AGAMA

Kurban Al Khairi Disempurnakan Empat Kumpulan & Pertubuhan Wanita

(sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat sertabinatang yang diqurbankan.” – (Riwayat al-Hakim


Bismillahirahmanirahim. Segalanya dengan izinNya jua, aktiviti memasak dan mengagihkan makanan serta daging korban mentah sumbangan syarikat Al Khairi Qurban dan Aqiqah Sdn. Bhd. ke empat destinasi yang terpilih selamat disempurnakan pada hari Selasa bersamaan 12 hb. Julai 2022 yang jatuh pada hari ketiga Aidil Adha.

Empat pertubuhan dan kumpulan sukarela termasuk sebuah majalah yang menerima amanah daripada syarikat AlKhairi Qorban dan Aqiqah tersebut iaitu Majalah WM, Tribute To Women Malaysia, Yayasan Wanita Malaysia dan Persatuan Wawasan Wanita Antarabangsa (WARISTA) telah bergabung tenaga untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan baiknya.

Ketua dan wakil daripada empat pertubuhan dan kumpulan sukarela yang menerima amanah daripada syarikat AlKhairi Qorban dan Aqiqah tersebut iaitu dari Ketua Pengarang & Pengasas Majalah WM Pn Hjh Wirda Adnan (kelima dari kanan), Pengerusi Yayasan Wanita Malaysia Puan Normala XX(keempat dari kiri), Pengasas Tribute To Women Malaysia, Pn Hjh Mahan h i Awang dan Presiden Persatuan Wawasan Wanita Antarabangsa (WARISTA) Dr. Mai Sargeant dan Puan Norshidah dari Rumah Anak Yatim Hjh Kamariah.

Bertempat di Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Hajah Kamariah, Kampung Medan, anak-anak yatim dan beberapa orang ibu tunggal antara mereka yang diraikan dan mendapat agihan sumbangan daging dan tulang serta hidangan nasi minyak, gulai kari daging dan salad sayur-sayuran. Rumah ini merupakan pusat agihan bagi semua dua ekor kambing yang disumbangkan oleh syarikat Al Kairi Qorban dan Aqiqah.

Menurut Pengarah Urusan syarikat, Nik Ikrami Bin Haji Omar, Acara Qurban Perdana Al Khairi telah di laksanakan di ladang mereka yang terletak di Kandang Al Khairi Qurban & Aqiqah, Kampung Parit Mahang, Ijok, Kuala SelangorSebanyak 33 ekor lembu akan ditumbangkan di kandang induk (Ijok, Kuala Selangor) selama 3 hari sehingga 12 Julai 2022 Sembelihan di negeri Perlis menerima penglibatan lebih 40 buah masjid.

Aktiviti penyediaan hidangan tengahari yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu disertai oleh beberapa ibu tunggal dan anak-anak yatim Rumah Hjh Kamariah termasuk beberapa kaum lelaki yang turut menyumbang tenaga membantu dalam kerja-kerja berat seperti pemungahan daging Qorban dan penyediaan beras yang disumbang oleh Beras Jati untuk dimasak nasi minyak dan ada juga yang diagihkan ke beberapa pusat agihan lain.

Cuaca yang berpihak kepada majlis sejak awal hinggalah majlis bersurai telah melancar dan memudahkan lagi program yang dirancang. Genap jam 9.00 semua bahan yang diperlukan seperti bawang, sayura-sayuran dan rempah telah siap disiang, dibersih dan disediakan utk menumis. Pada jam 11.30 nasi minyak yang di ketuai oleh katerer yang dikenali oleh penduduk sekitar dan hanya mahu dikenali sebagai Along siap dimasak dan pada jam 1.15 tengahari hidangan telah sedia di meja untuk dijamu.

Proses pelaksanaan ibadah Qurban (Dalam Negara dan Luar Negara)
Pelaksanaan kurban dalam negara adalah usaha menggalakkan rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah kurban di tempat sendiri. Walaubagaimanapun, terdapat pilihan bagi mereka yang kurang berkemampuan, mereka boleh menyahut seruan Qurban dengan melaksanakannya di luar negara. Setakat ini lebih 75,000 peserta telah menjalankan qurban bersama kami dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Pelaksanaan ibadah Qurban Dalam Negara, melalui beberapa proses. Ia bermula dengan membawa lembu ke tempat khas di mana lembu-lembu kurban ditumbang dan seterusnya melalui proses penyembelihan.

Selesai proses penyembelihan, lembu-lembu tersebut dipotong lagi kepada empat bahagian. Setelah di potong empat daging lembu dilapah dan dipotong lagi untuk dibahagi kepada 7 bahagian.

Tujuh bahagian lembu tersebut kemudiannya melalui proses pembungkusan di mana ia dibungkus dalam plastik dengan berat tertentu dan seterusnya dipunggahan ke lokasi agihan di mana, bungkusan tersebut diagihkan mengikut senarai penama dan tempat-tempat yang perlu diagihkan.

Bagi sembelihan Qurban Luar Negara, biasanya ia dilaksanakan di negara-negara berkenaan. Bagi Al Khairi setiap tahun mereka menjalani qurban dan penyembelihan di beberapa negara seperti India, Uganda, Palestin dan Arab Saudi. Sembelihan secara wakil ini dipantau oleh wakil pelaksana yang telus di dalam dan luar negara.

Telus dan berpengalaman
Banyak kelebihan syarikat Al Khairi dalam pengurusan melaksanakan korban.
Berpengalaman 16 tahun menguruskan qurban dengan lebih 40,000 sembelihan telah dilaksanakan di dalam dan luar negara. Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Al Khairi Qurban & Aqiqah.

Cara pembayaran mudah 100% Online di Hujung Jaridan skim bayaran ansuran yang berpatutan membuat ramai tertarik. Hanya lakukan pesanan atas talian dan pembayaran melalui pelbagai saluran untuk memulakan proses ibadah Qurban.

Inisiatif tabungan qurban yang diperkenalkan juga adalah untuk memudahkan peserta membuat pembayaran secara ansuran untuk pelaksanaan qurban. Pelaksanaan kruban turut dibukti dengan Sijil Penyertaan, manakala gambar dan video sembelihan peserta akan boleh dilihat secara umum di Facebook Page Al Khairi Qurban & Aqiqah
Mudah dan berpatutan.

Cara pengagihan daging sembelihan yang diagihkan mengikut sunah dan hukum hakam seperti yang disyarat misalnya kepada hanya yang betul-betul memerlukan menjadi teras kerana pihak syarikat faham sepenuhnya tuntutan amal kebajikan Qurban dan demi meraikan para asnaf dan fakir miskin baik di dalam mapun luar negara menjadikan syarikat Al Khairi Qurban & Aqiqah diyakini dan dipercayai ramai rakyat Malaysia.

Related posts

Memuliakan Tetamu dan Kebaikan Rumah Terbuka

adminwm

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

adminwm

Hukum Menukar Jantina Menurut Islam

admin

Leave a Comment