GAYA HIDUP

Empat Ubat Yang Boleh Merosakkan Pendengaran

Kredit foto: https://inews.co.uk

Dianggarkan sebanyak 360 juta manusia di dunia mengalami gangguan pendengaran. Angka ini pun termasuk mereka yang masih berusia muda. Penyebab gangguan pendengaran ini yang paling umum adalah mendengar  muzik dengan volume tinggi dengan memakai fon telinga. Namun, tahukah anda gangguan pendengaran juga boleh diakibatkan oleh penggunaan ubat sembarangan? Ya, beberapa jenis ubat boleh menimbulkan masalah pendengaran hingga pekak.

Ada ubat-ubat tertentu yang boleh menyebabkan telinga rosak dan akhirnya mengganggu kemampuan mendengar. Biasanya, gejala awal yang dialami ketika seseorang mengalami gangguan pendengaran akibat pengambilan ubat sebarangan adalah munculnya bunyi dengung, timbul vertigo, dan lama-kelamaan kemampuan mendengar akan hilang atau pekak.

Ubat-ubatan ini mempengaruhi organ dalam telinga yang berfungsi untuk menerima dan mengolah suara yang kemudian akan dikirimkan ke otak untuk diterjemahkan. Dalam bidang medikal, ubat-ubatan yang menimbulkan gangguan pendengaran disebut sebagai ubat ototoksitas. Efek sampingan ini akan muncul bergantung kepada beberapa faktor seperti dos penggunaan ubat, durasi penggunaan ubat dan kepatuhan akan penggunaan ubat.

Jadi, apakah jenis ubat yang boleh menyebabkan gangguan pendengaran? Menurut American Speech-Language-Hearing Association, sekurang-kurangnya ada 200 jenis ubat bebas yang dapat menyebabkan hilangnya kemampuan mendengar.

1) Ubat Tahan Sakit

Mungkin ubat jenis ini kerap kali kita ambil ketika diserang sakit di bahagian tubuh. Pakar perubatan telah menyatakan bahawa ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen, naproxen, dan diklofenak dapat memengaruhi fungsi pendengaran kita.

Sebenarnya, pengambilan ubat tahan sakit tidaklah salah. Namun, penggunaan yang sembarangan dan tidak sesuai akan menimbulkan impak buruk bagi pendengaran kita. Penggunaan aspirin sebanyak 8-12 tablet sehari akan berisiko tinggi menyebabkan kemampuan pendengaran hilang.

2) Ubat Antibiotik

Ketika mengalami infeksi akibat bakteria, biasanya doktor akan memberi ubat antibiotik bagi mengatasi gangguan kesihatan yang kita alami. Akan tetapi, hati-hati, jangan sampai ubat antibiotik diminum ketika memang tidak mengalami infeksi akibat bakteria.

Hal-hal seperti ini yang akan meningkatkan risiko gangguan pendengaran. Jenis antibiotik yang sudah terbukti berisiko ialah aminoglycoside, vancomycin, erythromycin, dan streptomycin.

3) Ubat Diuretik

Ubat diuretik ini biasanya diberikan pada orang yang memiliki masalah pada fungsi ginjal, hipertensi, dan penyakit jantung. Jenis ubat diuretik yang punya impak pada pendengaran adalah furosemide (Lasix), bumetanide, dan ethacrynic acid.

Penggunaan ubat diuretik dos besar dalam jangka panjang dapat merosak bahagian dalam telinga, yang kemudian menyebabkan kemampuan pendengaran menurun hingga tidak boleh mendengar.

4) Ubat Kimoterapi

Ubat kimoterapi adalah ubat yang membunuh sel-sel kanser yang sedang berkembang, dan ini termasuk sel normal dalam tubuh badan. Oleh kerana itu, pesakit kanser biasanya akan mengalami efek sampingan jangka panjang iaitu gangguan pendengaran.

Ubat kimoterapi yang menyebabkan hal ini terjadi adalah cisplatin, cyclophosphamide, bleomycin, dan carboplatin. Gangguan pendengaran akibat ubat kimoterapi, sebahagian besarnya akan menjadi kekal dan tidak dapat kembali normal. Namun begitu, setiap pesakit mengalami kesan sampingan yang berbeza-beza.

Sebenarnya, belum ada cara yang dapat dilakukan untuk mencegah kerosakan pendengaran akibat mengambil ubat ini.Namun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Ketahui ubat apa yang diambil. Pastikan kita tahu jenis ubat yang diberikan doktor. Rajinkan diri membaca dan bertanya pada doktor impak sampingan ubat-ubatan ini.

Patuhi  penggunaan ubat seperti yang diarahkan oleh doktor. Jangan ambil ubat sebarangan untuk mengelakkan kesan sampingan lain yang boleh memberi impak negatif kepada diri kita.

Jika ubat yang perlu diambil memberikan kesan sampingan seperti merosakkan pendengaran, rajinkan diri bertanya dengan doktor rawatan dan ubat alternatif yang lain. Biasanya, doktor akan mencarikan alternatif ubat lain jika kita berisiko mengalami gangguan pendengaran.

Related posts

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

Sambar dan Menang

admin

sooka Mempersembahkan Horrorscope Koleksi Filem Seram

admin

Leave a Comment