COVER STORY

SELEPAS 15 TAHUN DALAM DUNIA FESYEN ‘A Tale of The Bright Young Designer FIZIWOO’ 

Pengarah Fesyen majalahwm.com yang juga adalah Pengasas kepada Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA), Puan Mahani Awang ketika diminta menulis tentang FIZIWOO.

‘Bright Young Designers’ yang selalu dilabelkan pada pereka fesyen tersohor negara Fiziwoo sesungguhnya sudah tidak cucuk lagi dengan kredibilti dan status quo yang diraih hari ini.

Dulunya, the designer duo of Fiziwoo, Mohd Hafizi Radzi Woo dan Izree Kai Haffiz ini sering muncul dengan rekaan segar dan terkini, setiasa menjadi penantian peminat mereka yang pada awalnya terdiri daripada generasi muda.

Begitupun dalam waktu singkat kehadiran mereka tanpa disangka turut menjadi kegilaan wanita berstatus baik yang berkerjaya mahupun ‘the Kuala Lumpur social circle’ yang juga tergolong daripada artis terkenal, orang kenamaan juga golongan istana.

Penghormatan dan kepercayaan tersebut tidak disia-siakan malah dibuktikan bahawa mereka hanya menghasilkan yang terbaik buat peminat mereka.

Kesinambungan itu, untuk koleksi Raya 2024 dan seperti selalu, setiap kali, koleksi mereka tidak menghampakan.

Working on the subject matter that they choose, wisely pastinya, pengembangan proses seterusnya terhasil dan terjalin dengan lancar dan terpancar pada setiap rekaannya.

Hasil kerja FIZIWOO bukan sahaja bermula daripada lakaran yang mantap tetapi seharusnya mendekati elemen penting yakni garmen yang dihasilkan seperti trend rekaan corak, pemilihan warna dan tekstur selalunya tergabung dengan indah dan menghasilkan satu rekaan yang menakjubkan.
Begitupun, kebelakangan ini, mereka sering menjurus dan menyuntik kepada hasil yang ringkas dalam segala sudut dan less experimental. Satu tindakan bijak memandangkan cuaca kini serta keadaan di mana masyarakat memilih gaya menawan namun tidak mahu mengenetepikan ciri-ciri relevance baik dari segi keselesaan, penampilan and most importantly do not prick a hole in their pockets.

Mereka seolah-olah faham bahawa peminat fesyen hari ini amat merindui satu hasil karya yang bukan sahaja menawan tapi membibit ciri-ciri penting yang boleh membuai impian mereka waktu sama merungkai the all in one dalam satu rekaan.

Kesinambungan itu. hari ini, Fizi dan Kai adalah dua karakter yang membentuk gagasan FIZIWOO dan dilihat mengisi kekosongan tersebut. Lebih satu setengah dekad dan setelah memenangi beberapa anugerah hebat dunia fesyen dalam dan antarabangsa, mereka dikatakan amat memahami rentak arena fesyen tempatan dan luar.

Hari ini FIZIWOO boleh dianggap antara label terbaik milik Malaysia dan tidak keterlaluan jika dikatakan ‘possibly the best thing that has happened in the local fashion scene since their existence.”
Bersama ini adalah sembang santai Majalahwm.com dengan dua insan di sebalik tabir FIZIWOO, Hafizi Radzi Woo dan  Izree Kai Haffiz, mereka daripada latar belakang industri kreatif yang berbeza, Fiziwoo adalah gabungan Fesyen dan Senibina

Selepas 15 tahun Fiziwoo mencipta nama dalam dunia fesyen – what is the hardest part of being a fashion designer? 

The hardest part ialah menjadi pereka fesyen yang sentiasa relevan di dalam industri fesyen di Malaysia yang semakin sengit ini. Competition adalah hebat dan ini memaksa kami menjadi lebih kreatif serta lebih matang dan lebih memahami pelanggan kami. Kami sudah melalui fasa eksperimentasi, tidak lagi tercari-cari identiti malah pelanggan kami juga selesa dengan identiti Fiziwoo. Ia sudah sebati pada setiap koleksi yang dikeluarkan.  

Bagaimana anda berdua ‘stay update on the latest trends’ 

Dengan teknologi dan social media, trend adalah lebih mudah untuk difahami dan ‘to get updated’ dengan trend terkini juga lebih mudah. Sometimes we watch the latest fashion shows from international designers, sometimes we travel to get inspiration and see how people dress on the street. But the hardest part is how to process it dan menyesuaikan trend tersebut kepada cuaca, sosioekonomi dan budaya di Malaysia agar trend yang kami keluarkan boleh diterima oleh penggemar fesyen di sini.  

What’s your process for creating a new design? 

Selalunya Fizi akan mengeluarkan beberapa sketches dan dari situ team design kami akan membuat research dan mengeluarkan mood board. Team pemasaran pula mengeluarkan data daripada jualan masa lalu untuk dianalisis dan dari situ kami akan berbincang tentang produk yang  bersesuaian untuk dihasilkan. Dari situ juga, kami akan keluarkan beberapa sample baju sebagai initial sample sebelum tema dan jalan cerita dihasilkan agar kami lebih menjiwai koleksi tersebut.  

Berdasarkan tema yang telah diperincikan, kami akan menghasilkan print fabrik, muzik untuk pertunjukan fesyen dan detailings for our beadwork, and embroidery. Itulah cara kami menghasilkan sesuatu koleksi. Selalunya, kami akan menghasilkan lebih 100 helai sampel yang kami akan suai padan dan daripada itu kami akan pilih ‘the best look to walk on the runway.’  

Ada tidak anda secara sedar telah melanggar ‘fashion rules’ atau sememangnya dalam mengilhamkan sesuatu fesyen tiada rules yang digunapakai? 

Fesyen adalah ekspresi diri dan tiada ‘fashion rules’ seharusnya diguna pakai. Namun, limitasi berfesyen atau fashion rules itu datang dari sudut agama, cuaca, budaya, dan acara. Jadi kami sebagai pereka fesyen lebih mementingkan keselesaan dan limitasi pelanggan kami bila mengilhamkan fesyen agar mereka berasa bersesuaian dengan kehidupan, keselesaan dan kepercayaan mereka. Ada sesetengah pelanggan yang sangat berani berfesyen dan ada juga pelanggan yang agak konservatif. Pendek kata fesyen adalah tentang ekspresi diri dan berasa yakin apabila memakainya.  

Do you ever think about sustainability when you’re designing? 

Sustainability adalah sesuatu yang hangat diperkatakan dan generasi sekarang lebih  mementingkan tentang keseimbangan alam. We try to be as sustainable as possible apabila  menghasilkan sesuatu koleksi bilamana kami cuba meminimalkan Kami juga menghasilkan koleksi berkualiti tinggi yang menggunakan fabrik yang amat berkualiti kerana kami percaya kepada ‘slower fashion’. We create pieces that last longer in the closet supaya helaian ini boleh disuaipadan dengan pelbagai cara bagi disesuaikan dengan majlis. Kami juga menerapkan konsep upcycyle yakni perca fabrik yang telah digunapakai  dicantumkan semula untuk menghasilkan fabrik yang baru untuk mengurangi penggunaan fabrik.

Cadangan anda tentang fast fashion

Kami cuba untuk tidak terikut dengan modul perniagaan ‘fast fashion’ as we still believe quality products deserve a longer shelf life in your closet. Kami masih percaya kepada pengeluaran produk berkualiti tinggi.  

Bagaimana dengan kesan teknologi terhadap kerja-kerja anda? 

Teknologi telah memudahkan kerja kami dan membantu dari segi mempercepatkan proses yang dahulunya mengambil masa yang lebih lama. Ia juga memudahkan kami di mana kami tidak perlu mengambil pekerja-pekerja tertentu dek kerana teknologi. Namun teknologi mempunyai limitasi iaitu kami masih percaya tentang seni hasil tangan as technology can be rigid and doesn’t have a soul. Contoh yang  kami boleh berikan adalah ChatGPT di mana teknologi AI ini banyak diguna pakai untuk memudahkan content writing namun bagi kami, perhubungan dengan pelanggan melalui perkataan adalah penting ditulis oleh seorang manusia kerana ia mempunyai jiwa and people can notice that.

Adakah anda fikir social media telah merubah trend yang sudah terbentuk?

Dengan keterbukaan dan ketelusan social media, banyak trend diambil atau terinterpretasi daripada apa yang viral di social media. Certain movements has impacted how trend are formed and bagi kami if it for a  good cause atau movement tersebut membawa kepada kebaikan, kami pasti mengadaptasinya.  

Musim fesyen yang paling anda senangi?

Bagi kami, Hari Raya is our favourite season di Malaysia. Kami merasakan industri fesyen pada musim Raya adalah paling meriah dan banyak idea serta rekaan daripada pelbagai jenama berentap untuk memberikan rekaan yang terbaik kepada pelanggan. Kami merasakan pelanggan di Malaysia juga semakin bijak memilih dan lebih expressive apabila menyambut Hari Raya. Ia adalah waktu yang paling kami gemari kerana interaksi kami dengan pelanggan  juga meningkat and we like how we get to  know our customers and understand them better. 

Kami sedar Fiziwoo sudah membina nama yang teguh dalam industri fesyen di Malaysia  khasnya, tetapi is there any designers you love to collaborate with, locally and  internationally? Sememangnya kami ingin melebarkan sayap kami ke persada antarabangsa. That has always been our goal and we want to make the people of Malaysia proud of us. Kami berharap untuk memulakan yakni melebarkan sayap di negara serumpun seperti di Indonesia dan Thailand sebelum pergi lebih jauh suatu hari nanti. Kami berharap dapat berkolaborasi dengan jenama besar di negara serumpun ini so we can benefit from a two way collaboration between Malaysia dan negara tersebut.

Who are your biggest influences in the fashion world? 

Bagi kami inspirasi terbesar kami adalah our customer. It sounds cliché but that is the truth. Our  customers are fashionable in their own way. Kami mempunyai pelbagai pelanggan yang datang daripada latar belakang yang berbeza yang menginspirasikan kami. We feel we know our customers well enough. Yang  membuatkan persahabatan terjalin itu membuka mata kami kepada kehidupan mereka. Kami melihat cara pemakaian dan kehidupan seharian mereka when we travel together has influenced us creatively when we create a collection.  

What’s the coolest project you’ve ever worked on? Dan mengapa anda rasakan is the ‘coolest’ projek? 

We had so many cool projects we have worked on in the past. Antaranya seperti uniform untuk Hotel St Regis di Kuala Lumpur, Petronas GP, koleksi jenama Amber, kolaborasi bersama Mocof dalam menghasilkan bedding product dan pelbagai lagi projek menarik. Setiap projek ini mempunyai  kepayahan dan keunikan tersendiri yang membuatkan kami sentiasa belajar sesuatu yang baru daripada setiap projek.  

Nampak setelah Fiziwoo mengeluarkan sesuatu ciptaan itu, maka ramailah pereka lain tampil  dengan ciptaan hampir sama, adakah ini secara kebetulan mahupun ia meniru dan bagaimana rasanya kamu sebagai designer saat itu? 

We noticed it either. Kami pada mulanya dahulu berasa agak marah kerana merasakan titik peluh dan kepayahan menghasilkan rekaan itu senang-senang diceduk dan ditiru. Kami juga mempunyai jenama  lain yang telah membeli semua helaian koleksi kami dan terang-terangan alamat penghantaran adalah ke butik mereka. Mungkin untuk diceraikan helaian tersebut dan untuk memahami cara potongan kami. Kami merasakan plagiarisme adalah anti-produktif kepada kreativiti industri fesyen kita.  

Namun sekarang, pandangan kami adalah pada sudut yang lebih positif di mana ini menunjukkan rekaan kami  ditunggu-tunggu dan Fiziwoo memainkan peranan penting di dalam industri fesyen tempatan dan membuatkan kami bekerja lebih kuat untuk menghasilkan rekaan yang terbaik and always a step further than the rest. 

Have you had any big failures, and what did you learn from them? Itu semestinya kerana tanpa kegagalan kami tidak akan belajar daripada kesilapan. Kami pernah ditipu pembekal beratus ribu dan melarikan duit kami. Kami juga melalui pelbagai kegagalan lain yang membuatkan kami lebih matang dalam menjalankan perniagaan dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Kami berdua juga bukanlah datang daripada keluarga yang berada. Kami bermula secara kecil kecilan dan berharap kepayahan yang dilalui itu tidak mahu lagi ditempuhi. Namun, as you grow  bigger, bigger problem arises dan itu pasti terjadi. maka setiap hari sebenarnya akan mengajar kami untuk sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah telah kurniakan dan membuatkan kami sentiasa berpijak di bumi yang nyata.

What skills do you think are most important for a fashion designer? 

Among the most important skills a designer should have are a high sense of fashion. Wajib punya mata yang tajam dalam melihat sesuatu perincian, style dan cara mengadaptasi lantas  menginterpretasinya ke dalam rekaan. Mereka juga perlu mempunyai basic knowledge in  finance, business and marketing kerana fesyen adalah salah satu cabang perniagaan. At the end of the  day, you need to sell your creation.  

Bagaimana anda menghadapi kritikan? 

Bagi kami, criticism is healthy jika diterima dengan hati yang terbuka. Pada mulanya kami berasa down and stressed when we get negative comments kerana ia membuatkan segala penat lelah untuk mengeluarkan sesuatu rekaan itu terasa sia-sia. Namun, usia telah mematangkan kami untuk mengambil setiap komen itu sebagai teguran lantaran membuat kami menjadi lebih kuat untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. We understand how some designers can become defensive tetapi bagi kami komen adalah hak individu dan setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Jadi kami  sentiasa menerima komen secara hati yang terbuka dan jikalau komen tersebut membina, kami pasti mengambil nasihat ‘and improve our design on our next collection’.  

Bagaimana anda memotivasikan diri pada keadaan buruk, contoh ketika pandemik, tiada apa juga majlis seperti perkahwinan dan Hari Raya? 

Ternyata pandemik adalah waktu yang paling sukar bagi kami berdua. Business hancur dan bagi Fiziwoo kami mengambil masa untuk pulihkan perniagaan ini seperti sebelum waktu pandemik. Staying motivated is not easy with a lot of anxiety and depression. Namun, apabila kami di dalam survival mode, kami telah membuat beberapa keputusan yang bijak untuk menukar produk keluaran Fiziwoo bersesuaian dengan kehendak pelanggan dalam waktu  yang singkat. Adaptasi dan berfikiran positif adalah penting di saat sukar.  

Trend fesyen yang anda fikir paling ‘hot’ masa kini? 

Trend terkini yang paling hot adalah ‘quiet luxury’.

Are there any trends you wish would come back? Dan trend yang anda tidak mahu melihatnya kembali? 

We like the 70’s era as it has a lot of trends that we still love and adapt to here at Fiziwoo. Boho style, jumpsuits  and bellbottoms among trends yang kami sangat sukai. I wish denim is the trend that will never come back.

Dekad fesyen yang paling kamu senangi? 

Kami menyukai era 60-an dan seperti yang kami kata tadi era 70- an amat disenangi kerana banyak trend yang masih relevan dan diolah semula sehingga ke hari ini. It is very versatile. 

Do you think some trends are age-specific? 

Seharusnya trend adalah sebagai inspirasi berfesyen dan it is up to individual untuk mengadaptasi trend dalam pemakaian seharian jadi bagi kami, trend is not age specific but more about what you are comfortable wearing and need guideline to know what is in right now.  

What do you think will be the next big thing in fashion? 

Bagi kami ‘the next big thing’ boleh jadi adaptasi teknologi di dalam fesyen. Mungkin penggunaan 3d printing untuk membuat helaian baju.  

Вегаpа kerap rasakan seseorang tu wajib ‘update wardrobe’ supaya dia kekal trendy? 

Bagi kami mungkin setiap enam bulan agar wardrobe mereka mempunyai sesuatu yang sentiasa segar. 

Anda juga mengeluarkan fesyen untuk lelaki, bagaimana trend lelaki berbeza dengan trend fesyen wanita? 

Trend wanita lebih cepat berubah berbanding trend lelaki.  

Saya pernah hadir di pertunjukan fesyen ‘Bernard Chandran’ di London ketika Minggu Fesyen di sana. Pentas cuma jenamanya sahaja. Tetamunya adalah editor-editor fesyen terkenal dunia? Mungkin saya terlepas pandang kalau Fiziwoo juga pernah mengadakan pertunjukan fesyen sebesar itu di luar negara. Kalau tidak pernah, soalan saya bila lagi? Kerana pada pengamatan saya ciptaan anda sesungguhnya sudah layak berada di persada antarabangsa, dan dipakai oleh selebriti A list dunia?

Kami pernah mengadakan pertunjukan fesyen di London, Paris dan New York sempena minggu fesyen untuk menimba pengalaman dan memahami how fashion works di kota-kota fesyen besar ini dan mengenali editor juga agensi PR di sana. It has been a great experience. Namun kami merasakan pada waktu itu kami masih belum bersedia dari segi back end. Kami berharap suatu hari nanti kami dapat mengulangi mengadakan pertunjukan fesyen setiap musim di kota-kota fesyen dunia.

Bagaimana Fiziwoo mahu diingati dalam dunia fesyen ini? 

Kami berharap Fiziwoo diingati sebagai jenama yang membanggakan Malaysia di persada dunia, InshaAllah.  

Soalan terakhir saya anda pernah menyebut style DNA of Fiziwoo ‘is underlain by flamboyance and about volume, peplum and more peplum. Adakah ini masih terpakai? 

Fesyen sentiasa berubah namun kami masih cuba menerapkan style of DNA Fiziwoo ini di dalam setiap koleksi kami. Mungkin ia tidaklah se-flamboyant seperti waktu dahulu tetapi unsur DNA ini masih lagi kuat di dalam setiap helaian Fiziwoo. Fiziwoo right now is more mature dan kami merasakan zaman bereksperimentasi kami dan statement worthy era sudah berlalu. Sekarang kami lebih selesa untuk merekacipta ‘understated beauty’ yang tidak keterlaluan dan lebih matang yang mementingkan hasil  tangan halus dan kualiti yang lebih tinggi.

kredit
Gambar Ehsan Fiziwoo Studio
Terima kasih Jimmy Ong sebagai penyelaras temuramah

Related posts

Datin Saadiah Abdul Rashad Secantik Primadona Filem Melayu Lama

admin

Adelin Dato’ Azman Happy Girls Are The Prettiest

admin

Sharon Jasmin – Queen of Hearts

admin

Leave a Comment