Kata Imam Hasan Al Basri RH :
حُبُّ الدُّنْيَا رَأْسُ كُلِّ خَطِيئَةٍ
Maksudnya: “Cintakan dunia merupakan puncak kepada segala kejahatan.”
Nabi Isa AS berkata :
كَانَ عِيسَى عَلَيْهِ السَّلَامُ يَقُولُ: حُبُّ الدُّنْيَا أَصْلُ كُلِّ خَطِيئَةٍ
Maksudnya: “Adapun Nabi Isa AS berkata: Cintakan dunia merupakan punca (asal) kepada segala kejahatan.” [Lihat: Syu’ab al-Iman, 74/13]
Firman Allah SWT:
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di Akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di Akhirat kelak.” ( Surah As Syura Ayat 20 )
Cinta Dunia adalah mengotorkan hati dan mazmumah yang tercela. Cinta dunia menjadi lupa akhirat dan lupa Allah dan tumbuh segala macam sifat mazmumah yang lain yang merosakkan hati.
PUNCA MANUSIA CINTA DUNIA
- Tidak mensyukuri nikmat yang Allah beri ( Al Baqarah Ayat 243 ).
- Tidak menghayati dan tidak mengambil peringatan Al Quran dan Sunnah ( Al Mukminun Ayat 68 ).
- Tidak memikirkan kehidupan akhirat lebih baik berbanding kehidupan dunia yg fana’ ( Surah Ar Rum Ayat 7 ).
- Tidak menyedari bahawa mencintai kehidupan dunia adalah sia-sia ( Surah Al Kahfi Ayat 104 ).
- Terlalu tamak harta kekayaan dunia ( Surah Al Qasas Ayat 79 ).
- Terpengaruh kehidupan duniawi yang penuh tipudaya ( Surah Al Imran Ayat 185 & Al A’Raf Ayat 51 ).
IMPLIKASI MANUSIA CINTA DUNIA
- Kehidupan penuh dengan kesesatan ( Surah Ibrahim Ayat 3 ).
- Hapus segala amal dunia dan di akhirat tergolong orang yang rugi ( Surah At Taubah Ayat 69 ).
- Mendapat Seksaan di Akhirat ( Surah Hud Ayat 48 ).
- Boleh menjadikan manusia menjadi sombong dan putus asa ( Surah Al Israq Ayat 83 ).
- Tidak mendapat kebahagiaan hidup di akhirat ( Surah Hud Ayat 15-16 ).
- Dimasukkan ke dalam neraka di akhirat ( Surah Al Israq Ayat 18 ).
RAWATAN UNTUK BUANG PENYAKIT CINTA DUNIA
- Jalani kehidupan di dunia ini dengan hati-hati dan jangan terpengaruh dengan kesenangan dunia ( Surah Luqman Ayat 33 ).
- Hendaklah tanam dalam diri bahawa segala kemewahan hidup di dunia hanyalah sementara sahaja ( Surah Al Kahfi Ayat 46 ).
- Hendaklah ingat peringatan Allah dan amaranNya ( Surah Al An’am Ayat 70 ).
- Hendaklah mencari kebahagiaan hidup akhirat tanpa melupakan kepentingan kebahagiaan hidup di dunia ( Surah Al Qasas Ayat 77 ).
- Perbanyakkan mengingati akan kematian ( Surah Al Anbiya’ Ayat 35 & HR Ibn Abi Dunya ).
- Perangi hawa nafsu buruk hingga tingkat muthmainnah ( tenang ) dan lapang dengan ketetapan Allah ( Surah As Fajr Ayat 27-30 ).
- Memupuk Iman kepada Allah dan hidup mencontohi kehidupan Nabi SAW yang sederhana, qanaah dan cinta akhirat dengan kesungguhan ( Al Ankabut Ayat 69 ).
- Membina sifat rasa syukur dengan apa yang Allah kurniakan dan tidak rakus serta tamak dengan dunia kerana “ rezeki tidak pernah salah alamat “ dan menggunakan dunia sebagai ladang untuk taat Allah dan buru kebahagiaan akhirat. ( Surah Ibrahim Ayat 7 ).
- Jauhi Sifat Munafik ( bersih hati ) dengan cara mengamalkan Islam yang benar dan bukan sibuk menasihati orang lain tanpa kita buat amal. Orang munafik sentiasa buru dunia utk kepentingan diri walaupun memanipulasikan orang lain. ( Surah As Shaf Ayat 2 ).
Dunia akan membunuhmu sebagaimana ia telah membunuh orang-orang selain engkau. Perangi hawa nafsuMu hingga ia menjadi tenang. Jika nafsu sudah tenang maka engkau mampu melihat betapa cacat cela dan hinanya dunia ini dan pasti engkau akan berzuhud terhadap dunia. ( Syeikh Qadir Al Jailani – Fathu Rabbani ).
Memburu Maghfirah Meraih Mardhatillah
Drp
Ust Hj Wan Hamidi Bin Wan Mat
Lestari Ummah @ YBIM