalam proses perceraian itu misalnya dalam hak penjagaan anak dan pada harta sepencarian antaranya.
Dan kalau dia tetap mahu bercerai? Lepaskan dengan baik. Letting go is hard, but sometimes holding on is harder.” Pernah anda dengar kata-kata ini, “If you love someone, set them free, if they come back, it was meant to be, if they don’t, they were never yours. Dan fikir juga, apakah kamu mahu dia bersama kamu, tetapi hatinya jauh ke ‘dunia’ lain, hatinya kosong terhadap kamu, atau bersama kamu tetapi orang lain yang dibayangkan. Mengapa menyiksa jiwaku dan jiwamu?
Walau digenggam kuat,
Andai ia bukan milik kita, ia terlepas juga.
Walau ditolak ke tepi, andai ia untuk kita, ia mendatang jua.
Itulah nama jodoh.
Hidup ini ketentuan Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar dan sejujur mana kita terima, tiada izinNya kita tidak akan dapat bersama selamanya.
Yang demikian jangan buat seorang mencintaimu jika kamu tidak siap untuk berikan hatimu. Cinta yang tidak berbalas itu menyakitkan.
Kerana itu agama Islam mengingatkan umatnya, ‘Janganlahlah kalian menikahi wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin sahaja kecantikannya akan membinasakannya. Dan jangan pula kalian menikahi wanita kerana hartanya kerana mungkin saja hartanya akan menjadikannya bersikap sewenang-wenangkan. Akan tetapi nikahilah wanita kerana agamanya,” Ali bin Abi Thalib
Wahai isteri,
Seorang iseri yang solehan akan memperlakukan suaminya layaknya seorang raja, mencintainya seperti seorang pangeran, namun dia juga tidak lupa untuk terus mengingatkan suaminya bahawa dia hanyalah hamba Allah.
Ketika sudah bernikah, syurga seorang wanita berpindah pada suaminya. Namun jika suaminya tidak taat pada Allah, maka suami bisa membawa isterinya ke neraka
Kehidupan mengajarimu cinta, pengalaman mengajarmu siapa yang kau cintai dan situasi mengajari kamu siapa yang kamu cintai.”
Orang yang benar-benar mencintamu tidak akan pernah meninggalkan mu sekalipun engkau menjadi duri yang menghadang di hadapannya. Man yuhibbuka lan yatrukuka walau kunta syaukan baina yadaihi.
Wahai para suami,
Andai kalian tidak memiliki harta untuk membahagiakan isteri kalian, maka berilah isteri kalian limpahan kasih sayang dan perhatian, rasa cinta dan juga ilmu agama.
Suami jangan terlalu selesa membiarkan isteri hidup berdikari dan jangan sampai dia rasa hidupnya kosong tanpa kasih sayang daripada kamu sebab dia boleh bersendirian tanpa kamu.
Bila suami selalu menghargai isteri, Allah akan limpahkan rezeki, tetapi sayangnya, bila jadi macam tu suami akan mula lupa diri, lupa isteri, akan pergi mencari satu lagi” (semua kata-kata pedoman saya pinjam daripada riwayat Mutiara Kata)
Allahumma aslih dhata banana wallis naina quloobana
Ya arhamar rahimeen
Oh Allah created the bond of love (harmony) between our hearts. And reconcile between us. Oh, merciful and compassionate. Aamiin.