Uncategorized

Cadangan 5 Sayuran Rendah Karbohidrat untuk Diet Lancar

Bagus mengamalkan sayur ketika berdiet atau menjaga berat badan. Namun setiap sayur kandungan kalorinya berbeza begitu juga ada yang miliki karbohidrat tinggi yang bisa mempengaruhi diet.

Oleh itu, pilih jenis sayuran yang rendah karbohidrat agar tidak mengganggu program diet. Tidak sukar untuk mengetahui kandungan karbohidrat dalam sayuran.

Sayur yang tumbuh di atas tanah memiliki kandungan rendah karbohidrat. Sebaliknya sayur yang tumbuh di dalam tanah sperti kentang, bawang dan lobak merah mengandungi jumlah karbohidrat yang tinggi.

Berikut contoh lima sayur yang rendah karbohidrat untuk amalan diet.

  1. Bayam

Menurut Health Line, satu portion bayam yang dimasak mengandungi tujuh gram karbohidrat dan empat gram serat. Manakala satu portion bayam mentah mengandungi satu gram karbohidrat dan satu gram serat. Jumlah karbohidrat yang sangat rendah untuk sayur.

Makan bayam dapat membantu mengurangi kerosakan DNA, melindungi jantung dan mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak dan degenerasi macula.

  1. Brokoli

Ada kajian menunjukkan brokoli dapat menurunkan rintangan insulin pada penderita diabetes tahap dua dan melindungi tubuh daripada berbagai jenis kanser, termasuk prostat.

Satu portion brokoli (91 gram) mentah hanya mengandung enam gram karbohidrat, dua gram daripadanya merupakan serat. Kandungan vitamin C dan K pada brokoli juga mencukupi 100 peratus cadangan harian.

  1. Buncis

Kacang hijau seperti buncis juga memiliki karbohidrat rendah. Satu hidangan kacang (125 gram) mengandungi hanya 10 gram karbohidrat, dengan empat gram daripadanya merupakan serat.

Ada penyelidikan menunjukkan bahawa kacang buncis kaya dengan klorofil yang membantu melindungi tubuh daripada kanser. Ia juga mempunyai karotenoid yang dapat meningkatkan fungsi otak melawan penuaan.

  1. Selada

Selada juga disebut sebagai salah satu sayuran rendah karbohidrat. Setiap 47 gram selada hanya mengandung dua gram karbohidrat dan satu gram daripadanya merupakan serat.

Selada juga kaya akan vitamin A, C, dan K. Sayur ini juga tinggi folat yang membantu mengurangi risiko penyakit jantung.

  1. Timun

Setiap 104 gram timun hanya memiliki empat gram karbohidrat. Kandungan karbohidratnya yang rendah menjadikan sayur ini bagus dimakan ketika diet.

Timun boleh dianggap tidak memiliki banyak kandungan vitamin dan mineral. Namun sayur ini memiliki sebatian cucurbitacin E yang bagus untuk kesihatan. Sebatian ini memiliki sifat anti inflamasi, anti kanser dan melindungi otak.

Related posts

Kenali Kolesterol

admin

Teh Halia Bagus Untuk Mabuk Perjalanan, Kesihatan Jantung dan…

admin

Bagaimana Meningkatkan Gejolak Nafsu?

admin

Leave a Comment