GAYA HIDUPKhas Perkahwinan

A Hingga Z Kahwin

A –Adat resam kahwin Melayu antara adat resam yang paling penting dan dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu, baik di kawasan luar bandar mahupun di bandar. Adat istiadat perkahwinan merupakan satu adat yang mementingkan keamanan dan kesejahteraan hidup.


Adat resam kahwin Melayu memerlukan banyak wang untuk menepati semua peringkat istiadatnya. Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama

Peringkat kedua

Peringkat ketiga

Bajet – Persediaan yang rapi daripada pelbagai sudut dan aspek terutama sekali bajet kahwin amat penting bagi setiap pasangan sewaktu bergelar Raja Sehari. Bagi pasangan yang mempunyai perancangan untuk berkahwin semestinya sudah tahu cara kumpul duit kahwin untuk pastikan majlis dapat dijalankan. Tetapi malangnya soal kewangan tidak pernah lari daripada topik perkahwinan seperti bajet kahwin terlalu tinggi atau tidak cukup dan sebagainya.

Sebenarnya, anda masih boleh melangsungkan majlis perkahwinan dengan meriah dan elegan hanya dengan bajet kahwin yang lebih jimat.

C Check List Pelbagai perkara harus diteliti dan dipersiapkan, sekecil-kecil hiasan bunga tangan hinggalah sebesar-besar urusan borang nikah dan kenduri kendara itu. Jika ada yang terlepas pandang, mungkin akan mencacatkan aturcara majlis perkahwinan idaman bakal pengantin.

Oleh yang demikian pastikan anda menyediakan satu senarai check list supaya majlis berjalan lancar, jimat masa malah jimat belanja dan yang pastinya seronok apabila satu persatu telah dibereskan sehinggalah tamat majlis.

wedding-checklist

D Dekorasi adalah amat penting. Anda sebagai tuan rumah tahu apa yang anda mahu atau inginkan untuk majlis perkahwinan anak anda misalnya. Idea boleh dikongsi dengan pakar dalam dekorasi untuk majlis yang dimahukan, atau anda berikan perancang perkahwinan merealisasikan hasrat anda itu. Hiasan dewan contohnya bergantung kepada dewan yang anda pilih juga. 

Anda juga boleh berbincang dengan wedding planner jenis hiasan yang anda mahukan supaya mereka boleh membuat hiasan seperti yang anda mahukan di dewan yang mereka sediakan.

Dan jika anda tiada idea namun tetap mahu dekorasinya cantik lagi mewah, layari portal-portal perancang perkahwinan dan lewati venuenya supaya anda mudah membuat keputusan untuk majlis perkahwinan tersebut.

E Etika berpakaian untuk ke majlis perkahwinan. Bercakap tentang etika paling diutamakan dalam hal majlis perkahwinan ialah etika berpakaian untuk pengantin dan para tetamu.Tolong sebagai tetamu jangan datang ke majlis kahwin orang Melayu khasnya dengan berpakaian singkat, midi skirt dan yang menjolok mata. Sekalipun tiada tertulis kod berpakaian, anda boleh tahu ke majlis kahwin orang Melayu, pakaian baju Melayu yang terbaik, anda tidak akan berbuat salah. Dan kecuali tertulis, batik, maka cantik mengenakan batik. 

Biasanya kalau undangan untuk malam berinai dan sebagainya, undangan akan disertakan dengan kod pakaian. Contoh malam mehndi Imtiaz, disertakan baju Pakistan. Ia tidaklah menjadi satu kewajiban tetapi alangkah seronoknya melihat semua tetamu mengikut tema majlis sebagai menghormati majlisnya. Apa pun sebagai tetamu jangan mengalahkan pengantin, tolong elak terlebih bergaya atau anda bergaun putih meleret misalnya kerana anda boleh disalahsangka sebagai pengantin.

F Famili/Friends Anda lah orang terpenting di setiap majlis perkahwinan. Kehadiran anda dinantikan oleh tuan rumah setelah undangan dihantar. Selalunya tuan rumah akan membuat pemilihan siapa dan siapa di kalangan tetamu yang mahu dijemput. Senarainya mungkin panjang tetapi jika anda orang yang dipilihnya, cuba usahakan untuk hadir. Kerana anda adalah orang yang istimewa dalam hidup mereka. Tiada tuan rumah menjemput musuhnya untuk hadir ke majlis yang kadang kala hanya itulah sahaja majlis kahwin dalam keluarga kerana dia hanya ada seorang anak misalnya. Berbeza majlis Raya atau yang lainnya, majlis kahwin adalah terlalu bermakna bagi ibu bapa dan yang bakal berkahwin. Jadinya jangan mengambil mudah bila ada famili atau kawan yang menjemput untuk hadir ke majlis kahwin kerana jemputan ini bersifat peribadi.

G ialah Gambar. Hari ini semua orang adalah jurugambar. Dengan telefon pintar yang anda miliki, anda boleh mengambil gambar apa sahaja yang dimahu pada majlis itu. Biasanya tuan rumah tiada halangan untuk anda share pula gambar itu kepada rakan taulan dan sebagainya, kecuali diletakkan tanda besar atau telah dinyatakan di dalam jemputan, no camera please, atau dilarang mengambil gambar. Saya teringat pada majlis perkahwinan anak bekas Perdana Menteri dinyatakan larangan tersebut.

Dalam pada itu tuan rumah sebaiknyalah menyediakan jurugambar dan jika perlu juruvideo sendiri, kerana gambar yang diambil oleh profesional pastinya lebih cantik dan untuk disimpan di dalam album sebagai kenangan abadi buat selamanya.. 

H Hantaran – Menjadi salah satu keperluan pada majlis bertunang atau pun bernikah ialah  Hantaran. Ia penting untuk pasangan yang ingin berkahwin. Dua pihak mesti berbincang jumlah dulang yang perlu dibawa bersama. (contoh satu dibalas tiga, lima dibalas tujuh, tujuh dibalas sembilan, ya angka ganjil).

Pernah saya turut serta dalam pertunangan dan pihak lelaki membawa tiga, sama ada tidak tahu adat atau pihak perempuan mengambilnya mudah yang dibalas cuma dua dulang. Ini tidak sepatutnya terjadi, awal-awal lagi sudah memberikan rasa kurang senang satu pihak. 

Seperkara yang penting fahami keadaan keluarga masing-masing, jangan kita pula demand ini itu sedangkan kita tahu pihak sana tidak mampu. Siapa pun dia dan anda, tidak perlu berlebih-lebihan dalam berbelanja. Jangan ada sifat menunjuk-nunjuk tetapi kemudian berhutang hingga beranak pinak.

I Itinerary (jadual) – Ramai tidak menyediakan Itinerary yang boleh membantu perjalanan majlis. Bila kita gagal menyusunnya dengan baik, maka majlis menjadi kelam kabut. Adalah baik anda susun supaya tidak tertinggal satu pun bahagian yang sepatutnya di dalam rencana majlis. Dan seorang perlu dikhaskan untuk menjaga. Banyak itinerary jadi tidak tersusun rapi seperti dimahukan kerana tidak mengikut waktu ditetapkan. Maka itu tuan rumah mesti pastikan keadaan masa dipatuhi sebaiknya. Kurang lebih pun jangan sampai terlewat sehingga sejam dua. Tetamu marah dan mungkin meninggalkan majlis terutama kalau perut sudah berbunyi dan masa santapan dilewat-lewatkan. Anda mesti ada plan B, bersedia untuk dilaksanakan andai plan A tidak menjadi. 

J Jemputan – Inilah bahagian saya rasa paling memakan banyak masa. Jemputan terbahagi kepada beberapa fasa, untuk majlis-majlis yang ditentukan. Yang diutamakan di dalam jemputan ialah orang sebelah. Berapa ruang yang boleh diberikan kepada mereka, maknanya ramai mana tetamu daripada pihak mereka? Biasanya kita memberikan kelonggaran di sini kerana merekalah orang utama dalam majlis ini. 

Kemudian menentukan bagi jemputan tuan rumah untuk saudara mara dan rakan taulan siapa dan siapa patut dijemput serta memastikan jemputan sampai ke pengetahuannya. Ramai masih mahu menghantarkan melalui kad jemputan, ini lebih beradab kata mereka. Kalau begitu panjang lagi urusan untuk mengisi kad, mendapatkan alamat dan mengirimnya. Dan memastikan semua tetamu diraikan adalah penting, jangan diketepikan seorang pun dan jangan ada yang tidak ada duduk serta pulang perut kosong.

K Katering  – Dalam sebuah majlis perkahwinan peranan katerer amatlah penting. Siapa yang anda pilih juga menentukan jaya atau tidak majlis anda. Saya teringat suami pulang daripada majlis perkahwinan dan bertanya ada tak saya menyediakan makanan malam. Kehairanan, rupanya makanan yang dihidangkan sudah hampir basi. Astaga, memang pernah terjadi keadaan begini. Lauk pauk dimasak terlalu awal barangkali atau tidak menjaga standard pemakanan. 

Kini pakej-pakej juga menawarkan semua dalam satu,  jangan kita percaya seratus peratus, ada yang tempat bukan main gah tetapi makanan amatlah tidak sedap. Jadi elok juga bertanya pada kawan-kawan dan mendapat feedback amat penting untuk memastikan majlis anda tidak menjadi bahan cacian dikemudian hari. Saya berasa amat gembira bilamana di kedua-duakan majlis yang kami adakan, feedback tentang makanan diberikan tanda terbaik. Dan saya juga mahu menyatakan di empat majlis kesemuanya daripada sebelah besan, menunya sedap semuanya. 

L Lafaz Akad Nikah adalah perkara yang sangat penting kerana ia menjadi penentu  hubungan halal antara suami isteri itu sah atau tidak. Walaupun ia dianggap perkara yang kecil dan senang, namun ia adalah perkara yang wajib supaya sah pasangan itu bergelar suami isteri. Lafaz nikah ini merupakan lafaz Ijab dan kabul, ia terdapat dalam rukun nikah. Oleh itu, jika ia tidak dilafaz, maka perkahwinan itu tidak sah.

Syarat supaya lafaz adalah sah adalah dua orang melakukan akad iaitu terdiri daripada bakal suami dan wali bagi pihak perempuan. Pengantin perempuan dan dua orang lagi saksi lelaki juga perlu ada sewaktu akad ini berlangsung. 

Lafaz Ijab adalah ayat yang disebut oleh wali pengantin perempuan manakala lafaz Kabul pula adalah perkataan yang ditutur oleh bakal suami itu.

Contoh lafaz ijab adalah seperti “aku menikahkan kamu dengan anakku-” dan contoh lafaz Kabul pula seperti “aku terima nikahnya- “.

Lafaz itu perlu kuat dan jelas supaya ia dapat didengar. Apabila saksi mengatakan perkataan “sah” maka lafaz itu sempurna dan suami isteri itu telah menjadi pasangan yang halal. 

M Merisik, Meminang boleh dianggap sebagai majlis menempah menantu. Merisik itu bertanya sama ada sudah berpunya atau sebaliknya. Langkah kedua pihak lelaki akan datang membawa cincin untuk meletakkan tanda. Lalu bila kedua belah sudah bersetuju bermakna ikatan telah dimenteri. Majlis bertunang akan ditentukan selepas itu atau ada juga pihak keluarga mengenepi istiadat bertunang sebaliknya terus diadakan majlis pernikahan. Terpulang kepada persetujuan kedua belah keluarga.

Merisik, Meminang dan bertunang adalah adat budaya diamalkan masyarakat sejak zaman dahulu lagi. Malah di zaman dahulu ia dilangsungkan dengan adat istiadat dan protokal ketat sebagai tanda si gadis bakal menjadi isteri dan tiada lelaki lain boleh mengganggunya lagi.  

N Natijah Perkahwinan dalam Islam, perkahwinan perlu dicepatkan bukan kerana bimbang kekasih jatuh ke tangan orang lain, tetapi kerana itulah yang dituntut oleh agama. Dipercayai perkahwinan dapat menjauhkan manusia dari maksiat. Statistik yang ada menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia berkahwin di usia yang semakin lewat. Perangkaan terbaru yang diperolehi daripada Banci Penduduk dan Perumahan 2000 membuktikan keadaan ini.

Jangkamasa Golongan muda(20 – 34 tahun)(%) Wanita(20 – 34 tahun)(%) 

1981 – 1990 43.2 60.2 

1991 – 2000 48.1 68.5 

* Sumber: Diubahsuai dari “Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001.

Jadual di atas menunjukkan bahawa berlaku peningkatan kepada peratusan golongan muda (20 – 34 tahun) yang belum berkahwin dan peratusan wanita (20 – 34 tahun) yang belum berkahwin di antara tahun 1981 – 1991 dan 1991 – 2000.

Fenomena melewatkan perkahwinan ini sebenarnya berlaku kepada kedua-dua jantina. Ini dapat dilihat daripada statistik umur minima perkahwinan pertama.

Umur minima Perkahwinan Pertama

Tahun Lelaki (tahun) Wanita (tahun) 

1980 26.2 23.5 

1991 28.2 24.7 

1994 Tidak dinyatakan 24.9 

2000 28.6 25.1  

‘Wanita muda tidak mahu kahwin meningkat”, Berita Harian, 7 November 2001, ms. 2. dan kertas kerja yang bertajuk “The Family in the 21st Century. Country Perspective : Malaysia” yang dibentangkan oleh Fatimah Saad di International Family Conference yang berlangsung di Kuala Lumpur dari 25 hingga 28 Oktober 2001.

Jadual di atas menunjukkan kecenderungan berkahwin lewat dalam masyarakat sama ada di kalangan lelaki mahupun wanita. Sebagai contoh, pada 1980, rata-rata wanita berkahwin pada usia 23 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 26 tahun. Tetapi, pada  2000, rata-rata wanita berkahwin lebih lambat iaitu pada usia 25 tahun manakala lelaki berkahwin pada usia 28 tahun.

Jadi, melalui kedua-dua statistik ini didapati bahawa memang ada kecenderungan di kalangan ahli masyarakat untuk berkahwin lewat. – sumber internet.

O Onak dan Duri. Ini mungkin akan ditempuh di dalam perkahwinan. Mengapa saya menyebut yang negatif? Kerana melayari alam perkahwinan pelbagai cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh. Sama ada anda sanggup menempuhnya terpulang kepada kesabaran dan rasa kuatnya cinta itu.  Anda dilahirkan dengan latar belakang berbeza, dan selama lebih 20 tahun gaya hidup anda mengikut rentak penjaga anda sama ada dengan ibu bapa mahupun tinggal dengan nenek dan sebagainya. Dua insan dalam dua keadaan dan kemudian tinggal serumah, sebilik dan bersama pelbagai pancaroba hidup dalam dunia yang serba pantas dan materialistik anda pasti tidak terlepas daripada dugaan itu. Banyak yang perlu dipelajari dalam hidup berumah tangga dan paling penting ialah kesefahaman dan berikrar untuk menghadapinya bersama.  

P Pakej Pengantin – Hari ini sudah tersedia pelbagai tempat atau venue untuk mengadakan majlis perkahwinan. Dan ia lengkap dengan pelbagai pakej yang ditawarkan. Sesuaikan dengan kemampuan dan kehendak ahli keluarga, anda perlu meluangkan masa mencari dan menyelidiki latar belakang supaya tidak ditipu saat akhir.

Adakah menggunakan khidmat mereka, ia boleh menjimatkan wang? Semuanya terpulang kepada pakej yang anda ambil itu. Ada pakej sekadar dewan, dekorasi dan makanan. Tidak menyediakan pakaian, khidmat jurusolek dan jurudandan, tiada jurugambar, tiada menyediakan mc (host of the wedding reception). Anda mesti pastikan setiap satu dalam pakej yang ditawarkan, dan barulah untuk bersetuju atau sebaliknya. Kerana tawaran pakej melata dan mereka berlumba-lumba untuk memberikan khidmat terbaik, kebelakangan ini harganya amat bersederhana.

Tetapi jika anda mahu pakej kayangan, harga yang ditawarkan juga kayangan. Sudah pasti majlis anda tiada dua dan beratus-ratus yang serupa kerana ia dibuat khas untuk anda sahaja.  

Q Quality and Quantity – dua hal yang dikira amat penting untuk diambil tahu dalam setiap majlis perkahwinan. Ini untuk memastikan majlis anda itu majlis yang paling istimewa dalam hidup anda, khasnya sebagai pengantin, ibu dan bapa pengantin serta ahli keluarga amnya. Dalam hal ini anda perlu berhati-hati mengambil ‘perunding majlis kahwin’. Pada majlis perkahwinan anak teman, majlis mewah, jemputan termasuk kalangan ternama, dan setelah sesi perbincangan dan persetujuan, harga dan sebagainya, tiba harinya ‘insan ternama’ ini tidak menunaikan janji. Janji semua bunga segar, yang disediakan hanya pada meja-meja tertentu, makanan pula panas pada meja-meja tertentu sahaja. Kualiti makanan juga tidak diutamakan, bayaran tinggi tetapi tidak berbaloi harga yang dibayar. Ada juga cuba tidak memenuhi ketetapan yang dijanjikan terutama hal hidangan. Yang terjadi makanan tidak cukup, dan yang mendapat malu tuan rumah. 

R RSVP apa itu RSVP?  Terma “RSVP” datang daripada expresi orang Perancis, répondez s’il vous plaît, bermakna “please respond”  Jikalau RSVP disebut dalam kad jemputan ia bermakna hos mahukan anda membalas balik sama ada boleh hadir atau tidak, dan dalam hal ini jika jemputannya suami isteri perlu diberitahu seorang atau berdua. Dan adalah lebih baik bertanyakan kepada tuan rumah sekiranya anda mahu hadir lebih daripada yang dijemput dan dijanji bagi memudahkan semua pihak. Seperkara lagi, apabila telah pun membuat RSVP dan kemudian terhalang oleh kecemasan, harap dimaklumkan kepada pihak yang menjemput. Jangan hanya mengatakan InshaAllah hadir, tetapi anda langsung tidak ambil berat akan hal itu. 

S – Solekan, Dandanan dan Pakaian/Persalinan adalah perkara penting  dalam sesuatu majlis perkahwinan. Semestinya pengantin perlu bersiap sebagai raja sehari. Tetamu datang untuk meraikan kamu, tetamu mahu melihat kamu yang tercantik hari itu. Pilihlah pakaian sesuai untuk majlis yang sepatutnya sekali dalam seumur hidup. Bersolek berdandanlah supaya seri pengantin itu terserlah.

Perlukah jurusolek, jurudandan atau juruikat tudung? Sebenarnya tidak. Kalau kamu mahu menjimatkan belanja, belajar menyolek diri sendiri. Kamu yang lebih tahu wajah kamu itu. Betul solekan pengantin berbeza hari lain, dan untuk itu cari ruang menimba ilmu solekan tetapi jikalau kamu rasa betul-betul menjadi raja sehari, elok mendapatkan khidmat jurusolek/jurudandan/jurutudung/ dan penata gaya, dia fasih dalam kerjayanya. Sebaiknya untuk solekan adalah trial make up  supaya kamu tahu hasilnya sebelum menaiki jinjang pelamin.

Begitu juga ibu dan bapa pengantin, sebagai orang terpenting pada majlis tersebut penampilan anda mestilah yang terbaik, ya presentable.

T Taklik – Selepas lafaz nikah, pengantin lelaki perlu membaca lafaz taklik. Ia adalah syarat untuk membubarkan perkahwinan. Jika suami atau isteri melanggar syarat taklik ini, maka perkahwinan itu boleh dibubarkan.

 Lafaz taklik adalah lafaz talak taklik (talak tergantung) yang dibaca dan dilafazkan oleh suami selepas akad nikah dijalankan. Ia bermaksud suami mengaitkan talak dengan sesuatu sifat atau syarat, sama ada mempunyai hubungan dengan isterinya, suami sendiri atau orang lain. Semua negeri mempunyai lafaz taklik, dan ia sudah menjadi suatu kemestian. Lafaz taklik ini akan dicatatkan sekali dalam Sijil Perakuan Nikah pasangan yang sudah berkahwin.

Lafaz talak taklik yang disyaratkan selepas perkahwinan suami isteri berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. 

U dan V Urusan (lain-lain hal) dan Venue. Bila mengadakan majlis selain daripada mengadakan di rumah sendiri, antara pilihan lain adalah tempat atau di mana venuenya. Urus lah sebaiknya, yang tidak jauh darirumah sendiri, yang agak-agak saudara mara dan kawan-kawan tidak terpaksa memandu terlalu jauh, yang tempat mudah bepergian dan selesa; disediakan ruang dan kemudahan ‘parking kereta’ dan tidak terpaksa berjalan jauh dan sebagainya. Ini penting kerana kita mengundang tetamu, sudah pasti tetamu yang berhajat memenuhi undangan mesti diberikan keselesaan tersebut. Kita meraikan mereka dan kita tidak mahu mereka di dalam kesusahan dan ditimpa pelbagai bencana sebelum sampai ke tempat kita. 

Sediakan penanggah atau usherer bagi memantau meja-meja. Atau jika tempat duduknya bebas, pastikan mejanya bersih untuk menerima tetamu baru. Pastikan juga tempat sajian tidak terlalu jauh untuk berulang mengambil makanan. Kita mahu semua tetamu berasa dilayani dan dihargai.

W  Wang dan hadiah daripada tetamu. Orang memberi kita menerima. Hari ini rata-rata tetamu lebih senang memberikan sampul yang berisi wang daripada membawa hadiah. Kadang hadiah itu pun tidak beberapa diperlukan terutama kalau pengantin baru masih tinggal bersama-sama keluarga. Ramai juga saudara mara dan kawan rapat akan bertanya, hadiah apa yang mereka perlukan. Inipun cara terbaik. Kini di dalam era moden, dengan segalanya sudah mula cashless, tetamu minta nombor akaun untuk dimasukkan wang ke dalamnya. Hem saya ada juga seorang dua yang bertanya hal demikian, tak tahu nak jawab bila dimintai berbuat demikian…  

X (ex) upp kamu sudah berkahwin dan tutup buku dengan yang bergelar X..(ex). Jangan pula hendak bermain mata dan melayan, jangan pula hendak mengadu damba. Jangan cari masalah, cari gaduh, cari hal… dan kamu yang ex jangan mengada-ngada dan cari fasal. Pengantin perlu diingatkan berkahwin bukan kerja main-main, bukan boleh sekadar testing. Pernah saya mendengar keluhan anak gadis, katanya teman lelakinya mengajak dia kahwin dan kalau tak best (faham-faham apa maksudnya), dia tak mahu continue to be in the marriage. Orang macam tu, hentikan… dia bukan calon suami yang baik untuk kamu memilih dan hidup bersamanya.

Y Yes, it is over. Ya lega semuanya sudah tamat, tidak perlu pening kepala lagi dan si pengantin baru boleh pergi berbulan madu atau kembali ke tempat kerja. Ibu dan ayah, boleh fikir hal lain, upp duit di bank sudah banyak dihabiskan dan masa untuk bekerja mengisinya balik. Selepas ini paling cepat setahun lagi ibu dan ayah akan menerima orang baru… hari ini kehadiran orang itu besar belanjanya dan mahu diraikan… up tunggulah dulu, kita cerita di keluaran baru. Z Zuriat. Dalam hidup berkelamin tentulah kita mahu zuriat. Tetapi janganlah menjadikan ia satu perkara amat menekankan pasangan, relaks dulu, rezeki hanya Allah yang maha mengetahui dan menentukan. Bagi pasangan yang masih muda, anda boleh merancang yang terbaik, mungkin menyimpan dulu untuk membeli rumah dan sebagainya sebelum menerima orang baru dalam keluarga. Wallahualam.

Z ialah Zuriat. Dalam hidup berkelamin tentulah kita mahu zuriat. Tetapi janganlah menjadikan ia satu perkara amat menekankan pasangan, relaks dulu, rezeki hanya Allah yang maha mengetahui dan menentukan. Bagi pasangan yang masih muda, anda boleh merancang yang terbaik, mungkin menyimpan dulu untuk membeli rumah dan sebagainya sebelum menerima orang baru dalam keluarga. Wallahualam.

Related posts

Bebaskan Diri Daripada Dermatitis Atopik Dan #Uncoverlife

admin

Raya yang Tidak akan Dilupakan: 7 Penginapan Airbnb Menakjubkan untuk Meraikan Musim Perayaan

adminwm

Qatar Airways  New Order for GE9X Engines 

adminwm

Leave a Comment