GAYA HIDUP

Danial dan Eleena

Setelah Lebih Setahun Menunggu… 

‘Dan kahwinilah, orang yang sendirian antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas PemberianNya dan Maha Mengetahui. (Surah al-Nur, ayat 32)

Perkahwinan adalah penyatuan dua jiwa dalam ikatan pernikahan supaya kedua-duanya menikmati rahmat dan ketenangan dalam berkongsi kehidupan berumah tangga yang dipenuhi cinta dan kasih sayang.

Bermulanya Kisah Cinta

Perkenalan pertama sewaktu majlis graduasi diploma di UiTM Dungun, Terengganu pada 2014. Eleena duduk bersebelahan Danial sewaktu majlis yang berlangsung namun keduanya tidak pun bertegur sapa. Dan keduanya kebetulan melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda di universiti yang sama (UiTM Puncak Alam), bidang yang sama tetapi berlainan kelas. Masih juga belum bertegur sapa, kerana masing-masing mempunyai pasangan kekasih ketika itu. Bagaimana pun Eleena ada mengikuti Danial di instagram.

Masa berlalu, pada malam majlis graduasi ijazah sarjana muda, Eleena memberanikan diri menghantar mesej secara peribadi (dm) melalui instagram kepada Danial dan daripada perbualan itu hubungan menjadi akrab hingga ke jinjang pelamin.

Menetap di Petaling Jaya, Eleena anak ke dua daripada lima beradik. Lahir di Terengganu dan keluarga juga berasal dari Terengganu. Manakala Danial anak sulung dua beradik kepada Raja Azam Baeizah dan Abdul Rashid Mohamed Yatim dari Selangor. Eleena kini bertugas sebagai akauntan manakala Danial bekerja sebagai juruaudit.

Majlis Pernikahan dan Perkahwinan

Pada 26 September 2020, Wan Fatimah Eleena Omar dengan pasangan Wan Arif Danial Abdul Rashid diijabkabulkan di Paka, Terengganu. Majlis diadakan di tepian pantai Paka begitu meriah dan cantik sekali hiasannya. Majlis menyambut menantu akan diadakan di Kuala Lumpur selepas itu.

Segala persiapan telah diatur tetapi terpaksa dibatalkan kerana PKP.  Setahun tertangguh kerana pandemik. “Less people rsvp sebab takut covid. Tiada apa yang dapat kami lakukan kecuali menunggu apabila PKP dilonggarkan untuk mengadakan semula majlis,” kata ibu pengantin lelaki, Raja Azam Baeizah Raja Mokhtar.

Saat yang ditunggu pun tiba dan akhirnya majlis resepsi Danial dan Eleena ditetapkan pada Sabtu, 18 Disember 2021, di Grand Pacific Hall, Evolve Concept Mall, Ara Damansara. Sebagai ibu yang penuh seni, beliau yang menentukan konsep dan ideanya dibantu oleh perancang perkahwinan Xclusive Event.

Dewan dihias sebegitu indah,  kuntuman-kuntuman mawar gergasi menghiasi pentas. Dua majlis, satu sebelah siang diikuti satu lagi majlis di sebelah malam. Siang untuk 450 tetamu dan malam 500 orang dijangkakan hadir.

Siapa menyangka, di tengah kemeriahan sebelah siang mereka mendapat berita banjir kilat berlaku dan paras air naik mendadak di kawasan Shah Alam dan Kuala Lumpur.

Tiada yang dapat dielakkan kerana pada sebelah petang air pasang menggila di Shah Alam khasnya. Saya sendiri yang sudah pun bersiap untuk ke majlis terpaksa membatalkan niat. 

Cerita ibu kepada pengantin lelaki, “Setelah lebih setahun menunggu bila akhirnya boleh diadakan, I had a mishap, I fell and dislocated my elbow a day after setting the date of reception. Come the day another mishap, banjir. Kami redha dengan dugaan. Kita hanya merancang. Allah menentukan semuanya.” 

Kejutan, tetamu diraikan oleh penyanyi ‘Lelaki Itu’

Dewan besar sebelah malam walaupun tidak menerima kesemua tetamu yang sepatutnya hadir kerana terkandas dalam banjir, namun majlis diteruskan dengan satu kejutan, kejutan kepada pengantin dan juga tetamu. 

Pengantin di pelamin hampir menitis air mata kerana gembira. Bijak sang ibu mengrahsiakan daripada pengetahuan mereka berdua. Ibu tahu anak menantu menyenangi Anuar Zain. Pernah anaknya membayangkan untuk menjemput penyanyi kesayangannya memeriahkan majlis tetapi niat sekadar dipendam tetapi kasih ibu segalanya, dia sendiri pun peminat setia penyanyi yang kekadang dia leka melayan lunak merdu penyanyi kesayangan ramai itu. Dalam diam seibu sebenarnya telah merancang membawa Anuar untuk menyerikan majlis. “Siapa tidak suka dia? Tetamu happy, it was like a mini concert. Semua berkerumun dia,” kata Raja Azam.  

Di renjis renjis dipilis

Di tepungilah tawar

Hai beras kunyit ditabur

Disiram si air mawar

Duduk muda sejoli

Atas pelamin berseri

Dihias intan baiduri

Sebagai raja sehari

Istiadat merenjis disempurnakan oleh YM Tengku Dato Haji Badrulzaman Shah bin Tengku Arif Bendahara Tengku Mahmud dan YM Tengku Datin Hajah Ikhmar Zam Zam Binti Tengku Arif Temenggung Tengku Abdul Aziz. Turut sama ialah YBhg Datuk Jawad Khan dan Ym Raja Dato’ Amina Almarhum Raja Muda Musa.

 “Tidak ada yang lebih indah dalam hidup daripada membangun keluarga baru bersama orang yang tercinta.” Selamat menempuh hidup baru, Danial dan Eleena. Dan tahniah daripada kami di majalahwm.com

Related posts

Oktober Bulan Kesedaran Kesihatan

adminwm

Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia 21

admin

Tisham & Janna Kini Bersatu

admin

Leave a Comment