FESYEN

Serena Williams Dilarang Memakai Baju Wakanda Di Kejohanan Tenis

Nampaknya status Serena Williams sebagai seorang fesyenista tidak memberi kelebihan padanya untuk memakai pakaian sukan yang memberikan ‘statement fesyen’ berbanding atlet lain.
Bernard Giudicelli Presiden Persekutuan Tenis Perancis dalam isu ke 500 Tennis Magazine, mengeluarkan larangan menghalang pemain tenis terkenal dunia itu memakai catsuit seperti yang dipakainya dalam kejohanan tenis yang disertainya di Paris beberapa bulan lalu.
Pun begitu catsuit yang kata dia memberikan semangat seorang pahlawan Wakanda bukan dipakainya atas dasar berfesyen semata-mata, sebaliknya ia dilakukan kerana faktor kesihatan. Ia direka untuk mengelakkan pembekuan darah yang dialami Williams selama tempoh kehamilannya. Jadi dia memakainya bertujuan mengelakkan kesihatan terjejas.
Giudicelli dalam temuramahahnya menyebut, “I think that sometimes we’ve gone too far. Ia tidak boleh diterima lagi. Kita mesti menunjukkan sikap hormat pada gelanggang dan permainan.”
“Peraturan baru di Terbuka Perancis tidak seketat Wimbledon yang memerlukan pemain hanya memakai putih, tetapi akan tetap ‘dikenakan had berpakaian tertentu,” terang Giudicelli.
Williams dalam reaksi balasnya mengganggap sekatan itu sebagai melampau. Walau bagaimanapun dia tidak bimbang sementelah tidak lagi perlu memakainya kerana dengan memakai thights (seluar pendek ketat) juga membolehkan peredaran darahnya dalam keadaan lancar.

Related posts

Pelaburan Trend Fesyen Musim Luruh/Sejuk 2018

admin

Artis Kelahiran Brunei Yang Popular di Taiwan Diangkat Sebagai Duta Kaca Mata BOSS 2020

admin

Koleksi Mutiara Air Tawar HABIB

adminwm

Leave a Comment