Cinta adalah getaran kebahagiaan. Cinta adalah kebahagiaan yang terus berdegup. Cinta adalah wujudnya keabadian yang paling sejati. Cinta membuka mataku dengan keindahannya, dan membeli jiwaku dengan kehangatan jemarinya. Cinta turun ke dalam roh kita melalui kehendak Tuhan, dan bukan melalui kemauan manusia sendiri. Cinta, seperti kematian, mengubah segalanya.
Cinta mampu mengisi kesepian manusia, dan mengakrabkan hatinya dengan manusia lain. Cinta dan keraguan tidak pernah saling berbicara. Cinta itu burung yang indah, yang mengemis untuk ditangkap tapi menolak bila dilukai. Cinta adalah kurniaan Allah kepada jiwa-jiwa yang peka dan agung.
Cinta kasih di dalam hati itu terbagi-bagi bagaikan dahan-dahan pohon cedar. Jika pohon itu kehilangan satu dahan yang kuat, ia akan menderita namun tidak mati. Pohon itu akan menumpahkan seluruh daya hidupnya ke dalam dahan berikutnya, sehingga ia akan tumbuh dan mengisi tempat yang kosong.
Dan bagiku jujur aku katakan, cinta membabitkan dua pihak, perlu jujur dan amanah, atau ia hanya hayalan. Al Hubbu haqiqu yakunu baina thor faini wa yusha hibu us shidqu wal amanah. Wa maa ada dzalika fa yakuna khoyal.
Berceritalah teman. Tiba-tiba ‘si tua’ itu mengetuk pintu rumah aku, di tangan sebakul mawar merah, coklat serta sebotol minyak wangi Chanel No 5 (memang, tiga produk yang dulu dimewahkan olehnya saat memikat dan terpikat, dan jadilah aku kekasihnya.
Pada usia 18 tahun aku terlalu naif. Aku sangkakan itulah cinta, diambil dihantar ke tempat kerja, dilayan dengan hadiah, sesekali ke KFC McDonald. Pada aku itu sudah baik. Apa tidaknya dengan gaji tidak seberapa, aku bahagia dengan layanan begitu. Tiba masa aku menyuarakan rasa hati, ingin dia menyuntingku. Aku membayangkan kehidupanku dengan dia. Ya saat itu aku tidak mahu memikirkan kalau menjadi isteri kedua bagaimana nasibku nanti. Aku hanya fikir aku muda dan pasti aku yang lebih disayangi dan dilayani. Apa aku kisah yang di sana merana, aku pun tidak kenal dia.
Satu hari seperti biasa pada hari kekasih dia menghadiahi bauan kegemaran, coklat dan 23 kuntuman mawar sempena usiaku 23 tahun. Sungguh akulah gadis yang paling gembira waktu itu, dan saat bibir kami bertaut, dia membisikkan sesuatu, “Sayang, abang…” dan suaranya terketar-ketar.
“Ya abang, katakanlah, ayang menunggu perkataan itu…” “Sayang… abang…” “Ya, ayang tidak sabar menjadi isteri abang.” “Sayang… dengar sini,” katanya kali ini begitu jelas. “Abang bukan tidak sayang ayang, inilah buktinya kasih sayang abang, tetapi… abang tidak sanggup menduakan yang di sana. Cukuplah kita sebagai kekasih gelap.” “Apa?”
Dan aku mengambil coklat-coklat yang ada di bakul ku tonyok-tonyok ke mukanya dan bersama mawar dan Chanel no 5 ia melayang jauh entah ke mana. Aku berlari keluar dari restoran itu, biarlah puluhan mata memandang, biarlah orang kata aku gila, tetapi cukup. “Engkau bangsat memainkan hati wanita ini. Aku serahkan permataku untukmu dan ini balasannya?”
Saat itu aku berasa terlalu hina, hinaku yang terlampau kerana cinta ku selama lima tahun ‘dirai’ sebegitu. Sanggup dia pada hari kekasih, saat kekasih yang lain dibelai manja dan ini hadiahnya kepada aku. Kejam.
Aku tidak tahu mengapa pada hari itu pintu pagar terbuka luas.
“Oh kamu, apa yang kamu mahu dengan aku?”
“Ala ayang, sudah bertahun-tahun berlalu tak kan masih ada lagi dendam, ayang tahukan abang tidak pernah melupakan ayang… terlalu lama abang merindu ayang, dan saatnya sudah tiba. Semalam bukankah hari ayang habis iddah?” “Ba.. bi. ”
Tidak pernah aku berkata kasar pada seorang lelaki. “Tolong kamu pergi, aku tidak mahu anak-anak tahu kisah silam aku, aku malu kalau mereka tahu begini rupanya perangai si ibu. Aku malu kalau isteri kamu tahu aku pernah menjalin kasih dengan kamu. Tolong jangan sesekali-kali kamu khabarkan kepada sesiapa pun di dunia ini bahawa satu ketika aku pernah mencintai kamu, kerana sejujurnya itu bukan cinta, tapi mainan syaitan yang melelapkan dan memperdayakan mata dan hati aku. Kamu ingat setelah suami aku mati, aku ingin mencari pengganti? Kalau pun aku teringin nak kahwin lagi, bukan dengan kamu?” Pergi sebelum aku memanggil polis mengatakan ada penceroboh di kediaman ku ini. Bawa balik hadiah-hadiah kamu, aku tidak ingin.”
Inilah jantan yang langsung sesen pun tidak ada nilai diri. Tahu apa yang dihantar dalam whatsapp nya sejam kemudian.
“Abang keseorangan, hari itu isteri abang di bilik pembedahan. Dia mengidap kanser payu dara… abang pun sudah lama merindui belaian manja seorang wanita… kalau abang mahu boleh saja abang mencari yang lain, tetapi hati ini sentiasa mengingati ayang… dan berdoa supaya ayang menerima abang kembali. And I love sooo much, no one, not even my wife can give love like the way you love me.”
Dulu aku bodoh, kadang kita tidak sedar pernah bodoh demi seseorang… ya, aku bodoh.
“Wirda tolong I.”
“Tolong apa?”
“Kalau you, you buat apa?”
“I kill him.”
“Seriously, what do I do?” “Kill him…”
“So cruel you.”
“Ya, kalau aku, aku akan bunuh dia.”
Bunuh bukan dengan pisau yang tajam atau menembaknya dengan pistol.
You tell him to get out of your life, you tell him.. he is such an idiot, dia manusia bertopengkan binatang. Bayangkan saat isteri bertarung nyawa, bukankah dia sepatutnya di sisi, sebaliknya dia datang mencari kamu menagih kasih? Jahat.
Teman menyudahi ceritanya dengan pesanan ini kepada ‘si tua itu, “Aku mungkin bodoh sebab senang maafkan orang tapi aku tak bodoh dan lupa apa orang pernah buat dekat aku.”
(Saya tutup cerita jantan ini, saya juga kenal dia yang sebenarnya pada usia menghampiri 80 tahun, masih belum insaf. It makes me so sad.)
Anak-anakku yang di luar sana, lelaki yang baik tidak akan bermain-main dengan cinta, sebab dia tahu kata cinta menuntut tanggung jawab. Ingat wahai anak-anak muda, jangan cepat terpedaya dengan kata-kata memujuk merayu. Ingat, kalau kamu perempuan yang betul-betul memahami hati seorang wanita, kamu langsung tidak mahu mendekati lelaki yang sudah beristeri.
Lalu senantiasalah berdoa, “Ya Allah, jauhkan aku daripada lelaki yang sudah punya isteri dan keluarga. Jodohkan aku dengan pria yang tidak akan mengecewakan hati seorang isteri demi seorang wanita lain. Wahai Allah, temukan aku dengan seorang lelaki yang baik, yang mencintai aku sepenuh hatinya, kerana lelaki yang baik-baik adalah untuk perempuan yang baik.”
Seperti kisah teman, hatinya terlalu berharap kepada seseorang, maka Allah timpakan kepadanya pedih, pilu dan malu. Dan untuk dia bertaubat atas kesilapannya yang lampau. Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburi hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangi kamu daripada perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepadaNya.
Pesan Ali bin Abi Thalib, “Jika dia (lelaki) mengerti tentang agama, tentu dia akan membuat mu laksana ratu. Berkata lagi, Saidina Ali, “Terkadang patah hati adalah anugerah daripada Allah. Itulah caranya memberitahu kita bahawa ia menyelamatkan kamu daripada orang yang salah. Sungguh, orang yang tepat tidak akan menjauhkanmu daripada Allah. Jika ia melakukan, bererti dia adalah orang yang Allah tidak perkenankan.”
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikan aku kepada cintaMu.” (hadis, riwayat Tirmidzi)