GAYA HIDUPKHAS PERKAHWINAN

Dato’ Emma Ibrahim –  JJ is a caring person, loving, and very romantic.

Dia semestinya mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Tinggi dan tegap. And he is so caring. Very firm at his own decision. Very jovial and he never like people talk about others. And satu character sama dengan my late husband, manja dan loving. In October 2022 last year a friend of mine introduced me to him. And we started texting each other after that sekadar bertanya khabar. Kita selalu bertanya khabar sebab saya kan berulang alik KL Kuching dan dia duduk di Kuching. Dan setiap kali saya balik Kuching kita sering keluar bersama. Lama-lama kita pun semakin rapat….and one day he said “I love u” and I was… so shocked but didn’t say anything. To me still too early. That was in the middle of December 2022. I don’t want to commit. And I just want a friend.” kata Dato Emma Ibrahim pada temuramah keluaran Februari 2023.

Jodoh tidak akan datang cepat walau sesat, takkan datang lewat walau seminit…

Sayugia, tanggal 1hb Jun 2023 (Khamis) di kediaman “Little Cheatau’ Dato’ Emma Ibrahim di Petra Jaya, Kuching Sarawak majlis yang bermula selepas margrib, Dato Emma dan Datuk Justine selamat diijabkabulkan bersaksi ahli keluarga terdekat termasuk anak-anak kedua belah pihak serta teman-teman rapat.

Mengenakan busana daripada pereka terkenal tanahair, Albert King, dan disolek didandan oleh jurusolek kesayangan Bern Bakar (anak tempatan Sarawak dan bermastautin di Australia), Dato’ Emma dilihat sungguh elegan. Katanya tiara bersalut swarovski hadiah Albert dengan gandingan anting-anting dan rantai Chanel menambah kejelitaannya. “Kami bertukar cincin, dia menghadiahkan saya sebentuk cincin berlian Harry Winston dan saya menyarungkan ke jari manisnya cincin daripada Tiffany & Co. Majlis kami ringkas sahaja memandangkan bapa saya baru sahaja meninggal dunia dua bulan yang lalu.

Saya sempat mengirimkan ucapan tahniah bersama beberapa soalan untuk dijawab oleh si pengantin baru.

“The secret of a happy marriage is finding the right person. You know they’re right if you love 

Bagaimana rasanya kini setelah.menjadi isteri kepada lelaki yang amat Dato’ sayangi?

Of course saya berasa amat gembira dan bahagia kerana Justine adalah lelaki yang sangat memahami saya. He is a caring person, loving and very romantic. Sepanjang mengenalinya dua tahun itu dia sering menghantar bunga dan dia tahu apa yang saya suka. Tentu ada kejadian merajuk dan berselisih faham, but he never gave up on me. Sebenarnya dia pandai mengambil hati ibu dan anak-anak saya. Itu yang paling penting. JJ juga sangat manja dan he is a cool husband. A  caring dad and he gets along well with all my friends around me and also my family.

Dia sekarang telah menjadi bapa kepada anak-anak Dato’ , komen sikit..  

Oh JJ sayang sangat anak-anak saya dan sudah tentu sayangnya tidak akan berkurang kepada anak-anaknya. Anak-anak saya pun sudah besar kecuali Isaac yang bungsu. Yang lain masing-masing sibuk dengan kehidupan dan kerjaya sendiri. I am blessed and happy kerana kini mereka ada seorang yang dipanggil bapa. (And someone like a father figure to them) 

Setelah lama bersendirian dan kini kembali menjadi isteri.. adakah Dato’ akan mengubah gaya hidup sesuai sebagai seorang isteri?

Ya bukan perkara mudah kerana selama empat tahun saya hidup bersendiri but I have always made an effort to be a better person each day. Saya tetap saya tetapi saya akan berubah dari segi berpakaian, pergaulan dan mahu menghabiskan banyak masa di rumah bersama suami dan anak-anak.

Your quotes as a wife?   

Respect is the most important thing in a relationship.

Bagi insan yang melayari perkahwinan kali kedua, what are the things that matter most to you?

Learn from our past mistakes, try to love again and move on.

Ramai juga wanita yang berkahwin bukan kerana cinta, tidak juga security tetapi lebih kepada duit? Pandangan Dato’?

Ya tanggungjawab suami ialah untuk menjaga ahli keluarganya. Jadinya berkahwinlah apabila kedua-duanya sudah bersedia dan willing to give and take. Jangan terburu-buru hendak berkahwin dan saya tidak nafikan ‘security’ itu amat penting. Janganlah ada cuba mengambil kesempatan daripada perkahwinan. Perkahwinan yang datang daripada rasa cinta dan bertanggungjawab tidak akan timbul soal menggunakan pasangan untuk sesuatu kepentingan. Memang ramai wanita yang materialistik tetapi itu pilihan masing-masing.

Jun 18 Hari Bapa apa rancangan anda dengan suami dan anak-anak?

Saya tidak dapat balik ke Kuching sebab terlalu banyak kerja di Kuala Lumpur. Sebaliknya JJ akan meraikan bersama Isaac. Mereka bercadang untuk menziarahi kuburan suami/ayah Isaac pada sebelah pagi dan makan malam di restoran kegemaran Isaac.

Oh ya berbulan madu di mana?

Kami memilih untuk ke Jepun dan kemudian melanjutkan percutian di Amerika Syarikat. InsyaAllah.

Kepada pasangan pengantin baru, ‘May love and laughter fill your hearts and your home for all the days of your life. May you face every challenge hand-in-hand and side-by-side knowing that with Allah’s grace, you’ll conquer all the obstacles together. May the world be forever a better place because the two of you fell in love.’

Related posts

A BLOOMING GARDEN OF HAPPINESS THIS LUNAR NEW YEAR

adminwm

Sihat Dan Klasik Di Desa Seni Resort

admin

Treat Yourself To A 5-Star Sleep Experience with Locally Designed Sheets from GAIAS Home

adminwm

Leave a Comment