Apa yang menarik sangat mengenai Koo Lily? Secara abstraknya, hasil karya seni yang beliau lantunkan di atas kanvasnya sememangnya seringkali memukau dan seolah-olah mampu membawa anda ke suatu alam lain yang asing. Selain itu beliau merupakan seorang penceramah dan pakar motivasi yang disegani kerana mampu
meninggalkan kesan mendalam dan positif pada si pendengar.
Lebih menarik, buat kali ini dan seperti yang diakui ramai, akhirnya Penceramah Motivasi bertaraf antarabangsa dan juga terkenal sebagai Jurulatih Kepimpinan, Koo Lily berginjak daripada lumrahnya dan mengajak masyarakat bersamanya untuk memulakan langkah menuju perubahan dengan buku karya seni dan refleksi peribadinya.
What is the book all about? Inilah sesuatu yang menarik untuk dikongsi memandangkan kaedah penyampaiannya yang agak unik dan julung kalinya diadakan. Bagi sesetengah ini saat yang dinanti-nantikan oleh mereka yang tahu
malah sebati dengan kerjayanya sebagai penceramah motivasi yang hebat.
Baru-baru ini Koo Lily melahirkan satu karya hasil nukilannya yang dianggap sebagai usaha mengembangkan sayapnya dalam dunia seni dengan Lead Change Heart Way atau Ke Arah Perubahan Dari Hati. Ia sebuah buku yang baru saja diterbitkan. Melalui buku ini Koo Lily mengajak kita semua bersama memulakan langkah menuju perubahan dan refleksi peribadi.
Memperkasakan lebih 500 badan korporat serta 15,000 peserta dari seluruh Asia sebagai Penceramah Motivasi, Pencetus Perubahan dan Jurulatih Kepimpinan, Lily mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dan kepakaran dalam ceramah motivasi, mengorak langkah dan pendekatan baru dengan menyuntik karya seninya sebagai satu kaedah motivasi.
Dilahirkan di Singapura dan dibesarkan di bandar bersejarah Melaka, beliau telah bekerjasama dengan banyak syarikat multinasional. Seringnya beliau mewujudkan semangat “Malaysia Boleh” dengan pandangan global, yang mana pendekatannya itu merangkumi pelbagai perspektif, yang juga merupakan asas kepada kemanusiaan dan perubahan.
Sebagai seorang ahli motivasi yang dikenali, tentu ramai ingin tahu, di luar kehidupan profesionalnya yang hebat itu, siapa Lily? Beliau adalah seorang ibu kepada seorang anak perempuan yang telah menghidupkan semula semangatnya untuk menghasilkan karya seni. Dia sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, pengamal makanan vegetarian, astrologi, terapi seni sosial yang dipelajari sendiri, meminati sukan larian, dan amalan qi gong.
Acara Yang Dinanti-nanti
Majlis pagi dimulakan dengan sesi perkongsian yang menampilkan Lily dan penceramah jemputannya membincangkan tentang topik berkaitan perubahan, bagi memeriahkan dan menambah pengisian kepada perkongsiannya dengan para tetamu.
Tiga orang penceramah yang dijemput untuk sesi itu adalah Siva Seenivasan, rakan CMI dan behaviouristic berpengalaman; Nikki Ong, seorang ahli terapi; dan Guadalupe Cernusco, aktivis alam sekitar dan juara sukan berbasikal, yang menyertai sesi itu melalui persidangan video dari Argentina.
Ketiga-tiga penceramah ini, masing-masing dari latar belakang dan bidang kepakaran yang berbeza, berkongsi kisah perbaikan diri dan pengalaman melakukan perubahan besar dalam kehidupan. Perjalanan yang memberi inspirasi, digabungkan dengan perkongsian daripada Lily sendiri, melukiskan gambaran yang jelas tentang idea transformasi, malah membuatkan beberapa hadirin menitiskan airmata.
Tiga Penceramah Jemputan Hebat
Nikki Ong, ahli terapi, memimpin perubahan menggunakan kaedah sentuhan dari ruang jiwa. Dia dianggap seorang penjelajah yang melangkah dengan rasa ingin tahu yang amat tinggi, dan telah terus mengetuk pintu hati yang tidak terkira banyak kalinya sehingga dia akhirnya masuk ke ruang penyembuhan.
Melalui perjalanan yang dilaluinya itu, dia menemui kegembiraan dan berasa bertanggungjawab untuk membantu orang lain mencari jalan mereka sendiri untuk penyembuhan melalui kaedahnya itu. Nikki membimbing individu dalam perjalanan yang jauh dan introspektif. Aspek kebolehan Nikki adalah menekankan penyembuhan dari dalam, mewujudkan ruang untuk membolehkan penyembuhan berlaku.
Guadalupe Cernusco aktivis alam sekitar dan ahli sukan berbasikal yang memperjuangkan perubahan melalui tubuh badan. Lupe memperkasakan perubahan melalui kumpulan berbasikal yang diasaskan olehnya, yang dipanggil Bike In Nature. Dengan caranya itu, Lupe menjelaskan kepada orang ramai cara mengalami transformasi melalui pergerakan dan penjagaan alam sekitar, mengingatkan kita bahawa setiap tindakan, tidak kira betapa kecil, mempunyai kuasa untuk membentuk masa depan yang lebih cerah.
Sementara Siva Seenivasan Rakan CMI, ahli behaviourist atau Pakar Tingkah Laku yang berpengalaman boleh dijadikan contoh dalam memimpin untuk perubahan dengan nilai yang sentiasa menjadi pedoman buatnya.
Dia membangunkan sistem penilaian tingkah laku berasaskan DISC yang tercanggih dikenali sebagai SHASSESS dan membimbing ramai pemimpin dalam membuat keputusan yang terancang, berlandaskan nilai, memperkasakan mereka untuk menerima perubahan dengan terbuka.
Selesai sesi perkongsian tersebut, Lily mengajak hadirin menyertai aktiviti ringkas terapi menggunakan kaedah seni. Aktiviti itu bertujuan menggalakkan semua orang mendengar suara hati masing-masing dalam membimbing untuk mencipta karya seni mereka sendiri pada sekeping kad yang disediakan.
Pada penghujung sesi, Lily menyatakan hasrat agar para peserta dapat meneruskan terapi seni tersebut di rumah menggunakan kad dan warna yang dibekalkan. Rata-rata hadirin menyukaian kaedah penyampaian dan aktiviti yang beliau selitkan itu kerana berasa segar dengan hati yang lebih terbuka terhadap kehidupan.
Lead Change Heart Way dianggap sebuah kompilasi karya seni Koo Lily yang disertai dengan refleksi peribadi dan pemerhatiannya yang turut mempamerkan perjalanan dan transformasi dirinya ketika pandemik Covid-19 benar-benar berkesan.
Berdepan dengan emosi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Lily meneroka kaedah terapeutik seni melalui cabaran 40 hari ahli terapi seni Rita Eckhart dengan mencipta satu karya seni setiap hari. Sepanjang tempoh tersebut, Lily menemui makna yang lebih mendalam melalui transformasi peribadi pada dirinya.
Hasil daripada usaha dan keyakinan itulah maka terbitnya naratif tulus yang menggabungkan seni dan kata-kata inspirasi yang bertujuan untuk membimbing dan menghubungkan pembaca dalam perjalanan perubahan mereka sendiri.
Lead Change Heart Way sebenarnya menjemput pembaca untuk menyusuri perjalanan transformasi unik mereka sendiri. Buku ini menampilkan gabungan karya seni Lily, muhasabah diri dan soalan-soalan yang mampu mencetuskan pemikiran.
“Lead Change Heart Way bukan sekadar buku. Dengannya saya menyeru anda mengenali dan menerima apa jua emosi sepanjang melalui perubahan,” kata Lily berkongsi. Cuba luangkan lebih masa dengan diri sendiri ketika melalui fasa perubahan yang pantas.”
Dengan membacanya dapat merealisasikan dan membantu pembaca menemui jalan mereka sendiri ke arah perubahan di jalan mereka yang tersendiri. Elemen-elemen ini adalah tunjung kepada kepercayaannya terhadap transformasi melalui lima elemen utama HEART: Kemanusiaan, Empati, Ketulenan, Ketahanan dan Kepercayaan—sebuah rangka kerja yang sering digunakan oleh Lily dalam setiap sesi ceramah dan bimbingannya.
Secara keseluruhannya buku dan sesi tersebut menyedarkan kita betapa menerima perubahan bukan hanya pada penyelesaian masalah, ia turut merangkumi kemampuan untuk mencari jawapan dari dalam diri sendiri. Ia adalah antara keupayaan manusia yang unik yang patut kita pelihara.
Buku ini juga amat bermakna dan sesuai buat wanita dalam membantu diri dan masyarakatnya untuk dimanfaatkan seiring peranannya sebagai ibu, isteri, anak dan profesional. Dengan muhasabah diri dan mendengar kata hati, pasti akan dapat meneruskan langkah ke hadapan dengan kejujuran dan penuh kekuatan dari dalam diri.
Lead Change Heart Way telah mula dijual November lalu pada harga diskaun RM60.00. Sebanyak 50 peratus daripada hasil jualan akan didermakan kepada badan amal kanser payudara untuk pembelian yang dibuat melalui pautan ini: https://bit.ly/LCHWNov.
Buku ini direka dan disunting oleh Chuah Ai Jou dan diterbitkan oleh Inspiration Hub. Ia kini boleh juga didapati dalam talian melalui Amazon, IHub, dan tidak lama lagi akan tersedia di kedai buku berhampiran anda.