EYE ME

Cintai Dirimu Dahulu

"Love yourself first, and everything else falls into line. You really have to love yourself to get anything done in this world." — Lucille Ball

Dia yang terawal menghubungi saya saat diketahuinya kami akan mengadakan majlis Up Close and Personal with Zahnita. Tetapi tunggu dulu, dia terpaksa minta izin suami. Dan dia tidak boleh sembarangan memindahkah wang ke akaun WMHEART, Bagaimana jika suami tidak membenarkan dia pergi? Setiap kali dia hendak keluar rumah meski cuma ke kedai di belakang untuk membeli sayur, dia akan meminta izin. Sering pula sang suami menaikkan suara, “heh itu pun kamu hendak bagitahu aku, buang masa aku aja. Siapa yang halang kamu pergi?” Namun ketika keluar rumah tidak memberitahu suami, siap dia diherdik, kerana memandai keluar rumah tanpa izin suami. “Kan aku sudah cakap walau keluar ke rumah jiran sebelah pun kamu wajib beritahu aku.”

Dengan isteri,  suaranya tidak pernah lembut, bahasanya ‘aku kamu’, tetapi bila sesekali si isteri hilang sabar dan sedikit meninggi suara, satu Shah Alam mungkin terdengar akan suara tinggi, garang suami. Untuk mengelakkan malu dengan jiran tetangga S.Syina selalu menundukkan muka dan tidak mahu menjawab. Dia menerima maki hamun malah sepak terjangnya. Kerana diam membisu tidak menjawab, sekali lagi dia dimarahi, “Eh aku ini bercakap dengan kamu, bukan dengan tunggul, faham.” Dan peristiwa bukan sekali dua, tetapi sudah masuk 10 tahun.

“Apa kamu juga nak buat drama? Nak tunjuk kamulah yang teraniaya? Nak share kepada dunia cerita dalam selimut?” Sang suami menengkingnya hari itu. “Bukan begitu abang, Laila pun teringin nak pergi, dia nak belanja Ina, kan last week Ina punya birthday?” “Enough, I say a BIG NO, faham?

Kisah Zahnita, Syina, dan ribuan mangsa keganasan rumah tangga bukan cerita baru, bukan cerita basi, bukan tidak boleh diatasi dan bukan cerita di Malaysia sahaja tetapi di pelosok dunia. Dan saya bukan pun hendak mengulasnya sebaliknya mengajak kamu semua baik yang sah-sah menjadi mangsa keganasan rumahtangga mahupun sesiapa sahaja, ya untuk menyayangi diri sendiri.

Love yourself first. Kamu adalah milik kamu, kepunyaan kamu bukan milik mereka. Maknanya, Hormat. Sayang dan Hargai diri kamu sendiri. Always remember to be good to yourself by taking care of yourself. Jadikan diri kamu itu sebagai priority, dan kamu tahu itu tidak salah. Don’t feel guilty for loving yourself, first. You’re just as important as anybody else.

Membenarkan diri kamu menderita sampai 20 tahun? Memang tidak boleh diterima akal kita yang waras ini. Malah dua tiga tahun pun sudah terlalu lama untuk tidak bertindak. Atas apa alasan sekalipun bila siap muka bertempek dengan lembam ditumbuk dan tangan tidak boleh diangkat bila bahu sakit, Allahu Akbar, itu pun masih bersabar dan mendiamkan diri. Anda ingat tidak saya pernah menulis tentang kisah teman serumah yang mati kerana disiat-siat oleh suami. Kerana tahap cemburu suami memang dahsyat, auzubillah, kawan-kawan terbercerita zaman muda di universiti yang biasa-biasa sahaja tetapi adalah menyebut satu dua nama lelaki. Oh itu pun tidak sempat sampai rumah, di dalam kereta sudah menyoal yang bukan-bukan, menonjol-nonjol jari terlunjuk ke muka isteri. Dan teman ini bukan orang tidak pandai, belajar sampai ke Amerika. Dia bukan tidak bekerja, malah gajinya lebih besar daripada suami tetapi sampai mati diseksa? 

Kenapa ditunggu bertahun-tahun membenar syaitan bermaharajalela menjadikan kamu mangsanya? Mengapa tidak kamu melaporkan kepada pihak berkuasa? Mengapa dengan mak ayah dan adik beradik tidak bercerita? Malah ada ibu bapa sendiri mahu anak bersabar sebab takut diketahui bercerai berai. Mengapa kamu tidak angkat kaki dan kata pada diri, “pergi mampus kamu, I have enough of you? Orang macam ini walau menteri ke selebriti ke, dia tidak bernilai sesen pun untuk kamu menunggunya. Anak sebagai alasan? Nanti siapa hendak tanggung makan minum dan sekolahnya. It is not selfish to love yourself, take care of yourself, and to make your happiness a priority, it’s neccessary.

Saya terkenang cerita kawan. Katanya di kala itu dia sedang mengandungkan anak pertama. Masuk tujuh bulan kandungan, tetapi dia tidak mampu lagi bertahan. “Tunggulah sampai melahirkan anak,” pujuk si ibu sendiri. Kawan-kawan pun kata begitu. Tetapi mereka tidak merasa apa yang dia rasa. Muka mereka tidak lebam ditumbuk, badan mereka tidak merasa sakit disepak. Dia memikir akan anak di dalam kandungan, mungkin tidak sempat hidup jika saat kandungan sudah membesar masih kena terjang. Semata untuk menjaga maruah? Dan elak malu pada saudara mara kerana baru setahun lebih kahwin sudah bercerai. Kesian bayi yang lahir tiada bapa untuk menyambutnya?  Dia tahu tidak berbaloi menunggunya. Dia tahu sang suami tidak akan berubah, dengan siapa pun dia kahwin nanti, perangainya macam itu juga. Memaki hamun, sepak terajang. “Hey, aku bukan alat permainan yang kamu boleh campak, buang, ambil ambil balik dan main semula. Aku manusia berhak untuk hidup bahagia seperti orang lain.” 

Dia melangkah keluar rumah dengan perut besarnya memanjat tangga flat empat tingkat tidak berlif. Jiran tetangga memandang hina. Ramai menuduh dia pelacur dan termengandung. “Kalau bersuami mengapa tinggal sendiri?” Dia memekakkan telinga. Orang kata apa pun dia senyum. Dia hanya meminta pertolongan daripada Allah, dan percaya Allah melindunginya, ada hikmah di sebalik kesusahannya. Hasbiyallahu la ilaha illa huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm. “Cukuplah Allah Bagiku, tiada Tuhan selainNya.

Alhamdulillah, anak itu bukan sahaja rupawan tetapi bergelar doktor, phD. 

And true enough, si jantan ini yang muka baik pijak semut tak mati juga melakukan hal sama pada isteri barunya. Satu perkara ramai perempuan, walau telah diceritakan bahawa lelaki pilihan itu kaki pukul, tapi tidak mahu percaya, hanya apabila terjadi pada diri sendiri baru menyesal tidak sudah.

Kawan, saya baru sahaja pulang menghadiri seminar Program Pencegahan Keganasan Terhadap Kanak-Kanak dan Wanita anjuran badan amal Warista. Syabas kerana menganjurkan program yang seperti ini, supaya ramai buka mata, buka hati, lebih peri hati, tidak mahu cepat mati. Jangan kesian tengok suami digari. Terngiang kata-kata ASP Siti Fairuz binti Ahmad Yunus, “Perempuan Melayu yang ramai menjadi mangsa berbanding bangsa lain. Orang Melayu jugalah setelah kes yang dirujuk, disoal siasat, berbulan-bulan mahupun bertahun di dalam siasatan, kemudian menarik semula kes itu. Alasan biasa, maafkan sahaja, kesian anak-anak kalau ibu ayah bercerai-berai susah. Siapa nak tanggung keluarga?  Dan malu bila orang tahu si laki/ayah terperuk di penjara. Dan kebanyakannya orang yang sama selepas setahun dua datang semula membuat aduan. 

Everything starts with how you feel about yourself, women please, start feeling worthy, valuable and deserving of receiving the best life has to offer. Belajarlah mencintai diri sendiri dulu, bukan mencintai idea bahawa ada orang lain akan mencintai kamu. Dismantle your wounds so you stop living your life by them. Bila kamu cinta pada diri sendiri, akan memancar cahaya dari dalam. You attract people who love, respect and appreciate your energy. Prof. Muhaya ada menyebut, “Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih pasangan.” Sebab katanya hidup seorang perempuan itu berubah mengikut acuan suami. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki samada ke neraka atau ke syurga. 

Nabi Muhammad SAW mendidik umatnya supaya menyantuni wanita. Lelaki yang mengasari wanita malah yang menggunakan kekasaran ke atas wanita dianggap lelaki bacul. Dia syaitan yang bertopengkan manusia. Dan ingatlah kaum hawa, Allah mencipta kamu supaya disantuni, bukan dikasari, diherdik dan dicaci maki. Lelaki waras akalnya tidak mahu melihat walaupun setitis air mata tumpah kerana diseksa. Lelaki begini disebut lelaki dayus.

Related posts

Al Kisah Tentang Ibu…

Wirda Adnan

Puisi Mengiringi Mak Yang Pergi

Wirda Adnan

The Future Starts Today, Not Tomorrow

Wirda Adnan

Leave a Comment