Confidence Breeds Beauty
Pagi yang nyaman, menambah asyik dek pemandangan yang indah suasana mata memandang padang golf yang berbalut kehijauan alam yang dijaga rapi. Sambil menikmati hidangan ‘hawker’ yang popular bagi pemain golf di situ, ditemani TP Nora, kami menjadi tetamu kepada seorang wanita anggun, Haniza Tun Mohammed Hanif. Kerana kami, Hani tidak bermain golf sebaliknya mengajak kami bersantai… check out the food, semua sedap dan kemudian kita boleh bersembang panjang.
Dua puluh tahun yang lalu saya sudah pun diperkenalkan kepada Hani.
Ketika itu pun saya merasakan ada chemistry antara kami, dan hari ini bagaikan sudah kenal lama, borak kami pelbagai. Paling menarik untuk disembangkan tentulah pembabitan Hani dalam dunia Ratu Cantik. (Saya sambung kisah Ratu Cantik, dan kenali dulu siapa wanita yang menghiasi Hiasan Halaman Februari 2024).

Haniza Tun Hanif, (Hani) sebut nama bapanya pasti ramai sudah boleh meneka gerangan anak siapa. Bapanya Tun Hanif Omar, Mantan Ketua Polis Negara (KPN). Lima beradik dan kini cuma tinggal tiga yang masih hidup. “A happy go lucky person and my life has always been filled with joy and cheerfulness.” Hani bercerita tentang dirinya. “Hani warisi daripada emak, Toh Puan Hamidah Hamid, yang ceria dan amat penyayang orangnya. Arwah ayah seorang yang serius, strict and firm. Yes, no-nonsense kind of person.”


Tamat tingkatan lima, Haniza tidak melanjutkan pelajarannya. Katanya, “I was interested in getting a job at that time. I guess my upbringing was rather strict and I never had a normal childhood life due to my family status. But nevertheless I became a good, responsible and mature person due to my good upbringing by my parents. Hani berterima kasih sangat.”
“Yang paling membanggakan, dan Hani rasa kejayaan peribadi Hani ialah kerana berjaya membesarkan tiga anak yang baik lagi cantik, dibesarkan dengan penuh kasih dan sayang. I am also proud to say that I’ve brought up well mannered, loving, bright and responsible children too.
Secondly, the things I’ve achieved in my life now, my involvement in the pageant and modelling world.”
Setiap Individu Punya Kecantikan Tersendiri
Pada usianya yang ke 63 Jun ini, Haniza akan berentap dengan peserta lain merebut gelaran Madam Artsy Queen Universe 2025 yang akan berlangsung pada 23 Februari ini. “It has never crossed my mind to be in this beauty line, especially at this age. Tetapi saya diberi peluang oleh pengasas Asia Model Icon Alex Lim. Dua tahun lalu Alex Lim telah menjemput saya untuk merebut peluang ini, tetapi saya menolaknya. Namun dia tidak putus asa, mahu juga saya mencuba kali ini. Tidak membenarkan saya menolak, dia sendiri menjadi coach dan membantu untuk persediaan pertandingan, “We have catwalk classes sama ada sebelah pagi atau petang, sesuai kepada kami yang bekerja.”
“Sebelum ini Hani juga pernah memenangi gelaran Miss & Mrs Hourglass International 2022 by MK Asia Production International Sdn Bhd. Saya dipilih sebagai Grand Queen Ambassador selama dua tahun. Di kala itulah saya membabitkan diri sebagai peragawati separuh masa, waktu sama saya juga sering dijemput menjadi juri untuk pertandingan-pertandingan Ratu Cantik. My best experience where money can’t buy, is the people I've met and the connections I’ve made along the way. Because of all the experience, I became more confident in myself and able to communicate well with people. Confidence breeds beauty.”
“Tapi kak Wirda, masih ada rasa takut dan gentar bila tiba masa pertandingan,” katanya kemudian. Takut yang bagaimana, sempat saya mencelah. “Fear of not being able to deliver well and letting down my team. Di sinilah pentingnya yakin diri dan percaya kepada kemampuan diri sendiri.”

Why do you think that people have a negative image of pageantry?
“Hani tidak berapa pasti hal itu, perhaps the poor feedback by the unfortunate contestant, who was not satisfied with the outcome from the competition. Usually the participant will be brief thoroughly of the contract given and they are not forced into something that they are not comfortable in, again it depends on the individual participant.”
Pengalaman Hani, pernahkah dikritik dan bagaimana Hani menanganinya?
“Syukur tiada pula yang mengecam malah I've been getting a lot of appraisal instead. I guess because everyone was amazed with my age and became an inspiration and hopefully an idol to aspiring men and ladies.”
What qualities do you think are essential for a role model to possess?
“Hani suka soalan ini. Ada lima yakni; genuineness that is authentic, real and sincere. Next comes your confidence level, good attitude, ability to handle tasks given and good heart and soul.”

What is beauty in a woman?
Bagi Haniza Hanif, “A true beauty has a lot of good qualities as an individual, the genuineness in a person that makes the quality of being authentic, real and sincere. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder.”
Bercerita pula tentang fesyen, Hani memilih gaya yang ringkas. Untuk berlawa katanya tidak perlu pun memakai dari hujung rambut ke kaki produk mahal dan berjenama. Oh tidak, ia tidak membuat anda cantik, tetapi bagaimana anda menggayakan, itulah yang lebih penting. Dan saya percaya kepada penjagaan kesihatan dan juga menjaga berat badan. Pada usia begini lagi lah, badan cepat naik dan sakit mudah menyerang. Keep the right body weight supaya apa juga pakaian nampak cantik di badan. Saya tidak ada diet tertentu, dan seperti mak saya, kami suka makan, tetapi kami makan bersederhana. My mom is the best example, pada usia 86, saya sendiri kagum dengan kesihatan dan bentuk badannya. Mak masih boleh memakai bajunya yang 30 ke 40 tahun yang lalu. Begitulah dia menjaga dirinya. Hem, kak, nobody is ugly, and none of us is perfect. Every individual has their own beauty.”

Mengenai sosial media, (check out Pixie MH / Hani), adakah ia bisa menjalin perhubungan lebih akrab atau menjauhkan seseorang?
“Jujur Hani katakan, I am not savvy enough when it comes to IT. Namun sosial media ada peranan dalam memexplotisasi, ada baik dan buruk. Tetapi terpulang kepada individu bagaimana mereka hendak menggunakannya.”
Hani, Februari selalu dikaitkan dengan Bulan Cinta, what makes you feel loved? And your favorite quotes about love?
“Cinta memang indah, terutama bila kita dapat menghabiskan masa bersama dengan orang yang kita cintai, berkongsi perasaan dan pengalaman hidup, caring for each other. My favorite quotes, You’re My Everything, just like the song by Santa Esmeralda."


Hani single sekarang, are you in a relationship?
“Kak Wirda…. I am not going to reveal anything about having a relationship with someone right now.” Getting married again? Ha ha there you go again kak Wirda, well my answer if ada jodoh serasi adalah… InshaAllah."
“Apa pun my mother, she has been the greatest idol in life dan anak-anak saya. Ketiga tiga anak musician, dan kebetulan saya juga menggemari muzik. Selain daripada muzik kami juga bermain golf, suka ke panggung dan melancong bersama.”“Bercakap mengenai golf, sering Hani ditanya apa yang menariknya mengenai sukan ini. Jawapannya, only serious golfers would know what makes golfing interesting. The challenges are within yourself. Yes golf is about not giving up easily even in difficult situations. Mental focus, clarity in mind, and it is also about awareness, confidence, persistence and goal setting.”

Credit
Gambar: Syarief Nurlette
Solekan: Anne Bakri
Dandanan: Michelle Lean
Pakaian/Barang kemas: Koleksi peribadi Hani Hanif
Pengarah Seni: Wirda Adnan