1) Pieces By Raeesa
Pieces By Raeesa diilhamkan oleh pereka yang semakin mendapat nama di Malaysia, Puan Erny Yumiarty Erizal. Menggabungkan corak batik dan rekaan moden, tidak hairan koleksi daripada Pieces By Raeesa semakin mendapat hati di kalangan peminat fesyen. Lebih menarik, setiap hasil batik dilukis tangan dan direka khas untuk memenuhi kehendak pelanggan menjadikan rekaan yang unik.
Pieces By Raeesa amat sesuai untuk yang ingin kelihatan anggun, unik dan pada masa yang sama tampak sopan. Pastikan anda mengikuti Pieces By Raeesa di laman web dan instagramnya supaya tidak terlepas peluang memiliki hasil dari pereka wanita melayu moden ini.
2) Neelofa x Fashion Valet
Neelofa kini telah bergabung tenaga dengan Fashion Valet mengeluarkan pakaian yang pastinya membuatkan peminat terpikat. Rekaan yang menitik beratkan penggunaan corak striped ini amat sesuai dikenakan oleh mereka yang berkeyakinan tinggi. Walaupun menampilkan corak yang berani, namun hasilnya tetap menawan. Ringkas dan kelihatan sopan. Dengan harganya yang berpatutan, jangan lepaskan peluang memiliki rekaan Neelofa dan Fashion Valet ini.
3) Mimpikita
Koleksi terbaru Mimpikita menampilkan gaya street style yang sesuai untuk gadis-gadis yang mahu kelihatan sopan dan ranggi. Blouse yang direka tampak kemas sesuai digayakan untuk ke tempat kerja ataupun sekadar untuk bersantai. Rekaan Mimpikita banyak menggunakan kain cotton linen, menjadikan setiap blouse kelihatan ringkas namun tetap menawan dengan elemen-elemen moden.
Dengan harganya yang berpatutan, koleksi Mimpikita mampu bersaing dengan jenama antarabangsa yang masih lagi menguasai pasaran tempatan.