Resipi Daging Merah Thai Untuk Makan Beradap

Anda mencari kelainan bagi penyediaan hidangan pengantin, mungkin khas di meja makan beradap. Majalahwm.com berbesar hati untuk berkongsi resepi yang dikirimkan untuk group daripada Aneka Resipi Pilihan. Saya terpanggil berkongsi dengan anda.
Daging Merah Thai
1 kg daging
Sedikit pewarna merah
Sedikit garam
.
Cara-cara:
Rebus bahan di atas sehingga empuk (simpan air rebusan daging untuk kuah)
Hiris nipis dan goreng sedikit garing
Angkat dan toskan
.
Bahan sos:
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 10 biji cili padi diketuk
- 2 senduk cili kering blender
- 2 sb sos tiram
- 2 sb sos tomato
- 1 sb sos cili
- Sedikit sos ikan
- Sedikit gula
Bahan Lain:
- 1 pokok daun ketumbar dihiris kasar
- 1 biji bawang Holland
.
Cara-cara:
Tumis bawang putih menggunakan minyak menggoreng daging tadi
Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak
Masukkan semua bahan * dan kacau sehingga memekat sedikit. Masukkan daging dan cili padi..Gaul sebati
Masukkan sedikit air rebusan daging sekiranya mahu daging masak merah ini sedikit berkuah
Akhir sekali tabur bawang holland dan daun ketumbar..
- Anda mencari kelainan bagi penyediaan hidangan pengantin, mungkin khas di meja makan beradap. Majalahwm.com berbesar hati untuk berkongsi resepi yang dikirimkan untuk group daripada Aneka Resipi Pilihan. Saya terpanggil berkongsi dengan anda.