COVER STORY

Dato’ Nazilah Idris

WBC Memperjuangkan Agenda Wanita Berumur 18 Ke Atas

Seorang yang berfikiran terbuka, bertolak ansur, tidak mampu menolak jika orang meminta tolong, cepat melupakan lagi memaafkan dan tegas dalam prinsip perjuangan.

Sebagai pendidik di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, memiliki Diploma Pendidikan Matematik, dan Ijazah Sarjana MudaPengajaran Pendidkan, Master Motivator Profesional Malaysia dan Master Business Administration Cooperative Management (UKKM)

Mengapa Wanita Malaysia Wajib Menjadi Ahli Wanita  Koperasi Wanita Berhad?

Sebagai tanda sokongan kepada usaha membangunkan Bank Koperasi Wanita pertama yang tujuan utamanya adalah untuk membantu meningkat ekonomi wanita itu sendiri, saya sarankan setiap wanita wajib untuk menjadi anggota Wanita Koperasi Berhad. WBC ditubuhkan memperjuangkan agenda wanita yang berumur 18 ke atas dan kami percaya demi kelestarian hidup, inilah antara yang terbaik untuk seluruh wanita Malaysia. Antara lain juga WCB memberi peluang anggotanya mendapatkan akses kepada pembiayaan, pinjaman mikro dan peluang perniagaan melalui program-program usahawan yang dibangunkan.

Jawatan di koperasi dan ceritakan sedikit tentang tugas Dato’?

Saya sebagai Pengasas dan Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi, antara lain tugas saya ialah mempegerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi dan memegang portfolio ahli Jawatankuasa Pengembangan dan Keanggotaan juga untuk projek khas. Sebagai pengerusi tanggungjawab saya memastikan secara keseluruhan koperasi beroperasi mematuhi undang-undang dan 7 prinsip koperasi.

Bagaimana Dato’ berkomunikasi mengenai visi dan matlamat supaya lebih berkesan?

Sepanjang saya menguruskan WCB perkara paling penting adalah untuk menjelaskan misi dan visi WCB. Memberitahu mereka dengan jelas, melalui pelbagai cara dan usaha. Perkembangan sosial media hari ini memudahkan tugas kami juga waktu sama WCB punya portal kami sendiri supaya setiap ALK memahami fungsi dan peranan masing-masing. Tegas saya mengatakan akan betapa penting sekali koperasi ini mendapat sokongan padu daripada  rakyat Malaysia khususnya seluruh wanita di negara ini. Untuk dibangunkan hingga menjadi Bank Koperasi yang pertama di Malaysia. Antara cara penjelasan yang kami gunakan adalah menerbitkan video-video pendek, melalui tik tok WCB, website, FB page dan juga dalam setiap program yang dianjurkan oleh WCB atau mana-mana pihak yang melibat WBC di seluruh negara.

Bagaimana Dato’ mengimbangi kehendak anggota dan kehendak organisasi?

Bagi mengimbangi kehendak anggota selari dengan objektif penubuhan WCB, anggota jangan sekadar bertanya hal dividen semata, tetapi saya berharap mereka peka akan kepentingan sebagai anggota dan menabung sebanyaknya, kerana untuk mendapatkan dividen memerlukan penglibatan, sumbangan dan keyakinan yang tinggi supaya koperasi lebih maju. Sokongan padu anggota dan bersama membantu mendapatkan lebih ramai anggota mampu memberi dividen yang tinggi.

Perlu diketahui setiap saham daripada anggota digunakan sebagai modal koperasi, yang demikian koperasi mampu berolehi model mantap bagi menambahkan perniagaan. Kepentingan saham anggota menjadi dana dalaman sebagai suntikan model perniagaan yang tidak melibat pihak ketiga, contoh, tidak perlu membuat pinjaman dengan bank, tidak perlu berkongsi dengan pelabur dan akan meningkat keuntungan dan keuntungan dibagi balik kepada anggota.

How do you handle conflicts within your team?

Mana-mana organisasi pasti ada konflik atau salah faham dalam pentabdirkan dan menyelasaran pengurusan koperasi. Langkah terbaik adalah melalui perbincangan di kalangan anggota lembaga dan pengurusan. Dan setiap perbincangan mesti berlandaskan undang-undang kecil koperasi supaya setiap tindakan adalah betul, tepat dan tidak boleh dipertikaikan.

Sebagai ketua, bagaimana Dato’ tangani masalah di tempat kerja atau ketika membuat keputusan yang kritikal?

Pertama saya akan membuat analisa setiap permasalah yang timbul pro dan kontra dan mengambil pandangan pelbagai pihak dan bersemuka dalam pasukan untuk mendapatkan informasi yang betul, juga pandangan semua. Dan akhirnya akan merujuk kepada perundangan koperasi dan juga suruhanjaya koperasi Malaysia.

Cabaran yang dihadapi oleh kebanyakan koperasi?

Banyak cabarannya, antaranya kurang kepercayaan kepada para anggota sedangkan kepercayaan adalah asas kepada silaturahim yang produktif yang membolehkan anggota berkongsi maklumat, idea, feedback dan informasi tanpa rasa takut dinilai, dikritik atau dikhianati. Juga untuk mengajak wanita menjadi anggota WCB sendiri. Waktu sama untuk mereka memahami bahawa keanggotaan ini adalah untuk menyatukan 15.9 juta wanita di dalam negara ini untuk berjuang bersama membangunkan perniagaan terutama kredit yang menyumbang kepada sumber ekonomi diri dan keluarga. Perlu diketahui bahawa koperasi wanita ini adalah wadah perjuangan untuk mengangkat agenda wanita. Yang menyedihkan bila jadi anggota koperasi, yang mereka peduli dan tanya dan tanya adalah berapa dividen mereka akan dapat.

Mengapa terlibat dalam kegiatan sosial sedangkan kita punya suami, anak dan ahli keluarga lain yang memerlukan perhatian dan wajib dilaksanakan?

Saya percaya kebanyakan yang terbabit dalam kegiatan sosial kerana mereka sudah pasti urusan di rumah sudah beres dan masa yang terluang itulah digunakan untuk berbakti kepada masyarakat. Kalau kita bijak menguruskan, saya tidak nampak mengapa kita berkisah untuk membuat kebajikan yang juga menjadi kewajiban kita sebagai insan yang penyayang.

Juga memang sifat semulajadi saya suka menolong sesiapa sahaja yang memerlukan dan saya akan melakukan sehingga nafas terakhir ini. Doakan saya sihat. Andai saya tidak lagi memegang apa juga jawatan, saya akan terus dengan cara saya untuk berkhidmat secara sukarela. 

Semenjak 12 tahun lalu saya adalah Pengerusi Sekretariat Gabungan NGO Selangor dan juga Pengerusi Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor. Anda boleh layari dan google nama saya untuk mengetahui aktiviti yang saya jalankan selama ini.

Sama ada dalam koperasi atau urusan tugasan harian, bagaimana Dato’  kekal bermotivasi?

Saya pastikan saya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berfikir positif, juga sentiasa ada engagement dengan dunia luar. Ya, anda perlu bermasyarakat dan turun ke padang untuk melihat sendiri pelbagai permasalahan masyarakat hari ini. Di samping itu kena banyak membaca dan berkomunikasi, ambil tahu hal negara dan hal dunia. Bukankah segalanya di hujung jari, tekan maklumat diperlukan akan diperolehi. Juga cari ilmu daripada orang berpengalaman dan berpengetahuan.

How has your leadership style evolved?

Saya percaya kepada integriti, visi, skil komunikasi, mengadaptasi, empathy, resilience dan komitmen untuk terus belajar. Ketua yang bijak harus pandai menunjukan gratitude dan berkolaborasi seefektinya. Sifat ketua juga memastikan anggotanya perlu menyokong bagi mencapai matlamat dalam perjuangan koperasi misalnya. Seiring dengan perubahan masa, dan memandang anggota WCB sendiri terdiri daripada usia 18 ke atas, maka ketua juga wajib mempersiapkan dirinya dengan perkembangan semasa, you set a clear vision for your team and organization, trust within the team, you inspire others, you foster innovation, you maintain high standard dan banyak lagi.

Bagaimana Dato’ mengimbangi kerja dan kehidupan harian?

Ini amat penting. Seperti yang saya katakan kita mesti bijak membahagikan masa antara kerjaya, rumahtangga dan urusan amal. Ada ketika kerjaya itu yang kritikal dan perlu diselesai, maka didahulukan. Atau urusan rumahtangga yang amat memerlukan anda, ya kamu tidak boleh menangguhkan atau mengenepikan, atau padah yang diterima. Begitu juga kerja amal dan kamu telah diamanahkan, maka wajib lakukan. Dunia dan akhirat kena seimbang.

Bagaimana pula untuk kekal terkini dalam industri?

Untuk sentiasa ‘update’ kita kena selalu melibatkan dalam semua aktiviti SKM, Angkasa dan aktiviti koperasi lain dan bekerjasama dengan agensi dan kementerian. Ini antaranya, Contoh baru-baru ini kementerian membawa ke Parlimen untuk pindaan 200 Akta Baru dalam Koperasi. Kalau pemain utama koperasi tidak peka akan perkembangan dunia ekonomi dan keadaan seperti kestabilan politik dalam negara dan serantau serta apa yang terkini dalam industri perusahaan dan perdagangan sudah tentu kita akan terbelakang. Maknanya ilmu mesti dicari, dikaji dan tindakan untuk terus memaju dan dimanfaatkan. 

How do you cultivate a growth mindset within your team?

Saya percaya akan kekerapan mengadakan perbincangan secara santai dan program kumpulan kecil dan menganjurkan ‘retreat’ dalam pasukan pengurusan dan menjalin hubungan rapat, serta sedia nasihat menasihati, saling mengasihi dan ambil tahu permasalah saudara seanggota khasnya, juga menekankan budaya berkoperasi untuk meninggikan taraf ekonomi keluarga. Seteruskan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam ucapan saya di setiap majlis, saya berulang kali menjelas matlamat dan hala tuju membangunkan Bank Koperasi Pertama Wanita dan cara bagaimana wanita dalam negara ini boleh memberi sumbangan kepada usaha ini.

Malam 1000 Kebaya bakal diadakan pada tahun hadapan, harapan Dato?

Malam 1000 Kebaya adalah permulaan kepada menggerak dan mengumpul sejuta anggota koperasi selain dapat menyampaikan message kepada masyarakat di luar sana. Program ini juga antara usaha untuk ‘establish’ perniagaan Koperasi Wanita terutama kredit dan jual beli emas, dan sudah tentu demi memartabatkan Kebaya itu sendiri dan mengangkat keindahan seni budaya bangsa Malaysia. Dr. Salmah Ishak telah menyebutkan dengan jelas di ruangan ini juga, tepat apa yang dikatakan oleh beliau mengapa Malam 1000 Kebaya ini besar erti kepada WCB.

Bila tidak bertugas Dato’ suka buat apa?
Masa amat menceburi saya dengan pelbagai kegiatan yang perlu diselesaikan setiap hari. Begitupun seperti kata pepatah Inggeris, All work and no play makes Jack a dull boy. Selalunya saya lapangkan untuk berkebun. Berbakti kepada tanah memberikan juga ketenangan jiwa, menambah pendapatan waktu sama sebagai sedekah jariah kepada kepada saudara mara, jiran tetangga dan kawan-kawan. Kami anak beranak suka bercucuk tanam terutama saya sendiri. Saya jadikan hobi yang berfaedah, dan berada di rumah kampung aktiviti lain saya adalah memancing. Satu hal saya sendiri tidak suka melancong. Kak, saya takut naik kapal terbang kecuali kalau terpaksa ke luar negara kerana tugasan. Kak Wirda mesti tertanya, tidak kesian ke anak-anak, cuti memerap di rumah atau berkebun dan memancing. Let me tell you, anak saya sendiri tidak selesa tinggal di resort atau jalan-jalan. They are just like me seperti juga arwah bapa mereka,  dan kerana saya sendiri punya Rumah Penyayang Ulin Nuha, yang menempatkan 30 Anak Yatim sejak 2016, di situ juga masa kami luangkan masa dengan pelbagai aktiviti bersama mereka.

Kredit
Coverstory Disember 2024
Gambar Syarief Nurlette
Solekan dan Penata Gaya Rossa Talip dan Eleena
menggunakan produk Farmasi Turki
Penyelaras Nora Muhammad dan Shameen Ashraf
Pengarah Seni Wirda Adnan
Terima Kasih HOTEL WYNDHAM ACMER HOTEL, KELANG

Related posts

WIRDA/MAHANI TOGETHER WE CAN MAKE A DIFFERENCE

Wirda Adnan

DATIN NORLIZA MOHD SALEH KHAN

Wirda Adnan

Food Is Like Love – Illiana Zakaria

admin

Leave a Comment