GAYA HIDUPJom Hias

Rancang Skim Warna Rumah Anda

Tahun Baru ini, tiada cara yang lebih baik memulakan dengan menghias untuk mengekspresi diri dan mencipta semula ruang peribadi anda. Sama ada anda merancang skim warna yang penuh dengan warna merah, hijau dan emas, atau sesuatu yang sesuai sepanjang zaman, kami mempunyai beberapa cadangan untuk mengubah ruang kediaman anda agar dapat bertahan seiring dengan peredaran masa, dan diilhamkan daripada Warna Terbaik 2022 AkzoNobel – Bright SkiesTM dan serta pelengkapnya.

Ruang Tamu

Ruang tamu menjadi tumpuan utama. Ia tempat semua orang meluangkan paling banyak masa. Sama ada bersama keluarga dan rakan-rakan atau menikmati secawan kopi pada waktu petang – ruang tamu adalah ruang pertama yang menetapkan mood dan suasana kerana ia merupakan titik tumpuan di rumah anda semasa musim perayaan.

Perayaan

Warna merah lembut AkzoNobel Santa Rosa (10YR 37/143) membantu mencetuskan suasana perayaan yang menetapkan mood di ruang semua orang berkumpul dan berinteraksi antara satu sama lain.

Moden

Warna hijau melambangkan perkembangan dan pembaharuan, hijau dikaitkan dengan merapatkan hubungan yang biasanya terjalin di ruang tamu. Warna Creme Brulee (00YY 26/220) dan Pale Clover (30GY 41/173) pula memastikan ruang tamu anda kekal menawan sepanjang masa.

Ruang Makan

Ruang makan juga ruang untuk berinteraksi dan berbual sambil menikmati hidangan. Oleh itu, ia juga perlu diberi perhatian sewajarnya. Anda boleh memilih warna yang lembut dan menambah hiasan perayaan atau mencuba tema hiasan tradisional Krismas dengan warna merah yang lebih berani.

Perayaan

Menyerikan ruang makan dengan warna dapat menambah kemeriahan sesuai dengan suasana perayaan. Sedikit sentuhan seperti warna merah di sekeliling tingkap dapat menaikkan seri, menambah keriangan di ruang yang pastinya dipenuhi kegembiraan. Warna yang dipaparkan pada set ini ialah Rich Blush (29YR 27/355).

Moden

Mencari warna yang kelihatan menarik sepanjang masa? Cuba beige! Warna yang dipaparkan pada set ruang ini ialah Brave Beige (00YY 63/067), warna pilihan untuk mereka yang mahukan sentuhan inventif dan memberi inspirasi. Latar cerah yang disuai padan dengan pelbagai blok warna tidak akan kelihatan lapuk dek zaman.

Bilik Tidur

Bilik tidur adalah tempat anda bangun pada waktu pagi dan seharusnya cerah dan ceria untuk memulakan hari dengan baik. Ruang tamu, ruang makan dan dapur sering dihias semasa waktu perayaan, namun bilik tidur biasanya tidak diberi perhatian apabila menata hias ruang untuk memberi nafas baharu.

Perayaan

Buat bilik tidur kelihatan segar dan luas dengan tona hijau lembut Khaki Mists (30YY 17/209) dan biru kelabu, Brooding Storm (87BG 27/077) pada dinding dan perkakasan kayu di bahagian bawah, dan gunakan Blueberry Mash (14BB 55/113) di bahagian atas. Ini akan membawa tumpuan ke bahagian atas, memberi ilusi ruang yang lebih tinggi. Warna-warna ini merupakan tona sejuk yang dapat menambah keselesaan di dalam bilik.

Moden

Set ruang ini diinspirasi daripada tona sejuk seperti Grey Jeans (45GY 55/052) dan Blueberry Mash (14BB 55/113) yang dapat menaikkan seri dan membuat bilik tidur kelihatan segar.

Tidak kira yang mana satu skim warna menjadi pilihan anda, matlamat utama kami adalah untuk memberi inspirasi untuk mentransformasi dan memberi nafas baharu kepada kediaman anda. Tahun 2022, inilah masanya mencipta gaya terkini yang lebih segar di rumah anda.

Related posts

SANDRO CELEBRATES VALENTINE’S DAY

adminwm

Focus Point Signature di Pavilion

admin

5 CARA MENYAMBUT HARI BAPA DENGAN LEBIH BERMAKNA

admin

Leave a Comment