GAYA HIDUPLaporan khas

WM Sertai Malaysian Bosnia Business Council ke Sarajevo Business Dialogue 2024

Saat Majalah WM (bersama Shameem Ashraf) menerima undangan dari Malaysia Bosnia Business Council (MBBC), hati kami berbunga riang. Pertama kali WM terbang ke Sarajevo, Bosnia Herzegovina  untuk menyaksikan sesi Dialog Perniagaan Sarajevo 2024 yang julung kali diadakan.

Acara ini diadakan dari 14 hingga 17 Oktober 2024 yang menghimpunkan pemimpin handalan dan para peserta untuk memfokuskan tentang kepentingan kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Bosnia-Herzegovina.

Sebaik kaki menjejak tanah Sarajevo, hati terasa sayu dan bangga. Bumi yang dikelilingi keindahan arsitektur bersejarah dengan latar alam yang mempesonakan ini membuatkan kami tergamam, mengagumi ciptaan Allah yang tiada bandingannya. Sikap keramahan mereka menyambut rombongan kami membuatkan kami terasa bagai berada di rumah sendiri.

Kami bersiap-siap ke hotel untuk menyegarkan diri setelah melalui perjalanan yang panjang. Hari-hari kami masih lama di sini. Dan, pastinya kami tidak sabar untuk menjengah agenda utama kami sini iaitu sesi Dialog Perniagaan Sarajevo 2024 yang akan dirasmikan esok.

Agenda Mantap, Sarat Perkongsian Ilmu dan Tekad

Esoknya, kami bangun awal, tidak sabar mahu melihat suasana subuh di bumi Sarajevo. Laungan azan dari masjid tua menyuburkan jiwa. Usai solat, kami saksikan keindahan fajar dengan cahaya lembutnya menyoroti bangunan bersejarah dan jalanan berbatu.

Dan, kami tinggalkan seketika cerita itu, kerana ada agenda lebih utama untuk dihadiri. Hari pembukaan pada 14 Oktober diserikan dengan kehadiran Menteri Luar Bosnia-Herzegovina, H.E. Elmedin Konakovic dan Duta Besar Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, H.E. YM Raja Saifful Ridzuwan, yang kehadirannya menggariskan komitmen untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

Pada hari pertama sesi dialog berlangsung, Presiden Majlis Perniagaan Malaysia-Bosnia (MBBC), Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid menyampaikan ucapan perasmian yang memberi kesan yang menekankan peluang utama untuk kerjasama dalam sektor seperti pelancongan, pembuatan dan tenaga boleh diperbaharui.

Ucapan terima kasih khas ditujukan kepada semua perwakilan Malaysia yang mengambil bahagian.

Turut menyampaikan ucapan pada hari itu ialah Menteri Luar Bosnia-Herzegovina, H.E. Elmedin Konakovic dengan topik “Unlocking Opportunities: Fostering Strategic Alliances in Regional and International Trade Between Bosnia & Herzegovina and Malaysia.” Diikuti ucapan oleh Presiden, Dewan Perdagangan Luar Bosnia & Herzegovina, Mr. Ahmet Egrlic. 

Pada hari yang sama, pembentangan oleh Datuk (Dr.) Hafsah Hashim, Universiti Sains Malaysia Holdings (UNISAINS) dengan topik “Bridging Nations ThroughInnovation: Advancing Malaysia-Bosnia & Herzegovina Economic Partnerships in the Global Market”.  Diikuti oleh Ms. Emina Saracevic, Partner di SGL Saracevic & Gazibegovic menerusi topik “Streamlined Success: Leveraging Professional Local Expertise in Bosnia & Herzegovina Business Environment”.

Ia diakhiri dengan pembentangan oleh Mr. Edin Devedzic, Malaysian-Bosnian Investment Ventures (MBI) yang membawakan topik “Winning Together: Inspiring Case Studies of Malaysian-Bosnian Business Successes™️”.

Perkongsian hari pertama sarat dengan pelbagai saranan dan usul antara kedua-dua negara. Dalam sela waktu terluang ketika sesi dialog berhenti rehat, kami mengambil kesempatan bersuai-kenal antara satu sama lain. Banyak perkara yang kami kongsi dan bahaskan seperti usaha sama yang boleh dipertimbangkan dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat setempat dari pelbagai sektor yang dilihat berpotensi memberi manfaat.

Hari berikutnya adalah untuk business matching day. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tan Sri (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid, President, Malaysia-Bosnia & Herzegovina Business Council (MBBC). Sesi dialog diteruskan dengan pembentangan oleh Mr. Armin Ridzalovic, Head of International Finance Corporation (IFC), World Bank Group dengan pembentangan tajuk “Harnessing World Bank Resources: Accelerating Business Growth and Investment in the Balkans and Bosnia & Herzegovina”.

Pada malam akhir dialog, semua delegasi dijemput makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, H.E. YM Raja Saifful Ridzuwan. Makan malam indah yang menyatukan kami di bumi Sarajevo. 

Makan malam bersama Duta Besar Malaysia ke Bosnia-Herzegovina, H.E. YM Raja Saifful Ridzuwan

Majlis Berakhir dengan Jelajah Santai 

Hari terakhir, sebelum para peserta berangkat pulang keesokan harinya, jika mengikut jadual awal, kami sepatutnya dibawa menjelajah ke Mostar Old Town, salah satu destinasi paling ikonik di Balkan. Namun, disebabkan jalan ditutup pada 4 Oktober akibat hujan lebat, banjir dan tanah runtuh, lokasi ditukar. Kami dibawa ke Travnik dan Jejce. 

Tempat pertama kami singgah ialah di Madrasah Elci Ibrahim Pasha. Madrasah ini dibuka sejak 1705 oleh  Elci Ibrahim Pasha. wakil Kerajaan Uthmaniyyah di Bosnia dan sehingga kini wujud sebagai sekolah agama untuk anak-anak Bosnia.

Kemudian ke Sulejmanija Mosque (Masjid Sulaimaniyah), sebuah masjid yang berwarna-warni,sarat dengan ukiran dan hiasan dinding gaya seni bina Uthmaniyyah ini wujud sekitar tahun 1757. Masjid ini satu-satunya masjid di Bosnia yang mempunyai menara menjulang dari sebelah kiri bangunan.

Saat perut sudah mula berkeroncong, kami dibawa menikmati hidangan tempatan popular di Restoran Orhideja Donji Vakuf. Kami dihidangkan dengan ayam panggang bersama nasi, roti dan kentang putar, cendawan dan sup ayam sebagai pembuka selera.  

Mengakhiri jalan-jalan makan angin kami, delegasi dibawa ke Jajce, kawasan air terjun dan watermills pliva. Oh, tuhan! Permandangan yang menakjubkan dengan aliran air terjunnya yang sangat jernih dan bersih. Sungguh menenangkan!

Berakhirnya penjelajahan itu, bermakna tutuplah acara kami di Sarajevo ini. Rata-rata teruja dengan sesi dialog yang diadakan buat pertama kalinya itu. Banyak input yang kami bawa pulang dan tidak sabar untuk dikongsi bersama masyarakat di kedua-dua negara.

Dialog Perniagaan Sarajevo menandakan satu langkah penting ke hadapan bagi hubungan Malaysia-Bosnia, mewujudkan laluan baharu untuk perdagangan dan pelaburan. Kami mengharapkan lebih banyak perkongsian dan usaha membina kemajuan besar yang dicapai semasa acara ini.

Tahniah kepada penganjur Malaysian Bosnia Business Council (MBBC), delegasi dan semua yang terlibat!

Related posts

Ruang Kerja Bersama Yang Mampan Mengubah Cara Bekerja

admin

Experience the Best of Malaysian Ramadan Cuisine: Marriott Bonvoy Chefs Unveil Their Signature Dishes

adminwm

Saifuddin Ahmad

admin

Leave a Comment