CINTAGAYA HIDUP

Pernikahan Melissa Helena binti Iskandar Sargeant dan John Peter Artley

Daripada Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, dia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya, “Jika seseorang menikah, maka ia telah menyempurnakan separuh agamanya. Kerananya, bertakwalah kepada Allah pada separuh yang lainnya.”

Tarikh 22 Januari 2022, jam 11 pagi, bertempat di Masjid Sultan Abdul Aziz, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, Melissa Sargeant berwalikan bapanya Howard Sargeant dengan mas kahwinnya RM1,000,000.00 selamat diijab kabulkan. Mengiringi mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang persalinan, minyak wangi, jam tangan dan buah-buahan; lima bekas dibalas tiga bagi pihak John Peter Artley.

Majlis yang serba ringkas disaksikan oleh keluarga dan sahabat terdekat ibu pengantin perempuan Dr. Mai Sargeant. Melissa adalah anak kedua dan satu-satunya puteri Dr Mai, dua lagi lelaki. Melissa menggunakan kurung moden serba putih dan John dengan baju Melayu putih lengkap bersampin.

Semua dirancang dalam masa seminggu

Persiapan untuk akad nikah dan bertandang berlaku dalam masa seminggu sahaja (Las Vegas wedding). 

Melissa yang menetap di London pulang ke Kuala Lumpur setelah lebih dua tahun tidak menjenguk ibunya kerana pendemik. Waktu sama mencari tempat untuk acara resepsi yang dirancang pada Mac 2023. Begitupun dengan izin Allah, semuanya berlaku dalam masa seminggu. “Alhamdulillah,” kata ibunya. 

Melissa dan John kuarantin di Langkawi selama 10 hari sebelum mereka pulang ke Kuala Lumpur. Sebenarnya mereka sudah pun bersetuju melangsungkan perkahwinan di Datai Langkawi dan semua sudah pun diurus untuk 2023. Sebagai anak muda semestinya dia punya impian perkahwinannya, di tepian pantai bersaksi sinar matahari tenggelam, begitulah antara ceritanya. 

Namun si ibu punya harapan yang meninggi. Beliau mahu melihat anaknya bernikah dulu sebelum pulang ke London. “Sudah tiga tahun berkawan wajarlah menghalalkan perhubungan,” kata ibunya.

“Namun masa mereka cuma tinggal seminggu. Waktu seminggu untuk menguruskan segala-galanya; imigrasi, Jawi, kursus kahwin, baju nikah, hantaran, venue untuk resepsi dan lain-lain. John sebelum memeluk Islam adalah seorang ‘Atheis’ bangsa Inggeris (sudah pun memeluk Islam secara zoom sewaktu PKP enam bulan yang lalu) dan beliau perlu mendapat pengesahan  serta kelulusan dari British High Commision juga imigresen. Waktu sama menguruskan hal nikah kahwin di JAWI: mencari imam, urusan kesihatan dan banyak lagi hal lain yang bersangkutan. Dalam minggu yang sama juga cuti Deepavali. Allahu Akbar.”

Antara sebilangan hantaran dari kedua mempelai termasuk cek mas kahwin RM1,000,000.00

Sebagai ibu Dr. Mai juga mahu majlis perkahwinan anaknya meninggalkan kenangan manis mereka berdua,  juga dia sekeluarga. Sudah tentu mereka mahu yang terbaik dan tercantik, kerana ia akan disimpan di dalam album kenangan keluarga.

“A lot of people make a joke that we should make a film about this ‘nikah in a week,” kata Melissa. 

“Alhamdulillah, walaupun kelam kabut menguruskan segala-galanya, saya memanjatkan syukur, Alhamdulillah dan semuanya berjalan dengan lancar. Saya sendiri tidak percaya majlis pernikahan dan resepsi Melissa dan John yang dibuat dalam masa seminggu hampir sempurna,” kata Dr. Mai yang tidak lupa mengatakan terima kasih kepada ahli keluarga dan kawan-kawan yang turut membantu. “Cuma sayangnya suami yakni bapa Melissa tidak dapat hadir bersama sebab beliau perlu kuarantin seminggu dan masa tidak membenarkan kerana mereka terpaksa juga pulang ke London bekerja.” Cerita ibu Melissa, “Melissa dan John perlu bekerja mengikut waktu di England semasa berada di Malaysia, jadi waktu untuk membuat persiapan amat terhad, daripada jam 10 pagi hingga tiga petang sahaja. Mereka kena bekerja daripada pukul tiga petang hingga dua pagi. Bayangkan waktu itu juga pergi menempah baju kedua-dua bakal pengantin, baju kami anak beranak (mestilah ikut tema), membeli barangan hantaran, doorgift dan sebagainya. Semuanya macam miracle namun dengan kuasa dan izin Allah, dipermudahkan. Alhamdulillah.”

Related posts

“Green the Good Earth” Kempen Kelestarian Dr Greenthumb

Mahani Awang

Pembukaan Butik Kate Spade New York di KLCC

admin

Burberry Supports Vulnerable Communities Globally Through Donation To UNICEF’S Covid-19 Vaccines Appeal

admin

Leave a Comment