COVER STORY

DATO’ EMMA IBRAHIM – “I AM IN LOVE”

“I wasn’t expecting you. I didn’t think that we would end up together. The single most extraordinary thing I’ve ever done with my life is falling in love with you. I’ve never been seen so completely, loved so passionately, and protected so fiercely.”

Saat saya ketemu Dato Emma dengan seorang jejaka di sebuah majlis fesyen baru-baru ini, saya tahu Dato Emma sedang dilamun cinta. Wajahnya berseri-seri, dan disebelahnya sang jejaka, mereka terusan berbual-bual, tidak menghirau orang di sekeliling.

Saya mendekati mereka, “Dato’, Februari bulan cinta,” kata saya mengingatkan janjinya untuk menghias majalah, bulan yang paling sesuai untuk Dato’ hadir di majalah.”

Yes, I love it, perfect month,” jawab Dato’ Emma yang sebenarnya menunggu bulan yang sesuai untuk meluangkan masa di studio dan bercerita. Memang ramai mahu tahu mengenai Dato’, tambah setiap kali muncul di khalayak ramai terpegun dengan gayanya, tumit tinggi lima inci, tas tangan sesuai dipadankan dengan pakaiannya hari itu, gaya yang membuat orang tidak berkerlip pandang, tetapi kita mulakan dengan kisah cinta, okay.”

“Saya senang, memilih baju saya sendiri, tapi tidak banyaklah di simpanan di KL, di Kuching lebih besar geroboknya,” dia melanjutkan cerita bila tarikh untuk shooting sudah ditetapkan. “I prefer my own collection, there are some still waiting for the day to be worn,” kata Dato.

Yes I have red, pink, yellow.”  “Cantik,” jawab saya sambil membelek lagi koleksinya untuk dipakainya hari itu.” (Jangan lupa untuk mengikuti ‘Fashion Journey’ Dato Emma pada keluaran Mac, kerana bulan ini saya mahu Dato’ bercerita tentang kisah cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Datuk JJ.)

Cinta itu tidak berumur, tidak terbatas, dan tidak mati.” kata John Galsworthy

“Ya, kami baru sahaja mengenali satu sama lain dengan lebih dekat, sekali pun sebelum ini pernah beberapa kali bertemu. Mungkin inilah yang dikatakan jodoh, dan saat Allah mengutuskan untuk kami berdua memulakan hidup baru, Allah menghantar pasangan untuk kami memulakan fasa baru dalam hidup masing-masing. “Kami berdua sebenar tidak mencari pun, tapi Allah telah mengatur yang sebaiknya, untuk saya dan dia. Baru hanya beberapa bulan ‘mengenali’ berasa kami pasangan secucuk, dia dan saya memerlukan teman untuk bercerita, bermesra, teman yang saling memahami perasaan bila kesunyian dan teman yang boleh menyayangi anak kita bagaikan anak sendiri. Dan setelah saya mengenalkan dengan anak-anak dan ibu, mereka memberikan lampu hijau. “Saya takut bercinta lagi, tetapi dia memastikan bahawa dia juga punya perasaan sama, maka elok kami jaga cinta kami, inshaAllah berkekalan hingga ke jannah. Cinta bukanlah tentang berapa lama kamu mengenal seseorang itu tapi tentang seseorang itu yang membuat kamu tersenyum sejak kamu mengenalinya?” 

Kerana masa yang terhad, saya sambung kisah cinta Dato Emma dengan Q & A.. (Dato menjawab, tanpa saya edit sedikit pun, inilah jawapan jujurnya.

Ceritakan mengapa setelah permergian suami baru kali ini Dato’ terbuka hati untuk bercinta lagi. Dan apa yang membuat hati Dato’ terbuka semula untuk lembaran baru berumah tangga tangga sekali lagi pada usia awal 50-an ini.

Actually I never think of a serious relationship sebab arwah adalah orang yang terlalu istimewa di mata saya dan tidak akan ada pengganti. Will be no one can replace him in this world. I just need a friend so that I can have a place like that. That all I need.

“Tapi dengan Datuk JJ dari mula pertemuan dia dah cakap pasal he always want a good wife, a wife who can respect him BUT dari awal saya dah cakap. Saya bukan isteri yang baik sebab saya kuat kerja dan saya tak boleh duduk rumah dan saya tidak suka dikawal. Dia kata dia faham sangat hal ini dan dia pun kuat kerja.

Bagi saya perkahwinan itu adalah wajib dalam Islam bagi mereka yang masih berkemampuan. Jadi bila kita sudah jumpa orang yang betul-betul dapat memahami kita jadi tak salah nak berumah tangga kali ke dua ke atau ke tiga  jika kita memang single. Dan pada usia 50-an ni saya rasa kita more to partner dan sahabat.

A person that you can rely to. Lagi pun JJ adalah lelaki yang suka mendengar tentang kerinduan saya terhadap arwah, he said accepting me means I have to accept that you are living with arwah Din in your heart, I can’t take that out of you because I know you loved arwah too much and you are single bukan kerana penceraian hidup tetapi kerana suami meninggal. Saya selalu bercakap dan memuji sikap arwah di depan JJ and he is ok with that, malah kita selalu ke pusara arwah bersama sama dengan my little Isaac.

Ceritakan mengenai dia yang menjadi pilihan dan apa yang paling menariknya tentang dia?

Dia semestinya mempunyai ciri ciri lelaki idaman. Tinggi dan tegap. And he is so caring. Very firm at his own decision. Very jovial and he never like people talk about others. And satu character sama dengan my late husband, manja dan loving. In October last year a friend of mine introduced me to him. And we started texting each other after that sekadar bertanya khabar. Dan kita selalu bertanya khabar sebab saya kan

berulang alik KL Kuching dan dia duduk Kuching. Dan setiap kali saya balik Kuching kita sering keluar bersama. Lama lama kita pun semakin rapat….and one day he said “I love u” and I was……so shock but didn’t say anything. To me still too early. That was in the middle of December 2022. I don’t want to commit. And I just want a friend.

Saya biasa lah kan. Agak sukar to fall in love. Dia pun cool je. Tipu lah kalau tak bergaduh kan tapi kita baik balik. JJ pandai pujuk.

And he is nice to my kids too, especially my little Isaac. And to my parents JJ sangat hormati. Itu membuat hati saya terbuka untuk bercinta. Kita bergaduh juga tapi lepas tu, JJ pandai pujuk. He is good at it……hahahhaaa.

Dan how is it like to be single?

“I love to be single. I am so free to do whatever I want. Pergi holiday, pergi mana mana tak ada orang tanya. Tak payah pun nak bagitau. I have too much freedom. Hah…. Too much happiness and so much excitement.

Definasi cinta Dato’? Dan ‘quotes’ cinta yang pernah dato’ baca yang begitu menusuk jantung hati dan katakan kenapa?

“Cinta itu adalah keikhlasan. Jika kita mencintai seseorang secara ikhlas, InsyaAllah cinta akan sentiasa berputik. “Real love is rare. So when you find it, don’t let go. Just because of a barrier you cant cross.”

Sejujurnya cinta sebenar susah untuk dicari sebab kita boleh mengatakan I love you many times but the real love itu kamu akan rasa perbezaannya. Well, bagi saya bukan senang untuk mengatakan ‘I love you’ pada seseorang, the only man was my late husband.

But it may be for us to just say out of our concern, out of our loneliness but real one memang berbeza. Datuk JJ juga mengatakan yang sama. It’s different when I am with you and I really feel that I betul-betul jatuh cinta. Hahhahahaha

Have you ever changed yourself to make someone love you?

Not so extreme la. Bertukar ke arah kebaikan. Focus lebih kepada yang lebih bermanfaat dan less enjoying myself. Macam tu la. Lain tak bertukar and I am Emma and I can’t change that.

What’s one thing about love that scares you?

Kehilangan. That is the most painful and I can’t go through that again. It takes me years and years to forget and to go through that.Too sad. But do you know that “grief is the price we pay for love.” Quote ini sangat betul.

What do you hope for this second time of the marriage?

Semoga ia berkekalan dan dapat memperbaiki kehidupan berkeluarga masing masing dan at least saya ada teman bergaduh, teman merajuk dan ada orang pujuk dan at least I have a shoulder to cry on when I am sad and I pray that he can take care of me and be a father figure to my kids, especially my little Isaac.

Apa nasihat Dato’ to keep relationships running smoothly?

Jujur, tidak menipu, kesetiaan kepada pasangan adalah amat penting dan relationship.

Trust and commitment matter most in relationships. Bolehkah dato’ huraikan dua perkara ini daripada pengalaman sendiri?

Trust and commitment both are important. Kalau tidak ada kepercayaan sukar untuk seseorang untuk menjalani suatu hubungan dengan baik. Maka pergaduhan akan terjadi dan itu akan menyebabkan perhubungan di antara pasangan akan menjadi tegang. Dan masing masing akan menjadi stress. So no point to have a toxic relationship. And commitment mesti ada. Kalau tak nak commit tak payah ada serious relationship. Don’t waste your time.

Yang mana Dato’ lebih setuju. Love should always feel comfortable or love should always feel new and exciting.

Kita hendaklah sentiasa selesa dengan pasangan kita, yang mana hendaklah sentiasa jujur dengan pasangan. Kejujuran amat penting dalam sebuah perhubungan. Barulah ada keserasian dan barulah sebuah perhubungan itu akan sentiasa kekal dan mengujakan. Kalau boleh jangan ada perasaan syak dan tidak percaya antara satu sama lain. Than your relationship will be more exciting and you feel the love.

And what do you think makes people fall out of love?

Ya kerana tiada persefahaman dan tidak ada rasa percaya pada pasangan.

Harta paling berharga adalah keluarga bukan emas bukan permata. Apa pandangan Dato’ dalam hal ini?

Harta yang paling berharga adalah keluarga bahagia. Kebahagian sesebuah keluarga adalah amat penting daripada emas dan permata. Itu amat betul. Semua orang mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia di samping suami dan anak anak.

Nothing beat kebahagiaan yang hakiki. Tak guna mempunyai harta yang banyak tetapi rumah tangga dan keluarga porak peranda. Syukur alhamdulillah, keluarga saya sangat bahagia dan saya juga mempunyai hubungan yang amat rapat dengan bekas kakak-kakak ipar dan keluarga arwah suami saya. We love each other so much and they also feel excited about my new journey. Alhamdulillah.

What is a husband’s responsibility? And a wife’s responsibility?

Tanggung jawab suami adalah memastikan nafkah isteri dan keluarga sentiasa di jaga dan untuk menjadi suami yang baik hendaklah menjadi suami yang sentiasa melindungi isteri dalam segala hal. Dan tanggungjawab isteri adalah sentiasa menjaga suami dan anak-anak dengan baik.

Dan bila hari pernikahannya?

Kami telah tetapkan pada bulan Jun, InsyaAllah.

Dato’ memilih siapa untuk baju pengantin? Tempatan atau luar negara, apakah mungkin Dato’ akan memilih Vera Wang atau Elie Saab?

Saya senang dengan pereka tempatan terkenal, Albert King. Saya memilih pakaian tradisional baju kurung untuk hari nikah. Maaf ya, tiada bersanding kerana ini adalah pernikahan ke dua dan saya pun sudah di usia 50. 

Biodata Dato’ Emma Ibrahim 

Saya adalah anak kedua daripada tiga adik beradik. Berasal dari Kuching dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. I have four boys and my eldest is married with two little boys. Saya merupakan pengasas Red Profile Sdn Bhd dan beberapa lagi syarikat di bawah naungan syarikat induk. Saya juga mengendalikan syarikan membuat produk kecantikan dan juga syarikat-syarikat yang import export barangan buatan Malaysia ke luar negara temasuk China dan Indonesia. I am a Certified Image Consultant from London Image Institute. I study image consultant when I was staying in London while taking care of my children studying there. My hobbies are travelling and riding horses. I love horses and I feel more energetic when I am connected to a horse.

Related posts

The Alchemy of Dr. Anjhula Mya Singh Bais: Aristocrat, Activist, Academic

admin

Presiden MODA Melinda Looi – Objektif Baru Industri Fesyen

admin

Linda Olivia Founder/CEO OLIVIAZModels – The fashion world has always intrigued me…

admin

Leave a Comment