GAYA HIDUP

‘Snek Rakyat Malaysia’ Kini Mengukir Legasi, Mencipta Era Baharu Kelazatan

Lebih tujuh dekad menemani rakyat Malaysia, APOLLO kini melangkah ke fasa transformasi baharu menerusi inovasi, peningkatan kapasiti pengeluaran dan pengiktirafan berprestij daripada Malaysia Book of Records.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1953, APOLLO telah menjadi antara jenama konfeksi tempatan yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Daripada kek lapis yang dinikmati sejak zaman kanak-kanak hinggalah pelbagai pilihan snek yang menceriakan hari, jenama ini berjaya membina hubungan istimewa merentasi generasi.

Kini, selepas lebih tujuh dekad mencipta kenangan manis, APOLLO membuka lembaran baharu menerusi inisiatif APOLLO 2.0: Redefining A New Era of Yumminess. Transformasi ini bukan sekadar memperkukuh keupayaan pengeluaran, malah mencerminkan kesungguhan jenama berkenaan untuk terus berkembang, berinovasi dan kekal relevan dalam landskap industri makanan yang semakin kompetitif.

Langkah penting ini turut diserikan dengan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Kek Lapis Paling Banyak Dihasilkan Dalam Setahun, selepas APOLLO berjaya menghasilkan sebanyak 587,736,544 unit kek lapis pada tahun 2026.

Satu pencapaian yang bukan sahaja membanggakan, malah menjadi bukti kepada kekuatan jenama tempatan yang terus berkembang dengan berpaksikan pengalaman dan kepercayaan pengguna.

Memperkasa Keupayaan, Menyambut Masa Hadapan

Di sebalik kelazatan produk yang menjadi pilihan ramai, terdapat usaha berterusan untuk memastikan setiap proses pengeluaran memenuhi standard yang ditetapkan. Justeru, APOLLO kini memperkukuh keupayaannya menerusi pengenalan barisan pengeluaran kek baharu di premisnya di Larkin, Johor Bahru.

Dilengkapi teknologi automasi yang lebih menyeluruh, sistem baharu ini merangkumi keseluruhan proses pengeluaran, daripada pengendalian ramuan sehingga pembungkusan akhir. Penambahbaikan tersebut dijangka meningkatkan kapasiti pengeluaran kek sekitar 40 peratus berbanding sebelumnya, selain membolehkan operasi 24 jam dilaksanakan apabila diperlukan.

Penggunaan automasi turut membantu mengurangkan pengendalian manual, sekali gus meningkatkan konsistensi, kebersihan, keselamatan makanan dan kecekapan operasi.

Bagi Pengarah Urusan APOLLO, Cheah Jia Ming, pelaburan ini merupakan pencapaian penting dalam perjalanan transformasi syarikat.

Menurutnya, pengiktirafan Malaysia Book of Records membuktikan pencapaian APOLLO selama ini, manakala pelaburan dalam teknologi, warga kerja dan inovasi menjadi asas untuk membina daya saing bagi generasi akan datang.

Inovasi yang Bermula daripada Cita Rasa Pengguna

Dalam dunia makanan yang sentiasa berubah, keupayaan memahami kehendak pengguna menjadi antara faktor penting untuk sesebuah jenama terus bertahan. APOLLO menyedari bahawa warisan yang kukuh perlu disertai kesediaan untuk mencuba sesuatu yang baharu.

Seiring dengan itu, syarikat telah mewujudkan Makmal Inovasi khusus bagi membangunkan perisa baharu, menambah baik format produk serta meneroka idea yang lebih segar dan menarik.

Dengan pembangunan produk dan barisan pengeluaran berada di bawah satu bumbung, APOLLO mempunyai ruang yang lebih luas untuk menguji serta mengembangkan idea baharu dengan lebih pantas. Gabungan bahan berkualiti, cita rasa tempatan dan pendekatan inovatif menjadi antara tumpuan dalam menghasilkan produk yang memenuhi selera pengguna masa kini.

Ketua Pemasaran APOLLO, Warren Chan, menegaskan bahawa jenama ini mahu terus menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna, bukan sekadar dikenali, tetapi juga dekat di hati dan sentiasa dinanti-nantikan.

Usaha mendengar pandangan pengguna serta memahami perubahan cita rasa akan terus menjadi inspirasi dalam menghasilkan lebih banyak produk yang menyeronokkan.

Legasi Manis untuk Generasi Baharu

APOLLO 2.0 membawa makna yang lebih besar daripada sekadar peningkatan teknologi dan kapasiti pengeluaran. Ia merupakan kesinambungan sebuah legasi yang telah dibina selama lebih tujuh dekad, dengan matlamat untuk terus mencipta pengalaman manis bagi generasi akan datang.

Walaupun berpegang teguh pada warisan yang membentuk identitinya, APOLLO tidak mahu terhenti pada kejayaan masa lalu. Sebaliknya, jenama ini berhasrat untuk mendekati pengguna yang membesar bersama produknya, sambil memenangi hati generasi baharu.

Menerusi falsafah jenama “Delighting The World, One Bite At A Time”, APOLLO terus komited menghasilkan produk yang membawa keceriaan dalam kehidupan seharian.

Dengan gabungan pengalaman, inovasi dan keupayaan yang semakin diperkukuh, APOLLO kini bersedia melangkah lebih jauh. Sebuah perjalanan yang membuktikan bahawa legasi manis bukan sekadar tentang kenangan, tetapi juga keberanian untuk mencipta sesuatu yang lebih baik pada masa hadapan.

Related posts

JUARA WIM 2026/27 – Sembilan Wakil Negeri Bakal Berentap

Mahani Awang

MASA DAN USIA

Wirda Adnan

PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK ISTIMEWA SELANGOR (ORKIDS)

adminwm

Leave a Comment