CINTAGAYA HIDUP

Mutiara Kata Untuk Berjaya

“Cinta merupakan cermin bagi seseorang yang sedang jatuh cinta untuk mengetahui watak dan kelemah-lembutan dirinya dalam citra kekasihnya. Kerana sebenarnya dia tidak jatuh cinta 

kecuali terhadap dirinya sendiri. Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” (HR Abu Daud dan At- Tirmidzy).

Ya di bulan cinta ini terutama di waktu kita menghadapi ujian besar daripada Allah dengan pandemik Covid19, seharusnya kita bawa diri lebih insaf akan yang berlaku di sekeliling. Allah menguji umatNya dan melihat siapa yang sabar menerima ujian getir ini dan siapa yang terus memalingkan muka kepadaNya.  Malah ada yang merasakan bahawa Allah tidak berlaku adil kepada umatnya kerana menimpakan bala. Lantaran kerana marah dan tertekan dengan keadaan hidup sehingga sanggup mengambil nyawa sendiri. Percayalah akan apa yang berlaku ada sebabnya. Salah satu daripadanya kerana ramainya manusia sudah jauh leka dengan keduniaan, sudah terlalu tamak dan rakus dan sudah hilang rasa sayang. Kerana yang dikejar adalah dunia semata, tidak mempedulikan sengsara orang lain. Rasa cinta digantikan dengan kezaliman, kerana itu ada negara berperang kerana ingin menguasai dan mengambil kazanah negara lawan, dan di setengah negara pemimpin kerajaan dan pembangkang berebut kuasa, menebuk atap dan sebagainya hanya untuk berkuasa  dan membolehkan mereka mengaut seberapa banyak hasil-hasil lumayan negara untuk tujuan peribadi. 

Ayuh para pemimpin bersikap adil lah, dan utamakan rakyat, jangan biarkan rakyat terus hidup miskin dan ditindas, perihatin lah akan nasib rakyat. Sana sini menderita hilang kerja dan tiada modal berniaga. 

Andai anda sayangkan diri anda, di bawah ini beberapa kata-kata Mutiara yang boleh dikongsi bersama untuk membaiki taraf hidup, yang demikian boleh membantu anda menghadapi hari esok. Dan teruskan usaha untuk mencari kejayaan dan jangan lupa untuk menyenangkan hati orang yang disayangi.

  1. Harga sebuah kejayaan adalah sangat mahal kalau nak dibandingkan dengan harga sebuah usaha. Sebab itu kita jangan berhenti di separuh jalan, tapi teruskan usaha demi mencapai kejayaan.
  1.  Jangan takut mencuba perkara baru dalam kehidupan. Kalau kita berjaya, Alhamdulillah. Kalau gagal, kita akan lebih bijak sebab belajar dari kesilapan.
  1. Ketika kamu merasa hidup kamu susah, sering dibelenggu masal

ah, yakin lah ada lagi mereka yang nasib susah. Ketika kamu merasa hidup kamu sedih, yakin lah ada lagi yang lebih pedih. Jadi, bersyukur lah.

  1. Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak ia tetap menerangi.
  1. Bangkitlah daripada masalah yang sudah berlalu. Biarkan ia menjadi masa lalu dan jadikan masa lalu sebagai pembelajaran agar menjadi lebih baik di masa hadapan.
  1. Jangan pernah berputus asa, kerana kita tidak akan pernah tahu mungkin percubaan yang seterusnya kita akan berjaya.
  1.  Teruskan berbuat baik walaupun kita bukan orang yang baik. Sebab kita tak tahu kebaikan yang mana yang boleh membawa kita ke syurga.
  1. Hiduplah kamu bersama manusia sebagaimana pohon yang berbuah, mereka melemparinya dengan batu, tetapi ia membalasnya dengan buah.
  1. Karakter itu seperti pohon dan reputasi seperti bayangannya. Bayangan adalah apa yang kita fikirkan tentangnya, dan pohon adalah apa yang nyata.
  1. Bayangan sebuah pohon tentu tidak akan jauh dari pohon itu sendiri, apabila pohonnya rendang, maka bayangannya pun tentu akan nampak besar.
  1. Semua orang itu genius. Tetapi jika kamu menilai ikan dengan kemampuannya untuk memanjat pohon, percayalah itu adalah bodoh.
  1. Hidup lah dengan bahagia. Pohon kehidupanmu tidak boleh mati hanya kerana kehilangan sehelai daun.
  1. Kebahagiaan itu dapat kita ciptakan sendiri, tidak daripada orang lain. Hanya saja yang menjadi pertanyaan ialah mahu atau tidak.

      14.Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu. Manusia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan.

      15. Ilmu adalah cahaya penyuluh dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu, ia dapat membimbing manusia ke arah kebaikan serta mengeluarkan diri manusia daripada kegelapan dan kejahilan kepada cahaya dan kebenaran.”

Related posts

‘Paint Your dUCk’

admin

Kandungan Gula Yang Tinggi, Boleh Dapat Strok… Apa Lagi Keburukan Minuman Tenaga?

admin

‘Jangan hisap Vape. Jangan gunakan Juul’ CEO Syarikat E-Rokok Beri Amaran Kerana Tak Tahu Kesan Jangka Panjang Produk Vaping Syarikatnya

admin

Leave a Comment