GAYA HIDUPHidangan, Resipi & Petua

MENTEGA

Mentega adalah produk tenusu dibuat daripada menggodak krim atau susu, sama ada segar atau yang ditapai. Mentega boleh digunakan sebagai sapuan dan perasa, selain daripada penggunaan dalam masakan seperti membakar, membuat sos dan menggoreng. Mentega terdiri daripada lemak mentega, air dan protein susu.

Bahan ini kerap dibuat daripada susu lembu, tetapi juga boleh dibuat dari mamalia lain seperti biri-biri, kambing, kerbau dan yak. Garam, perisa dan pengawet kadangkala ditambah pada mentega. Pengasingan pepejal mentega akan menghasilkan cecair mentega atau minyak sapi terdiri hampir keseluruhannya daripada lemak mentega.

Mentega adalah emulsi yang kekal sebagai pepejal apabila disejukkan, tetapi masih boleh disapu pada suhu bilik, dan mencair kepada cecair nipis berkonsisten pada 32–35 °C (90–95 °F). Ketumpatan mentega ialah 911 kg/m3 (1535.5 lb/yd3).

Mentega umumnya mempunyai warna kuning pucat, tetapi boleh berubah antara kuning tua hingga hampir putih. Warna mentega bergantung pada makanan haiwan dan ia lazimnya boleh diolah dengan pewarna makanan dalam proses pengeluaran komersial termasuk anato atau karoten.

Perkataan Mentega Meminjam Daripada Portugis: Manteiga

Istilah “mentega” juga digunakan dalam nama produk yang dibuat dari sebarang kacang atau kekeras yang dikisar lumat seperti mentega kacang mahupun lemak lain yang pejal pada suhu bilik seperti mentega koko dan mentega sayur. Namun dalam kegunaan umum, istilah “mentega” hampir sentiasa merujuk pada produk tenusu.

Khasiat Mentega Kepada Tubuh Badan (dan Keburukannya)

Mengandungi lemak susu yang telah diasingkan daripada komponen lemak yang asal. Berikut adalah serba sedikit kandungan nutrisi yang terdapat dalam mentega.

1. Lemak Tepu – 80% daripada mentega adalah lemak, dan selebihnya adalah air. Sebenarnya ia adalah bahagian susu yang telah diasingkan daripada protein dan karbohidrat. Mentega adalah kompleks berbanding dengan makanan lemak yang lain, dengan mengandungi lebih daripada 400 fatty acid berbeza. Selain daripada fatty acid, mentega turut mempunyai kolesterol dan phospholipids.Oleh sebab itu, tidak boleh dinafikan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan sekiranya makan dengan tidak terkawal.

2. Lemak Trans:  Berbanding dengan lemak yang biasa, lemak trans daripada produk tenusu dianggap berkhasiat. Mentega banyak mengandungi lemak trans ini, termasuklah CLA – sejenis lemak trans yang berkait dengan banyak khasiat kepada badan.

Kajian ke atas haiwan dan sel manusia di dalam makmal terkawal mendapati bahawa CLA boleh mencegah kita daripada mendapat beberapa jenis kanser.

Pada masa yang sama, CLA boleh membantu penurunan berat badan pada manusia, dan sering digunakan dalam produk ubat kurus (fat burner), seperti yang tersenarai di sini.

Namun begitu, terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan CLA yang berlebihan boleh memudaratkan kesihatan.

3. Vitamin dan Mineral – Mentega turut mengandungi beberapa jenis vitamin, terutama yang berkait dengan lemak. Berikut adalah senarai vitamin yang terdapat dalam mentega:

  • Vitamin A
  • Vitamin D
  • Vitamin E
  • Vitamin B12
  • Vitamin K2

Walaupun begitu, mentaga tidak dapat membekalkan keperluan yang mencukupi kepada badan.

Khasiat Mentega Kepada Kesihatan 

Beberapa tahun yang lalu, mentega dianggap sebagai makanan yang tidak sihat kerana kadar lemak tepunya sangat tinggi. Namun, dengan kajian sains, ada kebaikan disebalik pengambilan yang berpatutan.

Kesihatan Jantung 

Masalah jantung adalah antara penyebab utama kematian bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kaitan lemak tepu dengan masalah jantung sudah banyak kali diperdebatkan, dan sudah terdapat banyak kontroversi.

Ianya tidak dinafikan bahawa pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh meningkatkan kadar kolesterol di dalam darah, yang boleh meningkatkan kadar risiko mendapat masalah jantung.

Walaupun begitu, hal ini bukanlah bergantung 100% pada kandungan lemak tepu. Lipid darah atau jenis lipoprotein yang dibawanya lebih banyak mempengaruhi.

Pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan kadar lipid darah dalam beberapa cara:

Ia akan meningkatkan kadar lemak HDL, ataupun dikenali sebagai “lemak baik”, yang mana boleh mengurangkan risiko masalah/penyakit jantung.

Terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa pengambilan lemak tepu boleh meningkatkan tahap kesihatan kardiovaskular. Anda boleh membaca maklumat lanjut di sini.

2. Obese Dan Berat Badan Berlebihan

Ramai orang yang percaya bahawa mentega ini boleh menggemukkan badan, kerana kadar lemak dan kalorinya yang tinggi.

Walaubagaimanapun, ia tidak benar apabila diambil dengan kadar yang sedikit, sebahagian daripada diet yang sihat.

Ada orang yang menyatakan bahawa pengambilan mentega dalam kadar yang berpatutan boleh membantunya untuk kurangkan berat badan.

Namun, anda perlu faham bahawa mentega tidak seharusnya dimakan dalam kandungan yang banyak.

Keburukan Mentega Dan Lemak Tepu

Sekiranya diambil dengan kandungan yang berlebihan, mentega ini boleh memberikan kesan – tidak dinafikan.

Pengambilan yang berlebihan sudah pasti akan membawa kepada kenaikan berat badan, dan beberapa masalah kesihatan yang lain.

1. Alahan Susu

Walaupun mentega kurang protein, ia sudah memadai untuk menyebabkan alahan kepada sesetengah orang.

Oleh itu, orang yang mempunyai alahan kepada susu perlu berhati-hati dengan pengambilan mentega, ataupun tidak makannya secara total.

2. Lactose Intolerance

Mentega mempunyai lebihan laktosa, jadi pengambilan yang sedikit sepatutnya tidak mendatangkan masalah kepada orang yang lactose intolerance

Kesimpulan

Mentega datangnya daripada susu, lemak susu kalau lebih tepat. Ia turut mengandungi vitamin dan mineral, tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian manusia.

Pengambilannya yang berpatutan boleh memberikan khasiat kepada manusia, cuma kalau terlebih makan, ia boleh memberikan keburukan.

Oleh itu, makanlah mentega dengan kadar yang sesuai agar anda mendapat khasiat mentega ini tanpa menjejaskan tahap kesihatan.

sumber: Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Related posts

Loreal Revitalift Crystal Micro-Essence – Bukan Sekadar Kulit Mulus

admin

Halba Untuk Membesarkan Payudara

admin

Tanya Dr. Edmond Oktober 2020

admin

Leave a Comment