Hukum Perempuan Berzina & Lelaki Yang Berzina

Dalam Islam, zina adalah perbuatan keji yang dilakukan oleh lelaki  dan wanita, yang melakukan hubungan seksual atau persetubuhan di luar ikatan nikah. Perbuatan yang haram dan terkutuk bagi Allah. Bahkan untuk umat Islam, mendekatinya saja dilarang.

Alquran surah Al-Isra ayat 32, ertinya “Wahai para pemuda Quraisy, janganlah kalian berzina. Ingatlah, siapa saja yang menjaga kemaluannya, ia berhak mendapat surga,”

Rasulullah SAW sendiri pun mengingatkan kepada umatnya akan beratnya hukuman pelaku zina. Dan dosa zina menurut islam, adalah tergolong dosa besar setelah syirik. Seperti dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda, “Tidak ada dosa yang lebih besar di sisi Allah, setelah syirik, kecuali dosa seorang lelaki yang menumpahkan spermanya pada rahim wanita yang tidak halal baginya,” (Ibnu Abi al-Dunya).

Dosa-Dosa Zina

  • Seseorang yang berzina dengan banyak orang lebih besar dosanya daripada yang berzina dengan satu orang saja.
  • Seseorang yang berzina terang-terangan lebih besar dosanya daripada yang berzina secara sembunyi-sembunyi.
  • Seseorang yang berzina dengan wanita yang bersuami lebih besar dosanya daripada yang berzina dengan wanita yang tidak bersuami kerana dalam perbuatan tersebut telah merosak perkahwinan seseorang.
  • Seseorang yang berzina dengan tetangga lebih besar dosanya daripada orang yang berzina dengan selain tetangga. Kerana perbuatan tersebut dapat merusak hubungan tetangga.
  • Seorang yang berzina dengan isteri mujâhid (orang yang berjihad) di jalan Allâh lebih besar dosanya daripada yang berzina dengan wanita lainnya.
  • Seseorang yang berzina dengan mahramnya (seperti ibunya, kakak perempuan, adik perempuan) lebih besar dosanya daripada yang berzina dengan selainnya.

Dosa Zina Juga Bertingkat Sesuai Waktu, Tempat, dan Keadaan

  • Orang yang berzina pada malam atau siang bulan Ramadan lebih besar dosanya daripada yang berzina pada selain waktu tersebut.
  • Orang yang berzina di tempat-tempat yang mulia dan utama lebih besar dosanya daripada yang berzina di selain tempat-tempat tersebut.

Bolehkah di dalam hukum Islam seorang lelaki menikahi wanita yang tidak lagi perawan? Islam tidak menghalang lelaki yang mahu menikah wanita yang diketahuinya pernah berzina akan tetapi wanita itu telah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu. Namun bagaimana hanya  setelah menikah, si teruna baru mengetahui bahawa isterinya sudah tidak perawan lagi?

Haram, kecuali setelah bertaubat. Setelah bertaubat, menikahi wanita yang sudah tidak perawan diperbolehkan.

Haramnya menikahi perempuan atau lelaki penzina itu tertulis pada dzahir dan firman Allah dalam QS An Nur 24:3

“Seorang lelaki penzina tidak boleh menikah kecuali dengan wanita penzina atau wanita musyrik. Seorang wanita penzina tidak boleh menikah kecuali dengan lelaki penzina atau lelaki musyrik. 

SOALAN 

Jika seseorang itu berzina, kemudian dia berkahwin tanpa bertaubat, adakah tidak sah perkahwinan itu?

JAWAPAN

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Dalam menjawab hal ini suka kami mengingatkan terlebih dahulu bahawa zina ialah perbuatan yang keji dan dimurkai oleh Allah sebagaimana firman Allah S.W.T:

 وَلا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلا 

Maksudnya: Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan.

(Surah An-nisa’: 32)

Persoalannya adakah disyaratkan bertaubat bagi penzina untuk memastikan perkahwinannya sah di sisi syarak? Ulama’ telah berselisih pandangan tentang hal ini kepada dua pendapat:

Pendapat pertama: Disyaratkan bertaubat untuk memastikan perkawinannya sah. Pandangan ini diriwayatkan daripada ‘Ali, Al-Bara’, ‘Aisyah dan Ibn Mas’ud. Ini juga adalah pandangan sebagian ulama’ mazhab Hambali.

Hal ini berdasarkan dalil daripada Surah An-Nur ayat 3:

الزَّانِي لَا يَنكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ ۚ وَحُرِّمَ ذَٰلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: “Penzina lelaki tidak boleh berkahwin melainkan dengan penzina perempuan atau dengan perempuan musyrik, dan pezina perempuan tidak boleh berkahwin melainkan dengan penzina lelaki atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan bagi orang-orang yang beriman”.

(ٍSurah An-Nur: 3)

Ibnu Qudamah menjelaskan bahwa lafaz ‘wa hurrima dzalika ‘alal mukminin’ ialah pengharaman berkahwin dengan penzina ditujukan kepada orang mukmin iaitu sekiranya penzina tersebut belum bertaubat, sebaliknya apabila penzina tersebut telah bertaubat daripada zina maka leburlah dosanya. (Rujuk: As-Syarhu Al-Kabir 7/503-504).

Hal ini juga bertepatan dengan hadis:

التائب من الذنب كمن لا ذنب له

Maksudnya: “Seseorang yang telah bertaubat daripada dosa itu layaknya diumpamakan seperti tidak ada dosa padanya”.

Riwayat Ibnu Majah (4250)

Pendapat kedua: Tidak disyaratkan bertaubat dan perkahwinan penzina itu sah. Pendapat ini diriwayatkan daripada Abu Bakar, ‘Umar, Ibnu ‘Abbas, dan ia juga merupakan pendapat majoriti ulama’ dan ulama’ mujtahid empat mazhab.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Umar R.A:

كما روي أن عمر رضي الله عنه ضرب رجلًا وامرأة في الزنا وحرص على أن يجمع بينهما

Maksudnya:“Dan telah diriwayatkan bahawasanya Saidina Umar R.A telah memukul lelaki dan perempuan yang telah berzina dan ingin berkahwin .”

Riwayat Al-Baihaqi (7/155).

Demikian juga Firman Allah S.W.T:

وَأُحِلَّ لَكُمْ مَا وَرَاءَ ذَلِكُمْ

Maksudnya:“Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian.”

(ٍSurah An-Nisa: 24)

Ayat An-Nisa di atas turun setelah menjelaskan wanita-wanita yang haram dinikahi. Oleh itu hukum selain wanita yang telah disebutkan adalah halal untuk dinikahi, termasuk wanita yang berzina.

Maklum balas para ulama’ kepada pendapat pertama:

Para ulama’ telah memberi ulasan mengenai pendapat pertama yang mengatakan tidak sah perkahwinan seorang pezina melainkan setelah dia bertaubat berdasarkan  ayat tiga (3) daripada Surah An-Nur. Mereka mengambil pandangan Imam As-Syafie yang mengatakan ayat ini telah dimansuhkan. (Rujuk: Al-Umm 5/158). Pandangan ini juga diriwayatkan daripada Sa’id bin al Musayyib yang menyatakan ayat ini telah dimansuhkan oleh ayat tiga (3) daripada surah An-Nisa’.

فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ

Maksudnya: “Maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi.”

(Surah An-Nisa: 3)

Kesimpulan

Justeru pada pengamatan kami, kami cenderung untuk memilih pandangan kedua yang mengatakan bahawa pezina tidak disyaratkan bertaubat untuk memastikan perkahwinannya sah. Hal ini adalah kerana ini merupakan pandangan majoriti ulama’ dan bertepatan dengan mazhab Syafi’i di negara kita.

Meskipun demikian, kami ingin mengingatkan bahawa walaupun para ‘ulama berbeza pendapat mengenai keharusan berkahwin dengan wanita pezina, namun para ulama’ telah  bersepakat bahawa zina adalah dosa besar yang wajib dijauhi. Zina juga mengundang kemurkaan Allah sehingga diwajibkan ke atasnya hukuman tertentu iaitu bertujuan untuk memberatkan pezina tersebut ke atas dosa yang dilakukan.

Justeru, sebaiknya hendaklah dipastikan pelaku zina tersebut benar-benar bertaubat terlebih dahulu sebelum dinikahi kerana perkahwinan dalam Islam merupakan ibadah. Maka sewajarnya pelakunya bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat sebelum melaksanakan tuntutan ibadah yang besar iaitu perkahwinan.

Suka juga untuk kami mengingatkan bahawa perbahasan ini adalah seputar isu keharusan menikahi wanita yang berzina dan bukannya daripada sudut keutamaan memilih wanita tersebut. Di dalam hal ini, sudah tentu wanita yang solehah dan menjaga diri daripada kefasikan adalah wanita yang terbaik untuk dikahwini sebagaimana firman Allah S.W.T:

وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَات

Maksudnya:“Dan perempuan-perempuan yang baik itu adalah untuk lelaki-lelaki yang baik begitu juga lelaki-lelaki yang baik itu adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.

(Surah An-Nur:26)

Demikian juga hal ini disyaratkan melalui hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A:

 تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ : لِمَالِهَا ، وَلِحَسَبِهَا ، وَلِجَمَالِهَا ، وَلِدِينِهَا ، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu akan beruntung.”

Riwayat Bukhari (4802) dan Muslim (1466)

Hukuman Bagi Pezina

“Lelaki tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan perempuan penzina atau musyrik; dan seorang perempuan tukang zina tidak (boleh) berkahwin, melainkan dengan lelaki penzina atau musyrik. Yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin.” (Al-Quran,Surah an-Nur: 3)

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat setiap seorang daripada kedua-keduanya seratus kali sebatan dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam menjalankan hukum Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh sekumpulan daripada orang yang beriman. (Terjemahan Al Quran, surah An-Nur : Ayat 2)

Dera ini adalah hukuman jasmani, sedang larangan kahwin adalah hukuman moral. Dengan demikian, maka diharamkan mengawasi pelacur sama halnya dengan memurnikan kehormatan warga negara, atau sama dengan menggugurkan kewarganegaraan orang yang bersangkutan dari hak-haknya yang tertentu menurut istilah sekarang.

Ibnul Qayim setelah menerangkan erti ayat di atas, mengatakan: “Hukum yang telah ditetapkan oleh al-Quran ini sudah selaras dengan fitrah manusia dan sesuai dengan akal yang sihat. Sebab Allah tidak membenarkan hambanya ini sebagai germo untuk mencarikan jodoh seorang pelacur. Fitrah manusia pun akan menganggap jijik. Oleh kerana itu orang apabila mencari kawannya, mereka mengatakan: ‘Pantas kamu suami seorang pelacur.’ Untuk itulah, maka Allah mengharamkan perkahwinan semacam itu kepada orang Islam.”

Dan yang lebih jelas lagi, ialah: bahwa kejahatan seorang perempuan ini dapat merosak tempat tidurnya suami dan keturunan yang justeru oleh Allah dijadikan sebagai sarana kesempurnaan kemaslahatan mereka dan dinilai sebagai suatu nikmat. Sedang zina dapat mengakibatkan percampuran air dan meragukan keturunan. Oleh kerana itu termasuk salah satu keistimewaan syariat Islam, ialah mengharamkan kahwin dengan seorang pelacur sehingga dia bertaubat dan mengosongkan rahimnya. Caranya yaitu: paling sedikit haid satu kali sembilan.

Lagi pula, bahawa seorang pelacur adalah tidak baik. Sedang Allah menjadikan perkahwinan itu sebagai salah satu jalan untuk mewujudkan rasa cinta dan kasih-sayang (mawaddah warahmah). Dan apa yang disebut mawaddah, yaitu kemurnian cinta. Maka bagaimana mungkin orang yang tidak baik dapat dicintai oleh suami yang baik?

Suami dalam bahasa Arab disebut zauj, yang berasal daripada kata izdiwaj ertinya: isytibah wat tawazun (serupa dan seirama). Jadi suami-isteri atau zaujan (dalam bahasa Arab), bererti dua orang yang serupa dan seirama, tidak bertolak belakangnya antara yang baik dan yang buruk baik ditinjau secara hukum syar’i atau pun secara ukuran biasa, tidak akan dapat menghasilkan keserasian, seirama, kecintaan dan kasih-sayang. Maka tepatlah apa yang dikatakan Allah.

“Perempuan jahat untuk laki-laki yang jahat, dan laki-laki yang jahat untuk perempuan jahat; dan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” 

Lagi Maklumat Tentang Keburukan Zina

Imam Az-Zahabi dalam kitabnya Al-Kaba’ir menjelaskan tentang 15 keburukan zina kepada pelakunya dan seharusnya kita mengambil iktibar dalam perkara ini.

1. Orang yang melakukan zina yang belum pernah berkahwin disebat 100 kali sebatan sedangkan bagi yang sudah berkahwin, direjam sehingga mati.

2. Bagi mereka yang terlepas daripada hukuman dunia dan tidak bertaubat, penzina digantung dengan kemaluan mereka di dalam neraka sambil dipukul kemaluan mereka dengan cemeti daripada besi sambil dicemuh oleh Malaikat Zabaniyyah.

3. Dicabut iman daripada hatinya ketika berzina seperti pakaian yang dicabut daripada tubuh.

4. Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan orang tua yang berzina pada hari kiamat, tidak mahu melihatnya dan tidak menyucikannya daripada dosa dan baginya azab yang pedih.

5. Dosa paling besar selepas syirik kepada Allah SWT dan membunuh nyawa tanpa alasan yang hak.

6. Dijadikan bekas seperti ketuhar dalam negara bagi penzina yang sempit bahagian dasarnya dan luar bahagian bawahnya, setiap kali disambar api mereka akan menjerit kerana panas yang melampau.

7. Kemaluan mereka akan berbau sangat busuk sehingga menyiksa penghuni neraka.

8. Iblis berbangga dengan tenteranya yang berjaya menarik manusia melakukan zina hingga menganugerahkan mahkota istimewa kepada mereka.

9. Mendapat tiga keburukan di dunia, dihilangkan seri wajahnya, dipendekkan umurnya dan berkekalan dalam kefakiran.

10. Memperoleh tiga keburukan akhirat iaitu kemurkaan Allah, perhitungan amal buruk dan azab neraka.

11. Dijadikan sebatang sungai dalam neraka yang mengalirkan nanah dan muntah daripada kemaluan orang berzina yang menjadi minuman peminum arak.

12. Dijadikan bagi mereka sebuah lembah di dalam neraka yang di dalamnya ada ular dan kalajengking sebesar baghal yang memiliki 70 duri yang berbisa menyengat penzina selama 1,000 tahun hingga terlerai dagingnya.

13. Dijadikan azab kubur baginya seperti azab separuh umat.

14. Diharamkan syurga buat orang yang berzina sedangkan dia tahu perbuatan itu dilarang.

15. Merosakkan nasab manusia dengan lahirnya anak di luar hubungan perkahwinan.

Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat…” (Surah al-Isra’, ayat 32.

Sumber: wikipedia.org, MAIS dan kitab Al Kaba;ir

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON