Gelagat

Sepetang Bersama See Loun
Saya meluangkan sepanjang petang bersama See Loun (saya panggil uncle) di butik Zang Toi di Bangsar (untuk yang tidak mengenali, See Loun yang bertanggung jawab menguruskan jenama Zang Toi di Kuala Lumpur.) Sudah berbulan tidak ke sana, kali terakhir menemani Fuza Umar untuk urusan Asia Islamic Fashion Week. Dan yang sebenar pun saya ingat butik sudah tutup kerana beberapa bulan lalu bersembang dengan See Loun di telefon, tak silap saya dia ada memberitahu butik tidak lagi beroperasi dan kebetulan Nasha Aziz pernah beritahu yang See Loun (ketika itu) sedang sakit.
Namun satu hari saya menghubunginya mengajak bersembang minum kopi dan kata dia, “Yes, yes, come to my boutique… ”
“Eh buka lagi? Hari tu kata dah tutup?” sekadar berkata di hati. [/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11350″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
See Loun
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Dan ceritanya, petang itu berjam-jam saya di sana, daripada bersembang di butik membawa ke restoran mamak Q Bistro yang baru dibuka terletak betul-betul di bawah butik Zang Toi.Kata See Loun, memang pun mahu retire, sementelah usia sudah 68, kesihatan tidak lagi mengizinkan. “Itu hari masuk hospital. Kidney problem.” sebutnya. Katanya lagi Zang juga bercadang mahu retire. “Kalau dua-dua pencen, siapa ke nak ambil alih jenama ni?” Namun katanya, for now tak ada. Anak-anak buah nampaknya macam tak berminat. “But you never know. Maybe their children will take over?” katanya lagi.
Seronok bersembang dengan orang seperti See Loun, walaupun umurnya tiga kali ganda umur saya, tetapi orang lama macam dia best sebab ada banyak cerita dan ada pandangan yang wise. Sebenarnya cadang saya yang awalnya bukan hanya nak kopi-kopi berdua sebaliknya nak mengajak Kak Wirda, Kak Mahani, Nasha Aziz turut serta (nak mengumpulkan kawan-kawan lama See Loun. Sambil makan-makan boleh tangkap gambar dan bersembang mengenang cerita lama zaman 80-an dan saya, boleh tet tet menulis dan letak dalam ruangan baru ini.) Petang itu kami berdua bersembang macam-macam hal daripada kisah semburit dan siapa akan mengganti PM, “You punya magazine kena buat itu gosip politik. People will go crazy to read,” sampai ke kisah Umie Aida yang lama tak datang menempah. “Uncle tahu ke dia dengan Erra dah tak kawan?” (sempat saya mengajak membawang) And you know what, terkejut dia. Katanya dulu, Umie selalu datang dengan Erra terutama semasa butik masih di Lot 10. “Itu best friends selalu datang. Kadang-kadang tempah baju Umie bayar, lain hari datang itu Erra pula bayarkan. Apa fasal itu dua orang sudah tak kawan?” Habis kisah dua primadona tatkala depan mata terhidang limau ais dan roti bakar..[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1580633958580-30334271-0fd4-10″ include=”11351,11352″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
Koleksi ready to wear di butik Zang Toi di Bangsar
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Yang ‘Tertib’ Lambat Dapat Makanan…
Kawan lama saya Ilya Qastalanni yang sensasi menghantar Whatssap mengajak ke acara pelancaran Safi Youth Radiance. Mengenang kawan lama, tak mungkin saya menolak walau sebenarnya sudah ‘rsvp’ di majlis lain yang terlebih dulu menghantar jemputan. Majlisnya jam tiga di TWG Pavilion. Oh saya cukup senang sekali ke tea house mewah ini, sambil menghirup good quality tea, di kiri kanan butik-butik mewah jadi sambil bersembang boleh menjerling siapa dan siapa yang masuk dan membeli atau sekadar mencuba berkali-kali. Cuma satu saja, memang seronok menjamu di situ tetapi dek kerana tekak Melayu yang menebal lagi rasa puas pekena tepung bungkus dan karipap sardin daripada eclairs dan macaron. [/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1580633958584-cb4d1ba5-fd1a-5″ include=”11356,11355″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
Encik Dimitri Zampar, Teh Master di TWG Tea Malaysia menunjukkan bagaimana untuk menyediakan dan menikmati kelebihan teh yang diisi safron.
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Dan petang itu seronok bertemu kawan-kawan lama, selain Ilya ada Aril Zainuddin dan Ida Rahayu dan kala melangkah masuk ke seating area ada Suraya Yeo Junior, “Hi, long time no see!”Seperti biasa di merata majlis, yang menyeri kalau tak selebriti adalah instafamous. Hmm famous ke kalau saya yang tangan tak pernah lekang membelek IG pun tak kenal mereka. “Siapa ke dia orang tu? Yang itu pula, apa ke nama?” Salah seorang teman media menanya.. “Entahlah kak. Tapi yang tudung hitam tu lawa ye, mcm Ummi Nazeera.”
Dalam pada bersembang dengan teman media, tangan ralit mengubah kedudukan kotak-kotak Safi Youth Radiance. Kejap letak di sini, kejap diubah ke sana… Serba tak kena. Saya ni tak pernahnya pandai menangkap gambar. Kemudian selitkan pula dengan kuntuman bunga ros. Taraaa… Tengoklah di bawah hasil seni saya yang tak seberapa. [/vc_column_text][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11354″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
Gambar diambil menggunakan Huawei Mate 20
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Seketika kemudian emcee iaitu Suraya menjemput empat model jelita ke seating area memperaga botol-botol Safi Youth Radiance dan tetamu melayan mata melihat koleksi signature Syomir Izwa dan Melinda Looi yang membaluti tubuh lampai mereka.Sedar tak sedar, minuman petang mula dihidangkan dari satu meja ke meja yang lain. Barangkali kerana meja kami ni di hujung, jadi makanan dapat paling lambat. Di meja lagi satu (meja instafamous) yang mula sekali dihidangkan makanan, dan tak ada pun mereka menjamah, sebaliknya sibuk mengambil group photos…klik, klik, klik dan ketawa dan ketawa lagi. Hemm daripada tadi tak habis-habis. “Daripada hidang kat dia orang, baik bagi dulu kat kita yang tertib ni,” celah seorang teman media. “Betul. Setuju sangat!” saya menjawab. Dan seorang lagi teman media tak sempat pun menjamah walau sepotong kek sebabnya kena lekas ke HUKM, baru dapat berita anaknya mungkin dijangkiti influenza.
Hemm… ketika menulis ini tiba-tiba rasa nak tergelak sebab teringatkan bos Safi dari Wipro Unza yang nampak benar nervous-nya masa berucap. Kata dia pun, itu yang pertama kali bercakap di hadapan orang ramai. Alahai… Buat macam biasa je cik kak. Kami-kami ni media, bukan Raja-Raja atau menteri! [/vc_column_text][thb_gap height=”20″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”11357″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
Empat model jelita bergambar memegang kotak Safi Youth Radiance. Kesemua mereka menyarung koleksi Syomir Izwa dan Melinda Looi.
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Cabut Gigi Bayar Dua Ringgit
Masuk bulan Februari, tiga kali saya ke Klinik Kesihatan Cheras di Jalan Yaacob Latif, satu kerana saya sendiri mahu mencabut gigi dan dua kali selepas itu bawa mak untuk urusan yang sama. Senang ke sini, kerana jururawat dan doktor beri layanan mesra sekali dan daripada yang mengelola di registration desk sampai ke farmasi, cekap! Di klinik gigi di sini, kalau daftar jam tujuh, jam sembilan dah boleh balik dan bayaran sama ada cabut gigi, scaling gigi hanya dua ringgit saja, manakala warga emas, percuma. Mak saya dua kali kena cabut gigi. Patutnya Jumaat minggu ketiga Februari kena pergi lagi tetapi dia menolak, takut nanti mulut rompong nak mengunyah tak boleh, senyum apatah lagi…[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_media_grid element_width=”6″ grid_id=”vc_gid:1580633958587-3b96b2bb-8bef-9″ include=”11359,11360″][thb_gap height=”20″][vc_column_text]
Klinik Pergigian Cheras Jalan Yaacob Latif
[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][vc_column_text]Saya biasa dengar orang mengomel dek mendapat layanan teruk di hospital dan klinik kerajaan. Antara percaya dan tidak, tetapi mak saya sendiri pernah mengalaminya ketika menemani kakak saya yang ditahan kerana pembedahan tiroid. Tetapi masa mak ditahan seminggu di HUKM kerana denggi sekitar hujung tahun lalu, sepanjang masa tak ada masalah dan masih dapat layanan tip top. Begitu juga ketika apak ditahan (juga di HUKM) kerana menjalani pembedahan bisul di siku, barisan doktor dan nurse melayan baik sekali. Barangkali ikut nasib, atau mungkin tengok mood jururawat yang bertugas (rungutan yang diberi banyak tentang jururawat) kot tengah period pain atau mana tahu baru lepas kena maki dengan pesakit lain? Sebut pasal maki, masa apak ditahan di HUKM, merasa tengok depan mata doktor senior (tak pasti jawatannya tetapi doktor muda lain menggelarnya profesor) menghamun doktor-doktor muda. Dan si doktor tersebut (perempuan) bukan main bergaya lagi, dengan turban hitam, jeans dan kasut boot kulit paras betis menghamun doktor-doktor muda termasuk doktor pelatih dalam slanga ala Kate Middleton. “If I knew it gonna be like this, I should have taken another day leave!” Tak ingat full dialog tetapi seronok betul tengok insiden tu. Rasa macam dalam scene filem! Dan ada pula tu seorang dua doktor yang menyorok di sebaik dinding. Takut ‘benor’ kamu ya!Jumpa lagi minggu depan..[/vc_column_text][thb_gap height=”20″][/vc_column][/vc_row]